01 June 2009

Nusa Naga…Bangkitnya Nusa antara

salam...

Maaf kerana artikel kali ini kelihatan sedikit terburu-buru. sebenarnya, saya seakan mendapat 'gerak' atau ilham untuk menulis apa yang kenali sebagai Nusa Naga.

Pada mulanya, saya mahu mengunakan terma ini sebagai tajuk buku novel saya yang kedua, tapi memandangkan penerbitan De facto harus menempuh masa yang agak lama lagi, jadi, saya simpankan dulu mengenai pembikinan Novel pengembaraan fantasi yang berdasarkan zaman purba melayu ini ke lain kali.

Biarpun begitu, saya memerlukan bantuan daripada sesiapa yang mempunyai maklumat atau fakta mengenai melayu purba seperti kerajaan nusantara lama atau tempat-tempat (yang hanya di ketahui hanyalah ganganegara, Pan Pan, langkasuka, Kota Gelanggi, Ophir/gunung ledang dan sebagainya)

Bila dunia memasuki 1430 hijrah, saya menjadi suka pada perkara berkaitan melayu lama dan seakan ada kaitan dengan saya. Apa sebabnya, saya tidak tahu. Biarpun begitu, saya bukanlah seorang yang sukakan mistik dan magik. Saya seolah-olah terpanggil untuk memperluaskan mengenai kemelayuan kepada seluruh NUSANTARA.

Ya, nusantara. Bukannya Malaysia semata-mata. Jadi, dek kerana itu, saya mendapat ilham atau seakan petunjuk. Perkataan NusaNaga yang belum pernah saya ketahui selama ini tiba-tiba terngiang di telinga saya. Saya tidak ketahui kenapa, dan mungkin ada antara anda yang mengetahui kenapa.

Perkataan NusaNaga ini seterusnya membawa saya kepada perkataan Nusantara yang mungkin bermaksud NUSA ANTARA. Selain dari itu, saya juga di 'bawa' menemui sebab kenapa terbitnya perkataan ini. NUSA 'mungkin' bermaksud BANGSA atau RUMPUN.

Baiklah, bercakap mengenai NAGA,

NAGA yang seperti kita tahu ialah sejenis binatang mitos. NAGA terbahagi kepada 2 yakni:-

-Naga seperti ular
-Naga yang seakan dinosours dan mempunyai sayap

Persamaan antara kedua-duanya ialah, masing mempunyai api dan boleh terbang. Baik, kita tinggalkan mengenai naga.

Mengapa saya memperkatakan mengenai Nusa Naga?
Saya pernah di beritahu bahawa/atau pernah membacanya di mana-mana, mengenai kaum naga yang hidup di kalangan manusia. Kaum Naga ini bukanlah naga yang seperti binatang itu tapi ianya sebuah lambang kedaulatan atau thumbprint of certain genetics. Mengikut apa yang diberitahu oleh web konspirasi barat, bangsawan atau kerabat diraja yang ingin memegang tampuk di raja di eropah, haruslah mempunyai darah naga?! Bagaimana warna darahnya tidak di ketahui, tapi yang pasti, manusia berdarah merah. Jika ianya bukan merah, maka, masih manusiakah mereka itu?

Apa yang pasti, darah keturunan Naga ini mesti berkaitan dengan peristiwa zaman dahulu. Adalah mungkin darah naga ini berkaitan dengan darah keturunan iskandar zulkarnain atau raja sulaiman?!

Kita juga di beritahu bahawa sultan-sultan tanah melayu dulu pun berdarah iskandar zulkarnain. Dek kerana itu mereka mempunyai daulat yang tak mungkin di sangkal-sangkal. Saya tidak tahu samada daulat masih wujud atau tidak tapi yang nyata, darah keturunan naga itu harus wujud sehingga sekarang. Ada yang mengatakan naga yang di maksudkan ialah keturunan ahlul bait (keturunan nabi muhammad). Apakah ianya benar?!

Jadi, di dalam bangsa-bangsa melayu (rujuk evolusi senyap 3), terdapat jurai atau darah keturunan yang menjadi pemantapan pada 'betapa legendanya dan rahsianya tanah nusantara'.

Jika pembaca malas untuk 'menyelak evolusi senyap 3 untuk mengetahui apakah itu bangsa-bangsa melayu, maka saya akan cuba memberitahu secara ringkas.

Bangsa -bangsa melayu ialah asimilasi bangsa-bangsa dari seluruh dunia yang menetap/mengamalkan adat istiadat melayu dan beragama islam. Dek kerana itu tidak wujud bangsa melayu kerana dari segi genetiknya tidak wujud secara sah. Asimilasi itu sedang terjadi kini dan ianya seakan evolusi bangsa-bangsa melayu kali kedua selepas 'empayar melaka' (seperti dalam buku teks dan perlembagaan-saya tidak mahu khayal lebih, ya?!)

Baiklah, Pernahkah kalian terfikir, kenapa tanah ini kerap kali di landa perang dari bangsa luar tapi masih juga utuh. Sedangkan negara islam lain, dengan mudahnya di landa balatentera musuh lalu hilanglah 'nusantara' mereka?!

Kenapa tanah ini seakan-akan di gelapkan dari di ketahui dunia sedangkan musuh-musuh dunia sedang mencari jalan untuk menghancurkan tanah ini. Saya berdoa agar musuh-musuh ini akan 'hancur' dan di harap Nusantara akan berbaik semula hendaknya. (secara kasarnya kelihatan baik tapi belakangnya, hanya tuhan saja yang mengetahui)

Perihal Nusa Antara pula saya di ertikan sebagai pemisahan antara tanah-tanah nusatara tika terjadinya gempa bumi atau goncangan kuat yang menyebabkan banyak tamadun kuno lenyap sama sekali. Selat melaka (mitosnya) di katakan adalah sebuah sungai besar. Keadaan tanah nusantara tika itu tidak lain tidak bukan seperti jantung manusia. Dek kerana itu ia di sebut jantung bumi (bagi yang mengetahui).

Saya tidak mahu bersifat 'kemelayuan' sangat tapi apa yang saya temui harus juga di perkatakan kepada kalian. Saya tidak tahu kenapa, tapi pada malam ini, seakan ada suatu 'suara' memaksa saya untuk berkongsinya kepada kalian. Apakah selepas ini ada keajaiban atau kesusahan. Kalian berdoalah demi kebaikan.

Apapun, saya berharap benar agar Nusatara tidak lagi 'di antarakan', akan tetapi bercantum kembali di hati2 kalian agar jantung bumi akan berdenyut kembali dan dunia akan menyanyi kembali dengan riangnya.

APAKAH EVOLUSI BENAR-BENAR KEMBALI?
ATAU IANYA HANYALAH ILUSI?

kalianlah menjawabnya...

wallahuaklam

p/s: insyallah, nanti saya akan teruskan rangkuman evolusi senyap 4 yang mungkin akan menenangkan jiwa-jiwa kalian. amin

3 comments:

  1. RazakRao
    Saya tertarik membaca artikel sdr mengenai NUSA NAGA , kerana seperjalanan dengan kita yg ingin mencari susur galur warisan yg hilang di Sumatera iaitu Kerajaan Sriwijaya yg sering didengar dan juga Kerajaan Melayu DharmasRaya yg amat jarang didengar ...
    Mengenai perkataan NAGA pula , pastinya melambangkan kepimpinan Raja dan daulatnya yg berasal dari susur galur Nabi & Rasul ... Nabi & Rasul adalah seorang Raja , walaupun tidak kelihatan seperti Raja di alam nyata .. mereka tetap Raja di alam ghaib yg jauh lebih besar dan luas dari dunia nyata ini . Namun begitu , bukanlah bermakna semua anak cucunya Raja , kerana warisan turunan itu akan mencari waris yg sesuai dengan DNA dan juga watak nya kerana apa yg membezakan seorang Raja dan bukan Raja adalah peranan masing2 yg terbentuk jauh di dalam diri individu tersebut .. seorang Raja adalah umpama payung kepada rakyatnya .. sekira ini berlaku , maka rakyat yg akan dengan rela hati mengangkat Raja tersebut menerusi wakilnya iaitu Bendahara contohnya dan setelah di angkat , barulah SAH keturunan Raja tersebut menjadi Raja ... Raja tidak boleh mengangkat dirinya sendiri menjadi Raja ..bahkan Raja mesti diangkat oleh rakyatnya dan dilakukan AKAD untuk mengesahkan !

    ReplyDelete
  2. RazakRao
    boleh dihubungi di
    razakmohdnasir@yahoo.com.my

    wassalam

    ReplyDelete
  3. Sy bstuju dgn saudara Razak. Sy bsetuju dgn pandangan2 future phenomenon dlm blognya, ia suatu yg boleh d kongsikn utk smua dan berusaha realisasi dlm diri masing2 spaya kt lah insan tbaik yg d maksudkn. Perbezaan & khilaf d antara kt sama ada dr segi pandangan, watak, pemikiran dll adalah saling utk melengkapi antara satu sama lain.

    Ringkasnya, sy bpandangan:
    1. Islam akan bangkit d tangan org2 A'jam yg bersalasilah Quraisy & Ahl Bait. Mereka semua hidup dlm kerendahan dunia dan tersembunyi keturunan mereka. Bahkn mereka sdiri tidak mengetahui keturunan mereka. Mereka ada bertebaran d bumi Nusantara. Dimasa silam setelah bhijrah ke rantau ini, moyang mereka pernah memegang tampuk kuasa kesultanan di merata tempat Nusantara. Mereka akn memimpin para insan yg ikhlas bjuang utk mbangkitkn Islam semula dikala mana kezaliman & kerosakan sudah makin memuncak

    2. Mereka tidak sesekali mengangkat diri mereka, tetapi insan2 beriman d sekililinglah yg akan membaiah mereka sbg Penguasa Baru


    3. Bumi Nusantara bakal mjadi utk kbangkitan daulah Islam d akhir zaman

    4. Insan-insan terpilih yg mjadi Pembela & Pejuang Islam (Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim, IKHWAN dsb) tidak mustahil datang dpd bumi Nusantara dr sanad keturunan yg tersembunyi

    5. Disamping faktor DNA, sy bpendpt,sifat dan kelebihan keturunan Ahl Bait jg d warisi melalui "Barakah". Seseorng Ahl Bait dpt d kenali melalui "Barakah" yg tkandung dlm dirinya. Scara zahir, ia sama sekali tdk akn dpt d buktikn dgn ilmu manusiawi apatah lg dgn bukti nasab scara bertulis. Identiti Ahl Bait melalui elemen "Barakah" hanya dpt dikenali oleh mereka yg mdapat anugerah Kasyaf oleh Allah swt. Insan-insan Kasyaf ini adalah para Wali Allah dan mjadi Mursyid yg Arif mbimbing umat Islam. Insan Kasyaf inilah yg akn mngasuh & mdidik, sekaligus mzahirkn identiti dalaman Insan Ahl Bait yg tsembunyi sekian lama

    Akhir kalam, sekadar pandangan yg lemah...Allah jg yg maha Mengetahui

    Wallah A'lam Bis Sowab

    ReplyDelete

Please visit
http://tubepanas.blogspot.com
http://nusanaga.blogspot.com
http://fxmytrading.blogspot.com