Artikel dari hamba ALLAH

salam

Untuk artikel kali ini, saya akan ‘update’ satu karya dari seorang hamba ALLAH yang mahu artikelnya di paparkan di sini. Jadi, untuk itu, saya menunaikan janji itu dengan memaparkan artikel itu. Artikel ini mengenai penilaian dan kajiannya mengenai apa yang sedang dan akan berlaku di sekeliling kita. Dari situ, dia selarikan dengan ayat-ayat quran dan pemikiran islamik ke dalam penilaiannya.

Saya mengambil artikelnya bukan hanya kerana janji itu, akan tetapi saya mahu anda semua bersama menilai dan mengkaji serta berfikir apa yang sedang dan akan terjadi di sekeliling kita. Tak kiralah anda berbangsa apa atau beragama apa sekalipun, tapi sepanjang kita bergelar ‘manusia’, seharusnya kita sentiasa berfikir agar kita boleh menjadi sang khalifah yang adil lagi saksama di muka bumi ini. Apakah kita berlaku adil kepada alam dan dunia ini?
Apakah mungkin gempa bumi dan segala bencana yang sedang berlaku kini adalah ‘pemberontakkan’ dari alam yang kita duduki kini. Apa yang pasti, ALLAH jua yang maha mengetahui.

Selepas artikel ini, insyallah, saya akan memaparkan kajian saya mengenai ‘Origin of Malay’ sebagaimana yang di janjikan. Kajian itu bukanlah bersifat mutlak dan ianya boleh berubah. Tujuan utama saya memberitahu dunia mengenai kajian ‘origin of Malay’ saya itu ialah, supaya akan datang mereka-mereka yang mengetahui perihal ini dan berkongsi bersama.
Para cendikiawan barat sudah pun mula mengkaji sejarah kuno di wilayah Nusantara ini tapi rakyat tempatan pula hanya pandai berpolitik, berpolemik dan berhibur sahaja tanpa sedar, sang barat mulai mengali sejarah yang mana mungkin akan ada pihak yang berkepentingan memanipulasi data-data itu.

Hal itu telah pun terjadi, apabila Prof Arysio Santos mengeluarkan teori mengenai Atlantis adalah di Nusantara. Akan tetapi, di ‘cover page’ buku itu, tulisan INDONESIA di tulis besar-besar, seolah-olah benua ATLANTIS itu hanya berada di INDONESIA. Hal ini menyebabkan ramai cendikiawan di INDONESIA berbangga-bangga lalu menyatakan BANGSA INDONESIA adalah bangsa ATLANTIS. Persoalan saya, bila pula wujudnya BANGSA INDONESIA ini? Apakah itu telah wujud jutaan tahun lalu?

Jadi, sedarlah, rumpun Melayu itu cukup besar dan jika kita saling bergaduh kerana sempadan geografi sekankang kera ini, sia-sia belaka. Ada pihak yang cuba memanipulasikan data dan pihak itu cuba mengapi-api kan rumpun Melayu agar kebangkitan yang di janjikan itu tidak pernah berlaku dan kalau boleh, di lupakan terus.

Apapun, kita teruskan dengan tujuan asal kita yakni membaca dan memahami apa yang saudara kita ingin sampaikan untuk kali ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana saya terpaksa mengubah sedikit koleksi artikel-artikel ini kerana ianya sangat panjang dan saya tidak boleh mengeluarkannya secara ‘berepisod’. Bagaimanapun, mari kita mengucap terima kasih pada si penghantar itu. Wassalam

.......................................................................................

POHON KRISIS

-Pastinya gambarajah dia atas adalah sesuatu yang baru. Jjka selama ini kita akan melihat bagaimana krisis diselesaikan dengan menggunakan kaedah konvensional, iaitu kaedah penyelesaian mengikut kesesuaian atau keadaan.
-Contoh apabila seorang pesakit disyaki mengalami sakit atau virus yang tidak diketahui,dia akan dirawat mengikut simpton atau tanda yang dialami ,jika dia demam maka diberikan paanadol,kurang darah maka akan diberi darah.dan begitulah seterusnya.
-Jadi secara kasarnya,krisis di dunia telah diselesaikan dengan menggunakan kaedah tersebut.
-Jika hendak dituliskan di sini nesscaya kita akan melihat lebih banyak lagi masalah dan isu yang berbangkit namun pastinya kita akan berpuas hati dengan satu perkara iaitu punca segala masalah adalah MANUSIA.,sebagaimana gambarajah di atas.
-Mungkin agak rumit untuk dinukilkan di sini tetapi lebih baik bertanyakan kepada yang lebih afdhal dan arif tentang manusia. Sebelum itu cuba kita rujuk suatu sumber yang tiada keraguan padanya iaitu AL-QURAN .


1.“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah”. Surah An-Nisa’

2. “Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” Surah Ar-Rum

3.” Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, “
Surah Al Ahzab.

APA ITU MANUSIA ?

Manusia merupakan makhluk yang memlilki kepupayaan,kebolehan yang luas melalui pancaindera-pancaindera yang dimiliki seperti otak,mata,telinga,mulut dsb.
Terdapat 2 unsur yang membina manusia iaitu jasmani dan rohani.
-Jasmani adalah fizikal luar yang boleh dilihat oleh orang lain dan diri sendiri
-Rohani adalah sisi dalaman manusia yang melibatkan hati,perasaan,fikiran,nafsu dan syahwat.(seks).

Ia lebih kompleks berbanding jasmani kerana terdapat fungsi khusus bagi setiap kompenen ini..
Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan tugas masing-masing.

HAK-HAK MANUSIA
-Pernah dengar tentang hak kebebasan bersuara? Hak berhimpun? Hak mengekuarkan pendapat? Hak memilih? Hak mengundi? Hak bebas berseronok? Hak warganegara?dll…

APA ADA DENGAN HAK?

-Hak adalah keinginan,keperluan,matlamat untuk menjalani kehidupan mengikut gaya,budaya, serta ruang lingkup di sekelliling atau ruang ciptaan sendiri.
-Hak yang paling besar adalah hak untuk memilih. Belum lagi. Hak untuk bebas memilih. Hak memilih pasangan,memilih kerjaya,memilih cara hidup,memilih parti,memilih taraf kewarganegaraan dsb. Apabila hak dipenuhi maka kehidupan seseorang itu akan menjadi puas,gembira,seronok,bahagia meskipun pilihannya itu memudaratkan dirinya sendiri.

DUA MEDAN PILIHAN MANUSIA

-Berdasarkan kajian,manusia sentiasa inginkan kebaikan. Maksudnya matlamat asal manusia adalah inginkan kebaikan. MATLAMAT MANUSIA ADALAH KEBAIKAN (NALURI KEBAIKAN)
-Ragu-ragu dengan kenyataan ini,sila tanyakan kepada diri anda sendiri.
-Apabila matlamat manusia inginkan kebaikan maka jalan ke arah kebaikan juga mestilah kebaikan.

Hak jasmani:

Sihat,cergas,kemas,segak,bergaya,berat badan ideal,bersih dan yang paling penting.MESTILAH TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.dll

Hak rohani

Ianya agak kompleks namun tidaklah mustahil untuk memenuhinya.

HAK TUNTUTAN
Akal Fikir positif,pandangan jauh,bijak menilai,bijak memilih
Mulut Bercakap sopan,lemah lembut, mulut tidak berbau,nada sederhana
Hati Penuh dengan sifat mahmudah,suci,tiada dendam benci sesama saudara
Perut Makanan dan sumber rezeki yang halal,mengikut kadar yang secukupnya
Syahwat Nikah


-Matlamat bersifat kekal dan ia tidak mengikut keadaan. Ia konsisten dan tetap dalam apa jua keadaan sekalipun. Matlamat UTAMA UMAT ISLAM ADALAH ALLAH. Ia jelas bukan.

KESAN DAN AKIBAT HAK TIDAK DIPENUHI :

-Fizikal tidak mencapai keupayaan optimum atau rosak,DALAM SEDAR ATAU TIDAK
-Jiwa,perasaan,fikiran kacau dan tidak menentu
-Hati sentiasa tidak puas,tenang dan jika ada hanyalah sementara sahaja
-Fikiran sering diterjah persoalan
-Wujud keraguan terlampau dalam diri
-Hilang percaya dan yakin pada diri
-Cenderung dan selalu bertaklik kepada orang lain tidak kira di dalam apa jua hal
-Takut terhadap bayang-bayang sendiri
-Hilang rasa dan sifat malu
-Personaliti yang berubah-ubah mengikut rentak sekeliling
-Berprinsip dan pegangan yang kurang jelas atau tiada langsung.
-Fanatik terlampau kepada tokoh ,falsafah,atau idealogi tertentu
-Gaya fikir sentiasa kotor,negatif,serabut,
-Perwatakan cenderung kepada panas baran,agresif,sombong,ego tidak menentu

KESIMPULAN:

HAK = MATLAMAT + KEPERLUAN + KEINGINAN

................................


TEKNOLOGI TARBIYAH TUHAN

-Adakah anda tahu bagaimana Tuhan mendidik manusia agar menjadi insan yang soleh dan solehah.
-Di dalam Islam ,kita akan bertemu dengan 3 cabang besar iaitu Akidah ,Ibadah, Akhlak
-Tarbiyyah bererti pendidikan .
-Ianya berkait rapat tentang kaedah,cara,tertib dan sebagainya dalam mendidik manusia.
-Bercakap tentang mendidik -menasihat,menegur,memperingat,memberitahu dan segala macam lagi yang berkait dengan mendidik,maka kita boleh katakan ia sebagai proses.
-Adakah kita pernah terfikir kenapa mesti solat 5 x sehari,kenapa zakat,haji,mesti rendah diri,kenapa mesti ingat Allah selalu dan perintah-perintah Allah yang lain.
-Apabila bercakap tentang prsoses,ia mestilah istiqamah,konsisten,tetap,maintain dan yang setara dengannya.
-Contohnya kita ingin menghasilkan 500 buah buku. Pastinya kita tidak menghasilkannya dengan manual tetapi kita menghasilkan mesin yang berteraskan sistem yang sama digunakan untuk membuat buku tersebut supaya hasilnya sama. -Justeru sistem yang digunakan mestilah berterusan agak buku dapat disiapkan mengikut waktu,konsisten agar ciri dan sifat buku adalah seragam ,berkesan dan mantap agar kualitinya terjamin.

Apa itu Akidah?

-akidah merupakan keyakinan,kepercayaan,harapan,taat pada Allah. Sebagaimana diketahui,apabila kita percayakan sesuatu,kita akan bertindak mengikut apa yang kita percaya.

Contoh :
@ bila kita percaya kita hebat,kita akan berkelakuan seperti orang yang hebat. Maksudnya berpenampilan hebat,bergaya, ada style,kemas dan segak.

@ jika seorang itu percaya bahawa duit akan memberi kesenangan maka dia akan melakukan apa sahaja agar dia berjaya mendapat duit.

@ orang yang yakin bahawa Jesus adalah anak Tuhan maka mereka akan pergi ke gereja setiap hari Ahad..


Maksud Ibadah?

-ibadah adalah perlakuan atau amalan terhadap apa yag kita percaya dan yakin. Maksudnya akidah. Jika kita percayakan Allah sebagai tujuan hidup maka kita akan bersolat,zakat,puasa,dakwah bernikah hanya kerana Allah.. jika kita yakin bahawa duit adalah matlamat hidup maka kita melakukan apa sahaja demi duit.

Bagaimana dengan Akhlak ?

-Akhlak merupakan nilai,watak atau personaliti yang wujud setelah melalui sesuatu.ibadah Contohnya jujur,amanah,tanggungjawab,sayang, romantik, sabar,tabah dll. Orang yang menjadikan duit sebagai punca kesenangan hidup,maka mereka akan melakukan apa sahaja demi memastikan duit berjaya diperoleh. Mereka akan bersabar demi duit,sayang demi duit,cinta demi duit ,amanah demi duit.
Berbeza pula orang yang hidupnya demi Allah ,mereka sabar,tabah,amanah dan cinta dan nikah demi Allah.

Kesimpulan :
SISTEM PEMBENTUK NILAI MANUSIA @ ISLAM


-kenali betul betul tentang Allah. Maka anda akan bertemu dengan cahaya yang telah Allah letakkan di dalam hati kita. Ianya merupakan fitrah asal manusia.

KESIMPULAN :

Perbetulkan diri anda dengan mengenali Allah. Cara yang paling mudah untuk kenal Allah adalah dengan kenali diri anda sendiri. Satu lagi soalan adakah anda kenal dengan diri anda sendiri ?

...........................................................................


MISTERI TAQWA TERDEDAH

-Bagaimana jika seseorang takut terhadap air.. Fenomena tersebut dinamakan sebagai Hidrophobia. Gejala ini menyaksikan sseorang itu takut untuk berada dengan air,lihat air,mendengar bunyi air dan segala yang berkaitan dengan air.

-Gejala fobia ini selalunya melibatkan pesakit mental yang kronik. Mereka takut untuk berada dengan realiti. Takut dengan masyarakat sekeliling.
-Sifat takut ini membuatkan seseorang itu lari atau menjauhkan diri dari perkara atau sebarang objek atau tanda yang ditakutinya.
-Contoh yang mudah ialah apabila anda takut dengan hantu,anda pasti takut tidur dalam gelap,gementar apabila terdengar bunyi petir dan kilat dll.
-Apabila seseorang takut terhadap sesuatu,pasti akan datang sesuatu perasaan yang dikenali sebagai HARAPAN

Contoh :

1. Jika beg anda diragut,bagi yang normal nescaya pasti mereka akan menjerit meminta .“Tolong!”. Bagi yang tidak,mereka akan senyum dan memandang sahaja kepada peragut.

2. Apabila anda kehilangan sesuatu,anda meminta agar ada yang akan memulangkannya kepada anda.

-Meminta pertolongan ini dinamakan sebagai berharap. Semakin takut,semakin sukar keadaan yang di alami akan meyebabkan kita semakin mengharap dan semakin besar pengharapan kita. Jika entiti atau elemen tempat kita berharap itu tipis maka sangat tipislah harapan kita dan sebaliknya pula jika tempat kita berharap itu besar maka semakin besarlah harapan kita sehinggalah kita tidak akan terlintas untuk berputus asa. Bagi orang muttaqin,disebabkan itulah apabila mereka mati dalam keadaan berharap pada Allah maka mereka tahu bahawasanya harapan mereka tidak pernah sia- sia. Oleh itu mati bukanlah alasan untuk mereka takut. Tetapi bagi orang biasa,mati adalah titik tamat yang sangat mereka ingin hindari kerana pada mereka mati tidak membawa apa-apa makna.

TAQWA

-Ianya bermaksud takut dan berharap. Berharap beerti lebih daripada percaya kerana anda yakin ia telah berada di tempatnya tetapi percaya masih lagi membuatkan anda anda ragu-ragu atau sangsi.
-Gejala taqwa membolehkan anda berasa Allah sentiasa berada di samping anda dan seterusnya memastikan anda menjaga akhlak dan tingkah laku anda tidak kira di mana jua anda berada.
-Anda tiada rasa takut dan ragu-ragu di hati. Segala amal anda penuh dengan ketenangan dan harmoni.
- Inilah golongan Muttaqin dan juga digelar Muqarrabin.
Sebaik-baik ketakutan adalah pada Allah dan ianya akan membuatkan anda semakin hebat dan unggul di hadapan manusia. Tidak kira walau siapa pun anda.

KESIMPULAN

Takutlah kepada Allah. Bukan kepada manusia yang tidak punya apa-apa meskipun mereka ini Tok Guru,ulama,PM,Menteri atau siapa jua.
Share this post :

+ comments + 9 comments

Anonymous
October 17, 2009 at 1:56 AM

Akan tetapi, di ‘cover page’ buku itu, tulisan INDONESIA di tulis besar-besar, seolah-olah benua ATLANTIS itu hanya berada di INDONESIA. Hal ini menyebabkan ramai cendikiawan di INDONESIA berbangga-bangga lalu menyatakan BANGSA INDONESIA adalah bangsa ATLANTIS.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

ahhh!!!!

bosan polimik macam ni,pemimpin Melayu sendiri mendendangkan puisi Ronggo Worsito di PWTC 2-3 ari lepas,adakah org Malaysia sendiri ingin menJawakan Melayu???

nanti Indon claim hakmilik lagu rasa sayang,pendet,kain batik terbaru puisi tu,nanti marah pulak tu....mana klimaknya?

ads...

October 17, 2009 at 9:54 PM

itulah masalah di nusantara...

masalah perang kebudayaan sehingga menyebabkan pergaduhan ini adalah permainan semata2.

perang kebudayaan ini (claim meng-claim) seperti di tahap memuncak. bagaikan apa saja yang di lakukan seolah2 menunjukkan kita terjerumus dalam perang tak sia-sia ini.

kenapa sia-sia?
melayu itu bahasa dan nusantara adalah rumpun melayu. selagi rakyat tidak di cerahkan mengenai 'apa itu melayu' dan peryatuan nusantara ke dalam satu bahasa 'melayu'...sampai bila-bila pergaduhan etnik dan negara-negara di nusantara akan berlaku.

walaupun saya tidak di iktiraf untuk membahaskan apa itu melayu, tapi sekurang-kurangnya saya mempunyai inisiatif untuk menyatukan rumpun melayu yang kian 'rosak' kini. wallahuaklam

October 20, 2009 at 6:22 AM

ntuk dapat view yg lebih jelas tentg artikel di atas,,sila muslimdairyz.blogspot.com

Anonymous
October 21, 2009 at 1:43 AM

TAQWA

-Ianya bermaksud takut dan berharap. Berharap beerti lebih daripada percaya kerana anda yakin ia telah berada di tempatnya tetapi percaya masih lagi membuatkan anda anda ragu-ragu atau sangsi.
-Gejala taqwa membolehkan anda berasa Allah sentiasa berada di samping anda dan seterusnya memastikan anda menjaga akhlak dan tingkah laku anda tidak kira di mana jua anda berada.
-Anda tiada rasa takut dan ragu-ragu di hati. Segala amal anda penuh dengan ketenangan dan harmoni.
- Inilah golongan Muttaqin dan juga digelar Muqarrabin.
Sebaik-baik ketakutan adalah pada Allah dan ianya akan membuatkan anda semakin hebat dan unggul di hadapan manusia. Tidak kira walau siapa pun anda.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Peulisan tentang Taqwa ini bagi aku sangat meragukan serta mengerikan malah terjauh dari pengertian dan pengisian sebenar tentang Taqwa itu.Aku tak pasti bagaimana mengikut kefahaman sang Naga...

Takut dan harap?
Tiada merasa takut???
Ketakutan hanya pada Allah ????

betulkah Muttaqin dan Muqarabin bersikap begini....setau aku mereka adalah kekasih Allah swt.

Man Bai....

October 22, 2009 at 6:00 AM

salam buat saudare man bai.. sila fahamkan artikel tersebut di muslimdairyz.blogspot.com..TAQWA..kat situ ade gambar rajah sebenarnye..cume kat blog awaken nie, gambr tu x dapat nak diletakkan,mgkin sebab teknkal..apa pun ntuk lebih adil silalah ke blog tersebut...terima kasih.

December 13, 2009 at 9:27 AM

Satu kupasan yang mendalam. Bagaimanakah kupasan yang berkaitan dengan Nusakancana dan Nusarantang yang berkaitan dengan Nusantara.

September 13, 2010 at 7:26 PM

salam,
apa yang saya belajar, taqwa bermaksud buat apa yang di suruh dan tinggal yang dilarang, atau makna lain ialah patuh. Orang bertaqwa ialah orang yang patuh kepada Allah SWT. Untuk menjadi patuh perlu bermula dengan berilmu, percaya dan beramal soleh. Punca ilmu ialah al-quran dan sunnah nabi, dari situ ilmu akan disebarkan melalui pengkaji-pengkaji dan alim-ulamak.
minta tunjuk ajar.

Anonymous
September 13, 2010 at 9:15 PM

Taqwa macam tu tak kesempurnaan.

Sebab hakikatnya yang baik pun Allah yang cipta dan yang buruk pun dari Dia juga sumber afaal nya.

Perangai ikut al quran dan sunnah tak terang masih kabur.Sebab al quran dan sunnah tu tafsirannya banyak.Hari tu dah ada yang berhujjah pasal ikut quran dan sunnah tu.Tak salah tajuk Tuesday, August 10, 2010 -Selamat Menyambut Ramadhan -dalam ruanagan komentar.

Hari jumaat tok khatib cuma suruh org bertaqwa saje tapi kaedah taqwa tak di ajarkan....takwa bukan patuh tapi ada makna yg lebih sempurna.

Bill
November 10, 2010 at 11:22 PM

entri tu khalifah0606 tulis dlm muslimdairyz kan? isi maksud entri mmg cantik, tapi perangai khalifah 0606 sangatlah buruk. langsung tak cerminkan hati dia yg sebenar. suka mengutuk org lain di forum2, blog2 & web2 di intenet.

dia suruh org sopan bila bercakap, tapi dia sendri celupar. dia sendiri nasihat mintak kita didik org lain ikut peringkat, tapi dia kutuk plak bila org lain buat mcm tu.

tak paham aku mamat sorang ni.

Post a Comment

Search This Blog

Total Pageviews

ALL TIME POPULAR

Artikel lama Nusanaga

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger