Total Pageviews

Menteri pendidikan mahukan silibus perbandingan agama dan ini sedikit nasihat untuk semua

Untuk isu interreligious studies pada peringkat sekolah yang diviralkan ketika ini, ini sedikit pandangan aku. Isu ini bermula apabila menteri pendidikan mahu membuat satu silibus baru untuk sekolah harian biasa yang mana para pelajar dikehendaki belajar tentang agama lain. Hal ini adalah untuk memupuk anti-racism dan anti-extreme religious yang membarah dalam masyarakat.

Apapun, disini aku cuma boleh komen dengan ketengahkan beberapa surah yang aku fikirkan sesuai dengan situasi yang sedang hangat diperkatakan ini. Ianya adalah mengenai surah Al-kafirun, kemudian Surah An-Nasr, Surah Al-Masad/Lahab, kemudia disusuli dengan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan ditutupi dengan Al-Nas.


Peneraan aku bermula dengan maksud surah al-kafirun (mereka yang tidak percaya atau non-believer) dan di teruskan dengan Surah An.Nasr (pertolongan dari ALLAH dan membuka pintu kemenangan), kemudiannya Surah Al-Masad (Kutukan pada Al-Lahab dan perempuannya). Tiga Surah ini sangat berkait rapat tentang perang berlaku antara believer (yang beriman) menentang non-believer (tidak beriman). Akan tetapi, untuk menentukan bagaimana hadirnya pertolongan ALLAH sebagaimana surah An.Nasr?

Untuk mencari jawapan itu, surah seterusnya adalah surah AL-iklhas yang tiada pun perkataan ikhlas didalamnya. Tersembunyi ibarat perbuatan ikhlas itu sendiri. Yang ada hanyalah suatu kenyataan bahawa ALLAH itu esa, tidak diberanakkan, tidak beranak (membiak) dan laisakamislihi syaiun (tiada sama sepertiNYA)
Dan kemudiannya di nasihati dengan surah Al-falaq (subuh) yang menyuruh kita berhati2 dengan perbuatan khianat dan kejahatan fizikal (seta sihir).Kemudiannya Surah Al-Nas (manusia) yang menyuruh kita berhati-hati dengan bisikan dalam dada kita kerana itulah yang menjadikan kita seorang manusia
......

Kesimpulannya, sebagai manusia, kita sering berhadapan dengan ancaman fizikal (dari surah Al-falaq) dan ancaman spiritual (dari surah An.Nas),
Kerana itulah manusia terbahagi kepada dua kelompok, believer dan non-believer (dari surah Al-kafirun). Peperangan antara dua kelompok ini sentiasa akan ada. Dan masing-masing punyai 'petunjuk' masing-masing. Akan tetapi, petunjuk yang manakah yang benar-benar dapat membuka seorang MANUSIA menjadi INSAN?!

Kita lupa, yang memenangkan kita adalah dengan pertolongan ALLAH (surah Al-nasr). Ia hadir dari ikhlasnya kita dalam memohonan perlindunganNYA (Al-ikhlas) dan ikhlas itu tak tahu dek akal, tak nampak dek mata. Yang tahu hanya Allah (sebagaimana kandungan surah Al-ikhlas). Takkala inilah manusia menjadi INSAN. Terlepas dari menjadi Al-Masad (yang terkutuk)
Bagi kita yang tidak meminta pertolongan denganNYA, kita akan tergolongan dalam golongan AL-lahab (seperti dalam surah Tabbat yada / Masad).

Pertolongan yang bagaimana yang dimaksudkan itu? Pertolongan itu adalah; supaya kita tidak membuat khianat, jahat, sihir, mengadu domba dan menjadi was-was kepada diri sendiri dan manusia lainnya. Insyallah, dari situ timbullah pertolongan dari tuhan yang akan memperlihatkan berbondong-bondong kafirun tadi ke dalam islam.. kerana itulah ISLAM YANG SEBENARNYA.
......
Dan dari 6 surah ini sahaja, jelas menunjukkan bahawa umat zaman nabi dahulu tidak gentar pada ancaman fizikal dan spiritual kerana mereka tahu meletakkan 'ikhlas' mereka dimana.
Harapannya, kita pada akhir zaman ini boleh berada pada tahap yang sama dan kembali ikhlas untuk berharap pertolongan terus padaNYA kerana hanya dengan An.Nasr (devine helper) akan membantu untuk menentukan yang mana benar2 ikhlas padaNYA..

Insyallah, moga saya dan anda dalam rahmat dan rahimNYA. Kerana semua ini akan kembali kepada surah Al-fatihah dan terpatri/puri/absolute dalam kalimah Bismillahirahmanirahim
serta seal/cokmarkan pada huruf BA,

sekian coretan malam-malam akhir ramadhan 2018

sekian
wassalam
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 14, 2018 at 11:32 PM

interfaith dan comparison of religion adalah suatu yg berbeza.

ceramah zakit naik selalu mengutarakan comparison..

anwar dan puak liberal dan pluralisma murtad selalu menekankan interfaith.. awasi pluralisam agama getakan murtad dan melecehkan hukum hakam dan syariat sedang dijelmakan.

malaysia munuju kehancuran akidah

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger