Total Pageviews

Tenaga itu Memori dan berada di mana-mana


Bila saya pergi top up touch n go kat 7Eleven. Pastu terlintas kat kepala.. Hanya dari gelombang, duit itu masuk ke dalam kad plastik yang ada sedikit besi dalamnya. Kemudian saya terfikir lagi sewaktu berjalan keluar dari 7E itu...

Andai kita dah capai boleh transfer data dengan gelombang dari suatu medium ke suatu medium, apakah pada zaman dulu yang bijaklaksananya mereka dalam teknologi spiritual, boleh transfer data ke medium lain seperti besi, batu, air atau rajah tulisan (contoh: wafaq).

Pernah dulu waktu zaman forum diskusi tentang memori dan arahan boleh di simpan dalam pelbagai medium seperti batu dan besi.  walaupun masa tu nampak mengarut tapi pada waktu sekarang teknologi merealisasikan segalanya. Benda gila waktu dulu dah jadi logikal pada zaman sekarang. Contoh mudah, teknologi wireless. Pindahan data dan memori dari handphone kepada handphone dan banyak lagi.

Tapi apa yang 'melogikkan' teknologi wireless ni meskipun sebenarnya ianya dah berlaku pada zaman dulu? Jawapannya ialah VISUAL. Dengan visual, memori tadi di baca dan di terjemahkan kepada visual image atau visual verbal (text).

Kad touch n go tadi kita tahu ianya berfungsi bila kita sentuh 'reader', visual 'jumlah baki' akan di paparkan. Tapi, cuba kita letak batu atau besi yang kita tahu ada sejarahnya tapi tiada paparan di pamerkan. jadi di situ kita akan anggap batu itu kosong dan 'membaca memori' dari batu adalah perkara gila dan sewel. Sedangkan teknologi menyimpan data/memori ke dalam besi dan plastik pun di anggap gila pada era 1950an.

Orang spiritualist yang pandai mengamal sesuatu ilmu mampu menjadi 'reader' kepada medium memori/data seperti batu, besi dan air. Bagaimana mereka mampu terjemahkan memori/data suatu medium tersebut? Jawapannya VISUAL.

Tapi di sebabkan visual itu hanya mampu di lihat hanya kepada spiritualist tadi, maka apa yang dia ceritakan akan di anggap gila dan sewel. Sebab orang lain tak mampu melihat VISUAL memori tadi.

Jadi di sini, kita kekurangan sesuatu sedangkan kita memiliki suatu kelebihan.

Kelebihan: Kita memiliki ilmu dan pengetahuan tentang medium seperti batu, besi, air bahkan udara itu menyimpan memori.

Dan Kekurangan pula: kita tiada suatu teknologi untuk memaparkan visual untuk di share/kongsi secara bersama walaupun sesuatu 'reader' (baca: spiritualist) itu mampu melihat memori medium itu dengan VISUAL (image atau verbal).

Jadi, andai Malaysia atau nusantara ini mampu untuk mencipta sesuatu teknologi 'reader' yang mampu memaparkan visual yang boleh di kongsi/share secara cognative atau network, maka kita dah melangkah suatu tapak yang sangat besar dalam dunia modern. Saat itu spiritual bukan lagi gila dan sewel. Tapi suatu teknologi fasa baru. Ingatlah, pada ketika dulu, tiada siapa boleh menyangka, fiber boleh alirkan data dan plastik boleh menjadi duit sedangkan dalam kedua medium tu, tiada apa-apa pun. kosong. Kosong tapi ada.

Memori itu adalah tenaga dan dalam tenaga ada memori. Cuma perlukan 'reader' dan 'visual' supaya manusia mampu mengambil data tadi sebagai logik mengikut aras pemikiran manusia pada zaman ini.
Share this post :

+ comments + 6 comments

Anonymous
September 25, 2015 at 6:33 AM

InsyAllah boleh dilakukan dalam masa yang singkat dengan beberapa syarat diantara dua pihak:

Bagi pihak yang berjaya memiliki teknologi visual spiritual:
1-berusaha membina kaedah-kaedah laymen yang boleh meyakinkan hati pihak yang lalai
2-munajat pd Allah SWT supaya "ilmu teknologi tu" diizinkan utk dizahirkan sepenuhnya utk menangani fitnah akhir zaman

Bagi pihak yang lalai:
1-percaya dan yakin sepenuh hati bahawa teknologi tersebut wujud
2-memberi kepercayaan, ketaatan dan kasih sayang sekuat hati kepada pihak yang telah mencapai teknologi tu

wallahu a'lam.

November 16, 2015 at 11:37 AM

Asalam-o-Alykum, My name is Qasim, from last 26+ years Allah and Muhammad s.a.w keep coming into my dreams, over 460+ times Allah comes in my dreams and 250+ times Mohammad s.a.w comes in my dreams, Muhammad s.a.w is the last Messenger of Allah and I am the Ummati of Muhammad s.a.w, My dreams about to Major Signs of Qiyamah, Gog Magog, Esa a.s, and End of Time. I have shared many dreams on my fb page Allah and Muhammad pbuh in my Dreams and my blog Allah and Muhammad saww in my Dreams

Anonymous
November 18, 2015 at 3:53 AM

assalam..sy tertarik dgn zero point energy atau tenaga titik sifar.boleh saudara kongsi2 ape tu zero point energy?

January 22, 2016 at 2:26 AM

saya suka dengan penjelasan saudara

June 21, 2016 at 8:42 PM

Reader dan visual dh build in dlm tubuh manusia.hati menjadi reader dan visual pd akal. Otak berfungsi hidup segala panca indera

June 22, 2016 at 5:51 AM

Reader dan visual dh build in dlm tubuh manusia.hati menjadi reader dan visual pd akal. Otak berfungsi hidup segala panca indera

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger