salam...
hari ini saya rasa, saya harus melepaskan 'perasaan' saya terhadap blog ini...
di awal kewujudan blog ini, saya rasa happy dan teruja sebab dapat share knowledge saya dengan seisi dunia...tapi, sejak kebelakangan ni, hati saya tak keruan tambahan lagi salah satu 'ramalan' dalam blog saya iaitu dalam post 'future event 2008'..terkena hits...iaitu kejadian gempa bumi di china...
sejak dari itu, bertalu-talu, blog saya di singgahi sehingga mencapai hampir 300 viewer dalam masa sehari.
tapi itu tidak menjadi hal..masalahnya sekarang...
adakah kajian kami, (kebanyakkannya ahli forumer di board history, legend and myth dalam forum cari.com), di gelar sebagai 'ramalan'...
sebetulnya, saya tidak suka dengan istilah itu kerana nabi sendiri tidak mahu umatnya percaya terhadap ramalan...tapi, di sini..adakah kajian kami terhadap sesuatu event dan kaitannya dengan hadis nabi ini, boleh di anggap sebagai 'ramalan'?
ramalan ialah, pandangan terhadap masa depan dengan cara menilik, mengira dan pelbagai cara.
kajian pula suatu proses keilmuan yang akan memberi hasil.
kami pula, mengkaji mengenai hadis2 nabi dan mengariskannya mengikut current issues dan conspiracy theory...kebanyakkan hadis yang di kaji adalah mengenai panji hitam, mahdi dan dajjal...
jadi...sehingga kini, kajian kami seakan sedikit kukuh dan saya mulai berani untuk berkongsi maklumat dengan seantero dunia...tapi..apa yang kami dapat? hanyalah perkataan 'fantasy', khurafat, kerja gila, tukang tilik dan bangsat...!
apakah kajian ini suatu suka-suka...TIDAK!!! kami mengkaji demi bangsa kami dan agama islam...
kami berani katakan bahawa panji hitam yang terbit di timur berpunca dari pelbagai isu dan future event...dan future event yang kami kaji mungkin membawa kepada penyebab ini...
ada yang mengatakan kami 'played the god'...adakah kami mahu mempermain-mainkan kekuasaan ALLAH..samasekali tidak...kami hanya mengkaji dan mencari penyebab kenapa itu berlaku dan kemana akhirnya itu akan berakhir...itu saja.
seperkara lagi...ada yang bertanya, jika kita sudah tau dajjal akan datang dan future event adalah suatu malapetaka bagi umat manusia..maka, apa faedah kajian ini..?
jawapannya begini...adakah kita berputus asa denga segala malapetaka yang bakal muncul...? sesungguhnya malapetaka yang bakal terjadi adalah ujian ALLAH...kerana apa? hadis nabi mengatakan, ikhwan atau golongan umat islam akhir zaman adalah lebih mulia dari zaman sahabat dan nabi merindui ikhwan...kenapa? kerana golongan umat akhir zaman dapat mengharungi badai dgn jayanya.
tapi, apa ganjarannya? sudah tentu syafaat nabi. tapi, yang sebetulnya...ganjaran bagi umat manusia selepas zaman malapetaka ialah golden age untuk manusia. ini di buktikan dalam hadis nabi, bahawa sebelum kiamat, dunia akan di penuhi dengan keindahan dan keunikan yang tidak pernah di lihat sebelum ini (age of nearest to heaven).
tapi, sebelum kita mencapai tahap itu...kita harus memasuki era malapetaka dahulu...tapi bagaimana ingin 'survive'?
caranya adalah, menjadi pengikut panji hitam dan imam mahdi...ini di buktikan dalam hadis nabi bahawa sekiranya terdengar mengenai panji hitam, bersegeralah menuju kepadanya biarpun merangkak dalam salji...
benar..hadis ini mempunyai seribu satu rahsia...mengapa harus menuju kepada panji hitam, kenapa merangkak, dan kenapa bersaji biarpun ketika hadis ini di lafazkan, negara arab masih panas seperti sekarang...adakah negara arab akan bersalji selepas ini...
hal inilah yang kami kaji..tapi malangnya, sesetengah manusia hanya mahu duduk di zon 'selamat', tidak mahu berganjak...
mereka hanya tunggu dan lihat...malangnya, bila tiba masa itu, manusia akan peranjat...dan ketika itu, harta benda tidak berguna lagi...apa yang ada di kepala adalah, mahu hidup...
ketika itulah baru si dajjal laknatullah akan keluar.
selain itu, ada yang kata, ini kerja gila...kenapa harus menyusahkan otak. biarkan saja kepda tuhan. itu kerja tuhan...
baiklah...di sini saya ingin nyatakan...adakah empayar islam dahulu kala yang anda sekalian banggakan berpunca dari tidur? sudah tentu tidak...ia adalah dari pencarian ilmu...
maka kami juga begitu..adakah sains kini akan selamanya begini...jawapannya tidak!
sains juga evolusi..maka, salah satu tujuan kami adalah ini.
sekejap...kenapa harus saya ceritakan hal ini..bukankah manusia mempercayai dajjal, dan peristiwa masa depan sebagai tahyul, khurafat, terlalu tengok hollywood dan sebagainya.
sudah lah..semakin saya menulis semakin kecewa saya dengan bangsa saya sendiri dan umat islam...
tidur lah wahai bangsa dan umat islam ku...tidur lah..tak usah bangkit lagi...biarkan kita di tindas...
buat apa kajian sebegini jika di pandang khurafat, tahyul dan gila...
apa yang ingin saya nyatakan..kami bukan membuat ramalan...! kami mengkaji dan kami suka isntitusi berilmu...!
jika kamu semua mahu tidur dan di ulit mimpi dunia...lantak kamu...!
saya akan terus maju ke depan..biarpun saya mati di tengah jalan...mati bukan 'ending'..di 'depan' sana masih ada perjuangan lagi...
sekian
wassalam
+ comments + 1 comments
stu pndagan yg bgus,truskan perjuagkan agama kita,sebarkan ilmu pada smua..