01 June 2009

permulaan rantaian telah berlaku?!

salam...

sebenarnya saya tidak ada idea untuk menaip kali ini, tapi agak terpaksa kerana telah lama tidak updated blog...

tapi di sini, saya hanya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah saya kemukakan di dalam blog ini di awal pembabitan saya dalam dunia blog.

perkara pertama yang saya kemukakan ialah mengenai teori 'permulaan rantai'. iaitu sesuatu event yang akan meleret dan melibatkan event-event seterus sehingga big event iaitu kiamat, tanpa henti atau rehat.

jika di malaysia, saya nampak permulaannya berlaku sejurus PRU -12 berlangsung. bila itu berlaku, malaysia sedikit sebanyak telah mengalami evolusi dimana, kerajaan sekarang seolah-olah 'memerangi rakyat' dan rakyat pula seperti mengubah haluan.

saya sebenarnya tidak suka politik tapi bila bercakap mengenai masa depan, politik adalah antara perkara utama. saya tidak terlibat atau taklid pada mana-mana parti politik tapi situasi sekarang seolah-olah satu lakonan. ya, segala event politik sekarang seolah-olah di buat-buat. saya tidak tahu kenapa saya bercakap sedemikian rupa akan tetapi itulah hakikatnya. harap-harap blog saya tidak masuk dalam akta hasutan. ngeri woo.

baiklah, kita tinggalkan bab politik seketika.

olympik telah pun berlangsung dan di awal pembukaan blog ini dahulu, saya ada beritahu bahawa olympics kali ini di katakan yang terakhir atau mungkin akan berhenti seketika.

jika di amati kata-kata itu, ada dua maksud sebenarnya:-

1-olympics beijing tidak berjaya/berlangsung

2-olympics yang seterusnya yang akan di batalkan

jika di lihat di situasi sekarang, olympics china sudah pun bermula meskipun banyak halangan di tempuhi. di harap ianya berjaya. maka, pada saya, teori mengenai olympics terakhir itu adalah olympics seterusnya yang akan di hentikan, dan sukan olympics china adalah yang terakhir. wallahuklam.

okey.

mengenai CERN, iaitu pusat penyelidikan fizik terbesar dunia sudah pun menyiapkan 'partikel accerleration'nya. dulu, saya ada beritahu, bahwa pembabitan CERN dalam pembinaan gergasi ini seolah-olah membuka pintu portal kepada makhluk di luar dimensi kita. apa kebenarannya, wallahuklam.

akan tetapi, selepas saya publish artikel mengenai cern ketika dulu, saya cuba mengamati apa yang sebenarnya CERN ingin lakukan. apa yang saya dapat ialah:-

1-mereka ingin mengaji kesahihan 'string theory'

2-mesin gergasi itu berupaya 7 kali ganda dalam proses 'perlagaan molekul' berbanding farmilab

3-apabila sesuatu 'pelagaan molukel' berjaya, ia akan melepas 'gravaton' iatu satu sub-partikel yang berupaya melepasi graviti, electromagnetic dan menjelajah dimensi lain.

4-apabila ia berlaku dalam skala besar, secara tak langsung, worm hole akan terbuka meskipun kecil

5-worm hole ibarat portal ke dimensi yang tidak di kenali

6-jika worm portal berlaku, sainstis akan memulakan 'evolusi kajian' yang akan melepasi tahap pemikiran manusia

7-seandainya ia berlaku, ada pro dan kon antaranya, jika baik, kita akan dapat mengenali alam ghaib dengan lebih detail. jika berniat jahat, makhluk-makhluk dari unknown world akan datang dan menyusahkan kita.

apapun, ianya belum lagi terbukti dan ia masih dalam proses sahaja. seandainya berlaku, makhluk yang pasti datang 'melawat' kita ialah 'yakjud makjud' dan 'dabbatu-ard' a.k.a the beast.

jika di lihat dari hadis atau bible, jumlah mereka (yakjud makjud) tidak terkira, ini kerana fizikal dimensi mereka bukan seperti kita (seandainya tidak ada kena mengena dengan teori yakjud makjud berasal dari bumi lama). fizikal mereka berupaya untuk memenuhi permukaan bumi. jika di kaji, dimensi mana yang dapat melakukan sedemikian ialah 4D keatas. ini kerana, 3D bermaksud, atas bawah, kiri kanan dan depan belakang. jika 4D, kita harus menambah,...KECIL BESAR. ya, mereka berupaya mengecilkan diri dan membesarkannya.

sebab itu jika terserempak 'hantu', mereka berupaya membesarkan diri sebesar-besarnya. jika ada mendengar cerita bahawa, di dalam longkang pun mereka dapat membina bandar raya, ini bererti, mereka mengecilkan saiz 'bandar' mereka.

apapun, ini ilmu ALLAH. seandainya kita kata, 'mengarut' khurafat' dan lain-lain, sebenarnya kita memperkecilkan ilmu ALLAH. ya, ilmu bukan datang dari makhluk. segalanya dari DIA. yang menjadikan baik buruk ilmu itu ialah makhluk.

jadi, terpulang pada diri. saya hanya suka berkongsi dan memerhati. saya tidak kisah siapa ingin percaya atau tidak. saya hanya kisahkan diri saya dan ilmu yang saya cari. tapi harus di ingatkan, seandaianya next phase/chapter menerjah muka kita, apa yang kita ingin lakukan? tinggal di zon selamat yang tidak selamanya selamat?

jadi, evolusikan diri sebelum anda di evolusikan secara paksaan kerana proses evolusi itu tak semua akan 'hidup'. mereka yang tak berupaya 'menyelamatkan diri', akan di tinggalkan begitu sahaja dan 'terhapus'.

wallahuaklam

No comments:

Post a Comment

Please visit
http://tubepanas.blogspot.com
http://nusanaga.blogspot.com
http://fxmytrading.blogspot.com