Total Pageviews

APABILA BICARA TENTANG MELAYU DAN ISLAM



Apabila kita berbicara tentang melayu dan islam, sering kali saya melihat diri saya bahkan orang lain juga sentiasa men-sinis orang lain. Bahkan ada yang mengutuk dan kritik tanpa apa-apa cadangan dan solusi daripada pihak kita sendiri.

Ia ibarat membuli. Kejadian buli terjadi bila kita punyai geng dan cuba menutupi kesalahan dan kelemahan kita dengan mencabar kelemahan orang lain. Begitulah yang terjadi pada parti politik malaysia baik sebelah Pakatan rakyat mahupun daripada UMNO sendiri. Saya memanggilnya sebagai 'sudi-menyudi'. Saling cabar mencabar dengan kata-kata kritikan dan ayat negatif. Saling buruk-memburukan satu sama lain dan akibatnya, kita melihat dewan rakyat kita saling di penuhi dengan gaduh-gaduh sepert tadika.

Pihak sebelah kerajaan akan menjawab segala persoalan dan kritikan dari sebelah pihak pembangkang. Tapi, dalam masa yang sama, pihak kerajaan kadang-kala ter'sasul' membidas pihak pembangkang dengan pelbagai sindiran.

Dan pihak pembangkang pula umpama budak-budak yang selalu 'rebel' dan suka kritik tanpa sebarang idea, pandangan atau usul yang mana membolehkan jentera kerajaan bergerak dalam memperbaiki kepincangan para menteri.

Jika rafizi suka menyelongkar kertas audit negara, sepatutnya juga Rafizi memberikan usul bagaimana untuk menyelesaikan isu ketirisan itu. Dan pihak kerajaan juga harus menerima sebarang idea yang di lihat bernas dan sentiasakanlah mengucap TERIMA KASIH.

Ya.. kita punyai dewan rakyat yang jarang sekali mengucapkan TERIMA KASIH, puji memuji bahkan saling bantu membantu. Apa yang kita lihat sekarang ini adalah suatu perebutan kuasa melalui pelbagai cara. Pembangkang dengan teknik 'persepsi dan War Without Gun' manakala Kerajaan pula dengan teknik 'Transfrom dan Telus yang kadang kala memakan diri'.

Apabila para pemimpin kita menunjukkan akhlak sedemikian, maka yang ekor-ekor atau macai-macai seperti kita ini akan terikut sama. Kita cuba berbicara tentang survival melayu, survival islam dan dunia yang lebih aman, tapi sebenarnya kita sendiri tidak aman.

Kita saling kutuk mengutuk, troll orang, edit gambar dan sebar fitnah dan teknik anonymous (membuat sesuatu perkara tanpa di ketahui identiti si pelaku). Tidakkah tindakan seperti ini semua adalah teknik bacul? Ya, ini semua teknik DAJJAL. Teknik perang psikologi di sebalik bayang. Kita semua kini memakai teknik ini untuk mencapai matlamat dan akibatnya akhlak kita sebagai manusia sedikit demi sedikit berubah lebih daripada binatang.

Adakah kita mampu untuk melihat dunia yang aman dengan akhlak terpuji? Fikir-fikirkanlah. Biar kita cuba semai sikap kasih sayang antara kita walaupun sikap itu di zaman ini dilihat terkeji dan bacul serta lemah. Kita cuba...
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 21, 2014 at 7:05 PM

Salah Nik Aziz juag-dalam tamak lahoba nak kekalkan kuasa PAS gunakan Approach

"Melayu Bukan Islam: Jangan Cinta Bangsa"

Mphon rujuk bahan bahan kempen politik PAS

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger