Total Pageviews

rangkuman ‘evolusi senyap’ 1

bismillahirahmanirahim...

segala puja puji ke atasNYA..

dah lama saya tak update blog ini.. tapi, sebenarnya, saya ada banyak nak di kongsikan bersama. mungkin kerana tidak ada masa, saya terpaksa 'postpone' maklumat itu, hinggalah tibanya hari ini.

alhamdulilah, saya di beri sedikit ruang untuk update blog ini.

sejak dua menjak ni, saya seakan tiada maklumat mengenai 'pergerakan future phenomenon' padahal, sekarang, sungguh banyak future event yang sudah di 'trigger'kan.

bagi orang yang baru berjinak-jinak dengan blog saya, saya telah mengemukakan satu teori yakni di gelar future phenomenon. ia adalah teori yang menceritakan 'masa itu infiniti akan tetapi di bahagikan kepada bahagian-bahagiannya. dalam setiap bahagian terdapat jalan ceritanya tersendiri.'

zaman kita ini adalah bahagian ADAM yang di tipu iblis itu. dan dalam bahagian itu, di bahagikan lagi kepada 3 'phase/perenggan' utama, yakni awal, tengah dan akhir. kita sekarang berada di phase terakhir atau di kenali sebagai zaman akhir.

saya yakin, ramai yang tak faham mengenai teori ini dan saya tak kisah, sebab saya hanya menceritakannya sahaja. jadi, tidak perlulah ambil serius. kenapa harus saya keluarkan teori sebegini adalah kerana, saya ingin menceritakan, zaman apa kita sedang berada dan apa yang harus kita lakukan di zaman ini.

sila rujuk gambar ini untuk kefahaman anda.


baiklah, kita terus sambung pada tajuk asal, yakni 'evolusi senyap'.

apa itu evolusi senyap?

sebenarnya, itulah adalah term yang saya reka untuk mengambarkan bahawa, sesuatu terjadi tanpa pengetahuan umum tentang kesannya di masa depan.

untuk artikel ini, saya hanya akan menceritakan sedikit sahaja mengenai perkembangan semasa di dalam negara. Ada 3 perkara yang sedang bermain di kepala saya sekarang. Mungkin ada yang sedarinya, dan ada yang tidak. Perkara yang saya ingin nyatakan ini ialah:

1-perkembangan politik negara

2-isu seni muzik tempatan

3-kelahiran anak-anak INDIGO

Pertama sekali, saya ingin berkongsi pendapat dengan anda mengenai pergerakkan politik negara. Baru - baru ini, pelepasan kerusi presiden UMNO oleh PAKLAH memperlihatkan pelbagai pendapat. Ada yang mengatakan PAKLAH harus melepaskannya dan ada yang kata, PAKLAH harus mempertahankannya. biarpun begitu, saya tidak suka terlibat dengan hal-hal politik. bagaimanapun, saya harus tahu perkembangannya kerana setiap apa yang terjadi pada local politic kita, ia akan membawa kepada kesan pada masa hadapan.

SIAPA JADI PERDANA MENTERI kita seterus?

itulah persoalan yang timbul dalam benak setiap masyarakat. Biapun ada yang tidak kisah, akan tetapi tetap memberi kesan baik secara langsung atau tidak.

kini, kita dapat melihat 3 orang watak utama yang BAKAL menjadi perdana menteri kita di masa depan. Antara calonnya ialah, DATO SERI ANWAR IBARAHIM, DATO SERI NAJIB TUN RAZAK DAN DATO SERI MUHYIDDIN YASIN. Mereka bertiga ini mempunyai pengikut masing-masing, ada karisma yang kuat dan mempunyai kepentingan politik tersendiri.

anwar ibrahim
anwar ibrahim
najib
najib
muhiyddin
muhiyddin

saya tidak kisah siapa yang bakal menjadi pemimpin kita di masa depan kelak. Kita harus menyokong mereka tapi haruslah medasarkan syariat. sokong kerana benar dan nasihatkan jika salah. Dalam agama sudah termaktub bahawa pemimpin harus di ikuti dan di hormati.

sebenarnya, disini, saya ingin kaitkan pergolakan politik negara dengan kesannya di masa hadapan. Sebagai seorang pengkaji, lebih-lebih lagi yang terlibat dengan kajian konspirasi dan masa depan, saya mendapati sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin di masa depan yakni dalam tempoh peralihan OUR EVENT kepada future event atau end event.

pemimpin yang menjadi leader sesebuah negara ketika itu haruslah memilih antara 2 jalan. Seperti kita tahu, di akhir zaman akan ada 2 blok kuasa besar yakni 'based on dajjal' dan satu lagi 'based on 'right path'.

Kuasa blok dari dajjal kelihatan segalanya manis dan cukup menyegarkan tetapi hakikatnya ia membawa racun di mana di NEXT CHAPTER nanti, kita terkapai mencari syafaat dan pertolongan kerana kekufuran yang telah kita lakukan.

satu lagi blok, di mana selalunya pengkaji memanggilnya sebagai 'kebangkitan islam kedua'. Akan tetapi saya tidak lihat pada kebangkitan islam, akan tetapi kebangkitan agama tauhid dimana semua orang yang percayakan ALLAH akan berada di bawah satu bumbung yang sama.

jadi, marilah kita melihat perkembangan politk negara dengan berhati dan tidak terlampau obses pada parti mana-mana kerana di akhirnya nanti, ia membawa kepada perang antara 2 kuasa ini juga. Ada yang memberi maklumat bahawa, di akhir zaman ini, akan berulangnya pemerintahan zalim tetapi 'gempak' oleh 'klon' FIRAUN DAN HAMAN...

Pemimpin berkembar ini mungkin di kenali sebagai AS-SUFYANI DAN AL-KALB yang telah di terangkan oleh hadis.

jadi, cukup membimbangkan seandainya, kedua-dua ini lahir dan menjadi pemerintah di negara ini. Mungkin tidak nampak kesannya, akan tetapi merekalah antogonist pada watak utama akhir zaman seperti PEMUDA BANI TAMIM, PEMUDA BANI HASYIM, HARIST HARAST, IMAM MAHDI dan lain-lain.

bagaimanapun, perancangan ALLAH lebih baik dari perancangan makhluk-makhluknya. Di akhir cerita nanti, sudah pasti HAMAN DAN FIRAUN ini di tewaskan oleh watak-watak utama tadi, seolah-olah mengembalikan cerita nabi musa dan nabi harun menetang firaun dan haman...wallahuaklam.

kami
kami

Perkara kedua yang saya ingin bincangkan ialah perkembangan muzik tanah air di mana, sedikit sebanyak memberi kesan pada masa depan dalam proses future phenomenon.

sekarang ini, kebangkitan BAND-BAND INDIE semakin giat di perkatakan. seolah-olah memberi nafas baru dalam industri muzik tanah air.

ianya boleh di katakan bermula, apabila TV series KAMI di tayangkan di TV8. Dari situ, masyarakat mulai nampak potensi band-band indie ini. Tapi masalahnya, ramai yang tidak tahu apa itu maksud band indie.

Band indie adalah singkatan dari Independent yakni bermaksud, segala proses, bermula dari penulisan lirik, kompos lagu, rekod dan mempromosikannya adalah dari usaha sendiri dan duit sendiri.

Tapi yang kasihannya, ramai rakyat malaysia tidak tahu dan membanding-bandingkan dengan muzik mainstream yang banyak di provokasikan oleh syarikat rakaman. begitu juga ada yang suka membandingkan dengan lagu2 luar negara lebih2 lagi lagu dari seberang.

Sebenarnya, biarpun recording band indie tidak lah se-gah mainstream dan lagu indon, mereka masih mampu berdiri dengan kaki sendiri dan tidak di pergunakan oleh 'orang2 tertentu' dalam industri muzik ini.


jika dilihat dari kesannya, band indie inilah yang mencipta indentiti muzik malaysia yang di cari-cari oleh pengiat seni muzik mainstream. sebagai contoh, band BUTTERFINGERS dalam album KEMBALI, mereka berani menengahkanmuzik melayu dan mencipta indentiti muzik sendiri. hal ini harus di banggakan. Akan tetapi, masalah tetap timbul apabila, MEDIA yang di pegang oleh 'orang2' tertentu, sesekali tidak mahu seni muzik di pelopori oleh seni muzik melayu yang 'mungkin' akan membawa kepada 'pergerakan kebangkitan islam kedua'.

ya...inilah yang saya perkatakan. Jika seni muzik dan seni layar kita sudah di 'kawal' oleh 'orang tertentu' yang tidak mahu kebangkitan islam terjadi di sini, sememangnya jalan band indie adalah jalan terbaik untuk menegahkan seni melayu dan kebangkitan ini.

Jika di perbandingakn dengan nasyid pula, berapa keratkah mesej itu di sampaikan dan di situ kita dapat lihat provokasi dan manipulasi 'sesuatu' dalam seni muzik nasyid. Untuk mencapai MEDIA, nasyid itu perlu di ubah dan di kawal selia oleh sesuatu. Bila itu terjadi, maka, mesej itu hilang dan kedengaran 'bosan'.

NAH...seni muzik pun mampu membawa kepada perubahan. Seandainya band indie dapat menegahkan mesej sufism, nasihat, melayu dan sebagainya, insyallah, tidak lama lagi kita akan menjadi icon kepada seni muzik negara lain. insyallah

indigo children
indigo children

baiklah, perkara ketiga yang saya ingin sentuh ialah, kelahiran anak-anak indigo. jika kita lihat dalam wikipedia, INDIGO CHILDREN bermaksud, Indigo children are children who are believed to represent a higher state of human evolution.

INDIGO ini membawa maksud, level aura spiritual yang tinggi. Ada yang berpendapat bahawa, mereka inilah calon-calon pemimpin pada masa depan. Pada ketika ini, mereka masih tidak mampu untuk menonjol diri lagi. kebanyakkan mereka ini mempunyai konflik diri yang tersangat hebat. Jika anda ingin mengetahui lanjut perihal INDIGO CHILDRE ini, anda boleh bincangkan di forum ini:

ADAKAH ANDA SEORANG INDIGO

INDIGO WEB BLOG

kanak-kanak indigo ini bukan lah bermaksud kanak-kanak seperti mana kita fikirkan. kanak-kanak indigo ini adalah mereka yang di lahirkan dengan kadar spiritual yang agak tinggi dan ada yang berupaya mempunyai abiliti yang di luar jangkaan manusia.

hal ini bukannya fantasi tapi itulah hakikatnya. ia ada di kaji oleh saintis barat dan ada yang telah 'di tangkap' untuk di jadikan tentera di masa hadapan.

kita boleh bayangkan bagaimana perang masa depan di jalankan. ianya bukan dengan senjata material lagi. ia adalah perang yang TIDAK TERLIHAT ATAU TIDAK TERJANGKA oleh minda manusia.

jadi, adalah lebih baik, jika ada yang mempunyai ciri-ciri INDIGO ini mengambil jalan terbaik yakni mencari jalan-jalan keagamaan kerana anugerah yang di berikan itu adalah baik jika di gunakan untuk explore makrifat.

ini adalah antara ciri-ciri indigo:

Pernah x korang rasa xde sape pun yg paham korang?
Pernah x korang rasa korang ni sgt berbeza dari org lain?
Pernah x korang rasa korang ni mcm bersendirian kat bumi ni?
Pernah x korang rasa korang seolah2 dah dilahirkan dlm zaman yg salah/x sesuai utk korang?
Pernah x korang rasa kdg2 idea korang terlalu jauh lbh advance/abstrak utk difahami sesiapa?
Pernah x korang rasa pemikiran korang terlalu amat berbeza dgn manusia2 lain yg korang temui?
Pernah x korang rasa korang susah nak bergaul dgn org2 sekeliling, kecuali dgn yg sekepala ngn korang?

Adakah korang jenis yg x mudah dipengaruhi sesiapa?
Adakah korang jenis org yg x mudah menyerah kalah sblm berjuang?
Adakah korang jenis yg susah nak ikut peraturan yg telah ditetapkan?
Adakah korang jenis org yg lbh suka melakukan sesuatu ikut cara korang sendiri?
Adakah korang jenis yg selalu dpt memikirkan cara yg lebih baik utk melakukan sesuatu?
Adakah org2 yg mengenali korang melabel korang sebagai seorg pemberontak/rebelious?

Adakah korang merasa seolah2 ada 'SUARA' yg memanggil korang utk 'keluar' ke sana?
Adakah korang merasa seolah2 korang dilahirkan ke dunia ini utk melakukan satu misi khas?
Adakah korang selalu mempunyai bayangan yg korang sdg membantu semua manusia di bumi?

Adakah korang jenis mereka yg agak lambat membaca semasa kanak2 dulu?
Adakah korang jenis org yg sgt sensitif kpd segala yg berlaku di sekeliling korang?
Adakah korang jenis org yg mindanya suka menerawang/susah nak fokus pd sesuatu?
Adakah korang jenis org yg mudah mengesan sekiranya org lain berbohong kpd korang?
Adakah korang jenis org yg x suka dikritik, terutama apabila dilakukan secara x berhemah?
Adakah korang jenis org yg sgt mencintai kebebasan & x suka/mudah diikat oleh sesiapa/sesuatu?

Adakah korang jenis org yg suka menentang arus?
Adakah korang jenis org yg lantang bersuara/'vocal'?
Adakah korang jenis org yg x suka taklid membabi buta?
Adakah korang jenis yg suka mencabar pemikiran sendiri?
Adakah korang jenis org yg x suka terikat kpd 'tradisi'/kebiasaan?

Adakah korang jenis org yg x suka melihat sesiapa pun ditindas?
Adakah korang jenis org yg berani membela org lain yg dianiaya?
Adakah korang jenis org yg suka kpd 'thought-provoking questions'?
Adakah korang jenis org yg x kenal erti 'takut' dlm kamus hidup korang?
Adakah korang jenis org yg lbh bnyk menggunakan OTAK/RASIONAL dari HATI?

Pernah x korang mengalami Deja Vu?
Pernah x korang rasa korang mempunyai kuasa psikik?
Pernah x korang mempunyai pengalaman2 yg berkaitan dgn kuasa psikik?
Pernah x korang bermimpi tentang sesuatu, kemudian perkara tu betul2 terjadi?
Pernah x korang seolah2 dpt rasa apa yg org lain rasakan, walau pun korang x kenal org tu?

Paling penting, adakah korang seorang yg sgt mementingkan KEADILAN & KEBENARAN, lebih dari apa pun?

jadi..anda nampak apa yang saya tulis pada hari ini?

di sekeliling kita ramai yang harus menjadi watak masa depan...

tapi, kita tidak pasti jalan yang harus kita lalui, kerana kadangkala kita terkeliru.

masa depa sudah termaktub tapi pada masa kini, masa depan seolah-olah masih kabur.

jadi, apakah peranan kita? adakah kita juga salah satu dari evolusi ini? fikirlah dan terimalah hakikatNYA

wassalam

Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 3, 2012 at 7:21 AM

Assalamualaikum WBT,

99% ciri2 itu ada pada saya.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger