Total Pageviews

BANGSA MIM - tak hilang didunia (siri extra 1)



BANGSA MIM - fosil yang sentiasa wujud

Takkala kita digasak dengan pelbagai cabaran pada
masa kini bahkan ada yang bertanya kenapa melayu tiada tulisan sendiri. Dan bila kita tunjukkan tulisan jawi, mereka akan kata itu adalah tulisan arabic. Dan kini kita menulis dalam tulisan rumi yang datang dari latin.

Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2009 yang lalu, saya telah siarkan siri bangsa MIM (dan mencedok mengolah tanpa kreditkan karya asal ini. Tapi saya maafkan, cuma sy bmbg jika pengciplak itu di asak soalan, dia tak dapat jawap, dan marah kepada pembaca kerana dia sndiri tak tahu apa yang diceduknya. Disini saya risaukan hilangnya BERKAT ilmu padahal kita sedang berikan ilmu pada oranh lain. Tidakkah ini ironi?).

Baiklah, secara kesimpulannya, bangsa mim adalah suatu jurai keturunan yang menetap di pentas sunda. Kemudian selepas berlaku banjir besar 20000 tahun lalu (mengikut model young dryas), penduduk pentas sunda terbahagi kepada 2 kelompok.

1. Yang berjaya melarikan diri ke daratan lain. Dan mengikut fakta lainnya, mereka terselamat kerana diselamatkan oleh bahtera nuh a.s. jurai ini kebanyakkan bercampur dengan jurai lain.

Dan sepanjang migrasi mereka dari timur tengah kembali ke "bekas" pentas sunda, jurai ini menghasilkan bangsa dan ketamadunan shinggalah mereka berhenti di semenanjung dan daratan sekitar. Proses ini terus menerus berlaku sehingga kini.

Proses inilah digelar adaptasi dan asimilasi. Proses pencampuran kembali DNA yg telah bercampur baur dgn jurai asing dengan jurai no.2 dibawah ini.

Kebiasaannya, jurai no.1 ini akan dilantio menjadi raja dan disahkan oleh jurai no.2 seperti contoh kisah hikayat merong mahawangsa atau kisah demang lebar daun. Ini seolah-olah mengimbau kembali kisah "alas tubirabbikum" ketika diawal penciptaan alam.

2. Yang berjaya selamatkan diri dengan berada ditempat paling tinggi. Daratan tinggi ini kemudiannya menjadi semenanjung malaysia dan kepulauan2 di nusantara. Golongan ini membawa kepada jurai orang asal atau orang asli. Jurai ini menyimpan ilmu yang pernah dimiliki oleh penduduk sundaland sebelum banjir besar dalam bentuk 'lafaz' atau kisah, motif seni, ilmu pusaka dan tahu koordinat tertentu yang ada menyimpan rahsia tentang hal-hal yang tidak boleh di sampaikan pada umum. Pendek kata, mereka adalah penyimpan mohor dan tukang lantik raja yang ada pada jurai no.1 tadi.

Jadi, apa pula kaitan semua ini dengan cabaran kita hari ini? Tidak lain tidak bukan, ada golongan yang segaja menjolok sarang tebuan kerana jelas tampak dua jurai diatas sedang tidur. Dan bagusnya, jurai no.1 itu bersedia untuk sentiasa asimlasi atau adaptasi dengan segala perubahan yang mendatang. Kerana itulah tulisan melayu boleh berubaj dari rencong ke kawi kemudian ke jawi dan kini rumi. Kita adalah jurai yang HIGHLY SURVIVAL. Seakan fosil yang pasti akan wujud walau alam berubah ganas. Itulah dinamakan BANGSA MIM.

Cumanya, jurai no.1 perlu menerima atau mendapatkan kembali ilmu yanh saya sebut sebagai ilmu segala dari pemegang ilmu yang banyaknya disimpan rapi oleh oranh asal atai orang asli. Bahkan ada orang kampung, hidup nampak seperti orang gila tapi dia sedang memerhati kehidupan kampung dan melaporkan pada "orang atas".

Kesimpulannya, BANGSA MIM itu adalah suatu proses evolusi bangsa yang sentiasa mengadaptasi dan asimilasi dengan perubahan sekitar. Akan tetapi jiwa dan ilmunya tetap kekal seperti nenek moyangnya. Dia sentiasa membawa adat istiadat. Dari situ menghasilkan akhlak yang baik. Dan akhlak yang baik menjadi rahmatul lil alamin. Maka dengan itulah baru wasiat ADAM a.s untuk anak cucunya menjadi khalifah bumi benar-benar terlaksana.

Sekian
Wassalam
26hb oct 2018

Anda boleh membaca siri ini mulai dengan:
http://nusanaga.blogspot.com/2009/10/bangsa-mim-takkan-hilang-di-dunia-siri.html
Share this post :

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger