Total Pageviews

Iqram dinzly, antara gila dan ketuhanan



Salam jumaat
Ketika ini, kecoh diperkatakan mengenai pelakon iqram dinzly. Dia pernah upload gambar dan video yang kontroversi. Pernah dulu, dia siarkan live video yang berbaur seksual dan lucah. Dan kini dia kembali dengan suatu gambar yang sangat menakutkan dan pelik.

Di sini admin ingin mengulas dari sudut pengetahuan admin nusanaga tentang perilaku pelakon ini.

1. Iqram telah mengalami stress selepas ayah kesayangannya meninggal. Ada juga yang mengatakan dia mengalami bipolar disorder iaitu dua personaliti dalam 1 jasad akibat stress yang teruk. Stress seperti ini juga mampu menjerumus kepada kecelaruan identiti.

2. Mungkin iqram pernah mengikuti ajaran ketuhanan dan secara tak langsung dia cuba untuk memaparkan perihal ketuhanan secara seni. Tapi apakah benar atau tidak, admin nusanaga tidak tahu secara detail.

3. Cubaan dia untuk metajjalikan atau me-visual-kan perihal ketuhan sudah tentu akan dihentam teruk oleh orang awam kecuali yang memahami

4. Untuk gambat dibawah ini, iqram menengahkan kata-kata yang biasa diluahkan oleh mereka yang belajar dan alami ilmu ketuhanan iaitu Aku adalah aku, Aku adalah kau dan kau bukan Aku.

5. Aku disini merujuk pada kata nama sifat dzat Allah. Dan pada gambar ini A merujuk pada keychain A yang terletak pada hati. Jadi, Aku yakni Allah itu ada pada jantung yakni baitullah pada manusia

5. Aku adalah Aku diertikan sebagai dzat Allah laisakamislihi yakni tak bersamaan dengan yang lain. Disni, iqram adalah iqram, iqram bukan admin nusanaga.blogapot.com, dan admin pula iqram. Jadi disini telah berlakunya laisa kamislihi yakni, tak bersamaan antara satu sama lain

6. Aku adalah kau pula diertikan dzat Allah itu meliputi segala. Hal ini merujuk pada satu melihat pada yang banyak dan banyak melihat yang satu. Dimisalkan hal ini seperti ini, admin nusanaga dan netizen mampu melihat iqram dan iqram mampu melihat reaksi admin dan netizen. Senang kata, kita cuba menyelami diri iqram tapi kita tak akan dapat menjadi diri iqram.

7. Kau bukan aku adalah merujuk kepada makhluk tak akan sama seperti dzat Allah. Dan dalam hal ini, ia juga merujuk kepada kita cuba menyelami iqram tapi tak akan mampu kita menjadi Iqram Dinzly

8. Kalimah Allah adalah penyata bahawa setiap manusia itu milik Allah dan secara literal atau secata nyata, kalimah Allah memang ada pada dahi manusia. Jika anda mampu fokus dan perhati dengan elok, anda akan mampu melihat kalimah itu sebagaimana admin nusanaga pernah melihat pada ramai orang

9. Cermin mata pula merujuk pada kita melihat atas penglihatan. Jika ada mata tapi tak mampu melihat dengan jelas (cermin mata merujuk kepada alat bantu lihat dengan jelas), maka segalanya sia-sia. Senang kata, iqram mahu memerli netizen supaya melihat dengan mata hati atau dengan hikmah dari yang Maha melihat

10. Gincu bibir, sama juga dengan cermin mata tadi, kita berkata-kata atas rahmat yang Maha berkata-kata. Sekali lagi iqram memerli netizen dengan memakai gincu hitam iaitu ramai mansuai berkata-kata dengan kotor dan tanpa hikmah. Kita berkata-kata atas rahmat yang maha berkata-kata.

11. Rambut serabai vs rambut lurus rapi, di sini iqram bercerita mengenai dualiti iaitu manusia yang sibuk dengan hingga lupa diri dan manusia yang mengurus diri dengan mencantikkan luar dalam. Dalam hal ketuhanan, disini juga cuba diterangkan konsep male female, alpha omega dan duality ini terhasil dari dzat nan esa.

12. Genderless atau tidak berjantina. Ia menceritakan tentang dzat itu tidak berjantina, tidak berupa dan bermacam-macam dalam meliputi segala. Pendek kata, wujud itu Ada dan ada itu dzat tuhan.

13. Disini iqram cuba menengahkan isu ketuhanan dalam versi seni yang kasar. Terlampau kasar sehingga mampu menjatuhkan fitnah padanya. Jadi, apakah motif sebenar iqram dalam hal ini? Tiada siapa yang tahu. Dan jika anda bertanya adakah iqram tahi dan sedar perbuatannya? Ya sudah pasti dia sedar. Adakah dia mabuk. Mabuk rindu cinta ketuhanan? Mungkin benar tapi hakikat itu hanya iqram saja yang tahu

Jadi sekian saja dari nusanaga dalam kupasan ini. Apapun rahsia dan motif sebenar hanya iqram saja yang tahu. Perbuatan dia kini ibarat art atau seni yang hanya mampu diolah atas pandangan kita. Lain orang lain pandangannya. Dari satu kepada banyak dan dari banyak kepada satu, tapi hanya satu yang berkata pasti.

Sekian,
Wassalam
Admin nusanaga

posted from Bloggeroid

Share this post :

+ comments + 1 comments

say what? wkwkwkwk

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger