01 June 2009

filsafat dan pentasNYA

salam

Tulisan kali ini bukanlah merujuk pada teori atau apa-apa mengenai future event. tulisan kali ini lebih pada ekspresi diri tentang apa yang telah berlaku pada hidup ini. mungkin ianya satu luahan sebelum kita, umat islam di seluruh dunia ini menyambut hari raya.

apa yang di nukilkan ini tak perlulah di ambil peduli kerana saya hanya mengunakan blog ini sebagai tempat 'mengadu domba' sahaja.

pertama sekali yang saya ingin nukilkan ialah, tentang perubahan yang saya dapat setahun ini. jika di perhatikan kembali, memang banyak yang telah berubah akan tetapi sebenarnya tiada perubahan pun. apa yang saya maksudkan ialah, perubahan pada fizikal dan emosi, adalah masih sama. akan tetapi, perubahan pada mentaliti dan spritual, ya..memang pesat dan berkembang.

rasanya, ada baik saya berterus terang saja...

saya sebenarnya terasa 'kosong'...jiwa saya terasa sesuatu yang hilang. tidak tahu kenapa dan mengapa, saya sememang nya sebuah jasad yang tiada emosi dan kaku. saya boleh bercakap, bergerak, makan minum seperti biasa...akan tetapi jiwa terasa kosong. kadang-kadang rasa ingin lari ke hutan, gua-gua atau mana sahaja yang tiada makhluk di situ...benar..inilah yang saya rasa sejak dahulu lagi dan ia kini semakin 'teruk'...

kerana itulah saya terjebak dengan forum perbincangan yang mana 'satu kepala' dengan saya. jika di ingatkan kembali zaman persekolahan dahulu, seandainya saya rasa 'kosong', saya akan menjadi tak tenteram dan mula menyelongkar sana sini. kadang-kadang terjumpa naskah buku 'tariqat' ayah saya. dari situ baru saya kenali perihal nur muhammad dan sebagainya. kadang-kala, saya termenung dan datang lah ilham yang entah apa-apa...

pernah dulu saya membuat satu falsafah mengenai masyarakat kita...bunyinya seperti ini:

"lihatlah sehelai rumput, hijau itu agamamu, tunjang itu ibadatmu, akar itu keluargamu, rumpun rumput itu masyarakat mu, dan sepadang rumput itu senegaramu...andai rosak sehelai, rosaklah akarnya, kemudian menjadi penyakit pada rumpun itu dan sedikit demi sedikit, lenyaplah negara"

itulah falsafah saya- dan perkara itu benar2 terjadi...
banyak lagi falsafahnya, tapi saya diamkan dahulu...
yang paling saya sukai ialah...

"the light will come when the evil shadows cross the angle line"...
tagline ini sampai sekarang saya tidak faham maksudnya, tapi yang nyata ia ada kaitan dengan future event..mungkin?!

berbalik pada rasa kosng itu, sehingga kini saya masih rasa seperti itu. jika di lihat, saya masih siuman, tapi hakikatnya, saya seperti tiada emosi sangat..saya sukar untuk marah, saya buat tak endah rayuan orang, tidak suka pada 'emosi' dan sebagainya. tapi, saya mudah 'menangis dalam hati' apabila ia berkaitan dengan ketuhanan dan kekeluargaan. entah lah. kadang-kala, kawan-kawan sengaja membuat saya marah, akan tetapi ia berakhir dengan senyuman sahaja biarpun hati terasa luka.

sebenarnya, saya rasa di latih untuk itu kerana, tujuan akhir saya ialah untuk 'bersamaNYA'. jika ada yang mahu menumpang 'emosi' bersama saya, saya mohon ampun kerana saya bukanlah seseorang yang sesuai untuk itu. jiwa, mental dan emosi sudah sebati untuk ketuhanan sahaja.

kini, saya cuba mendapatkan 'ingatan 24 jam' kepadaNYA. insyallah saya akan mendapatkannya. kerana apa saya mahukannya?

ini kerana, mungkin itu 'perjanjian' saya di alam arwah. tidak kah kalian tersedar bahawa di alam arwah ketika proses penciptaan "alustubirabbikum", kalian sebenarnya sudah berjanji untuk menjadi HAMBA ALLAH? apabila di dunia, kalian lupa kerana kalian rasa dunia seperti tempat segala-galanya...

padahal dunia ini hanyalah 'ilusi' dan kita rasa 'real' kerana kita sendiri ilusi...
jika nak tau betapa teruknya kita di tipu..tanyalah syeikh muzaffar, seorang angkasawan negara pertama malaysia...
tanyalah dia, tentang jarak bumi dan matahri serta planet lain-lain..jauh tak?
tanyalah dia, tentang size planet dan bulan serta lain-lain...besarkah?

tidak lain, jawapan yang sebetulnya dia akab bagi ialah...semua di atas tidak lain hanyalah ilusi pada mata manusia...

semakin jauh bintang2 di atas...semakin kecil di mata kita...tapi..siapalah yang mahu percaya kata-kata ini meskipun dari wali sendiri..kerana manusia kini lebih percaya alatan barat dan teknologi yang akan meranapkan diri..serta menjauhkan manusia dan tuhannya.

rasanya..cukup sekadar ini nukilan ini. jika di tulis panjang-panjang pun, bukanlah ada sesiapa yang sanggup membacanya malahan, nukilan ini hanyalah karut, khurafat dan mentaliti kuno pada mereka yang 'bijaksana'.

biarpun begitu, saya harus redha bahawa setiap yang datang kepada saya itu sebenarnya untuk saya jua. inilah latihannya dan inilah pentasNYA untuk AKU kepada aku.

apapun...sempena hari raya yang bakal tiba, saya ucapkan, selamat hari raya, maaf zahir batin seandainya tersalah silap. mohon di maafi...sekian

No comments:

Post a Comment

Please visit
http://tubepanas.blogspot.com
http://nusanaga.blogspot.com
http://fxmytrading.blogspot.com