NUR MUHAMMAD ITU MULA NYATA SEGALA

PETIKAN DARI KITAB SIRRUL ASRAR (TERJEMAHAN).

Permulaan Penciptaan
Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan
Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci
Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:
"Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku".

Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya
"Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci".
"Mula-mula Allah ciptakan qalam".
"Mula-mula Allah ciptakan akal".

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad
s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah.

Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat
jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan". (Al-
Maaidah, ayat 15)

Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segalagalanya.

Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke
dalam huruf-huruf.

...............................................................

PENERANGAN NUSANAGA

Jika dikaji kisah penciptaan dari pelbagai agama atau teori, kalian akan jumpai apa yang dinamakan 'immortal flame/internal flame/undestroyable flame.'

Pada era tiada apa-apa, bukan gelap bukan sunyi. Bermulalah satu cahaya yang menerangi alam (dibaca: me'nyata'kan alam atau me'real'kan alam).

Dari saat itu, wujud yang dinamakan 'awal@permulaan' sedangkan pada mulanya tiada apa-apa istilah wujud.

Maka, kewujudan bermula bila cahaya tadi menampakkan segalanya. Kekuasaan, keilmuan, kebijaksanaan yang pencipta di terjemahkan oleh cahaya tadi dengan wujudnya kehidupan pada kewujudan.

Istilah nur muhammad ini di ambil sempena nabi muhammad sedangkan cahaya itu di gelar dengan pelbagai nama. Cahaya ini di puji kerana kehidupan bermula dengannya. umpama kita, kalau berada dalam bilik gelap tiada satu pun yang ada. Kita tidak nampak kehidupan di situ melainkan yang ada hanya 'RASA WUJUD' atau 'KESEDARAN DIRI ITU WUJUD'. Jadi nur muhammad ini di gelar begitu kerana cahaya yang di puji. ALLAH SELAWAT PADA MUHAMMAD KERANA CAHAYANYA.


Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 10, 2014 at 6:02 PM

Salam.
aku dah agak dah sebab tu aku suka dgn blog ni..dari dulu lagi aku dok ikut perkembangan.penulis ni ada sesuatu yg penting yg di nak sampaikan.

Anonymous
August 11, 2014 at 4:34 AM

"Istilah nur muhammad ini di ambil sempena nabi muhammad"

Tkasih. Sudah lama ku bawa persoalan ini. Alhamdulillah hari ini ku temui jawapannya. Jaza kk

Post a Comment

Search This Blog

Total Pageviews

ALL TIME POPULAR

Artikel lama Nusanaga

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger