Bersedia untuk Hari Kiamat?

salam...

mungkin benar, saya tiada isu untuk di bangkitkan, tapi percayalah, banyak perkara di dalam minda saya sekarang ini tapi tak mampu untuk saya zahirkannya dalam penulisan.

salah satu isunya adalah penzahiran kalender mayan yakni end of the time.
21/12/2012 di katakan 'kiamat' bagi dunia.

apapun, itu telah menjadi persoalan malahan bahan lawak seantarabangsa. Tapi benarkah isu ini akan terjadi atau ianya sekadar mitos kuno semata-mata?

Jika di fikirkan, mayan telah melakukan explorasi titik bintang dan melaluinya, ia di zahirkan dalam lukisan yang di isi dalamnya sistem matematik lantas di kenali sebagai kalender mayan. ia telah 'ramal' kisah perjalanan dunia melalui corak perjalanan bintang.

Jika kita seorang yang percayakan quran, sesungguhnya telah di nyatakan dalam quran tentang kisah buruj bahkan di jadikan perhiasan langit itu sebagai tanda untuk di fikirkan. Pendek kata, tak sesuatu di jadikan itu sia-sia. Tapi rata-rata umat islam kini suka menyangkal tanpa berfikir. Lagi best, bila di sebut 'syirik,/karut/khurafat... dan akhirnya umat islam makin kebelakang dan kerap kali di buli oleh mereka2 yang syirik kunonnya itu. Dan rata-rata akan berkata selepas kecewa; "hari kiamat nanti mereka dapat pembalasan"...
Persoalannya, apa pula pembalasan pada kita nanti sedangkan kita menolak bulat-bulat saranan berfikir, memikir bahkan memerhati kejadian ALLAH jadikan?! Apa pula balasan kita nanti bila menolak perjalanan dunia yang sepatutnya harus jadi khalifah untuk makmurkan bumi sedangkan kita jadi penguna yang merosakkan bumi?!

Berbalik pada persoalan kalender mayan itu,
tidaklah saya mengatakan ramalan mereka itu benar. Tapi saya suka melihat bagaimana ia di jadikan sehingga cerdik pandai pun boleh terpengaruh terhadap perkara itu. Bahkan, bila saya tanya 'orang2 tua', mereka juga berkata, 2012 akan terjadi sesuatu yang luar biasa. Luar biasa yang bagaimana, wallahualam...

Tapi, setakat ini, saya perhatikan kita sering di landa hujan lebat bahkan pihak kaji cuaca pun naik pening bila cuaca pelik sebegini rupa. Jangan pula ada yang kata "ini kerja HAARP !!!"
Walaupun ia kerja HAARP, tapi kita lihat pada apa akan terjadi.

Terkeluarlah satu kisah tentang, dari 1 benua, ia akan berpecah kepada 3 benua. dari 3 jadi 5, dari 5 jadi 7...
Dan, kini kita punyai 7 benua. Dan ia akan berpecah menjadi 9.. kononnya.

Bila di rujuk balik, ada satu kisah di mana nabi muhammad telah berdoa tentang 3 perkara yakni,
2 permintaan yang di terima dan 1 permintaan yang di tolak.
salah satu dari 2 tersebut adalah; banjir besar melanda akhir zaman.
satu yang di tolak adalah; pepecahan di dalam masyarakat islam.

Di nilai kembali 'banjir besar akhir zaman', ia akan muncul tapi berkat syafaat nabi muhammad, ia di tiadakan atau di kecilkan skalanya. Tapi, perubahan tetap ada kerana bumi sentiasa bergerak, membesar dan hidup mati sebagaimana sunnahtullah yang lain. Tapi, apakah fasa pemecahan benua itu berlaku pada zaman kini? wallahualam

Yang pasti jika di kaji dari teori sains, bumi kita punyai sejarah di mana paksi kita sentiasa berubah-ubah. Bahkan dulu, kutub utara kita sebenarnya adalah kutub selatan.

Kini, kita dalam proses perubahan paksi bumi. Kerana itulah cuaca jadi tidak menentu. Dan ia efek kepada pemikiran manusia juga. Adakah Haarp terlibat dalam hal ini? Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi yang pasti, paksi kita sedang menuju apa yang di nyatakan dalam hadis/quran tentang 'matahari terbit dari barat'.

Jadi, apakah benar tafsiran kalender mayan itu?
Jawapannya adalah YA. Tapi, bukanlah kiamat. Ia adalah penanda tentang bumi sedang mengalami proses evolusi menuju kiamat. Kalender Mayan tiada apa-apa power untuk jadikan bumi ini kiamat atau tidak, bahkan Haarp juga begitu. Semua perkara ini terjadi kerana sudah di tetapkan ia untuk terjadi.

Tapi, sebelum ia terjadi, seharusnya umat islam bangkit jadi golongan pemikir. Sudah cukup sudah sifat penakut yang paranoid terhadap segala sesuatu. Sikit-sikit yahudi, sikit-sikit kafir, sikit-sikit syirik...

Andai iman kita kuat, orang mubaligh kristian sembur holy water pun, tetap kita akan kata ALLAH MAHA BESAR. Kerana tiap perkara yang berlaku itu, Sunnatullah yang mengaturnya. Tiap perkara, ALLAH yang mengaturnya. Kenapa kita takut untuk explorasi sedangkan quran terang-terangan menyuruh untuk berfikir, memikir dan melihat kebesaran kejadiannya. Kalu ada yang kata; 'kita tak boleh kaji dzat ALLAH'...

Sesungguhnya sememangnya dzat itu tidak mampu di kaji pun, bahkan di fikirkan pun tidak. Jadi, bila boleh di kaji, di fikirkan dan di usahahkan, itulah hikmah kebesaran kejadian ALLAH untuk di guna pakai oleh manusia yang mana telah di jadikan segala sesuatu itu untuk manusia tanpa sia-sia.

Jadi, adakah kita bersedia untuk 'Hari kiamat'?
Nampaknya tidak, sebab kita tak bersedia untuk merubah diri kita sedangkan bumi telah bersedia untuk 'MATI' !!!
Share this post :

+ comments + 11 comments

Akhir Zaman
December 9, 2012 at 10:59 PM

Slm,

Hari kiamat pasti terjadi, ianya pasti dan semakin dekat.
Umat Islam sememangnya semakin lemah kerana mereka termasuk aku sendiri tidak mengenal Tuhan yang sebenarnya.

Yang mengaku kenal berlagak sombong, seolah-olah mereka sahajalah yang beriman dan mereka sahaja yang berhak memasuki syurga.

Walhal Tuhan itu Maha Pengasihani lagi Maha Penyayang...Tuhan juga Maha Mengetahui.

Tentang hari kiamat, kita telah diajar dari sekolah lagi tentang maknanya yang kononnya hari kehancuran, hari kemusnahan dunia ini...semua manusia akan mati, dan akan dihidupkan semula dan disoal dan dihukum setiap amalan manusia.

Sekarang manusia sudah bisa berfikir secara lebih baik, agak sukar untuk menceritakan tentang perkara-perkara kebenaran secara terbuka sebenarnya kerana agak bahaya, tidak semua yang bisa utk menerima.

Hanya terdapat dua umat sahaja didunia ini, satu kaum manusia dan satu lagi kaum *****, hanya kaum manusia yang akan masuk syurga, satu kaum lagi akan masuk neraka.

Aku hanya membicarakan kerna aku hanya manusia biasa.

December 10, 2012 at 1:39 AM

Peperangan nuklear akan menghancur leburkan dan tidak akan meninggalkan baki bagaikan padang jarak padang tekukur dan kemenangan berada di sebelah pihak ketenteraan barat dari pihak Amerika, Eropah dan sekutunya serta sebahagian puak Islam.

December 10, 2012 at 2:53 AM

salam,sama2lah kita tunggu dan lihat...:)

December 10, 2012 at 3:55 AM



bertenang dan bersabarlah menghadapi cabaran insyaallah ade jalanya

December 10, 2012 at 7:18 AM

yang ni ade kaitan tak bro?

http://penpatah.blogspot.com/2012/12/serius-trend-poster-yang-sama-untuk.html

December 10, 2012 at 11:20 AM

aku pun ade terpikir prihal ni jugak aiz, diorng (zionis) nmpk mcm sedang bermain wayang dengan kita semua termasuk yg kapir. ape yg aku takut bende ni jd(bukan kiamat tp peristiwa yg menggemparkan) tp kita sudh awal2 mengtahyolkan pekara ini dn semua leka dgn duniawi ,pap2 bnde jd betul. so mcm mana lepas tu?? jgn ade yg ckp laaaa betul la yahudi ckp selama ni so lepas ni kite ikut bulat2 ckp doirng pap pap penyelamt yg obses smpai(sape lg klu bkn dia).Untuk makluman, rmi rakyat barat percaya tentang nie, ade yg ckp perang/zombie/tk pun 1st contact alien depan khalayak umum.dan aku pecaya, mkhluk seperti alien WUJUD! denga mcm dongeng tp terserah lah nk pcye ke tak. aarhh ntah laaa susah nk ckp.

oh ya aku ade buat artikle ringkas perihal fenomena 2012 nie. singgahlah kalau sudi.

timurbangkit@blogspot.com

Anonymous
December 10, 2012 at 5:37 PM

Photonic belt adalah benda nyata. Sinaran radiasi photon (setengah kata radiasi sinar gamma) Pertama kali dikesan pada 1961. kita memang telah mengalamai sinaran photon ini cuma kemuncaknya adalah pada 21 Dis ini. Mulai tarikh itu bumi akan berada dalam zon sinaran ini selama 2 ribu tahun.

Sinaran ini akan memberi kesan pada atom/zarah/molekul semua hidupan dan benda. Salah satu kesannya ialah ia mempercepatkan spin/getaran/frekuensi atom. Perlu diingat manusia itu sendiri ialah satu binaan dari atom2.

Persoalannya sejauh mana sinaran ini akan memberi impak kepada semua hidupan dan benda. Matter yg atomnya vibrate pada frekuensi yg laju tidak akan terikat/tertakluk pada dimensi yg 'high density'. So akan berlaku shift of dimension?

Bagaimana pula jika dikatakan akan berlaku keretakan tirai/hijab alam? mungkinkah 21 Dis adalah prelude kepada kembalinya kita ke zaman sperti zaman Nabi Sulaiman tatkala Jin adalah 'nyata'dan berkongsi ruang dan masa yg sama?

Wallahualam

Anonymous
December 10, 2012 at 9:19 PM

salam saudara...

berkenaan cuaca yg tidak menentu tu saya perhatikan skrg ni biasanya belah2 pantai timur sudah di landa banjir musim tegkujuh bulan 11 n 12 ni..tapi yg banjir dulu belah selatan johor, melaka n n9...apakah bumi kita ni sudah berubah?

apakah perkara luar bisa yg akan berlaku?????

wm
December 10, 2012 at 11:00 PM

tunggu dan lihat dan siap apa yg patut

Anonymous
December 12, 2012 at 9:14 PM

wallahualam,. smoga trhindar dr azab Allah

End Era
December 14, 2012 at 8:45 AM

Kiamat lah yg sepatutnya kita umat manusia nanti-nantikan, kerana pada hari kiamat segala-galanya akan terbongkar, umat manusia telah ditipu hidup-hidup dari sejak lahir lagi.

Tetapi satu kaum lagi sememangnya tidak ingin berlaku perkara kiamat kerna mereka tahu hukuman-hukuman yang akan mereka hadapi. Kaum yang menguasai dunia pada masa sekarang sememangnya tengah gundah gulana memikirkan kiamat yang makin hampir tetapi telah menipu manusia mengatakan manusia juga akan menerima pembalasan walhal hanya mereka yg kena kerna telah bersekongkol membuat perjanjian dgn iblis

Post a Comment

Search This Blog

Total Pageviews

ALL TIME POPULAR

Artikel lama Nusanaga

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger