Walaupun gambar telah diedit dengan high dynamic range (hdr), jelas nampak aura disekeliling jasad kita. Kalau kita perhati dengan mata kasar secara teliti, anda mampu untuk melihat aura putih menyeliputi tubuh kita. Ianya ibarat atmostsfera kepada bumi.
Diantara aura putih dengan tubuh kita, terdapat seakan ruang gelap (void) yang menjadi ruang penyimpanan 'rahsia', ibarat udara yang memberikan nafas untuk kita hidup. Persoalannya, andai bumi adalah dunia kepada manusia, apa pula dunia kepada jasad kita?
Dan ruang putih ini jelas nampak pada sekeliling kepala dan bahu kita. Fenomena ini dipanggil sebagai Halo. Dan kerana itulah pelukis zaman dulu melukis dengan meletakkan gelung bulat dibelakang kepala seakan sun disk (cakera matahari).
Dan ia dapat juga dilihat pada bahu anda seakan kepak dan kerana itulah pelukis juga mengambarkannya sebagai kepak yang besar. Pendek kata pelukis zaman dahulu melukis dengan apa yang mereka boleh terjemahkan secata harfiah ( yang nampak depan maya mereka seperti simbol haiwan atau tumbuhan).
Akan tetapi pada zaman moden, segalanya dibentuk demgan teknologi dan ianya diterjemahkan secata NYATA. Semakin hari semakin banyak yang diNYATAkan akan tetapi makin banyak juga kepalsuan sehingga makin jauh manusia dengan ketuhanan.
Jadi, apa yang berlaku adalah kehendakNYA dan siapalah kita untik menidakkannya. Wallahualam
posted from Bloggeroid