BUMI sebagai wanita tua (bergambar)


(sekitar Gunung Tahan dan tiap ukurannya berskala gandaan 0.5km)

salam.
Di dalam fan page di Facebook, saya ada mengatakan tentang; saya akan ceritakan serba sedikit tentang Piramid dan kaitan dengan monument-monument lama di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, saya sedang usahakannya. Lagipun, saya nak 'alter' tentang piramid melayu yang bermula dari Blog Military of Malaysia di sejuk kan dulu. Agak bahaya membongkar yang sedang panas kerana blogger itu pun kenalan saya. Lagipun ramai juga rakan saya yang mendapat maklumat tapi di beri amaran supaya tidak menyebarkannya.

Mesti ramai yang bertanya, kenapa mendapat amaran dan kenapa tidak boleh di sebarkan?
Sebenarnya, banyak perkara yang kita tak ketahui. Di bumi lama ini, andai di bongkar, segala teori dan penemuan yang telah di lakukan akan terbatal sama sekali. Ini akan mengubah sistem sejarah dan pengetahuan tentang bumi itu sendiri.



Kepada sesiapa yang pernah mengikut siri BANI / Bangsa MIM di nusanaga dahulu, anda pasti akan tahu, kenapa ia di gelar bumi lama. Jika anda membuat kajian lanjut, anda akan tahu setiap monument lebih-lebih lagi piramid punyai 1 originality yang sama. Seolah-olahnya datang dari satu tempat. Tapi, sainstis dan arkeologist masih berdebat mengenai perihal ini.

(batu bersurat ledang 1)

(batu bersurat ledang 2)

(Bukit Bunuh 1)

(Bukit Bunuh 2)

(Pengkalan Kempas 1)

(Pengkalan Kempas 2)

(Pulau x di Melaka 1 : sumber persendirian)

(Pulau x di Melaka 2 : sumber persendirian)

(tidak di ketahui di mana tapi ianya seperti tapak perngalian)

Jika anda selaraskan dengan penemuan terkini di tanah melayu seperti Bukit Bunuh (berita tentang 'world biggest mysteries'), Piramid (ini belum shahih tapi beberapa keping gambar telah pun di ambil), monument2 yang berselerakkan, dan prasasti batu bersurat (ledang, pengkalan kempas, terenganu dan lain-lain), anda akan dapati ianya punyai 1 coding yang menarik.

Mungkin ada maklumat baru yang tidak pernah anda ketahui selama ini (ye la, asyik-asyik piramid giza. bosan betul lah). Berikut adalah link kepada PIRAMID BOSNIA:-
1- Pyramid of the sun
2- Pyramid of the moon

Selain itu, tahukah anda, ITALY Juga punyai piramid. Ini beritanya:-
 
(Etruscan Pyramid)
 
(Pyramids of Montevecchia)

Pasti ada yang bercakap tentang piramid ni. 'taksub betullah dengan piramid' atau 'percaya piramid..syirik'.
Sebelum anda berkata begitu, dengar apa yang saya nak katakan. Piramid bukanlah setan atau dajjal yang buat. Ia tangan manusia juga. Syaitan tidak punyai daya upaya pun. Sesungguhnya piramid itu adalah 'bangunan' pada zaman dahulu yang mana dari situ boleh di lihat nilai sejarahnya.

Bukan semua piramid itu batu seperti giza, tapi ada juga piramid yang perbuat dari besi bahkan ada dah jadi bukit seperti piramid Bosnia (piramid ini di jumpai selepas lawatan mengejut Tun Mahathir ke bosnia tidak lama dulu). DI piramid bosnia dan Gobekli Tekpi di Turki, anda akan dapati ia punyai pattern carving/ukiran yang sama yakni berimejkan haiwan. Ada andaian mengatakan ia adalah ketamadunan selepas era banjir besar. wallahualam.

Tahukan anda bahawa segala monument seperti piramid ini adalah 'copy paste' dari MOTHER OF ALL CIVILIZATION. Seperti kita hari ini, kita meniru binaan barat. Bahkan binaan bercirikan melayu telah lesap sama sekali. Begitu jugalah zaman dahulu. Mereka meniru satu beradaban yang lebih maju dari mereka. Dan kerana itulah, pelbagai monument dan transkrip sastera yang hampir sama di perolehi. Tiap ketamadunan 'copy paste' dan menerapkan budaya mereka dalam seni bina dan sastera itu. Kerana itulah kita dapat melihat hari ini, hampir semuanya punyai rekaan yang sama.
Yang pasti ia bukanlah kerja ALIENS, DAJJAL, UFO atau SETAN !!!.



Bahkan History Channel dan researcher dari Jepun sendiri telah mengesahkan bahawa monument YONAGUNI di jepun itu adalah hasil binaan migrant orang asia tenggara sebelum berlakunya Banjir Besar (Younger Dryas sekitar 12 000 tahun lalu - zaman penyejukbekuan dan pencairan paling pantas yang menyebabkan banjir besar seluruh dunia).



Walaubagaimanapun, kita hentikan dulu mengenai itu. Pada hari ini saya ingin dedahkan sesuatu yang sebenarnya kita tak ambil endah pun. Walaupun tiap tahun kita menyambut hari isra' mikraj, pergi masjid, dengar ceramah tentang isra' mikraj, kebanyakkan dari kita hanya TAKLID semata-mata.

Bila ada orang tanya tentang keshahihan, semua pakat marah-marah, sedangkan diri sendiri tak tau jawapannya. Dalam diri bergoncang persoalan yang sama. Tapi, pernahkah kita berani untuk membongkar jawapan? Ramainya berkata tidak kerana bagi mereka, percaya membuta tuli itu lebih baik.

Tahukah anda, tiap kejadian dalam sejarah islam dan kandungan Quran itu untuk di fikirkan? Andai ianya untuk di simpan, lebih baik Quran itu tidak di bukukan ketika zaman khalifah uthman r.a.
Kebanyakkan kita kini hendak menunggu ustaz-ustaz atau pak lebai memberi penerangan, tapi apa yang saya lihat, kebanyakkannya lebih suka bercerita politik dan hukum feqah.

Tahukah anda bahawa selama 13 tahun Rasullullah menyebar islam untuk mengukuh Keimanan. 10 tahun untuk mengukuh syariah (feqah, undang-undang, kenegaraan). Sesungguhnya, kita kini hampir binasa kerana telah hilang 13 tahun itu dalam diri masing-masing.

(world as old lady)

Maaf dari saya yang tidak seberapa ini. Apapun, saya berikan kepada anda, wallpaper
'world as old lady' untuk memberi keyakinan kepada anda tentang bukti isra mikraj.
(bahkan, siapa yang tahu, tiap kedudukan pada figure itu terdapat peristiwa dan rahsia yang menarik.
Kenapa ADAM a.s diturunkan di INDIA yakni tempat penyusuan sebagaimana anak kecil yang baru lahir, Kenapa Mekah sebagai pusat, kenapa Jerusalem sampai kini sering di rebut kerana sabda nabi pernah berkata tentang, barang siapa yang berjaya menguasai jerusalem, dia akan menguasai dunia.
Last sekali tentang Jantung... Ketahuilah tentang jantung, kerana dari situ darah bermula. Darah itu membawa memori, darah itu membawa DNA, darah itu membawa kehidupan. Andai tiba saat mati, semua darah akan kembali ke jantung.)

Kerana itu pembongkaran monument di tanah lama ini di rahsiakan kerana pihak kafir dan dengki akan 'menyerang' malaysia. Kerana ketidaksediaan dan dalam proses 'maju'lah kita tidak mahu bergaduh dengan sesiapa. Tapi ketahuilah kita bahawa dalam ketidaksediaan itu, di tanah ini telah di siapkan dengan pelbagai lapisan pelindung. Sebagaimana jantung, itulah perlindungan terjadi. Jadi, anda boleh meneka, andai di tanya; 'kenapa malaysia terlepas dari lingkaran gunung berapi walaupun sekelilingnya penuh gunung berapi maut?'

Insyallah, kita akan ketemu lagi dalam isu lain. Selamat hari raya aidiladha. Wassalam


Share this post :

+ comments + 16 comments

October 27, 2012 at 11:28 AM

Terima kasih. Info yg sgt menarik...

October 27, 2012 at 8:08 PM

Artikel yang menarik. Cuma berkenaan ring of fire argument, akan ada yang akan mempertikaikan dan mengatakan ada juga negara lain yang terlepas dari lingkaran ini.

Anonymous
October 28, 2012 at 2:05 AM

Salam,
post yang amat menarik, seingat saya saudara antara yang terawal berkongsi maklumat tentang piramid Melayu, diikuti MF, dan sekarang MOM. Harap terus berkongsi info.

tq.

Abu
October 28, 2012 at 6:57 AM

subhanallah..
ye tak ya jugak.sy tak perasan pon selama ni..
terima kasih pengarang..

Anonymous
October 29, 2012 at 1:14 AM

Subhanallah..Info yang amat menarik sekali..teruskan usaha Tuan....

October 29, 2012 at 7:49 AM

klu bumi dilihat sebagai wanita tua dan simboliknya bahagian badan wanita dengan tempat2 tertentu, teori hanyutan benua yang diperkenalkan barat adalah palsu ke?

October 29, 2012 at 6:55 PM

siti najwa:

bumi juga ada pertumbuhbesarannya.
takkan la bumi terus jadi wanita tua. sudah tentu lah ia bermula dari bayi (1 benua besar), dan kemudiannya berpecah bila sudah merangkak, berdiri dan kemudiannya makin membesar sehinggalah ia tua seperti sekarang. Bahkan, ada teori di mana, wanita tua ini akan membongkok balik sehinggalah ia kembali merengkuk seperti bayi dalam rahim kembali (1 benua besar).

wallahualam

Anonymous
October 30, 2012 at 1:50 AM

siti najwa

yg diperkatakan di lihat seperti wanita tua itu dikala nabi saw diisrak mikrajkn..nampak x timing di situ..nabi saw melihat bumi seperti wanita tua sewaktu bginda dimikrajkan..dan seperti yg kite tau,bumi diwaktu tu mmg sudah terpisah benua2nya..

October 30, 2012 at 4:58 AM

ya, masa nabi di sira' kan, masa tu dunia telah pun seperti wanita tua.
sekarang pun sama.
tapi, sebenarnya, timing zaman nabi muhammad dan kita masih dalam period yang sama yakni di gelar 'akhir zaman'.

bumi lebih tua dari jangkaan manusia dan tiada siapa yang tahu bila ia akan 'mati'. Yang pasti matinya bumi itu di gelar kiamat.

apapun, kita boleh berteori tapi tetap ALLAH yang tahu keseluruhannya. Mungkin cukup utk kita percaya bahawa memang bumi kini telah tua umpama wanita bongkok tiga.

wallahualam

October 31, 2012 at 4:52 PM

ok. terima kasih atas jawapan. saya terlepas pandang timing isra' mikraj tu.

I don't want much..I want everything...
November 1, 2012 at 12:07 AM

Salam 2 all..

Rahsia itu akan tersingkap juga akhirnya nanti.
Hadirnya bagai ''biji tasbih yang terlerai dari talinya''.
Kepada yang ahlinya...
Teruskan dalam menyampai.

Ibu Separuh Masak
November 1, 2012 at 12:08 PM

Salam empunya blog. Saya datang dari ibuseparuhmasak.blogspot.com. Artikel saya berkisar tentang piramid dan ancient cvilisatiion. Saya dijemput oleh pembaca blog untuk bertandang ke sini dan ronda-ronda. Jemputlah singgah untuk bertukar fikiran. Ingin tahu juga apa pendapat tuan. Sila perbetulkan jika ada kesalahan. Terima kasih.

Abu Naim Abdullah
November 8, 2012 at 9:57 PM

assalamu'alaikum,

piramid melayu yg asal di bumi funan/champa ...yang ada di Tanah Melayu & Rantau Nusantara kesemuanya yg terkemudian...

renungi hala bertebarnya anak-anak Ham bin Nuh a.s selepas banjir besar, jadi kita akan tahu apa 'Melayu' itu...

nak tahu rupa piramid Melayu, lihatlah Angkor Wat dan Angkor Borei...

dan sempadan geografi 'Melayu' sekarang tidak sama dengan 2000 tahun yg lalu...

encik dah hampir dah tu...

November 12, 2012 at 7:39 PM

satu info dan peringatan yg sangat berguna..bahasa g santai, mudah difahami, tak terlalu berat bg yang noob mcm aku nih..

err adakah aku telah puji secara berkebihan??haha..

Anonymous
November 17, 2012 at 6:11 PM

subhanallah...diibaratkan seperti ilmu sains...bagaimana gerakan graviti dan kelajuan dilakukan untk merentas alam semesta..apabila dilengkungkan dari satu titik ke satu titik,...mgkn bumi kelihatan begitu dari pandangan nabi ketika mikraj..

subhanaalah


penchinta....

Anonymous
November 19, 2012 at 8:47 AM

Kisah Nabi Nuh A.S selepas kejadian Banjir Besar tu apa pendapat Tuan Aiz? Klik url di sini (posting 50-56)http://www.harmoni-my.org/forum/index.php/topic,2345.45.html

Post a Comment

Search This Blog

Total Pageviews

ALL TIME POPULAR

Artikel lama Nusanaga

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger