Total Pageviews

EKONOMI MALAYSIA MEREDUM SEPTEMBER 2008?

salam...ini ku dapat dari board current issues dalam forum.cari.com...

.............................................................................................................................................................................

dari blog puteramalaysia.

Info di bawah ini adalah daripada seorang pelayar blog ini yang enggan disiarkan namanya. Info sepenuhnya adalah seperti berikut:

Satu sumber memberitahu saya bahawa selepas Olympic Games di China, ekonomi dunia akan terjun menjunam. Sebuah negara Barat pula menjangkakan Malaysia akan mengalami krisis ekonomi yang paling teruk mulai September 2008.

Saya yakin pengirim info di atas adalah seorang yang prihatin terhadap bangsa dan tanahairnya. Sebab itulah beliau meminta blog ini menyiarkan info kirimannya. Beliau juga meminta bloggers Malaysia supaya mulai prihatin terhadap berita-berita kemelesetan ekonomi global, serantau dan di Malaysia.

Di bawah ini pula adalah berita mengenai ramalan kemelesetan ekonomi yang teruk di Britain dan AS yang saya petik daripada:

http://www.telegraph.co.uk/money/main.jhtml?view=DETAILS&grid=A1YourView&xml=/money/2008/05/26/ccsoros126.xml

http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?ID=8672

Antaranya, berita tersebut menyatakan bahawa “the United States and Britain are facing a recession of a scale greater than the early-1990s, greater even than the 1970s” atau AS dan Britain sedang mengalami zaman meleset yang teruk daripada yang berlaku pada awal 1990-an dan lebih teruk daripada yang berlaku pada awal 1970-an. [untuk membaca berita ini sepenuhnya sila akses links di atas.]

Oleh itu, dengan kemelut kenaikan harga minyak yang sedang kita alami pada hari ini, kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah-langkah pro-aktif, menyeluruh dan berkesan mengenai seluruh ramalan di atas demi kesejahteraan seluruh rakyat jelata.

Jika kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak prihatin dan tidak serius terhadap seluruh kemungkinan ini, seperti apa yang telah disuarakan oleh banyak warga siber Malaysia menerusi blog-blog tempatan, lebih wajar jika beliau dengan hormatnya mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri secara serta-merta.

.........................................

ku tidka mahu mempercampur adukkan politik dan kajian..akan tetapi ini mengingatkan ku yang ketika dulu pakar2 ekonomi mahu malaysia mengunakan dinar emas mengantikan dolar amerika yang tidak stabil. akan tetapi, akibat mereka yang mahu mengambil kesempatan dan gila dunia, pendekatan dinar emas ini di tolak.

akibat dari itu, bersiap sedialah rakyat malaysia, bahana yang bakal menimpa (jika berita ini benar) akibat sikap penting diri dan dunia oleh 'mereka2' ini.

sebenarnya, dari berita yang ku dengar, dolar amerika akan di tukar kepada AMERO (http://en.wikipedia.org/wiki/Amero), sebuah matawang baru yang akan mengukuhkan mereka dalam permainan matawang. jadi, persoalan, apa reaksi kita dan apa perancang kita seterusnya?

Share this post :

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger