Total Pageviews
BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri 2)
Salam…
Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk update blog ini. Artikel sebelum ini menerangkan tentang wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. kenapa harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.
Sebelum kita masuk lebih dalam lagi, saya ingin menerangkan tentang ADAM sebelum ADAM. Hal ini memang memeningkan. Tambahan lagi jika muslim itu tidak mahu ‘open-mind’. Saya hairan kenapa muslim kini suka melemahkan kekuasaan ALLAH?! Maksud saya ialah, andai kata seseorang saintis itu mengkaji sesuatu di luar adat, lantas mereka kata “mereka mahu mencabar tuhan”. Sebenarnya, mampukah kita mencabar tuhan sedangkan DIA ‘laisakamislihi syaiun’ yakni tidak menyerupai mana satu pun mahupun pemikiran.
Maksud sebenar ALLAH maha besar ialah, sehebat mana ciptaan manusia sekali pun atau sepelik mana sekali pun sesuatu perkara itu, sesungguhnya itu adalah dari keizinanNYA. Tiada pernah manusia mencabar DIA dan menghampiri kekuasaanNYA kerana DIA melebihi segala. Andai kata saintis kini sedang mengkaji ‘god particle’, apakah itu ‘tuhan’. Sudah tentu tidak. Kerana DIA tidak menyerupai mana-mana pun. Kemudiannya, muslim pula bising-bising menyatakan ‘jangan cabar tuhan’. Apakah muslim mengerti apa yang mereka katakana itu. Siapa yang pernah mencabar tuhan. Sesungguhnya manusialah yang mencabar diri mereka sendiri.
Daripada itu, cukuplah mengata orang lain sebagai ‘karut’, khurafat’, ‘syirik’, ‘mencabar tuhan’ dan sebagainya kerana sifat-sifat inilah yang menjatuhkan umat islam secara umumnya. Merekalah yang merendah-rendahkan kekuasaanNYA yang maha luas. Andai kita dapat membina teknologi yang mampu pergi ke penjuru angkas sekali pun, tidak pernah mampu kita untuk mencapai tahap kekuasaanNYA. Itulah di namakan KEIZINAN DARINYA.
Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, adam itu adalah suatu nama bagi suatu perciptaan berupa manusia yang kita miliki kini. Mengikut komen pada artikel sebelum ini, memang ya, ADAM di turunkan untuk memimpin generasi sebelum ini. Sebenarnya, saya takut untuk membuka perihal itu kerana ia mungkin menimbulkan fitnah kepada yang tidak pernah memahami.
Jadi, marilah saya buka satu kisah mengenai asal usul sesuatu makhluk bernama AZAZIL. Kisah ini di ambil dari buku-buku terdahulu dan cerita orang-orang tua yang mengaji tentang sufi.
Pada suatu ketika dulu, wujud satu bangsa yang suka berperang. Entah bagaimana, peperangan itu di sertai juga oleh para malaikat-malaikat sehinggakan bumi menjadi rata dan tiada lagi kehidupan di atasnya. Tapi, ajaibnya, ada seorang budak kecil masih hidup menangis-nangis mencari ibu bapanya. Lantas, malaikat mengambilnya lalu di bawa ke langit. Azazil ini di besarkan dan menjadi seorang abid yakni seorang ahli ibadat yang cukup hebat. Doanya sentiasa di perkenankan sehinggakan malaikat-malaikat pun datang meminta azazil doakan untuk mereka.
Pada suatu ketika, ALLAH mahu menciptakan sesuatu yang baru. Penciptaan ini di namakan sebagai ADAM. Azazil naik ke atas dan melihat-lihat boneka ADAM yang masih tidak bernyawa itu dan menyentuhnya. Lalu wujudlah calitan Azazil pada bahagian atas mulut dan bawah hidung kita pada hari ini.
Kemudian, di suatu bahagian yang lain, para malaikat yang baru saja membina bumi baru ini naik ke langit lantas melihat sesuatu di kaki langit. Ia tertera tentang akaa ada seorang hamba ALLAH ini yang akan membelot dan di laknat oleh ALLAH. Para malaikat menjadi takut dan menemui Azazil untuk doakan mereka. Azazil doakan para malaikat ini jauh dari kutukan itu tapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri kerana menganggap dirinya akan selamat.
Pada era kebangkitan ADAM, azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi di suruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya di burukan wajah mereka dan di halau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’.
Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru ini. Di dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam manusia, sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar.
Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi.
Sedikit info mengenai golongan Fallen angle, mereka ini bukanlah malaikat semata-mata. Tapi ada juga berupa makhluk yang terdahulu yang tidak di ketahui namanya. Azazil bila di turunkan ke bumi lantas dia di kenali sebagai IBLIS atau LUCIFER. Golongan yang wujud sebelum turunnya ADAM yang sempurna itu kebanyakkannya masih primitive dan tidak suka kepada penyatuan dan ketuhanan.
Mungkin dari situ juga, berlaku pencampuran genetic ‘fallen angle’ dan manusia lantas memwujudkan ‘nefilim’ atau si gergasi. Selain itu juga, pencampuran genetic itu juga dengan haiwan menghasilkan generasi ‘mutant’ bertubuh kehaiwanan. Inilah di sebut sebagai duyung dan lain-lain’. Bumi baru ketika itu di penuhi dengan pelbagai makhluk yang cukup berbeza. Jarak turunnya IBLIS dan turunnya ADAM tidak di ketahui tapi mungkin mengambil masa ribuan tahun dunia, kerana perbezaan sehari dunia dan sehari ‘akhirat’ adalah seribu tahun. Dek kerana itu, pembiakan dan penyebaran makhluk-mahkluk yang berkeliaran ini menyebabkan bumi tidak seimbang. Seorang pemimpin harus di angkat dengan segera.
Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada manusia hybrid dari campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang di ciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya dengar dan jika mahu lebih, kalian haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.
ADAM yang di beri ilmu segala itu kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewa yang di kenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tapi, di khabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini dan aplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic.
Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewa. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa yang mahu membina dunia sebagai syurga. Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. inilah di namakan sebagai ‘light and dark’. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini.
Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu adam yang Berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang terapung di udara. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Seorang raja memerhatikan saja dari atas gunung akan wilayahnya di mana, di bawahnya terdapat ribuan ikan paus bermain riang sambil di perhatikan oleh beberapa manusia di dasar lautan itu. Gambaran kehidupan itu seperti fantasi. Saya mendapat gambaran ini melalui keadah ‘channeling’.
Tapi, sejak berlakunya era ‘light and dark’, benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain dan di khabarkan peta bumi berlapis dua. Mungkin itulah di sebut sebagai kayangan. Apapun, kita tinggalkan tentang itu.
Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi akibat dari peperangan itu lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NOH yang besar (mungkin lagi besar dari bahtera 04 dalam filem 2012), mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia Barat.
Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid di hapuskan (atau di sembunyikan). Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebarablah mereka membina kehidupan yang baru.
Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewa pada era ADAM dan era ‘light and dark’. Tapi, sejak peninggalan NOH, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya…tapi bilakah mereka itu akan pulang ke pangkuan tanah ‘dewa’ ini?
kesimpulan dari pada artikel kali ini adalah:-
1- umat sebelum ADAM adalah makhluk-makhluk hybrid dan 'fallen angle' yang harus di pimpin.
2- terdapat beberapa era sebelum berlakunya peristiwa banjir besar NOH yakni
a) kedatangan 'fallen angle' dan pencampuran genetik yang tidak seimbang
b) era kedatangan ADAM dan anak cucunya dalam proses penyebaran manusia-manusia sempurna
c) era penyatuan segala jenis manusia (satu bangsa) dan kemunculan 'dewa-dewa'
d) era pemisahan 'light and dark' (dewa pengurus dan dewa keduniaan)
e) era wilayah-wilayah ketamadunan dunia terhebat (atlantis, lemuria, ramayana dan lain-lain)
f) kemusnahan era ADAM dan bermulalah era manusia semata-mata
Banyak persoalan yang masih bermain di fikiran. Apa yang terjadi pada ‘fallen angle’ pada era ADAM sehingga kini? kemana perginya dewa-dewa yang pernah mendiami tanah dewa yakni nusantara ini? Apa itu peta dunia berlapis dua? Apa pula itu kayangan? Sebesar mana bahtera NOH itu? Ke mana perginya ilmu wasiat ADAM? Saksikan di artikel seterusnya, hanya di Nusanaga.blogspot.com...wassalam
p/s: nampakkah kalian mengenai DIA itu maha perancang?!
+ comments + 15 comments
masih phenin, mcm ada yang tak lengkap...pepepun tunggu next artikel...
cepat3... saya perlu kan jawapan segera mengenai kajian ini
memang ada yang tak lengkap sebab di sengajakan...
tak boleh nak kasi semua sebab ia berkait juga dengan kerahsiaan. hanya ini yang mampu di beritahu. jadi, kalau nak lebih,kenalah sama-sama turun padang dan mengkaji kerana, kajian ini bukan hanya kajian persendirian, tapi kajian yang meliputi seluruh rumpun kemelayuan dan demi islam.
wallahuaklam
Salam..
citer di atas ada tally dengan citer ringkas yg disampaikan oleh Tok belagak (http://darulsaka.blogspot.com/search?q=dewa)
pada beliau, dewa ni mmg wujud dan bukan golongan jin.. kerajaan mereka runtuh semasa kelahiran nabi Muhammad saw dan dewa2 yg dicatat oleh masyarakat kuno seperti dewa2 greek tu mmg dari jenis dewa pun..
menurut beliau lagi, kalau betul2 sampai tahap scan tertentu mmg boleh lihat dewa ni.. diorang berpakaian sayap.. hidup diorang takde amik port dgn manusia.. tak macam jin yg suka mengganggu.. antara dewa terkenal di semenanjung adalah puteri gunung ledang.. walaupun begitu banyak jin yg menyamar sbg beliau utk sesatkan manusia..
wah best!!! tapi masih tergantung lagi kan???
Wah, hang ni psionics rupenya. Saya ni bekas psionics, jadi hang ni junior aku le. Skang ni aku peruqyah assyariah. Mana hang dapat teori cam occult je pesen nya. betui ka? dari "Book" mana hang dapat? Masa aku psionics dulu kat dunia psionic kecoh pasal "book" tu. Angel bukan angle.
Kajian kita mesti berlandas Al-Quran dan Hadis. Dan ilmu yg dari ilham ulama muktabar juga. Syariat Allah skang adalah Islam. Hati-hati kerana syaitan itu menyesatkan.
Peristiwa Banjir besar sewaktu Nabi Nuh A.S..Adakah benar anda fikir banjir itu secara total yakni seluruh bumi tenggelam seperti movie 2012..@ banjir itu hanya berlaku pada regional sahaja? kaji perkara ini lebih teliti..dalam old tastement yg telah diubah oleh tangan manusia yg mengatakan banjir secara total (seperti movie 2012)..tetapi yg sebenarnya hanya regional sahaja..jika anda tidak mampu mentafsir suruh nuh itu..bacalah buku karangan Harun Yahya tentang bangsa2 yg musnah.
salam aiz..maaf kalau soalan saya ni saudara sudah terangkan di dalam artikel tuan..saya cuma terfikir..adakah objek-obejek yang popular dengan gelaran ufo itu adalah saki baki golongan yang saudara maksudkan sebagai dewa?...jika ya mungkin sekali kedatangan mereka ke dunia/dimensi kita adalah untuk menjenguk kembali kediaman mereka/nenek moyang mereka dahulu?..hanya sekadar pemikiran saya...
saya agak setuju dengan komen saudara tarmizy..jika kajian ini dapat diselitkan sekali dengan bukti dari sumber rujukan islam maka akan lebih kukuh lg bukti terhadap teori ini.bukan bermaksud saya tidak mengiktiraf rujukan guru sufi serta sumber chanelling saudara...
mungkin saya sudah terlampau skip tetapi adakah perang akhir zaman tanpa senjata moden berlaku apabila kita mewarisi kembali ilmu golongan dewa ini?(ilmu alam) dan ianya seperti juga perang yang berlaku antara golongan dewa ini?...seperti kata saudara...ancient was future...
cerita perihal dewa2 ni masih tergantung...sengaja di biarkan begitu kerana saya masih mengumpul maklumat selengkapnya...
dewa2 ni boleh jadi manusia dan boleh jadi bukan manusia..terpulang pada anda. tapi, untuk artikel seterusnya, saya akan membongkar siapakah mereka ini dan kronologinya sehingga runtuhnya perhubungan di antara mereka dan kita.
perjalanan menyusuri kembali hikayat bangsa yang 'hilnag' ini sungguh panjang...
saksikan catitan di nusanaga di artikel seterusnya..insyallah
p/s: insyallah saya akan masukkan dalil quran, hadis, kitab kuning dan sebagainya seandainya ia akan menyakinkan anda
Salam,
Jika tuan rumah tidak keberatan, bolehkah saya mendapatkan maklumat tentang kaedah 'channeling' yang dikatakan itu? adakah channeling itu sama dengan kaedah 'Out of Body experience'?
Saya juga tertarik dengan maklumat mengenai asal-usul 'lurah' di antara hidung dan mulut Adam/anak Adam itu. Seolah2 sifat Azazil itu tertanam diatas badan manusia. Adakah maklumat itu tuan menkaji sendiri atau ada dalilnya?
Maka, apakah pendapat tuan rumah mengenai makhluk "Bunian" yang popular di Nusantara kita - yang dikatakan tidak memiliki 'lurah' tersebut? Adakah mereka dari golongan 'dewa', manusia, atau jin? Kenapa mereka cuba untuk rapat dengan manusia-manusia yang alim dan baik?
Dan, apakah mitos-mitos mengenai Naga dan Garuda itu memang wujud kerana mereka adalah manusia yang dikurniakan 'ilmu'? Dan mitos Naga adalah makhluk yang menentang manusia di Eropah adalah kerana kerosakan yang mereka lakukan?
Maaf jika soalan-soalan ini tidak dapat dijawab di ruangan ini. Jika perlu, bolehkah menghantar jawabannya ke nasrulds3(at)gmail.com kerana saya benar-benar ingin mencari kebenarannya.
Terima kasih.
adakah kita perlu memikirkan bab-bab seumpama ini secara serius? perkara yang ghaib hanya ALLAH S.W.T yang mengetahuinya.. jadi adakah perlu mengkajinya secara mendalam? pernah tak kita memikirkan kesan total pada mental kita jika melampaui batas jika terlalu memikir hal-hal sedemikian! tak salah kita mengkaji untuk mengetahui kebesaranNYA dan tak salah juga mengkaji untuk ilmu yang dapat membantu kita seperti kesihatan dan ilmu-ilmu yang berguna asalkan tidak menyimpang dari akidah amalan islam itu sendiri..
bukankah kita patut menambah bekalan untuk dunia akhirat kelak.. saya sama sekali tidak mempertikai cara kajian saudara malah saya sendiri mengkaguminya tapi saya berharap saudara perlu mengelak untuk menggunakan perkataan-perkataan atau kaedah-kaedah yang tidak berkait rapat dengan amalan islam.. bersyukurlah kepadaNYA atas ilmu-ilmu yang kita miliki ini.. jesteru itu marilah kita menambah bekalan amalan agama seperti yang disyariatkan oleh nabi yang terulung iaitu nabi MUHAMMAD S.A.W
Nasrul:
keadah channeling tu adalah gelaran yang saya bagi saja tapi sebenarnya ia adalah dari ilmu tua yang mana ia adalah komunikasi antara diri kamu dengan alam. Hanya yang tahu saja akan tahu. Jadi, berjalanlah untuk mengetahuinya. Insyallah kamu akan berjaya
Mengenai bunian pula, mereka adalah sebangsa dengan ratu Balqis yang berkahwin dengan Nabi sulaiman. Mereka ini bangsa jin tapi bersifat manusia dan tidak menganggu kehidupan manusia kerana mereka ada alam mereka sendiri. Yang datang mengacau kita itulah jin jahat dan yang mahu berdamping, lupa akan perjanjian.
mitos garuda dan naga adalah wujud. Jika ianya tidak wujud, darimana pula perkataan dan cerita naga2 ini muncul?! dari mimpi?!
Jon:-
Sememangnya kita tidak harus berfikir perkara ini kerana ia akan merosakkan akal kita yang cukup terhad ini. Oleh kerana itu tidak perlulah kita berfikir mengenai perkara ghaib itu kerana ianya termaktub di alam ghaib dan amat sukar untuk di capai akal.
Jadi, sudah nampakkan kelemahan akal. Jadi, kenapa ingin guna akal untuk mencapai perkara ghaib. Terlampau guna akallah umat islam binasa. Hati dan mata hati dapat menjangkau lebih dari ghaib jika kamu tahu caranya.
Kaedah yang tidak berkaitan dengan islam yang bagaimana saudara katakan? Jika menyeru jin-jin itupun pakai ayat2 quran. Sudah jelas yang ayat quran dan islam menguasai segala. tapi, matlamat dan cara itu adalah ketentuan diri sendiri.
Jika kamu mahu akhirat, kamu dapat akhirat dan dunia. Jika kamu pilih dunia, kamu akan dapat dunia semata-mata. Tahukah kamu syariat itu guideline kehidupan da ilmuNYA itu cukup banyak jadi kenapa perlu menjadi orang bodoh sedangkan ALLAH sudah menyediakan selautan ilmu untuk menjadikan hambanya cerdik pandai. Sudah fahamkan?!
Bangsa MIM tu bukan melayu..tu sudah pasti...jangan kita perasan bangsa MIM tu melayu....bangsa MIM tu adalah menyeluruh...universal
Lagi satu elok tukar dari bangsa MIM kepada kaum MIM...lebih tepat
bukan ke mase banjir besar tuh sume daratan tenggelam walaupun gunung2?
maaf sebab bertanya n bleh tak sape2 tolong jawab....pleease
teruskan penceritaan takyah pk sal orang lain...slamat berjaya!!