Total Pageviews

DIMANA MELAYU TIKA DUNIA SEDANG BERUBAH ERA



selepas era revolusi industri hingga kini, kita di anggap sebagai marvel of human civilization sebab dengan pencapaian moden, kita telah jauh meninggalkan ketamadunan lampau. cumanya, what next?

era digital di anggap sebagai pemula arah ke suatu era baru. dan di anggap sebagai pembuka pintu era 4 dimensi. atau lebih best di panggil, era dunia baru. selain dari tu, manusia mulai menuju hubungan intergalactic yg mana manusia dah bersedia untuk explore melebihi bumi. jadi, di mana MELAYU ketika dunia sedang menuju era baru?

rata-rata kini melayu dan umat islam menanti dengan penuh harapan supaya imam mahdi akan memimpin mereka. Tahukah anda bahawa ketika mongol menyerang Abasiyah dulu, mereka juga berharap perkara yang sama. Sedangkan ketika itu, tamadun Islam di tahap tertinggi. Tapi kenapa mereka kalah teruk sedangkan mereka punyai ketamadunan yang hebat? Kalah dengan babarian dari padang rumput?

Ini terjadi bila umat islam ketika itu saling bertanya-tanya sesama sendiri, apakah kita sudah di puncak ketamadunan?! Apakah telah kita habis mengkaji. Akibatnya, mereka berhenti mengkaji. Tanpa sedar, musuh mula merancang untuk menjarah mereka.

Begitu jugalah kita sekarang. Kita takut untuk mengkaji, kononnya kita mencabar tuhan. itu bukan. tuhan tetap agong. manusia kena explore apa yang telah di cipta untuk mereka. sudah tiba masa kita, orang melayu dan islam membina sesuatu untuk menuju era baru. insyallah


Share this post :

+ comments + 4 comments

December 15, 2014 at 7:52 PM

Interstellar

December 18, 2014 at 12:19 PM

Assalamualaikum.
Inilah pandangan saya berdasarkan realiti yang berlaku kini di peringkat global dan Malaysia serta Jadual Allah SWT era kebangkitan dari Timur dan Malaysia sebagai tapak kebangkitan.

1. Pada tahun 1925 - Ghaibnya
Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As- Suhaimi Rahimahullahu Taala Anhu,(Iman Mahdi) seorang lelaki berketurunan Sayid yang lahir di Sudagaran, Wonosobo, Pulau Jawa, pada tahun 1259H. Terkenal di kalangan anak muridnya dengan panggilan Kiyai Agung atau Embah Agung.

Berdasarkan keturunannya, beliau adalah keturunan Ahlulbait, dari sebelah keturunan Sayidina Husain bin Sayidina Ali RA. Namanya adalah Muhammad bin Abdullah bin Umar bin Abdul Rahim bin Abdul Karim bin Muhyiddin bin Nuruddin bin Abdul Razak al-Madani bin Hasan bin Abu Bakar asy-Syaibani. Dikenali dengan panggilan Abu Abdillah, sama seperti yang disebutkan di dalam hadis-hadis dan sama dengan panggilan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
2. Pada 29 Oct tahun 1929 "Black Tuesday" Stock Market crashes triggers "Great Depression" . Selepas itu berlaku WW 11 .

3. Mei tahun 2010 - Putra Bani Tamin Ghaib. Pada Oct.2010 Putra Bani Tamin mengiringi Iman Mahdi memasuki Alam Bumi . Sebenarnya Pemerintahan Iman Mahdi telah bermula dari 2010 lagi. Khususnya di Malaysia kini Pemerintah Secara Ghaib telah berlaku kini. Berikut petikan dari blog saya "
Wednesday, December 1, 2010
Surat Dari Nabi Akhir Zaman
Surat Muhammad SAW Untuk Gereja Vatican.
Aku telah berhubung dengan Nabiku akhir zaman, Muhammad SAW dengan hatiku lalu terjadilah surat ini. Dari Muhammad SAW Nabi Akhir Zaman untuk Vatican sebagai hadiah istimewa untuk Umat-umatku yang sedang menganut Agama Allah dan RasulNya yaitu Islam.
Wahai orang-orang Yahudi dan Kristian,.....rasera786.blogspot.com/.../surat-dari-nabi-akhir...

December 18, 2014 at 12:23 PM

4. Menjelang 2015 ini bakal saksikan kelumpuhan ekonomi dunia yang melibatkan SISTEM Ekonomi Yahudi/Dajal. Di Malaysia bakal berlaku satu keadaan di luar adat tetapi dapat diterangkan cara mudah
...Apapun berlaku nanti di Malaysia, kita bersyukur padaNya yang anugerahkan ...
Menurut PERLEMBAGAAN MALAYSIA dalam Artikel 150/6(A)
Bahawa Yang Dipertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat tanpa sebarang alasan dan tanpa memerlukan nasihat dari Perdana Menteri atau kabinet
Apabila darurat diisytiharkan, maka Yang Dipertuan Agong
Menjadi pemerintah tertinggi dalam negara
Boleh memecat dan melantik Perdana Menteri
Membubarkan kabinet
Membubarkan parlimen
Menjadi pemerintah tertinggi tentera
Boleh menggubal undang-undang kecuali undang2 Islam,

5. Alter Terahsia Al Hasyimi
Al Hasyimi adalah salah seorang Al Mahdi

Atsar 1
Dari Kitab al-Fitan oleh Nuaim bin Hammad. Imam Jalaluddin as-Suyuti termasuk mereka di dalam buku al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi Ibnu Munadi berkata bahawa,

"Dalam kitab Nabi Daniel (as), dilaporkan bahawa," As-Sufyani ada tiga dan Imam Mahdi ada tiga. Apabila As-Sufyani pertama muncul dan nama serta kemasyhuran menjadi meluas, Imam Mahdi pertama akan berhadapan dengan dia, Imam Mahdi kedua akan menghadapi As-Sufyani kedua dan Iman Mahdi ketiga akan menghadapi As-Sufyani ketiga dan Allah swt, akan menghantar dia (Imam Mahdi ketiga ) untuk menyelamatkan orang-orang yang telah mengalami kerosakan, dan orang-orang yang beriman. Sunnah akan dihidupkan semula melalui beliau dan penindasan, ketidakadilan dan kezaliman akan berakhir melalui beliau. Manusia akan dihargai dan mereka menang atas lawan-lawan mereka pada masa beliau. Satu kehidupan yang indah akanberlaku, dan Bumi dan Langit akan menjadi lebih berkah"

(Al-Muttaqi Al-Hindi's Al-Burhan fi Alamat Al-Mahdi Akhir Al-Zaman) dan (Jalaluddin As-Suyuti Al-'arf al-Wardi fi AkhbarAl-Mahdi , sebahagian daripada Al-Hawi li al-Fatawa)

Atsar 2
Dalam kitab Al Fitan karya Imam Nuaim Bin Hammad rh

Dari Abu Mughairah dan Baqyah dari Sofwan dari Kaab ra:
Al Mansur adalah (salah seorang) Mahdi yang disenangi penduduk langit dan penduduk serta burung-burung di bumi. Dia akan memenangi peperangan dengan Rom dan perang selama 20 tahun. Beliau akan syahid dalam perang besar bersama 2000 orang yang merupakan putera dan komander perang. Umat tidak pernah mengalami kesedihan lebih besar sesudah kewafatan baginda Rasulullah saw.

Atsar 3

Dalam kitab Al Fitan karya Imam Nuaim Bin Hammad rh

Rashdin dari Ibnu Lahi'a dari Abi Qabil dari Abdullah bin Umro berkata:
Selepas Imam Mahdi yang akan mengambil orang-orang Yaman ke bandar-bandar mereka, selepasnya ialah Al-Mansur, dan kemudian selepas dia Mahdi yang akan membuka kota Rom oleh tangannya.

