Total Pageviews

PERIHAL KUASA: JANGAN BERLAKU ZALIM !!!

kuasa nusanaga.blogspot.com
sentiasa berlaku adil maka anda di sayangi, kecuali tipu muslihat yang membunuh dari belakang


KUASA
Wahai bangsaku, jawab persoalan ini dalam dirimu, ketahuilah ada sesuatu dalam diri mu sedang meronta mahu keluar. Perasaan itu ada pada dirimu dan jua aku. Apakah ia? Ia terlalu misteri dan memedihkan. Lagi lama hayat, lagi pedih ia terasa dalam diri. Apakah itu. Jawablah wahai jiwa. Apa dikau mahu dari diriku?!

Siapa menjajah- Mereka yg berkuasa
Siapa dijajah- Mereka yg lupa dirinya berkuasa dan sedang lemah
Kenapa ada yg menjajah- Mahu lebih kuasa
Kenapa ada yg terus dijajah- Kerana hilang jalan bagaimana mahu berkuasa
Kenapa ada yg berkuasa- Kerana ada yg tidak berkuasa yg tidak mahu berkuasa
Apa itu kuasa- Pinjaman kudrat ilahi atas izinNYA untuk memegang manusia
Sejak bila 'kuasa' ada?- Sejak Adam a.s diberi mandat untuk kuasai penghuni bumi
Bagaimana ia di warisi- Melalui darah warisan dan ilmu izinNYA
Boleh ia kuasa hilang?- Andai berlaku zalim dan takbur, kaum yg lebih baik akan mengantikan dengan lebih kuasa
Bolehkah syaitan berkuasa?- Tidak. Hanya bani Adam yg di warisi mandat kekuasaan boleh berkuasa
Boleh kuasa di curi pakai?- Boleh, dengan tipu daya dan muslihat
Bagaimana mahu kembalikan?- Penguasa yg haq tetap ada walau dimana zaman skalipun dan ia termaktub pd kehendak dan izin Allah taala
Bagaimana mau tidak terus terjajah?- Ingat diri itu berkuasa andai yg maha berkuasa, diberi kuasa untuk menguasai kita yg terjajah, melawan mereka yg bersangka kuasa itu milik mereka sepenuhnya.
Bagaimana mau mendapat kuasa itu?- Di tinggalkan dua benda untuk umat akhir zaman (tanpa mengira kaum dan bangsa) yakni-Quran dan sunnah
Adakah penjajah mendapat kuasa melalui cara yg sama?- Ya, mereka mengkaji quran hadis dan mencari tntg ahlul bait, untuk menghapuskan yg berkuasa pada ketika itu. Dan terus menerus mahu berkuasa dengan melancarkan strategi dari smua arah berdasarkan apa yg termaktub pd quran, hadis dan sejarah ahlul bait, untuk melumpuhkan sebarang yg mahu berkuasa selepas mereka.

Tapi ramai yg lupa, kuasa hanya sekadar pinjaman dr maha berkuasa. Maka yg berkuasa pasti 'menemui ajal' kerana tiada sesuatu akan kekal, kecuali Allah, meskipun 'mati' itu sendiri akan mati (bila tiba alam akhirat, tiada lg mati)
Bagaimana method kuasa akhir zaman yakni 'keadilan' dapat menguasai method kuasa 'zalim' pd masa sekarang?

Bila seorang umat islam berkuasa pada sesuatu (hartanya, ilmunya, tenaganya, pangkatnya, tanahnya), maka bersifat adillah dengan memberi sebahagian dari kuasanya utk di agihkan pada orang yg tidak berkuasa. Maka yg berkuasa tadi akan berada pada tahap 'bersederhana' sebagaiman kehendak nabi muhammad. kenapa asia tengara terus dijajah hingga kini,ramai jawab, kerana bimbang kebangkitan akan berlaku disini.


RUMUSAN: Jika tidak mahu hilang kuasa, jangan berlaku zalim dan berkuasalah dengan adil. Sentiasa bersedia dengan tipu daya dan muslihat. Dan fahami kekuatan KUASA itu adalah kerana TAKDIR yang memberikan Kuasa Kekuasaan. Dan takdir itu adalah izin dzat maha segala.



Share this post :

+ comments + 6 comments

Anonymous
May 28, 2014 at 11:04 PM

untuk memudahkan bicara...
semuanya ini adalah AMANAH..
tidak pernah ringan lantaran amat berat sifatnya itu..
itulah makhluk paling berat untuk ditangung oleh kita sekalian..para khalifah allah.

Anonymous
May 29, 2014 at 7:20 PM

adakah mandat /amanah kuasa ini hanya pada alul bait sahaja????

Anonymous
May 29, 2014 at 8:31 PM

ya pada keturunannya yang berhak.. itulah juga janji pada keturunan Ibrahim dan Daud selain pada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W... Wallahua'lam..

Anonymous
May 29, 2014 at 10:30 PM

Saya keliru. sepengetahuan saya ahlul bait itu dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w serta Nabi Ibrahim a.s. tak pernah terbaca yg keturunan Nabi Daud a.s. juga termasuk dlm golongan ahlul bait tersebut. Mohon penerangan. terima kasih

jiwa lara
June 3, 2014 at 5:48 AM

Jiwa ambe dh lama memberontak...bagai ada "raksasa" yg ingin keluar...tp x tau apakh ia..mmg sakit dn memeritkan...adakh ianya kebangkitan jiwa....

June 5, 2014 at 1:48 PM

setuju...aixa,jgn zalim...nnt tuhan pecat...kikiki...

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger