Total Pageviews

BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri 4)

salam...



Imbasan artikel lalu,


ADAM di turunkan selepas bumi di 'bersihkan' dari makhluk-makhluk yang suka membuat 'perang' yakni di gelar JAN. Azazil yang berasal dari bangsa JAN ini di naikkan ke langit dan menjadi IBLIS bila dia enggan untuk 'sujud' pada ADAM. Maka, turunlah IBLIS dan kuncunya lalu membentuk pelbagai makhluk di muka bumi yang ketika itu terumbang-ambing tiada pegangan. Lantas ADAM turun untuk menjadi khalifah dan membawa semua makhluk itu menuju 'satu umat' lantas dapat membina ketamadunan yang amat hebat. Takkala itu, manusia dari benih ADAM yang di beri ilmu 'pengurusan' di naikkan'pangkat' menjadi raja. Para raja-raja ini mampu naik turun di mana sahaja yang menjadi 'matrix' dunia manusia. Kenapa sampai begitu sekali? sudah tentu mereka mampu kerana mereka itu khalifah di langit dan di bumi.

Para raja inilah yang di gelar sebagai dewa-dewi yang mampu melakukan perkara di luar adat manusia. Seandainya, kita mendengar ketamadunan di mana-mana planet sekali pun, itulah sisa-sisa 'pemerintahan' waris ADAM yang di gelar raja@dewa.

Apapun, misteri dewa-dewi dan mengenai adam-adam ini memberi impak yang besar kepada pengunjung Nusanaga. Sejak siri 1 hingga 3, ramai yang bertanyakan mengenai ADAM, dewa-dewa dan tentang ILMU nama-nama atau di kenali sebagai ILMU SEGALA ini. Insyallah,
saya akan terangkan setiap satu darinya selepas misteri Bangsa MIM ini di bongkar sepenuh pada awal tahun 2010 ini.

Untuk artikel kali ini dan selajutnya adalah amat berat untuk di tulis kerana ianya memerlukan fakta yang benar-benar kukuh. Artikel pada sebelumnya lebih pada cerita, mitos, teori dan fakta yang bukti secara fizikalnya sukar untuk di buktikan. Biar bagaimanapun, artikel akan datang akan membongkar 'puzzle-puzzle' yang telah saya berikan pada anda. Siri bangsa MIM- tak hilang di dunia ini bukanlah satu artikel panjang yang di pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian, akan tetapi lebih pada kelompok data yang harus saya kronologikan agar kita semua dapat melihat siapakah 'melayu' itu sebenarnya.


.....................................................................




BANJIR BESAR YANG PALING BESAR



Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman dahulu, pernah terjadi satu banjir yang di anggap telah memusnahakan hampir separuh ketamadunan manusia di muka bumi ini. Bukan saja Islam, akan tetapi dalam agam lain juga menyebut perkara yang sama tentang banjir yang hebat ini. Hampir keseluruhan bangsa-bangsa di muka bumi ALLAH ini di 'implan'kan memori mengenai banjir besar ini melalui cerita-cerita orang tua, kitab-kitab suci, dan sebagainya.

Tapi, saya hendak menanyakan kepada anda, kenapa hampir semua bangsa dan agama mengatakan tentang BANJIR BESAR... persoalannya, kenapa BANJIR? kenapa tidak tsunami, ombak besar, ribut petir atau apa saja yang melibatkan air dan kemusnahan?
Jika kita fikir secara mendalam, jika banjir, kita akan teringat tentang hujan lebat seperti musim tengkujuh di pantai timur. Seperti di dalam filem 2012, apa yang kita lihat itu adalah simulasi kepada tsunami dan peristiwa gempa bumi yang dasyat yang membawa kepada
banjir 'super'.

Seperi di dalam wikipedia, Banjir bermaksud:
"Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas"

Limpahan yang tidak dapat di bendung akan menyebabkan sesuatu kawasan itu di naiki air. Arus yang sedang meningkat naik itu akan menyebabkan pergerakan di atas dan di bawah air yang besar kemungkinan akan menyebabkan ombak besar dan tusnami. Banjir yang paling menakutkan ialah banjir yang berpunca dari laut. Seperti yang kita tahu hampir 14 buah pulau dan negara yang akan hilang di sebabkan arus laut yang semakin mendadak ini. Ini juga di sebabkan limpahan air yang semakin tinggi yang berpunca dari ais di kutub utara yang semakin mencair. Di antara yang di khuatiri hilang adalah Sychelles, Tuvalu, Kiribati, dan Palau, serta Maladewa di Samudra Hindia. (klik sini)

Persoalannya, adakah banjir yang datang dari laut inikah yang menyebabkan banjir besar pada zaman nabi Nuh a.s dulu? mari kita kaji tentang ini.


.....................................................................



BANJIR DI SELURUH DUNIA


"Dan Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya."
Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
"Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya  - sedang anak itu berada di tempat
yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah  bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir."
"Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi
hari ini dari azab Allah selain Allah  Yang Maha Penyayang". Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu
termasuk orang-orang yang ditenggelamkan."
"Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit  berhentilah," dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan  dan bahtera itupun
berlabuh di atas bukit Judi , dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim ."

Ayat 41-44 surah Huud

Inilah persoalan yang sering di ajukan pada saya. Adakah banjir besar ini meliputi seluruh dunia atau hanya merangkumi beberapa tempat sahaja. Untuk mendapatkan jawapan itu, mari kita sama-sama mengali data yang ada dan membuat konklusi bersama. Saya tidak mahu anda hanya pandai menadah ilmu dan taklid padanya. Saya mahu kita sama-sama bangun dan saling berkongsi tanpa ada rasa ego di hati. Insyaallah.

Baiklah, di antara klue-klue yang di perolehi adalah:-

1- Hampir seluruh kebudayaan dan agama menceritakan tentang banjir besar yang pernah terjadi di zaman dahulu (klik sini)

2- Peta pada zaman dahulu bukanlah seperti sekarang. Tambahan pula, Era Nuh adalah era di mana kerajaan 'satu umat' masih berkuasa. Terdapat juga beberapa ketamadunan di tempat lain dan persoalannya, ketamadunan itu turut musnah atau masih kekal dan berevolusi?

3- Di dalam buku stephen oppenheinmer, Model 'Dryas Flood' di katakan yang terbaik untuk menerangkan kejadian banjir-banjir besar yang pernah terjadi pada zaman dahulu.
Dryas adalah Model yang menerangkan keadaan bumi yang super sejuk yang mana menyebabkan pencairan yang mengejut lantas memnyebabkan bumi
mengalami limpahan banjir. Terdapat 3 zaman di mana peristiwa ini pernah berlaku, yakni:

- oldest dryas yang berlaku sekitar 15,000 tahun lalu dan tidak membawa banjir
- older dryas yang berlaku sekitar 14,000 tahun lalu dan berlaku banjir pertama
- young dryas yang berlaku sekitar 13,000 tahun lalu dan berlaku banjir kedua

Di antara tiga fasa ini, yang ketiga itulah yang paling dasyhat. Kejadian suhu menurun di katakan secara mendadak dan paling sekejap berlaku. Ia berakhir pada 11,150 tahun lalu dan juga berlaku secara mengejut. Young dryas adalah model penyejukan yang paling mengejut dan membawa bencana.

Bayangkan kutub utara kita tiba-tiba saja menyejuk sehingga dapat 'membina' bongkah-bongkah ais raksasa dan kemudiannya mencair dengan begitu pantas sekali. Kenaikan aras air itu akan menyebabkan aras garam di lautan menjadi tidak stabil lantas menyebabkan perubahan cuaca yang mendadak. Besar kemungkinan, akan berlaku ribut petir yang dasyat kemudian di susuli dengan gempa bumi akibat ketidakstabilan di bawah tanah akibat mendapan air laut yang super berat. Tekanan demi tekanan kepada bumi akan menyebabkan ia berlaku secara total binasa. Ia bukanlah sekadar peristiwa yang boleh di permain-mainkan. Bila ia berlaku, ia akan menberi impak pada seluruh dunia. Tiada maaf bagimu!!!

4- Sebagai muslim, kita perlu melihat Al-quran dalam pengkajian ini. Siapa kata ilmu sains dan ilmu agama tidak boleh disekalikan. Dek kerana itulah banyak pembinaan teknologi memberi kesan negatif pada bumi. Jadi, surah Noh menceritakan segalanya.

"Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya : "Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih",
ayat 1, Surah noh

"niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,"
ayat 11, surah noh

"Nuh berkata: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi."
ayat 26, surah noh


Bukan hanya surah nuh yang memberi kata kunci mengenai apa yang sedang berlaku pada zaman dahulu, akan tetapi banyak lagi yang menceritakan perkara yang sama, cuma anda harus mengkaji ilmu lain supaya apa yang anda baca itu anda akan faham. Kebanyakkan yang saya lihat pada zaman kini, ramai yang mengatakan supaya kita harus kembali pada Al-quran, akan tetapi pada hakikatnya mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka hanya memandang remeh pada orang yang membuat kajian berdasarkan Al-quran dan cuba menghalang mereka yang cuba menaikkan islam memlalui keilmuan. Jika anda baca Al-quran dan memahaminya, anda akan lihat banyak persamaan kaum-kaum kafir dan musyrik pada manusia di zaman kita ini. Apakah kita tergolong dari kalangan itu? Sedaya upayalah kalian menjauhinya.

Jadi, daripada sedikit klue-klue yang saya dedahkan ini, apa yang anda semua dapat simpulkan. Adakah banjir besar ini terjadi hanya pada sesuatu kawasan
atau hampir seluruh dunia?

Jawapan saya...di seluruh dunia.


.....................................................................



PELAYARAN DI BAHTERA PALING BESAR

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan".
ayat 28, surah nuh

Seperti yanh saya terangkan pada aritkel dahlu, bahtera ini menyimpan pelbagai spesis haiwan dan golongan manusia beriman kepadaNYA demi penerusan kehidupan. Di dalam injil dan kitab-kitab terdahulu (owh..sudah tentu anda akan melatah dan berkata 'kenapa nak ikut kitab dulu?!) ada mengatakan tentang makhluk gergasi yang di namakan Nephilim. Di katakan mereka ini telah pun mendominasi bumi pada ketika itu dan perangai mereka pun boleh tahan jahat. Di katakan Nephilim ini adalah kombinasi genetik Fallen angle dan manusia.

Di dalam blog dan forum di barat, mereka menceritakan tentang kajian mereka tentang Nephilim ini. Nephilim ini telah pun mendominasi dunia pada ketika itu dan perang terjadi di mana-mana. Ternyata Nephilim ini adalah golongan perosak sebelum banjir besar itu berlaku.
Bila kita melihat balik pada Surah Nuh, ayat 7:-

"Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka  agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya  dan mereka tetap  dan menyombongkan diri dengan sangat."

dan surah nuh, ayat 23
Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan  tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan  wadd, dan jangan pula suwwa', yaghuts, ya'uq dan nasr ".

Kita dapat Nephilim bukanlah sedar raksasa, akan tetapi mungkin sebagai sesuatu yang dapat menguasai semua yang berada di bawah penguasaan 'satu umat' pada ketika itu. JIka saya kata Nephilim ini adalah para elite pada masa itu, anda bersetuju? Banyak persamaan apa yang berlaku di zaman Nuh dan kita ini.

Kita di kuasai oleh Hidden Hand dan di katakan berupa 'serpent atau lizard men'. Pada era nuh pula, mereka di kuasai Nephilim dan berupa raksasa yang mempunyai sesuatu kekuasaan yang mendominasi. Di tambah pula, pada ketika itu, umat manusia mulai menyembah berhala yang mereka idolakan dari kalangan para raja-raja agung yang terdiri dari waris nabi ADAM yang juga di gelar dewa-dewi. Kemudiannya, dengan teknologi serta perkara di luar adat yang dapat mereka lakukan, kesombongan mereka makin terserlah. Demikianlah para kafir pada ketika itu terjadi. Di dominasi, di manipulasi dan di exploitasi.Jadi, samakah kita dengan era nabi nuh itu?!

Berbalik pada pelayan di bahtera paling besar, jika kita amati kata-kata baginda nuh a.s, para manusia yang bersamanya di gelar 'ahli rumah'. Pada ayat 28, surah nuh, jelas di katakan sesiapa yang masuki 'rumah' Nuh itu, akan di ampuni dosanya. Dan demikianlah 'dosa-dosa' itu
di ampunkan yakni dengan memulakan kehidupan baru di rumah baru dan daratan baru.

Di artikel yang lalu, saya ada menerangkan tentang campuran manusia di dalam bahtera NUh menghasilakn bangsa pertama di dunia yakni bangsa MIM. Sebenarnya, tidak di ketahui nama sebenar bangsa ini. Ada yang mengatakan merekalah Quraisy kuno yang membawa kepada qurasiy baru yang melahirkan nabi muhammad dan seterusnya.

Pelayaran yang mungkin memakan masa yang cukup lama ini. Bagaimana pula dapat melahirkan 'suatu bangsa' dalam tempoh 10 tahun sahaja. Sudah tentu ia memakan masa paling cepat 100 tahun perkiraan kini. Jika kita amati secara mendalam, jika bahtera itu seperti kapal-kapal seperti kini, agaknya, mampukah ia bertahan lama meredah ombak dan memberi makan secukupnya pada ahli-ahli rumah itu?

Di katakan, Nabi Nuh adalah seorang yang di perlekehkan kerana telah mencipta bahtera di kala bumi sedang nyaman. Sedangkan pada ketika itu, ALLAH telah pun 'menghantar' pentanda-petanda kedatangan azab akibat banjir kepada mereka. Jika di ambil model Dryas dan mana-mana teori penyebab kemusnahan alam, sedikit perubahan bumi adalah petanda bagi mereka yang berfikir.

Nabi Nuh adalah seorang designer dan seorang ahli engineering serta arkitek yang hebat pada ketika itu. DIa tidak mengendahkan ejekan kaum-kaumnya yang tidak mahu berfikir itu. Bila tiba bencana, kaum-kaum yang beriman menaiki bahtera itu. Pelayaran itu kemudiannya menerusi 'gerak-geriNYA' dalam menyelamatkan kaum-kaum yang beriman di tempat yang lain seperti yang terkandung dalam mitos-mitos bangsa lain.

Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anak Nuh a.s (yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh tika bencana).

Ketiga-tiga waris Nuh ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, akkadian, mayan dan lain-lain. Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini. Golongan yang menjadi raja inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki
bahtera nuh itu tadi.

Bagaimana ini boleh terjadi?
Di dalam bahtera nuh itu anak-anak Nuh melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat NOh. Apakah itu wasiat NOh?
Wasiat noh adalah kata-kata kepada warisnya supaya kembali semula ke tanah asal mereka yakni pentas sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh ini, akan terdirinya ketamadunan yang hebat.

.....................................................................



PERGERAKKAN WARIS NUH YANG HEBAT



"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat"
ayat 33, surah ali-imran


Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke pentas sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya 'ahli rumah' atau 'ahlul bait' ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan.

Kita telah mengetahi tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja (khalifah) agung yang bertaraf dewa-dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala itu di wariskan pula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan ketamadunan yang sukar di jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi, marilah kita selesaikan puzzle ini sebelum kita beralih arah ke waris Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebih pemahaman, saya ajurkan anda untuk pergi ke Mistis Files
dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan tentang pergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan tentang lokasi dan jarak masa yang berlaku. Biar apapun, misteri bangsa MIM yang melahirkan rumpun melayu kian terbongkar.

Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di dalam Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-quran, banyak di kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar. Akan tetapi, pernahkah kita mendalami dan mengkaji dari segi genetik dan 'family tree' para nabi ini. Untuk mempermudahkan pemahaman anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang bermaksud 'tinggi' atau 'atap' ini.

Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu dari tanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang saya mahu maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir besar menetap di tanah yang cukup tinggi.

Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak tanah tinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita diami kini adalah puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai surut. Jika di fikirkan secara logik, andai kata tanah itu rendah,
sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda hairan, kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja yang tenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi saya katakan bahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat. Tidakkah keduanya bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali kepada apa penyebab berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang mengatakan tentang tercetusnya peperangan antara ketamadunan (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi). Ada juga yang mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumi  yang telah 'melarikan diri'. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu di gelar "3753 Cruithne". Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai gegelang ais seperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh kedua-dua bulan yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa
(tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar - surah nuh ayat 1)

Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya perjanjian 'ahli rumah' di mana, manusia-manusia yang berasimilasi itu akan di pimpin oleh waris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka. Bila banjir surut, anak-anak nabi nuh di turunkan di tempat yang berasingan dengan pengikut masing-masing. Mereka membina ketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan mereka menuju ke pentas sunda dengan harapan IBU TANAH itu akan di jaga kembali.

"Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka itu pemegang kekuasaan dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka perhatikanlah bagaimana kesesudahan orang-orang yang diberi peringatan itu."
Ayat 73, surah yunus

Darah keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga menerbitkan raja-raja agung di ketamadunan yang hebat. Akan tetapi, semakin lama semakin mereka lupa akan wasiat itu. Cuma segolongan yang 'ingat' sahaja akan meneruskan perjalanan mereka menuju 'the promised land'. Hal ini di tambah pula dengan penyembahan berhala akibat dari pemujaan dewa-dewi serta raja-raja agung pada zaman dulu kala. Dek kerana itulah turunnya para rasul dan nabi untuk memberi peringatan dan amaran tentang kesalahan mereka yang berat itu.

