assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.
maaf kerana saya terlambat untuk mengupdated blog ini. ini kerana saya baru saja menghabiskan final exam.
biasalah, baru student. jika sudah berkerja, lain pula ceritanya.
baiklah, sebelum saya bercerita mengenai tajuk yang bakal saya utarakan,
saya ingin bercerita mengenai status perkembangan novel saya yang masih lagi
belum di cetak. Mungkin menunggu Q agaknya. Bagaimanapun, saya ingin
memberitahu semua bahawa saya mungkin akan meneruskan perjalanan cerita
De Facto ini. Pada mulanya, saya beranggapan, mungkin 'Twisted Ending' akan
menamatkan segala permasalahan cerita itu. Tapi, saya mengambil keputusan untuk
menyambungnya kerana dengan novellah saya dapat menyalurkan idea, maklumat dan pendapat
kepada rakyat Malaysia dan manusia (bukan kepada iblis, syaitan dan reptalian).
Baiklah, pada artikel yang lepas, saya ada menceritakan perihal mimpi saya
mengenai sebuah gunung yang di gelar gunung Ayam. Saya mendapat mimpi itu
ketika saya di serang demam panas di awal bulan april lalu (atau demam denggi yang tak jadi?!).
Pada ketika itu, tiap kali saya melelapkan mata biarpun sesaat, minda (atau lebih tepat astral body)
akan di bawa ke suatu tempat. Berlatar belakangkan hutan tebal, saya di tunjukkan suatu
binaan yang mustahil saya percaya ada di sekitar nusantara. Binaan tersebut itu ialah sebuah piramid.
Teringat suatu ketika dulu, ada orang pernah memberitahu saya bahawa,
banyak gunung ganang di sekitar nusantara ini adalah binaan piramid tapi sudah
di tumbuhi pokok dan seterusnya menjadi hutan yang tebal. Seolah-olah ianya lost kingdom.
Dalam mimpi itu juga, saya di bawa masuk ke dalam binaan tersebut dan mendapati
ianya seolah-olah sama binaannya di dalam piramid giza akan tetapi tiada lukisan ala firaun itu (heroglif kalu tak salah namanya).
batu yang di gunakan ialah jenis batu bukit dan berwarna hitam. Terdapat ukiran seperti bunga-bungaan, kerawang dan perkataan.
Hal binaan itu tidak menjadi masalah. Ada suatu yang agak mengejutkan saya ketika itu.
Kalau kita mengunakan teknologi berasaskan fizikal dan mekanism. Pada ketika itu pula,
mereka mengunakan sepenuhnya kuasa alam. Kalau menyebut kuasa alam, anda akan teringat mengenai
kincir angin, empangan, kilang petroleum dan lain-lain. Jika anda beranggapan begitu maknanya
ANDA SILAP!!!
Teknologi masa itu saya namakan teknologi elemental (pepandai saja saya ni...ha3).
Dalam mimpi itu, tenaga elektrik di alirkan melalui air. Jika air yang mengalir tak apa,
tapi ini air yang statik dan seolah-olah cermin (teringat kisah nabi sulaiman dan ratu balqis yang
menyelak kainnya untuk melangkah air tapi ianya seperti cermin?!)
Selain itu juga, piramid itu juga berkemampuan untuk bergerak. Caranya..
adalah. Tak kan saya nak bagi tahu bukan?! Ini rahsia. Sebab saya teringat kisah
VIMANA.
Piramid yang saya mimpi ini bukannya binaan tapi sebuah jentera. Jika kini
ada jet pejuang, masa itu ada Piramid perang?! Bunyi seperti merepek, tapi itulah
hakikatnya. Zaman dulu kelihatan kuno kerana mengekalkan alam sebagai sahabat,
tapi kini, alam sebagai musuh. Padan muka kena selsema 'baby'. Kuno bukan sebarang kuno,
teknologinya lebih canggih dari sekarang. Saya tahu, jika hal ini di hebohkan
di media masa, semua orang akan kata 'gila ke apa?! nusantara sehebat ini ke?"
kata-kata ini pasti akan datang nanti. Saya agak kecewa bila ada yang perlekehkan
filem 'queens of langkasuka' (sebetulnya queens of patani's). Mereka gelakkan kita
sebab guna senjata api, pakai baju perang, ada kota besar dan lain-lain.
Saya abaikan mereka-mereka ini sebab kalau di beritahu, lagi galak kata orang
'obses dengan filem'...padahal mereka sendiri yang buta sejarah sebenar.
Ini kerana dari kecil kita dah di ajar dalam buku teks bahawa, melaka hanyalah
kota kecil, pusat perdagangan dan melawan portugis pakai keris?!
kalau dah namanya pusat pedagangan utama, kemudian melayu sebagai lingua franca,
adakah kita pada masa tu bodoh benar tak mau membuat pertukaran senjata,
diplomatik dan teknologi serta sains. Adakah zaman itu, para raja hanya tahu
kahwin kemudian berebut tahta?! Sesungguhnya para sultan adalah keturunan zulkarnain,
sulaiman dan nabi muhammad s.a.w (tidak semua, dek kerana itu daulat raja jangan di sanggah...
tapi kini daulat hilang bukan kerana 'masa', tapi darah keturunan tu dah tercemar.)
Fuhhh...harap-harap jangan ISAkan saya bila berbincang mengenai kesultanan.
Saya seorang bloggers mencari daulat yang hilang itu dan cuba restore 'kemelayuan'
yang dah hilang dalam jiwa.
Orang ada berkata, 'KENAPA KAJI SEJARAH, DAH SEJARAH BEGITU, KENAPA NAK DI KAJI LAGI?!
TAK PUAS HATI KE DENGAN SEJARAH KESULTANAN MELAKA?!"
kalau ada yang berkata begitu, saya buat serangan tanpa bayang. Serius!!!
Apakah hanya melaka yang wujud ketika itu? Kalau begitu kenapa pula adanya manuskrip melayu lama
yang menceritakan mengenai LANGKASUKA, CHERMIN, GELANGGI, INDRAPUTRA, GANGGA NEGARA, BERUAS,
SRIVIJAYA, MAJAPAHIT, KESULTANAN RIAU, SUMEDERA-PASAI dan lain-lain. Kalau anda bijak,
kiralah berapa kerajaan yang wujud ketika zaman kesultanan melayu melaka?!
Orang berkata begitu bila tiada bukti sejarah kukuh yang menunjukkan adanya kerajaan di atas.
Kalau benar sangkaan begitu, saya boleh katakan bahawa zaman kesultanan melaka juga tidak wujud!!!
Mana istananya? Mana buktinya?
Bagaimana nak ada bukti, kalau ada orang dalam kerajaan (bukan kerajaan ya, tapi 'orang' di dalamnya),
yang sedaya upaya menutup bukti ini. Jika ada usaha untuk mencari gali
kembali sejarah sebenar, sedaya upaya juga mereka menutup balik. Hasrat mereka supaya
orang Malaysia ini bodoh sejarah sebenar.
Persoalan paling penting ialah...
KENAPA PERLU KAJI SEJARAH? BUAT APA SEJARAH TU...ZAMAN SEKARANG ADALAH YANG UTAMA.
Kalau ada yang buat statement begitu, saya silat leher dia!!!
Sejarah kita 'CONFIRM' kena tutup oleh 'mereka-mereka' yang berkepentingan.
Kenapa saya berkata begitu? ini kerana, sedikit demi sedikit, pengkaji sejarah sendirian seperti
contoh ANAI-ANAI (blog nagarakedah), MERAH SILU (pertualang ke acheh),
MO (mistisfiles), serta beberapa nama lain yang saya mungkin terlepas pandang baik di MALAYSIA dan nusantara.
Para pengkaji inilah yang banyak menemui bukti sejarah sebenar. Tapi bila mereka menemui dan memberitahu rakyat,
ternyata mereka di perlekehkan dan di katakan ada kepentingan sendiri.Tidak kurang juga ada yang menyekatnya.
Bagaimanapun, jiwa para pengkaji ini bukanlah demi kepentingan diri dan buat apa beritahu umum seandainya hal ini sesuatu
yang merugikan diri?! Sudah tentu tidak. IAnya adalah untuk kepentingan bersama.
Baiklah, Dulu saya selalu mengemukakan artikel berkaitan masa depan
sehinggakan nama webblog ini adalah 'future phenomenon'.
Tapi terfikirkah kalian, mengapa saya beralih pada masa lampau?!
Ini kerana 'SIAPA YANG MENGUASAI SEJARAH, DIA MENGUASAI MASA DEPAN'.
Sejarah adalah 'powerful hidden tool' yang pernah di cipta oleh ALLAH.
Sejarah mampu menutup kebenaran lalu menghapuskan sebuah ketamaduanan, merekacipta sesuatu kepalsuan lalu menjadikannya sebagai kebenaran,
dan menjadikan 'tuan' kepada 'hamba'.
Baiklah, saya berikan contoh. Kita lihat di Thailand. Kalau anda kaji sejarah Thailand (bukan hanya sejarah rasmi...),
pada ketika dulu, agama islam di amalkan di sana, kemudian turun bangsa thai dari utara yang beragama buddha-hindu lalu
menghapuskan bangsa siam (sebangsa tapi berlainan agama -seakan pakistan dan india).
Jelajah mereka hingga pada utara kedah lalu di katakan di sekat oleh British. Maka Patani menjadi sebahagian dari
Thailand. Bila bangsa Thai menang, mereka mengubah sejarah dan memusnahkan segala bukti yang mengatakan bangsa siam adalah tuan kepada thailand.
Segala masjid di musnahkan (ada yang mengatakan candi adalah masjid lama), kubur lama di timbus, batuan nisan di buang ke laut.
Hal ini tak lebih dari penghapusan etnik. Tapi ianya bukan menghapuskan mengunakan darah, tapi mengunakan 'pemadaman sejarah'.
Hal itu jugalah yang pernah berlaku pada kita. Mujurlah kita ada hutan yang tebal. Pihak musuh yang berani mati (dan memang mati) saja akan masuk ke dalam hutan,
lalu menghapuskan bukti tersebut. Tapi, tak semua dapat di hapuskan.
Yang berjaya ialah kawasan bandar (mungkin sekitar kota melaka), kota gelanggi, kota beruas dan lain-lain saja di hapuskan.
Ini mungkin tanggapan liar saya, tapi jika sesuatu ketamaduanan mula di tawan,
yang lemah akan menjadi hamba dan sejarah mereka akan tutup supaya generasi akan datang tidak megetahuinya.
Dek kerana inilah, lahirnya pengkaji sejarah sendirian. Mereka mengkaji demi generasi masa depan.
MAsa depan pula ( sila baca artikel saya mengenai future phenomenon) menghidangkan sebuah 'hadiah' yang sangat teristimewa untuk generasi kini dan masa depan.
Seandainya tekaan saya tepat, teknologi kini akan bersatu dengan teknologi kuno (teknologi elemental dan sains spiritual) suatu hari nanti.
Hal ini di sebut dalam hadis, bible, ramalan dan sebagainya. Ini bukan ramalan saya, tapi di ceduk dari
pelbagai genre masa depan.
Oleh kerana itulah, bagi mereka yang tahu bagaimana 'sensasi'nya masa depan,
mereka akan kembali menguasai sejarah lalu membawanya ke masa 'kini', supaya membentuk
peribadi dan mengetahui jalan apa kah yang harus mereka tempuhi demi masa depan yang gemilang.
Bagaimanapun, di harap artikel ini banyak memberi input pada anda. Tulisan saya ini juga
menjadi ingatan pada saja supaya tidak lari dari objektif sebenar. Dalam kesibukan belajar,
saya cuba menjadi HASELLUSIBY yang 'merdeka' untuk membuat segala-galanya demi
membentuk masa depan yang di impikan. MAsa depan yang bagaimana? Itu anda yang bentukkannya.
samada gemilang, sama saja seperti sekarang atau lebih jahanam dari sekarang.
Akhir kata, maaf dari saya andai ada salah silap. Bersamalah kita membina ketamadunan yang ampuh dan benar-benar di redhai.
wassalam
p/s: sekarang ini ramai yang sudah mahu mengkaji mengenai melayu, baik dari sini atau dari luar negara. Untuk mengkaji melayu,
kita harus pecahkannya kepada:-
-siapa melayu (dulu dan kini)
-origin of melayu dari segi genetik
-origin of melayu dari segi sejarah
ini kerana, melayu kini ialah pencampuran pelbagai etnik dunia. Tapi, pakar genetik suka mengaji, melayu ini bermula dari mana.
Saya andaikan bahawa, pencarian ini agak sukar kerana melayu original sudah pun bercampur dan ternyata kini melayu adalah rangkuman bangsa-bangsa dunia.
Dek kerana itu, saya pernah berkata...BUAT APA KITA RACIST?! segala bangsa sudah terkandung dalam satu perkataan yakni MELAYU.
Yang menjadikan seseorang itu racist ialah politik yang berkepentingan dan kebodohan dalam sejarah.
EVOLUSI BERPAKSI - TIMUR
+ comments + 2 comments
salam hormat,
artikel ini adalah satu diantara yang terbaik diantara semua,
bakyak cerita,
masih kurang fakta,
dinasihatkan untuk perbetulkan format cerita,
disitu dulu, mohon ampun maaf, jikalaulah barang sedikit ada terasa di hati;
hati tak parah, jiwa tak gundah
Mungkin ramai rasa x logik..... pusat pentadbiranf Kerajaan Melaka dahulunya terletak di Kedah... atau lebih khusus , berhampiran Gunung Jerai......