ULASAN

Imam Mahdi bukan satu-satunya orang yang digelar dengan panggilan Al Mahdi. Al Mansur atau Putera Bani Tamim juga merupakan Al Mahdi.

Atsar 1 menceritakan bahawa akan ada 3 Al Mahdi yang akan muncul. Atsar kedua menceritakan Al Mansur merupakan Al Mahdi. Dalam Atsar ketiga dikatakan Al Mansur merupakan Al Mahdi pertengahan atau yang kedua.

Berdasarkan sejarah Sayyidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi rh merupakan Imam Mahdi dan beliau merupakan Al Mahdi yang pertama. Setelah pemergian beliau perjuangan diteruskan oleh Abuya Syeikh Ashaari Muhammad rh yang merupakan Putera Bani Tamim. Kini setelah pemergian Abuya maka pasti akan ada yang meneruskan tugas ini. Beliau merupakan Putera Bani Hasyim atau Al Hasyimi yang akan muncul tidak lama sahaja lagi. Beliau merupakan Al Mahdi ketiga dan dizamannya nanti kota Rom (Vatican) akan ditakluk.Di zaman beliau bermulanya zaman keamanan.

December 18, 2014 at 12:24 PM

TANDA-TANDA KEMUNCULAN AL HASYIMI RH

Nu'aym ibn Hammad dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ali r.a. beliau berkata:

"Akan berlaku fitnah di mana manusia akan memperolehi hasil daripadanya sepertimana ia memperolehi emas yang ada di lombongnya, maka janganlah kamu mencerca penduduk Syam tetapi cercalah kezaliman mereka, kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapat Abdal, dan Allah akan mengutus ke atas mereka hujan dari langit lalu menenggelamkan mereka sehinggakan sekiranya mereka memerangi serigala serigala mereka akan menewaskannya. Kemudian Allah akan mengutus di waktu itu seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW bersama 12,000 orang jika sedikit, dan 15,000 orang jika banyak, tanda tanda mereka "amit amit" (maut maut) di bawah tiga bandera lalu mereka itu memerangi pasukan tujuh bandera tidak seorang pun di kalangan mereka yang memimpin bandera itu melainkan kesemuanya tamakkan kerajaan (kuasa), mereka pun berjuang dan tewas (atau menang), kemudian zahirlah Al Hasyimi (Pemuda Bani Hasyim) lalu Allah mengembalikan kepada manusia kesenangan hidup mereka sehinggalah Allah mengeluarkan Dajjal."

Hadis No 41 terjemahan Bahasa Inggeris oleh Muhammad at-Tayyib ibn Gary dalam kitab al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi nukilan al-Hafidh Jalal ad-Din as-Suyuti [rahimahullah].

Ulasan

Kemunculan Al-Hasyimi ditandai oleh beberapa peristiwa

1. Fitnah menjadi bahan mengaut keuntungan
2. Banjir di negeri Syam
3. Munculnya pemimpin ahlulbait di bawah 3 bendera menentang pasukan musuh dibawah 7 bendera. Bilangan pasukan pemimpin ahlulbait ini paling sedikit 12 000 orang dan paling banyak 15 000 orang melawan musuh yang tamak kuasa. Tanda pasukan pemimpin ahlulbait ini ialah maut bagi penentangnya.
Setelah muncul Al-Hasyimi barulah dunia kembali aman sehingga datang Dajjal laknatullah. Maksudnya oleh kerana Al-Hasyimi menjadi pendahulu Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim maka tahun keamanan dihitung bermula dari tahun kemunculan Al-Hasyimi. Tahun keamanan ini sekitar 7-9 tahun sebelum Dajjal laknatullah muncul.

6. Terbaru saya sedang menyiapkan "
Melayu Bakal Memimpin Dunia 3 : Awal Dan Akhir Israel Dalam Al-Quran"
Dalam blog ini ada 2 tarikh penting iaitu 2015 dan 2022 di mana merujuk pada 2015 - Al Mahdi 2022 berhubung kehancuran Israel.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger