01 June 2009

sedikit renungan bersama

salam

Maaf kerana saya tida updated blog ni dulu kerana saya mendapat demam panas dan di timbuni kerja yang datang tiba-tiba. Biarpun begitu, saya berterima kasih kerana masih ada yang mahu mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini.

sebenarnya, saya nak ceritakan perihal 'tanda/ ilham/ mimpi' saya dapat tapi saya abaikan dulu perihal itu. biarpun begitu, saya tidak boleh pandang ringan apa yang telah datang itu, kerana 'sign' itu bukan saya yang minta tapi ia yang datang. Bila kita berfikir positif yakni berbaik sangka, percayalah itu datangnya dari ALLAH. DIA mahukan kita menuju pada sesuatu dan tanda2 itu kita harus peka dan jangan ambil mudah.

Apa yang saya dapat itu takkala saya demam panas. Setiap kali saja saya tertidur atau memejam mata, jiwa/astral body saya akan melayang ke suatu tempat. Tempat itu bernama 'GUNUNG AYAM'. Ketika itu saya tidak mempercayai kewujudan gunung ayam ini tapi semalam, saya cuba search dalam internet, dan saya dapati Gunung Ayam memang wujud. Ia terletak di kelantan. Terdapat 2 gunung bersamanya yakni Gunung Stong dan Gunung Baha. Ternyata kedudukan ketiga-tiga gunung ini seperti piramid Giza. Adakah ia suatu kebetulan? Kenapa saya tiba-tiba obses dengan pencarian gunung ini dan apa yang 'best' sangat tentang gunung ini...nanti saya ceritakan kemudian. Tapi yang pasti, kerajaan tanah melayu dulu memang hebat kerana mereka memakai suatu teknolgi yang saya gelarkan ia sebagai Teknologi Elemental. Apakah dan bagaimanakah gambarannya itu, nanti saya ceritakan. Harap bersabar. Tetapi, jikalau ada pengunjung yang ingin berkongsi tentang perkara ini, silalah email pada saya di aiz_ver@yahoo.com atau comment saya disini supaya kita dapat berkongsi bersama. Insyallah.

Baiklah, tujuan saya updated blog kali ini ialah,
saya nak menyoal anda. Yalah setiap kali, hanya saya yang di soal dan di komen, kali ini biar saya pula menyoal anda dan menyebabkan anda migrain pula. Kelihatan 'jahat' tapi ianya bagus kerana saya nak anda sama level kefahamannya dengan saya.

Bagi saya, tiada istilah guru murid pada bidang keilmuan. Ini kerana, bila kita 'menghulur tangan' membantu orang yang di bawah supaya setaraf dengan kita atau lebih, maka itulah cara keilmuan yang paling bagus. Takkala kita di bawah, orang di atas akan menyambut kita dan menyamatarafkan keilmuan kita.

Kita terlampau mengikut cara keilmuan 'guru-murid'. Bila itu terjadi, makanya orang di bawah takut untuk melebihi gurunya dan menyebabkan dunia keilmuan tak berkembang. itulah yang terjadi sekarang. Orang bertanya, kenapa muslim hanya jadi penguna? Maka jawapannya ialah ini. Keilmuan kita terlampau obses dan fanatik. Kita harus ikut cara rasul di mana, tiada istilah guru murid, yang ada hanya sahabat. Terma sahabat itu bererti, nabi Muhammad cuba membangunkan ilmu orang bawahnya lalu setaraf dengannya. Dek kerana itu, para sahabat sangat bertaqwa pada ALLAH kerana para sahabat telah adopt nilai-nilai nabi pada diri. Itulah yang kita hendakkan kini.
Tapi jangan bimbang, nabi mengatakan umatnya akhir zaman bergelar IKHWAN yakni saudaranya. Maka, nilai keilmuan IKHWAN sudah setaraf dengan baginda. Apakah kalian tidak mahu menjadi ikhwan...?

Baiklah, saya pastekan post reply saya dari forum atas bawah tentang sistem kekhalifahan...
inilah renungannya...di harap kita sama-sama mendapat kebaikan dari ini.

...................................................................................................................................................

post reply pendekar_jihad:

Khilafah before Mahdi...
Pendapat dari Hizbut Tahrir ada mengatakan yg Imam Mahdi akan muncul selpas tertubuhnya Daulah Khilafah yang kedua... pendapat ni jgak diakui oleh Abuya Ashaari (Al-Arqam). Dalil naqli, x pasti...
Dari logik akal (dalil aqli), betul jgk, sebab kalau x dh lama imam Mahdi turun dah.. mungkin betul2 slpas jatuh daulah khilafah utmaniyah masa 3 Mac 1924...

so, kena tegakkan daulah khilafah la cpat2..
Ada pandangan lain?

post reply bojourn:

Before or after it doesn't matter. What is 'NOW' is most important. atau mau tidur saja lagi?

post reply dari saya:

memang it better now tapi pertanyaan How tu yg pentng...
kebangkitan ni bukannya main2..
ia bukannya cam perubahan politik malaysia...dari pak lah ke najib dll..

it must be price to pay...
cara yg bagus ialah, selamatkan diri kita dulu..selamatkan iman kita.kalu boleh seperti bilal bin rabah...letak batu pun, iman tak kan bebolak balik...

kebanyakkan yg saya tgk, para pejuang islam yang mahukan sistem kekhalifahan i bangkit semula,kebanyakkannya lebih tumpu pada orang lain dulu dari diri sendiri...

kita bukannya harus cross the line sebab nak cepat2 bangkitkan evolusi..jangan cam tu..
ambil contoh perjuangan nabi muhammad.
baginda lah super duper genius..
tapi, it start from him self..dia selamatkan diri dia dulu..dari gua hira hinggalah memberitahu isterinya..
kemudian baru jirannya..lepas tu baru sahabat...dari sahabat kepada masyarakat dan seterusnya

itulah flow kebnagkitan yang sebenarnya..
kalu diri kita sendiri pun terkontang kanting..sorry to say lah...u are saja cari mati katak..

mesti ada pertanyaan, how to get start?

startnya ialah bermula dgn mencari diri. awal agama kenal ALLAH...
bila dah tahu kedudukanNYA, barulah kita menyerah 100 peratus flow life kita padaNYA...
itulah golongan yang yakin dan bertaqwa...

harus ingat, quran mungkin tiada menyebut "wahai orang2 islam"...
tapi dia menyebut "wahai orang beriman/bertaqwa/bersabar/bijaksana"

jadi, jangan jadi islam hanya pada nama
jadilah isla yang beriman, bertaqwa, yakin dan bersabar...

flow kekhalifahan tak akan kemana2..ia dah tetap di situ dan jangan sibukkan diri kerana nak mengambil kesempatan dari 'apa yang masa depan bagi'...yakni kebanyakkan org yang memperjuangkan kekhalifahan mesti beranggapan 'aku mungkin org penting dlm sistem mahdi'..
di situ dah salah, sebab perjuangan tak ikhlas,,,,

so,,,saya tinggalkan dgn satu soalan

APA YANG KORANG NAK NAK / OBSES DGN MASA DEPAN/ MAHDI/ SISTEM KHALIFAH?

..................................................................................................................................................

saya tinggalkan dengan persoalan ini:-

-kalian mencari-cari sistem yang boleh mengantikan sistem pemerintahan/dunia kepada yang lebih baik, tapi apakah tindakan kalian ke arah itu?!

-bila kalian bertindak, kalian jadikan sistem mahdi sebagai sandaran dan menanam dalam diri, bahawa organisasi kalian lah bertindak sebagai 'tentera mahdi' atau orang penting pada masa depan...tapi, bukankah ada beratus lagi organisasi yang bertindak sama seperti kalian...makanya, mana yang benar?

-takkala kalian mencari organisasi yang benar, kalian lupa pada kewajiban pada diri kalian. kalian lupa untuk menanam iman dalam diri. Kalian lupa mencari diri dan lupa 'awal agama mengenal ALLAH'...jadi, bukankah kalian zalim pada diri sendiri?

-dan apa yang kalian harapkan dari sistem khalifah/mahdi? Adakah kerana bercita-cita menjadi orang penting/ komander/ jeneral kepada panji hitam...? ya, kalian hebat dalam ilmu peperangan tapi kalian hebatkah memerangi diri sendiri yang negatif?

-bagaimana harus memerangi nafsu dan diri negatif itu? bagaimana ingin menjadi IKHWAN? bagaimana membentuk akhlak mulia?

itulah persoalan yang bermain di fikiran saya dan saya mahu kalian juga berfikir begitu. Jangan hanya cuma obses pada peristiwa masa depan tanpa bertindak..dan tindakkan itu haruslah bermula dari diri.. bukannya pada orang lain dan apa-apa jua yang di luar jasad kita. EVOLUSI bermula dari diri dan apakah jawapan kalian?!

1 comment:

  1. assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh hasell usiby,
    semoga saudara sihat dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya.

    kata pujangga lama dulu-dulu,

    'theres a man,
    they called him mad,
    the more he give,
    the more he will get.'
    -Anonymous

    selamat maju jaya kepadamu saudaraku,
    zr

    ReplyDelete

Please visit
http://tubepanas.blogspot.com
http://nusanaga.blogspot.com
http://fxmytrading.blogspot.com