Dari surah Al-araf, di terangkan secara baik tentang susur galur kenabian ini bermula dari ADAM, NUH dan seterusnya. Daripada klue yang kita dapat pada surah Al-Imran ayat 33, empat keluarga inilah yang membentuk sesuatu di kemudian hari. Jadi untuk itu, marilah kita menelusuri zaman-zaman selepas banjir Nuh.

.....................................................................



ERA PARA RASUL DAN NABI



"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat  memajukannya"
ayat 34 surah al-araf

"Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka  dengan adil dan mereka  tidak dianiaya."
ayat 47 surah yunus


Kedua-dua ayat di atas sudah cukup bagi menerangkan tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi pada era selepas banjir besar nuh. Memanglah pada awal permulaan ketamadunan, manusia ketika itu sudah pasti cukup beriman kerana golongan yang di selamatkan dari banjir besar itu adalah golongan yang beriman. Tapi, anak cucu mereka yang mengidolakan atau menyembah raja atau dewa-dewa pada ketika itu. Golongan inilah yang akhirnya membentuk agama penyembah berhala yang di terangkan di dalam Al-quran. Hampir setiap pelusuk dunia menyembah berhala ini.

Terdapat beberapa fasa pergerakan yang dapat di kesan melalui surah Al-araf ini. Surah ini telah menyusun kronologi kenabian mengikut zaman dan genetik. Jadi, marilah kita mengikuti sirah kenabian melalui surah ini:-

1- Nabi HUD dan Kaum Aad
Ayat 65-72: 7
Di dalam ayat 69, "Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti  sesudah lenyapnya kaum Nuh"
jelas menunjukkan bahawa Nabi Hud adalah antara generasi selepas Nabi Nuh yang mewarisi keilmuan dan teknologi dari ERA ADAM.

2- Nabi Salleh dan Kaum Tsamud
Ayat 73-89: 7

3- Nabi Luth dan kaumnya
Ayat 80-84: 7

4- Nabi Syuib dan kaum Madyan
Ayat 85-93: 7
Kaum Madyan ini di kaitkan dengan anak Qeturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.

5- Nabi Musa dan Bani Isreal serta Firaun
Ayat 103-169: 7
Kisah nabi musa dan bani israel ini amat menarik untuk di kaji. Berikut adalah ayat yang mempunyai 'key point' dalam pengkajian ini:-

-105:7
mengenai bani isreal minta di lepaskan (bani israel pada tika ini adalah status hamba pada para firaun)
-133:7
berlakunya taufan belalang, kutu dan katak sebagai tanda
-136:7
firaun mengejar Nabi Musa dan bani israel dan di tenggelamkan
-137:7
"Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan baratnya  yang telah berkah padanya"
-142-148:7
kisah nabi Musa berjumpa tuhan dan pada ketika itu juga samiri dan bani israel menyembah patung anak lembu
-155:7
Nabi musa memilih 70 dari pengikutnya untuk meneruskan perjalanan
-160:7
12 suku kaum bani israel di pecahkan mengikut 'bahagian' masing-masing (Nabi musa dan 70 yang terpilih meneruskan perjalanan)
-163-166: 7
Kisah kaum di suatu negeri di tepi laut yang di sumpah menjadi monyet (dari mana perkataan 'orang hutan' bermula?)
-169: 7
Generasi sesudah kaum nabi Musa yang akan mewarisi taurat dan mengambil dunia dan tidak puas dengan itu (masonic dan sekutunya)

Daripada klue-klue di atas, apa yang anda semua dapat? Rasanya, banyak yang akan terlintas di fikiran anda. Tapi, benda utama yang saya ingin ceritakan kepada anda ialah, TIAP UMAT MEMPUNYAI BATAS WAKTU. Lihatlah bangsa atau umat yang mempunyai genetik marker yang sama seperti kaum Aad, Tsamud, Madyan dan lain-lain mempunyai batas waktu atau senang kata - di binasakan.

Inilah perjanjian atau alastubirabbikum. Tiap sesuatu mempunyai ajal. Baik manusia, haiwan, jin, setan, dajjal, angin, air, bumi dan lain-lain. Begitu juga dengan umur umat dan masa itu sendiri. Inilah perjanjian terbesar di dalam perbinaan 'dunia'. Tiap sesuatu mempunyai batas waktu.

Jadi, apa perkaitan Bangsa MIM- takkan hilang di dunia, sedangkan setiap umat atau bangsa itu akan musnah atau di hapuskan, baik cina, india, yahudi, orang putih dan sebagainya. Mari kita meneruskan perjalanan kita ini ke bab seterusnya.

.....................................................................



ERA IBRAHIM



Nabi ibrahim adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal -uzair. Nabi Ibrahim datang dari tanah Kanaan dan mendapat hidayah apabila dia mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini. Akhirnya dia mendapat tahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang ayahnya dan kerajaannya. Tapi, bukan itu yang saya mahu ceritakan.

Pada zaman ini, ada suatu golongan di gelar "patriarchs" ataupun golongan "bangsawan' yang membina keluarga dan mempunyai negarakota sendiri.Nabi Ibrahim adalah salah seorang daripada golongan itu. Di pendekkan cerita, Nabi Ibrahim memasuki ketamadunan awal mesir dan di tahan olehFiraun. Firaun cuba mengoda isteri baginda, Sarah akan tetapi dengan kebijaksanaan SARAH, Firaun melepaskan Sarah dan menghadiahkan 'puterinya'
sendiri untuk di nikahi. Wanita itu adalah HAJAR.Ada pendapat juga mengatakan, baginda mempunyai seorang lagi isteri yang bernama QETURAH.Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan kewujudan QETURAH ini. Ada juga yang mengatakan HAJAR dan QETURAH adalah orang yang sama.

Sebagaimana kita ketahui, SARAH melahirkan ISHAQ. Daripada ISHAQ, lahirnya YAAKUB yang mempunyai 11 orang anak termasuklah Nabi YUSUF a.s. Nabi Yaakub inilah di gelar sebagai ISREAL. Bani israel bermaksud anak-anak yaakub kerana dari yaakub inilah lahirnya ramai lagi nabi-nabi lain. Antara anak-anak Yaakub adalah Reuben/Rehaven, Simeon/Shiman, judah/Yahudah, Issachar/yissachar, Zebulun, Dan, naphtahi, Gad, asher, Levi, Bunyamin dan Joseph/Yusuf.Daripada mereka-mereka inilah lahirnya sukuan dalam Bani israel. Bunyamin dan Yusuf adalah bersaudara di bawah satu ibu. Manakala lainnya dari ibu yang lain dan cukup dengki pada Yusuf. Akibat dari itu, yusuf di bawa ke mesir dan pelbagai ujian di temphinya
termasuklah di penjara. Akhirnya, dia di lepaskan dan menjadi gabenor di ketamadunan mesir ketika itu. Saudara-saudaranya meminta ampun dan mereka semua hidup bahagia. Tapi, ada satu ayat yang cukup menarik untuk di kaji. Bunyamin dan Yusuf ini mempunyai sesuatu tanda di badan mereka atau genetik yang membawa kepada generasi selepas mereka. Cuba perhatikan ayat 12 surah Yusuf. Yahudi yang ada sekarang adalah hasil asimilasi daripada bani Judah dan Benjamin. Nabi Musa yang membawa dan menyelamatkan bani Israel dari penghambaan itu adalah dari sukuan LEVI.Kita telah ketahui bahawa Nabi Musa membawa 70 pengikutnya yang beriman menuju sesuatu tempat. Di katakan, 70 orang inilah di kenali sebagai 'the lost tribe' oleh para yahudi. 'The lost tribe' ini di katakan dari bani Manaseh dan Ephrahim, dari darah keturunan Nabi Yusuf a.s.

Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita ketahui kini. Akan tetapi, arab terdapat pelbagai suku kaum juga. Apa yang pasti Nabi Muhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang menceritakan pada saya tentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum bercampur dengan waris HAJAR yang melahirkan QURAISY BARU. Hal ini saya tidak dapat pastikan lagi dan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, silalah berkongsi. Daripada Nabi Muhammad, lahirlah Fatimah dan berkahwin dengan ALI r.a, kemudiannya melahirkan HASSAN dan HUSSIN. Daripada mereka inilah 'ahli rumah' mula kedengaran semula. Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY KUNO yang mungkin dari kalangan BAHTERA NUH itu. Ahlul bait kemudiannya di buru oleh para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab mempunyai banyak kaum dan keturunan dan
mereka tidak bersatu padu. Lihatlah timur tengah sekarang, meskipun negara arab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu membantu saudara mereka di atas nama 'ARAB', bahkan membenarkan musuh melalui ruang udara lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di gemari oleh orang arab tambahan lagi ianya dari keturunan QURAISY yang terang lagi nyata turun dari kalangan 'ahli rumah' Bahtera Nuh.

Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada yang kata lima dan ada yang kata enam. Bagaimanapun, anak-anak QETURAH ini melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-nama mereka ialah; Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan. Peristiwa kaum Madyan dan nabi Syuib itulah yang berasal dari QETURAH ini. Nabi Syuib adalah golongan bangsawan yang berasal dari darah keturunan MADYAN dari QETURAN + IBRAHIM. Dek kerana itulah keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapi Nabi syuib di benci kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripada menipu dalam perniagaan. Ternyata Kaum Madyan adalah kaum yang suka berniaga. Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEA adalah antara dari susur galur QETURAH ini.

Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai ARYAN. Lahirnya ARYAN ini adalah apabila CYRUS THE GREAT menakluki MADYAN dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi ini berjaya dan ARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS THE GREAT ini  pula di katakan sebagai ISKANDAR ZULKARNAIN. DI dalam HIKAYAT SEJARAH MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan Iskandar zulkarnain. Makanya, raja melayu dari keturunan cyrus the great dan ARYAN. Bagaimana ini boleh terjadi?

ARYAN kemudiannya terpecah kepada dua yakni golongan ARYAN TIBETAN dan golongan ARYAN INDIA KUNO. Golongan ARYAN INDIA KUNO inilah yang melahirkan bangsa KEMBOJA ASLI yang mana mendapat penentangan dan melarikan diri lalu menduduki INDO-CHINA. Golongan ARYAN TIBETAN pula melalui tibet dan menetap di sana lalu menjadi ketua agama Hanif pada ketika itu. Seterusnya mereka meneruskan perjalanan menuju YUNNAN dan menuju ke Indo-China juga. Maka, dua golongan ini bertemu di satu tempat yakni di NUSANTARA.


.....................................................................



ERA KELUARGA AL-IMRAN


"Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, 'Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri."
ayat 84, surah ali-imran


frasa Al-Imran ini adlah berasal dari ahlul imran yakni keluarga imran. Daripada keluarga ini lahirlah Musa dan Harun yang mana menentang kejahatan firaun yang telah lupa daratan dan mengaku sebagai tuhan. Penentangan demi penentangan berlaku dan akhirnya firaun di kalahkan. Daripada keturunan Ali Imran ini juga lahirlah wanita yang mana melahirkan NABi ISa a.s. Nabi Isa a.s yang telah di khianati oleh bangsanya sendiri di naikkan ke langit dan akan turun semula ketika saat kebangkitan akhir zaman akan bermula.

Terdapat kod-kod atau klue-klue di sini. Musa dan Harun adalah saling bersaudara dan menumpaskan Firaun yang mana telah memperhambakan Bani Israel. Maka, berkat pertolongan ALLAH s.w.t, mereka berjaya melarikan diri dan firaun tenggelam di laut merah. Nabi Musa dan kaumnya itu melalui laut yang terbelah dan sampai ke satu daratan yang mana kaum di situ menyembah berhala. Ternyata jarak yang di lalui oleh mereka bukanlah
jarak yang dekat akan tetapi agak berjauhan kerana empayar mesir raya amat luas ketika itu. Pada pengamatan saya, mungkin Nabi Musa telah pun
tiba di INDIA atau pun tanah Nusantara. Apapun, DIA maha mengetahui. Meskipun demikian, mesti ada orang yang tidak mahu mempercayainya kerana tiada bukti kukuh. Pernahkah anda mendengar frasa "the lost tribe of jews"? Pengkaji sejarah di seluruh dunia sedia maklum bahawa terdapat 12 bani israel yang bertebaran di muka bumi dan akhirnya membentuk yahudi. Kemudiannya dari yahudi, membentuk zionis yang berkitabkan TALMUD sesat itu.
Bani yang di katakan hilang itulah yang tidak dapat di jejaki sehingga tiba masa DIA mahu mengangkatnya kembali. Bani yang hilang ini adalah pengikut Nabi musa dan Nabi Harun yang setia serta beriman. Mereka tidak mengikuti bani israel yang lainnya yang dahagakan tanah. Inilah yang terjadi pada saat ini di mana ZIonis cuba merampas PALESTINE meskipun dulu mereka lari dari berperang dengan bangsa asal Palestine.

Seterusnya, mengenai Nabi ISA a.s, baginda telah di khianati oleh bani israel dan di angkat ke langit. Kluenya di sini adalah, baginda 'di larikan' dari bangsa yang di khabarkan akan 'musnah' pada akhir zaman di tangan baginda sendiri. Ayat quran sudah cukup memberitahu kita bahawa terdapat kod-kod yang harus di kaji demi kebangkitan masa hadapan. Tapi, kebanyakkan kita takut untuk lakukan demikian kerana risau 'tercalar iman'?!
Apakah dengan mengkaji quran, iman dan taqwa akan tercalar dan hilang? Bukankah jika di kaji, maka lagi banyak akan menyakinkan kita pada ISLAM. ISLAM itu mudah tapi ummatnyalah yang menyusahkannya.

Jadi, nampakkah anda tentang kesenimbungan antara 'dahulu', 'kini' dan 'masa depan'?


.....................................................................



PEMBINAAN BANGSA MIM - takkan hilang di dunia


Kita semakin menghampiri kepada kemuncak tajuk. Segala puzzle hampir selesai. Cuma tinggal sedikit saja lagi mengenai misteri bangsa MIM ini. Apakah itu MIM dan apa kaitannya dengan MELAYU pula. Mari kita selesaikan misteri ini dengan secepat mungkin dan dengan padat.

Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa MIM dan anak cucunya menuju ke pentas sunda yang tenggelam. Ini kerana, Pentas sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU TANAH. Tiap perkara mempunyai 'center' atau tempat kelahiran. Begitu juga dengan tanah. Tanah telah berkembang dari daratan pentas sunda yang ketika itu hanya ada satu benua semata-mata. Pentas sunda tetap di situ akan tetapi seperti yang saya beritahu tadi, tiap perkara harus ada batasnya. Jadi, pentas sunda harus 'mati'. Tapi, penciptaan dunia dan akhirat mempunyai 'LAW' dia tersendiri. Tiap yang 'mati' akan 'bangkit' kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di alam barzah dan kemudiannya di alam akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah itu hanyalah 'pit stop' atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua perkara. Sebelum di bangkitkan semula, akan ada 'hentian seketika' sebelum kebangkitan sepenuhnya berlaku.

"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal  telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain."
Ayat 6 surah al-anaam

Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum dari kaum yang di binasakan itu dengan yang lebih baik. Kita adalah generasi dari kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah sunnahtullah. Tapi, kita harus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik yang ada sekarang tetap akan mengalami proses yang serupa andai kata mereka tidak kembali ke jalan ALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini tidak akan musnah selama-lamanya.
Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat sangatkah?!

Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah 'perintah' pada ADAM dan warisnya sehinggalah dunia di kiamatkan. Boleh di katakan bangsa yang terakhir akan 'mati' adalah bangsa MIM. Jadi, apakah sebenarnya bangsa MIM ini. Mari kita selesaikan bongkah blok yang terakhir ini.

Mari kita imbas kembali dari ERA NuH, ERA IBRAHIM dan perjalanan seterusnya.
Pada Era Nuh, anak cucu Nabi Nuh akan menjadi raja-raja agung dan memimpin manusia di kala itu. Di dalam bahtera itu, terdapat suatu bangsa yang sudah asimilasi akibat lamanya pelayaran itu. Bangsa itu di namai Bangsa MIM atau Quraisy Kuno (wallahuaklam). Tapi, selepas beberapa ribu dan ratusan tahun, kucar kacir mulai berlaku. Penyembahan berhala mulai berlaku di sana sini. Ia seolah-olah mengulangi kejadian pada ERA ADAM dahulu yang mana terdapat mereka yang menyembah DEWA-DEWI dari waris ADAM yang di beri ILMU SEGALA ini.

Darah keturunan yang sepatutnya menjadi raja di buru dan di bunuh. Bangsa MIM mulai berpuak-puak dan membentuk suku kaum masing-masing. Akhirnya pelbagai bangsa wujud akan tetapi ia di khianati dengan penyembahan sesama makhluk yang sepatutnya tidak berlaku. Dari situlah bencana mulai berlaku. Bangsa-bangsa ini di hapuskan dan di ganti dengan bangsa yang lebih baik. Maka, kitalah generasi di zaman ini menunggu-nunggu detik
'mati' bangsa-bangsa seperti yang di beritahu dalam Al-quran.

Seperkara lagi, meskipun banyak bangsa di hapuskan, akan tetapi akan terdapat mereka yang di selamatkan. Golongan yang di selamatkan inilah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi yang juga mempunyai ILMU SEGALA ini. Tapi tidak semua bangsa pada zaman dahulu yang di hapuskan. Ada juga yang berevolusi dan menjadi bangsa pada zaman ini seperti bangsa eropah yang bermula dari golongan Babarian.

Kemudiannya, pada ERA IBRAHIM, isteri-isteri baginda yang datang dari darah keturunan yang mulia banyak melahirkan bangsa yang menjadi induk pada masa kini. Seperti yang kita ketahui, Hajar melahirkan ARAB, Sarah melahirkan Bani isreal dan eropah dan QETURAH melahirkan bangsa pahlawan seperti Babylon, Akkadian, Cheldea dan ARYAN.


.....................................................................




DI SINI BERMULA, DI SINI BERTEMU, DI SINI BERAKHIR


"Takkan MELAYU hilang di DUNIA"
hang tuah


Inilah frasa yang di sebut oleh Laksamana Hang Tuah dan ia bagai di paku pada memori setiap 'melayu' yang melayu pada zaman kini. Hang Tuah adalah seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang tinggi dari guru-guru beliau yang amat hebat dalam hal agama dan kebatinan. Biasanya, suatu perkataan itu akan terus di lupakan dan terus berkubur dek masa. Akan tetapi, frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu wasiat yang harus kita 'tepati'. Maka, dek kerana itulah tiap kali musuh dair luar datang menyerang, tiap kali itu jua kebangkitan akan di rasai.

Apapun, sebelum kita memasuki bab terbaru itu, mari kita selesaikan bongkah klue yang terakhir ini. Seperti yang saya katakan tadi, tiap bangsa ada 'matinya' dan di ganti dengan yang lebih baik. Yang mengantikan itu pula adalah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi
dan rasul sehinggalah sekarang. ERA IBRAHIM adalah era terakhir di mana percambahan bangsa berlaku selepas ERA NUH. Dari IBRAHIM lahirlah bangsa ARAB, ISRAEL, EROPAH, ARYAN dan banyak lagi. Memang patutlah baginda di gelar sebagai BAPA BANGSA.

Bangsa Aryan dari keturunan QETURAH telah bertemu di Indo-China, Nusantara.Manakala, bangsa arab pula di temukan dengan aktiviti perdagangan dan perkahwinan campur sejak era kesultanan melayu lagi. Bangsa Israel yang terpilih pula di bawa oleh Nabi Musa dan ianya tidak di ketahui kerana terang dan jelas golongan mereka ini di gelar sebagai 'the lost tribe'. Kalau sudah 'lost' bagaimana pula dapat di bongkar. Jika, tak dapat di bongkar, kenapa pula ramai bercerita mengenai ini. HAHAHA...jangan bimbang, inilah di katakan 'MASA SUDAH TIBA'. Jika anda mengkaji hadis nabi mengenai kebangkitan bermula dari timur di akhir zaman, ada hadis menyebut mengenai 'apa saja yang di sembunyikan akan jelas sejelasnya'.

Selain dari itu, bangsa cina juga berasimilasi di NUSANTARA sejak dulu kala lagi. Bangsa India juga begitu. Bangsa Eropah pula telah datang selepas era kolonial dan perkahwinan campur terus berlaku. Sebagai contoh, ACEH adalah frasa dari konsonan Arab, Cina, English dan Hindu (India). Maka, bercampurlah segala bangsa dari jurai IBRAHIM dan MUHAMMAD di NUSANTARA ini.

Dek kerana itulah apabila di tanya, siapa itu melayu, maka semua pening kerana ada yang berwajah cina, orang putih, arab dan sebagainya di nusantara ini. Jadi, siapakah bangsa MIM itu? Rasanya anda sudah tentu dapat mengagak jawapannya. Bangsa MIM itu adalah
"Bangsa campuran yang tiada berbangsa tetap dari jurai kenabian"...Bagaimana harus 'mati' sedangkan asimilasi bangsa MIM ini sentiasa 'updated' sehinggakan ianya tiada berbangsa. Jadi, adakah kita boleh katakan MELAYU itu adalah bangsa MIM seperti mana di dalam BAHTERA NUH itu? Anda sendiri yang jawab. Saya sudah memberi pelbagai data dan kini, andalah yang mempromosikannya agar wasiat NABI MUHAMMAD tentang kebangkitan dari TIMUR ini benar-benar terjadi.

.....................................................................

Artikel hadapan akan membincangkan kod-kod yang terdapat di sekitar kita mengenai bangsa MIM ini. Selain itu, apakah kaitannya bangsa MIM terbaru ini dengan masa depan. Apakah pula cabaran yang terpaksa di hadapi oleh bangsa MIM terbaru ini. Bangsa MIM adalah bangsa 'ahli rumah' dari bahtera nabi noh, maka apa kod yang membuktikan kita inilah bangsa MIM yang sebenar sedangkan yahudi dan amerika juga bangsa asimilasi?! Apa pula maksud Melayu itu dan kaitannya dengan MIM ini. Apakah peranan kita demi kebangkitan timur seperti di wasiatkan oleh NABI MUHAMMAD seperti mana wasiat ADAM dan NUH sebelum ini? Saksikan segalanya di dalam artikel BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri akhir) pada masa akan datang. Sekian wassalam

...................

rujukan:-

-Al-QURAN dan hadis
-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua

Share this post :

+ comments + 24 comments

FaizalAzri
December 6, 2009 at 10:12 PM

Saya juga mempunyai pendapat yg sama dengan kamu. ttg banjir besar seluruh dunia.

terima kasih atas kajian yg lebih terperinci.

Anonymous
December 7, 2009 at 12:18 PM

Salam,
Saje nak sentuh berkenaan banjir besar. Dlm quran ada menceritakan banjir besar yg bermula apabila "ombak setinggi gunung" menghempas. Bermakna, jika dirujuk model simulasi bencana sains zaman moden, ianya merujuk pd simulasi mirip tsunami. Jika kenaikan aras laut saja, boleh lah diterima terma 'banjir besar'. Tapi kalo dah bergabung dgn ayat "ombak setinggi gunung", maka banjir besar akibat kenaikan aras laut saja tidak mencukupi...

Anonymous
December 7, 2009 at 11:47 PM

salam..bler nak bagi artikel terakhir,x sabor ambo nak meembacenyer..bler jual n buat buku nie..heh..heh..........lawak semata,jgn terase...

December 8, 2009 at 1:02 AM

salam.

menarik!

teruskan penulisan hebat ini:)

wassalam!

Salam..menarik....sy suka membacanya...

December 8, 2009 at 7:37 PM

Salam buat tuan Blog,

Izinkan saya membuat link ke blog tuan untuk semua siri bangsa mim ini demi sebuah perjuangan!

segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih.

wassalam.

December 10, 2009 at 12:33 PM

salam...

FaizalAzri:
sama2...tiap insan mempunyai pandangan masing2, tapi itu terpulang pada kajian mereka

Anonymous December 7, 2009 12:18 PM:
tentang banjir dalam siri ini adalah pendapat peribadi saya sahaja kerana bagi saya tsunami dan ombak besar itu adalah kesan dari kenaikan aras banjir dari laut..apapun wallahuaklam

Anonymous December 7, 2009 11:47 PM:
insyallah saya akan keluarkan buku mengenai ini tapi tarikhnya belum di ketahui kerana ini masih dalam pengkajian. Saya akan bentangkan perihal ini ke peringkat antarabangsa, doakan saya. insyallah

محمد حكيمى بن عبد المطلب
terima kasih kerana berkunjung. Jikaperlu, war-warkanlah tentang 'melayu' ini agar kebangkitan masa depan akan menjadi kenyataan.insyallah

Sangtawal Sakranta:
Silakan tuan. penulisan tuan pun banyak membantu saya.

December 10, 2009 at 6:14 PM

menarik.. saya sukakannya walapupun entri nie tersangatlah panjang.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Anonymous
December 10, 2009 at 11:50 PM

hehehe!!! janggal sekali.

aku tak setuju mengatakan banjir besar itu menelan seluruh dunia.

Tahukah saudara Aiz,bentuk geografi mukabumi kita bukan saja bergunung-ganang disebelah permukaan tetapi terdapat jurang yang dalam dilautan serta terdapat gua-gua yang besar,luas,menegak dan dalam.Gua juga terdapat banyak di permukaan bumi.

Kalaupun banjir berlaku di permukaan ianya tak akan dapat menenggelamkan gua-gua, kerana gua akan memerangkap udara.Udara akan membentuk tekanan dan menahan air dari memenuhi seluruh ruang.

Tahukah saudara aiz,orang purba banyak yang tinggal di gua-gua.Lojik kan kalau mereka yang tidak naik bersama bahtera Nuh pun turut akan terselamat,yang naik sekapal dengan Nuh pun hanya sekitar 80 orang.Mungkin saudara perlu membaca kajian tentang dunia-dunia dalam tanah atau dunia yang tersembunyi yang selalu org katakan hanya mitos,padahal alam yang tersembunyi itu tidak mustahil wujud.So,Apa yang aku cuba katakan sini ialah selepas banjir besar bukan hanya yang dalam bahtera Nuh itu saja yang terselamat.Malah terdapat dukun dan tok moh orang asli yang juga mendapat alamat tentang akan berlakunya banjir besar tersebut.Takkan mereka tak buat sebarang persiapan?

.................
Nabi Nuh as,merancang pembinaan kapalnya semenjak dari awal.Dia menanam pokok cedar atau spesis kayu koka tu sejak dari benih lagi.Dia memilih biji benih yang baik,menanam dikebunnya dan hari-hari menyiram air, tabur baja juga merumput dan merumpai.

Lojiknya, sebatang pokok balak hanya sesuai di tebang dalam usia sekitar 100-150 tahun.Orang sekarang saja suka menebang balak yang belum matang.Maknanya hampir seratus tahun Nuh terpaksa menunggu pokok tersebut besar.Kemudian bayangkan pokok tersebut di tebang dan di ketam satu satu seterusnya di reka bentuk mengikut ilham Allah swt dan bantuan para malaikat (satu rekaan yang tak pernah wujud ketika itu).Kerana itu beliau menjadi cemuhan yang amat sangat dari orang sekitarnya.

......................

Setau aku,Nusantara menjadi pulau-pulau (hampir 80 ribu buah pulau) bukan kerana bah besar zaman Nuh.Tetapi terdapat aktiviti perlombongan emas yang sangat intensif satu masa lalu.Sehinggalah gunung berapi meletus dan penghuninya meninggalkan lombong yang banyak tersebut seterusnya dataran perlombongan membentuk pulau-pulau.Kalau kita baca kajian geologi kita akan dapati penemuan kulit kerang dan lapisan kulit kerang/fosil merin di puncak2 gunung.Ada pengkajian mengatakan itu, kerana berlaku pergerakan plet bumi dari dasar laut ke atas.Betul ke? Sedangkan batu yang telah lama tertanam di dasar bumi pasti menjadi kristal,garam galian dan sebagainya.

...................
Saja aku tambah point kat atas supaya anda bolih membuat perbandingan tentang wujudnya manusia yang ramai dan berbangsa2 di timur ini.Jangan tersalah sangka,sesungguhnya orang asli dan purba yang sedia ada itu memang mempunyai susur galur yang berlainan dengan manusia moden hari ini.Jalur bangsa mereka bolih sampai hingga 40 ribu tahun dahulu sedangkan Nuh hanya beberapa ribu tahun saja.

TQ.Salam.

@: Lalu, bukanlah semuanya berasal sekapal dengan Nuh as...kan???

December 11, 2009 at 3:23 AM

Anonymous
December 10, 2009 11:50 PM:

sebelum saya menerbitkan entri siri 4 ini, melalui 'channeling', saya di beritahu mengenai akan ada seorang yang akan 'memperbetulkan' saya dan 'carilah' orang itu kerana di sisinya terdapat apa yang saya 'mahu'.

saya tahu tuan adalah salah seorang yang telah 'lama' mengenali saya dan saya rasa tuan bukannya orang baru dalam hal ini. tapi ruginya, tuan mengunakan anoynomous untuk membentangkan data tuan. jadi, agak sukarlah saya untuk 'mengesan' tuan. siapa agaknya tuan ini ya?!

perihal banjir itu sememangnya tepat. memang tidak semua yang di selamatkan oleh bahtera nuh itu akan tetapi sudah di nyatakan dalam quran bahawa golongan beriman turut akan terselamat. jika tuan kata mereka bersembunyi di gua2, maka benarlah hal itu.

di siri akan datang dan terakhir, saya akan terangkan siapa itu orang asli di nusantara dan kenapa terdapat 'design dan pattern' yang sama bagi 'orang asli' ini. terdapat juga bukti2 kukuh mengenai orang asli dan orang laut ini dan kaitan dengan evolusi bangsa mim sehinggalah di gelar melayu kini.

melayu sekarang pula mengalami evolusi menjadi melayu baru dan ianya hampir sempurna. jadi, melalui apakah evolusi kemelayuan akan di sempurnakan.

saksikannya di siri akhir bangsa MIM- takkan hilang di dunia

p/s: tuan, bolehkah tuan beritahu saya siapa tuan ini...hanya mereka memamggil saya 'aiz' saja yang sudah dan telah mengenali saya kerana saya seorang yang banyak nama. wassalam

Anonymous
December 11, 2009 at 7:38 AM

salam..
sayer mula ikuti tulisan en ais dari 'ciri manusia akan datang' shgalah skrang..kupasan yg mencabar minda dan sgt menentang logik ahli quran dan ulama..setelah mengamati gejala fenomena pemikiran manusia akan datang,barulah sayer faham kenapa Rasulullah s.a.w.menyebut tentera panji hitam tidak terkalah,jiwa mereka ibarat besi,kekuatan mereka tidak terduga,maka saye dapati semua ini berkait rapat dengan tulisan 'the matrix' di mistisfiles da juga kebangkitan bangsa MIM,maka saye mula merasai,meyakini,mempercayai,BETAPA NUSANTARA AKAN MENJADI SAKSI KEBANGKITAN UMMAT KE -2,ia akn bermula di sini ,in'allah..dengan IZIN-NYA..

cumer nak tyer sikt tntg 'chaneling' tuan aiz berkenaan 'sesuatu' di hutan pahang? adakah ia benar-benar merujuk 'sesuatu'/benda/objek/harta karun/istana/senjata/gunung dll

ATAU

SESEORANG/individu/wali/tok keramat/pemuda terpilih pilihan TUHAN/Ketua kepada 10 pemuda-pemuda utama yang menerajui kebangkitan di semenanjung emas ini /pendekR LAUT/ZONAN/ sn goku dll?

seseorang yang akan mencetuskan suatu fenomena kebangkitan yang pada awalnya kelihatan normal tetapi rupa-rupanyer membawa misi tersembunyi yang dahsyat!!
maaf sbb sayer x ikuti perbahasan tntg chanelling di forum ats bawah.

cumer nak kaitkan tntn kbangkitan bangsa MIM dengan 'sesuatu' yg digambarkn en aiz dalam tulisan 'chanelling'

maaf..nak mencelah sikt, sayer x percaye lagi pada sejarah yg dihidgkan tntg kewujudan kaum purba .manusia zaman mesolitik/neolitik/kaum-kaum yang pagan yg disangsikan kewujudannya..

benarlah kate ALLAH bahwa kaum dahulu lebih hebat teknologi,peradaban/tamadun/budaya daripada kita hari ini..

terbukti sejarah telah dipesongkan terlalu jauh sehingga kite x tahu apakh fakta yg sebenar berlaku??

cube kite jujur dgn diri kita sendiri, krisis sunnah dan syiah juga berpunca daripada sejarah,bkn akidah!!(wujud kelompok yg pro ali dan pro muawiyah melalui majlis tahkim dan setelah diapikan shga timbul pepergn antara keduanya,sehinggalah melarat kepada puak yg taksub kepada ali dan pembenci muawiyah..kemudian kelompok yg taksub kepada ali mula menimbulkan bida'ah ,mengkufurkan para sahabat da sterusnya meleret kepada akidah)
sila amati perjalanan bagaimana akidah syiah mula timbul

jadi sila berhati2 dengan fakta sejarah yg dihidangkan kepada kita sekarang,buat kajian secara adil,analisis pandangan-pendangan yang bernas dan munasabah,teliti data-data yang diperoleh,mintalah kepada YANG BERHAK DIMINTA SEMOGA DITUNJUKKAN JALAN YANG LURUS,SEMOGA KITA AKAN DIBERI PELUANG UNTUK MENIKMATI HARI-HARI KEBANGKITAN YANG KIAN HAMPIR.

"NANTIKANLAH KEPADA DETIK KEBANGKITAN ITU,JIKA KEBANGKITAN ITU TETAP JUGA TIDAK MUNCUL MAKA KAMULAH YANG AKAN MEMBANGKITKANNYA..KAMULAH KUNCI KEPADA KEBANGKITAN ITU,KAMULAH YANG AKAN DIPERTANGGGUNGJAWABKAN TUHAN DI PADANG MAHSYAR KELAK UNTUK MEMIMPIN KEBANGKITAN ITU.....ucapan khas untk mereka yang obses dengan kebangkitan UMMAT KE-2,

'the SECOND UMMAT'.....

SEKIAN,foreign observer

Jalak....
December 11, 2009 at 9:04 PM

Hai!!!

sambung lah cerita orang asli kat timur tu kitorang nak tau juga.

Tuan aiz,banyak nama ke? siapa lagi nama Tuan?

Anonymous
December 11, 2009 at 9:06 PM

baru aku tau ni blogs Aizvirus gupanya....

Salam pren....aku geng bawah ke atas gak...

Anonymous
December 12, 2009 at 9:10 PM

Salam
andai d renung dgn bersungguh2 dan teliti
rupa bentuk nusantara pasti bertemu apa yg d cari
ia hampir sama antara india dan ceylon
tapi d sana tiada sempurna kerna tiada bentengnya
bangsa mim terbit zahir d arab mana pula duduk batinnya?
d harap saudara lebih fokus pada apa yg d cari agar lebih bersih pendapatan
minta izin kerna saya cuma tumpang baca dan tumpang komen
terus kan hingga bertemu apa yg cari untuk mengungkai persoalan
semoga berjaya
dari tumpang lalu

Anonymous
December 12, 2009 at 10:56 PM

###caliphate said...cube kite jujur dgn diri kita sendiri, krisis sunnah dan syiah juga berpunca daripada sejarah,bkn akidah!!(wujud kelompok yg pro ali dan pro muawiyah melalui majlis tahkim dan setelah diapikan shga timbul pepergn antara keduanya,sehinggalah melarat kepada puak yg taksub kepada ali dan pembenci muawiyah..kemudian kelompok yg taksub kepada ali mula menimbulkan bida'ah ,mengkufurkan para sahabat da sterusnya meleret kepada akidah)
sila amati perjalanan bagaimana akidah syiah mula timbul

---------------->>>>>>>>>>>>>>>>>>>

saya rasa saudara pun agak tersasar dari sejarah yang saudara fahami.

perpecahan itu melibatkan juga akidah sehingga kini.buat pengetahuan saudara,akidah Assyariah yang di pegang olih kebanyakkan pengikut Sunnah kini bermula dari Iman Asshaari kemudian di kembangkan olih Maturudi.

Siapa Imam Asshari? beliau adalah cucu kepada Abu Musa Asshaari r.a,Siapa pula Abu Musa Ashaari r.a?beliau ialah pembantu utama Syaidina Ali Kwh.

Kalau anda mengetahui bagaimana al quran di gantung dihujung pedang(ketika perang Siffin) dan perjanjian penuh penipuan licik antara Amru al-as yg mewakili Muawiyah sementara Abu Musa mewakili Syd Ali kwh, maka anda akan faham kenapa permasalahan aqidah masih membelenggu umat hingga kini.

"MEREKA" tidak akan menerima aqidah Ashariah yang di peloporkan olih cucu pembantu Syd Ali kwh.Abu Musa r.a seorang yang sangat lurus dan jujur,sehingga tertipu dengan permainan licik Amru Al As yang banyak belajar dengan guru-guru bangsa Rom di Mesir.

Kemudian anda bolih lihat betapa banyaknya penghuraian aqidah yang sangat mengelirukan.Hari ini ada pengajian aqidah 3 serangkai....datang dari mana tu!!!

adakah anda masih ingin mengatakan perpecahan itu tiada sangkut paut dengan aqidah??? Fikirlah sekali lagi...

December 13, 2009 at 5:21 AM

Kim salam kat Tok Saleh! Lama tak jumpa... ;]

Anonymous
December 13, 2009 at 12:08 PM

maaaf ye anymous,saye bkn nak mmbawe isu sunnah n syiah di sini,cume nak perbtulkn hujah saudare tntg kisah yg menjadi rujukan anda..saye x peduli tntg siapa yg menulis cerita yg menjadi rujukan anda, mengenai kisah,konflik,konspirasi yang wujud di balik cerita yg menjadi rujukan anda,
.................................
maksud SAYE sejauh mane kita berjaya meletakkan ALLAH dalam mnyelesaikan sesuatu masalah..

adakah ALLAH REDA kepada kita pada waktu kITA terus memanjangkan krisis ini,adakah Allah menerima dengn penuh kasih sayang dan cinta di waktu kita masih memahat prasangka kepada puak syiah.adakah ALLAH rindu dngn kaum sunni yg masih lagi tidak dapat menerima dgn hati yg terbuka tntg perlunya titik pertemuan yg patut dibina agar jambatan persefahaman dapat dibina semula di atas kapasiti kesucian agama islam yg MENDAMAIKAN,MENGHARMONIKAN MANUSIA SELURUHNYA.
masih wujud ruang untuk kita saling memperbetulkan kesalahan fakta sejarah yg dbentgkn berkenaan konflik sunnah dan syiah melalui dialog dan perbincangn-"BUKANKAN KATA ALLAH DI DALAM MENYERU MANUSIA KEPADA NYA ADALAH MELALUI PERKATAAN YG BAIK DAN BERHIKMAH,MESKiPIN APA JUA MASALAH."...
...................................
INGAT BAIK2,ISLAM ADALAH AGAMA YANG MENYERU MANUSIA UNTUK SALING MENDAMAIKAN DAN MENTENTERAMKAN MANUSIA DI BAWAH CAHAYA NUR TUHAN,CAHAYA ALLAH.S.W.T.

hujah anda meskipun kitab rujukan x kira siapa pun dia ,yg nyata ia hanya menunjukkan sikap anda yg pesimis dan berburuk sangka sesama manusia.

ALLAH TELAH MENERANGKAn BAHAWA KEBANYAKAN PRASANGKA ITU DOSA

..dan jika anda lupa atau menolak dalil ini maka secara automatik,anda dikehendaki untuk beristighfar dan mengucap semula kalimah syahadah..jika masih lagi enggan (kerana mempertahankan sikap sombong dan ego )maka mayat anda akan dibakar dan tidak dikembumikan mengikut fikh pengurusan jenazah cara islam
(maaf jika terkasar)
.................................
BUKANKAH RASULULULLAH tlah memberitahu bahawa islam itu mudah..dan ia diulang 3 x..JANGANLAH KALIAN MEMPERSULITKANNYA..

SAYA MENnganjurkan saudara anymous di atas agar menonton video The Arrival..'episod 40 tajuk the common ground' dan JANGAN KELUAR RUMAH SELAGI BELUM MENONTON sehingga HABIS,JIKA TIDAK elaun anda akan ditarik untuk bulan ini....heh..heh..

AKIDAH MENJADIKAN MANUSIA AGAR MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI PUSAT RUJUKAN,ASAS MATLAMAT HIDUP DAN MATI,KUNCI 'MATRIX'KEPADA DIRI KITA SENDIRI..(sila baca dan fahami 'THE MATRIX'dgn baik di mistisfiles blog)...bukan berpegang kepada cerita-cerita sejarah yg penuh dengan keraguan dan syak wasangka,mengikut kate tok-tok guru,atau ulama silam secare membab1 buta......

Tambahan..pada waktu kita berburuk sangka sesama manusia itu ISU AKIDAH,KITA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN (kes sebegini sangat banyak di dalam politik)ADALAH ISU AKIDAH,ANDA BERDENDAM DENGAN JIRAN KERANA AYAM BERAK DEKAT MOTOR ANDA JUGA ISU AKIDAH DAN ANDA BERTAKLID KEPADA MANUSIA (TOk GURU/ULAMA,USTAZ)TANPA ANDA MELETAKKAN ALLAH DI DALAM SIKAP YANG BENAR DI DALAM MENYELESAIKAN SEBARANG MASALAH..ITU JUGA ISU AKIDAH..

AKIDAH IS ABOUT UR BELIEVE N CONVIDENT TO GOD..That all,it's pretty easy isn't?

(yo yo speking aku nie,,kalo saloh tolg btulkan eden..)

diharap hujah yg dibentangkan ini memuaskan semua pihak yg bertanding LIGA PERDANA INGERIS...

JAZK N SALAM.....

Anonymous
December 13, 2009 at 12:44 PM

nak tambah lagi,ape pun saye dah menjumpai bebrapa proksi penting yang berpotensi untk menjalan operasi kebangkitaN secara halus di dalam membangkitkan semula izzatul islam di nusantara ini,,insya'allah..

masalah sunnah syiah yg ditimbulkan hanyalah isu semut api,x payah nak tamBah lagi k,,kta akan terus menantikn ape plak kjutan yg akan dibentgkan oleh saudare hasellusiby...

sbenarnye aku dah muak dgn hierarki gerakan islam yang nampak macam bergerak tetapi rupa-rupanye tidur di tengat hari..buat malu je,,biler di disuruh menyatukan gerak kerja..dia kate

"KAMI BERLAPANG DADA DAN MENGHORMATI PRINSIP GERAKAN DAN perbezaan PENDAPAT MASING-MASING..."
-masalh pada falsafah ini telah dijelaskan di dalm artikel fitrah,konflik jemaah,dakwah dan tarbiyyah reverse function,sebuah bangunan idamanm - bace kat muslimdairyz k....

aku plak cakap lantak korang lah..ape yng korang nak buat,nak hancur ke,nak mati ke,nak bom palestin ke,,aKU MALAS NAK CAMPUR URUSAN HIERARKI GERAKAN ISLAM..SELAMAt KITA BERTEMU DI DEPAN ALLAH KELAK.PERSIAPKAN DIRI ANDA DGN HUJAH-HUJAH BODOH ANDA TERSEBuT..

SENGAJA MENCABAR MANE2 PROKSI GERAKAN ISLAM YANG BERGERAK TANPA OBJEKTIF YANG JELAS,ADE YANG MASUK POLITIK,ADE YG XNAK BERCAMPUR DGN POLITIK,ADE YG NAK DAKWAH JE sAMPAI MATI,ADE PLAK NAK TERBITKAN KHALIFAH TAPI PROSESNYA X JELAS DAN XDE,,ade yn nak dakwah kat bilk ekon je, x nak dakwah kat disco, ade yg saje-saje gerak tapi TAK TAU NAK WAT PE..

aduhai,,malangnyer ummat islam,patutlah sampai sekarang ummat nie lembap lagi,kesian tengok pendokong gerakan islam yang masih lagi berfikr secra 'mengundur'-bertaklid,takut nak keluar hujah sendiri,jumud dan sempit,aku rase geng M.O dan hasell kena tarik diorang untk bace artikel kat blog korg kot..harap anda semua boleh memainkan peranan yg lebih aktif dalam menyebarkan bentuk pemikiran islamik gaya baru ni,jika lambat,x tau ape yg berlaku lepas nie....

Anonymous
December 14, 2009 at 12:08 AM

ALLAH TELAH MENERANGKAn BAHAWA KEBANYAKAN PRASANGKA ITU DOSA

..dan jika anda lupa atau menolak dalil ini maka secara automatik,anda dikehendaki untuk beristighfar dan mengucap semula kalimah syahadah..jika masih lagi enggan (kerana mempertahankan sikap sombong dan ego )maka mayat anda akan dibakar dan tidak dikembumikan mengikut fikh pengurusan jenazah cara islam
(maaf jika terkasar)
.................................

------------->>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
pahal lah pulak orang nak prasangka,ternyata budak kalipah ini aqidahnya cam sampah...kat mana kau belajar mati kena bakar????kau ikut aqidah kling botol ke...???



BUKANKAH RASULULULLAH tlah memberitahu bahawa islam itu mudah..dan ia diulang 3 x..JANGANLAH KALIAN MEMPERSULITKANNYA..
--------------------->>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

ahahaha!!! islam tu mudah kau kata?cerita kat aku, mudah tu kat mana???mati pun kena sediakan belanja sendiri nak beli kapan kau tau tak????jangan-jangan kau ni geng wahabi yang selalu memudahkan malah meringkaskan hal-hal agama,agama apa cincai-cincai cam tu????


SAYA MENnganjurkan saudara anymous di atas agar menonton video The Arrival..'episod 40 tajuk the common ground' dan JANGAN KELUAR RUMAH SELAGI BELUM MENONTON sehingga HABIS,JIKA TIDAK elaun anda akan ditarik untuk bulan ini....heh..heh..

---------------------->>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

haaaaaa!!!! kau tengok perangai kau,rezeki dan kurnia tu dari Allah swt,bukan dari kau,Apahal lah pulak nak potong-potong elaun orang....Baik kau cek balik iqtiqad pegangan kau....Kau lah yang kena isigfar banyak-banyak bukan orang lain....cittt!!! cermin skit lah "Amirul Mukminin"....kalipah kunun....wek!!!

yg lain tu tak perlu sesapa nak komen.....aqidah pun tak setel lagi...

caliphate
December 14, 2009 at 6:21 AM

TERIMA KASIH ANYMOUS......I LUV U SO MUCH FOR UR CREDIT...

terima kasih atas 'pUJIAN' ANDA YG MELAMBUNG TINGGI..SAYER MENGHARAPKAN AGAR ANDA SENTIASA BERADA DENGAN PARA MALAIKAT DAN BUKAN DENGAN SYAITAN..

APE PUN TUGAS SAYE HANYALAH MENYAMPAIKAN DAN MENERANGKAN..

PUJIAN SELALUNYA MENENGGELAMKAN MANUSIA DAN KEJIAN,HINAAN KRITIKAN AKAN MEMBANGUNKAN ANDA DARI TIDUR......

ASSALAMUALAIKUM....

FaizalAzri
December 14, 2009 at 6:12 PM

Bersabar la kita, ingat semula pada wasiat terakhir Rasulullah kepada kita. Bukan arab lebih mulia dari bangsa lain,bukan putih dari hitam dan hitam dari putih,bukan juga apa2 warna sekali pun mendahului yang lain dan bukan 'mim' jua sekali pun jika sikap dan perangai kita seperti 'Yahudi' yang senantiasa mengatakan mereka adalah pilihan Allah. Semoga kita terpelihara dari sifat2 yang dicela Allah.

percayalah.. yang akan bangkit menegakkan Syiar Islam itu bukanlah orang yang akan membawa simbol,bangsa,negara,bahasa sekali pn. Mereka itu adalah org2 yang IKHLAS dari pelbagai bangsa yang hanya ingin mencapai REDHO ALLAH swt.

sentiasalah bersangka baik dengan saudara seIslam kita.Berapa byk gerakan pn xkisah sbnyr tp pokoknya "MENJADI SATU". :)

setiap manusia tdk terlepas dari khilaf jadi biasa la tersilap sikit atau banyak yang penting kita sentiasa ingat mengingati sesama lain dalam kebaikan.

December 28, 2009 at 7:13 AM

Assalamualaikum,

Baru juga saya membaca-baca tulisan sebegini dan nampak gayanya semakin melekat di hati.

Dua malam lepas ada berkongsi buah fikiran dengan seorang rakan berkaitan isu2 lekeh dua negara dalam Nusantaran sehingga menimbulkan ketegangan serantau seperti tarian pendet.

Sedihnya kita terperangkap dengan sempadan geografi yang dibuat penjajah sehingga melupakan susur galur kejadian Nusantara seperti huraian artikel Bangsa Mim ini.

Populasi Nusantara juga menjadi tidak stabil dengan persempadanan daripada asas divide & rule, yang mana kita lihat kepadatan yang melampau di Indonesia. Ketidakseimbangan berlaku sehingga taburan kekayaan juga tidak sekata. Dahulunya migrasi berlaku secara bebas dan keseimbangan berlaku secara semulajadi. Namun sekarang, keMUNGKINan untuk menngimbangkan populasi di sana, bencana alam di utuskan untuk membunuh ratusan ribu manusia sekali jalan. Tidak seperti di Tanah Mim yang masih kurang populasinya.
Wallahualam.

January 12, 2010 at 11:48 AM

aiiiii, panjang berjela le korang sembang nih. Udah tu, balik le ke rumah. Mak dah bising tuuuuu.

Anonymous
May 27, 2011 at 11:33 AM

Kawan2...jangan terlalu percaya 100% tentang perkara ini.ini mungkin bercampur aduk dengan kisah israiliyat yang sebahagiannya palsu belaka.saya kata jangan percaya 100%,bukan tak boleh percaya langsung.kita sebagaimana yang diketahui TANGISAN ADAM A.S selama 100 TAHUN (bumi?akhirat?) yang telah menjadikan LAUT dan TUMBUH TUMBUHAN.manusia tak boleh berkahwin dengan makhluk lain.hanya boleh di antara ADAM & HAWA sahaja...anda sudah sedia maklum DNA SPERMA dan OVUM manusia tidak boleh bercampur dengan haiwan lain.kalau tidak berapa ribu anjing-manusia,kuda-manusia hasil hubungan kelamin dalam filem pornography tu berlaku.Syaitan itu hanya boleh menambahkan perasaan negatif seperti mana syaitan memohon kepada Allah "tambahkan untukku" maka Allah memberi izin supaya syaitan menggelapkan hati anak2 yang ibu bapanya tidak memebaca doa sewaktu membuatnya (bersetubuh).....takde anak jin-manusia,tiada anak manusia-bunian..itu yang saya belajar dari ustaz2 yang belajar jauh2 sperti ke mesir.bukan ustadz internet/blog2 ...maafkan saya jika ada silap atau kecacatan.yang baik datang dari Allah,yang buruk/tidak benar datang daripada kelemahan diri saya dalam menuntut ilmu

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger