mari berfikir sejenak

salam...

Sebenarnya saya tiada idea untuk menulis walaupun banyak isu yang boleh di bangkitkan. Sejak saya berpindah ke Blogspot ini, saya lebih utamakan cerita mengenai indigo dan ikhwan. Saya tidak tahu kenapa dan hampir 3 artikel secara berturut-turut saya post pada anda. Di harap anda semua dapat memahami intipati artikel mengenai indigo dan ikhwan ini.

Sejak akhir-akhir ini, ramai datang kepada saya dan menyatakan perihal mimpi mereka mengenai masa depan. Saya juga pernah bermimpi sedemikian dan saya ingin kongsikan bersama anda. Mungkin anda pernah bermimpi sama seperti kami juga?!

Saya pernah bermimpi mengenai satu dunia yang kelihatan sama seperti bumi tapi bulannya cukup besar. Kelihatan manusia boleh terapung dan terdapat kota di langit?! Apakah kisah dewa dewi akan berulang kembali?! Saya pernah membaca satu 'prediction' (saya tak menyukai ramalan sebenarnya), ianya dari notrudomus. Dia pernah menyatakan mengenai 'angelic human', 'human like mermaid' dan 'city at the sky'.

Saya tak mahu berkata apa-apa mengenai ramalan si notrudomus itu. Cuma saya nak perkatakan tentang mimpi-mimpi manusia pada akhir zaman ini. Ada riwayat menyatakan bahawa mimpi-mimpi manusia akhir zaman lebih kepada perkhabaran dan ianya bersifat benar biarpun dalam bentuk metafora.

Ada kawan saya pernah memberitahu bahawa dia bermimpi mengenai 'Photonic Belt'. Apabila sistem planet kita memasuki era photonic belt itu, bumi akan melintasi satu pancaran photon berwarna biru yang cantik. Ia di ibaratkan scan mata yang selalu kita saksikan dalam filem Hollywood.
Kata kawan itu lagi, terdapat manusia yang sensara akibat fasa cahaya photon itu dan terdapat juga manusia yang 'menikmati' cahaya 'berbahaya' itu. Apapun, itu hanyalah sebahagian dari mimpi sahaja. Mungkin itu metafora semata-mata.

Baiklah, kita tinggalkan mengenai mimpi ini. Sekarang saya nak uji minda anda dengan pemikiran saya. Saya tidak tahu adakah selama ini saya hanya memikirkan benda bukan-bukan atau sememangnya ia satu fakta.

Saya mulakan dengan perihal HUTAN.
Ya, kita di nusantara ini mempunyai 'enchanted forest/jungle' yang hebat. Terdapat ribuan herba dan kayu berharga. Tapi untuk kali ini, saya tidak mahu perkatakan tentang hutan.
Tapi, saya mahu perkatakan mengenai 'bekas ketamadunan yang hilang' di dalam hutan di nusantara ini.

Saya pernah berbincang dengan adik saya (dia seorang pelajar kaji bumi/surveyer). Saya bertanya kepada dia, jikalau tanah hutan di gondolkan dan di bina penempatan, dan kemudiannya penempatan itu terbakar atau musnah dalam kejadian bencana alam, maka, berapa lamakah untuk tanah bekas ketamadunan itu akan menjadi hutan kembali.
Makanya, di katakan, untuk menjadi hutan belukar (semak samun), ia mengambil masa berpuluh-puluh tahun dan untuk menjadi hutan muda, ia mengambil beberapa dekad dan untuk menjadi hutan belantara yang tebal ia mengambil beratus-ratus tahun.

Jadi, persoalannya, bila kita meninjau hutan belantara di nusantara, kelihatannya terdapat beberapa bekas tompokkan semak samun atau hutan muda di celah-celah hutan belantara. Jika di fikirkan secara mendalam, jika sesuatu area itu sama kondisi tanahnya dengan yang lain, kenapa pula terdapat 'bekas-bekas' hutan muda atau semak samun?!

APAKAH BENAR HUTAN NUSANTARA TERDAPAT TINGGALAN KETAMADUNAN YANG RANAP DEK BENCANA ALAM?

Jadi, saya cuba renung dengan mendalam gambar 'kota gelanggi' yang di ambil dari Helikopter beberapa lama dulu.
Cuba kalian lihat, di hutan tebal itu kelihatan satu kejanggalan yakni ada satu tompokan semak samun atau hutan muda di celah-celah hutan belantara. Pasti ada yang berkata, 'itu adalah kawasan bukit dan sememangnya jenis tumbuhan di satu area itu berlainan dengan yang lain.'

Ya, memang. kondisi tanah dan tumbuhan akan berlainan jika aras ketinggian berbeza. Tapi, cuba amati betul-betul. Gambar ini menunjukkan aras ketinggian yang sama dan ianya bertentangan dengan fakta sains (tumbuhan dan kondisi tanah berbeza mengikut ketinggian).

Saya tidak pakar dalam bab geografi dan berharap ada pakar yang dapat membantu kita untuk menyelesaikan permasalahn sejarah di nusantara ini. Cuba bayangkan, terdapat banyak kitab hikayat di nusantara dan hanya sedikit terdapat dalam koleksi kita. Di dalam hikayat lama, banyak di ceritakan tentang sejarah kota lama (kota dan istana berbeza. Kota adalah satu area yang melindungi sesuatu penempatan yang besar, contohnya forbidden city di china. Manakala Istana ialah tempat para raja dan pengawai bertemu serta tinggal).

Baiklah, saya tinggalkan bab itu dan saya pergi ke bab yang lainnya.
Masih dalam permasalahan yang sama tapi di lokasi berbeza. Kita beralih pula ke kota mekah.
Seperti kita tahu, bahawa Kota Mekah wujud bila Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mendirikan kaabah dan peristiwa bermulanya air zam-zam menyebabkan tanah itu mulai berkembang maju.

Saya ajukan satu pertanyaan pada anda. Pada peristiwa munculnya air zam-zam itu, tanah kota mekah itu memang kering kontang. Tapi, berapa lamakah jarak antara Nabi Ismail yang kecil itu sehingga nabi muhammad?! Apakah ianya memakan masa 500 tahun?! Saya rasa, jarak baginda muhammad dan Nabi Isa pun dah memakan masa 500 tahun.

Baiklah, tinggalkan mengenai jarak masa itu dan saya yakin ianya memakan masa ribuan tahun. Yang saya ingin katakan ialah, bila air zam-zam itu mengalir, maka bintang dan para penduduk normad akan menetap di situ.

Jika anda belajar sains (sains sekolah rendah), binatang sememangnya membawa debuan dan biji benih yang mereka makan bersama (di dalam perut) dan di keluarkan bersama tahi.
Bila biji benih itu bertemu air yang subur (air zam-zam di katakan penghulu air), maka, tidak mungkin biji benih itu tidak bercambah. Sesuatu pokok biasanya mengambil puluhan tahun untuk membesar dan membiak. Jadi, saya andaikan bahawa, sekiranya jarak Nabi Ismail yang kecil itu sehingga Baginda muhammad adalah ribuan tahun, anda boleh bayangkan tak bahawa Kota Mekah itu masih padang pasir yang kering kontang?!

Masakan kering kontang?!!!
Air sudah ada. Biji benih bercambah. Binatang mulai berkumpul. Manusia mulai berkampung.
Jika jaraknya adalah seribu tahun, kalau mengikut hukum alam. Jarak itu sudah tentu wujud sebuah hutan (mengikut kondisi cuaca). Jadi, tidak salah saya katakan bahawa Kota Mekah kaya dengan hasil hutan, herba, sumber makanan dan sebagainya. (Jika saya katakan bahawa air zam-zam yang tak putus mengalir tu membentuk sungai, agaknya boleh di terima ke?)

Dek kerana itulah tentera bergajah cuba menyerang Kota Mekah (ingat...KOTA..bukannya bandar. Jadi, Mekah mempunyai benteng pertahanan yang kukuh). Bila tentera bergajah datang, Burung Ababil datang. Dari mana burung itu datang? Ada riwayat mengatakan ianya dari Syurga. Jika saya katakan bahawa Burung Ababil itu datang dari Syurga bernama Mekah, kalian marahkan saya tak?! Apapun tinggalkan persoalan di situ.


Ada lagi satu persoalan menarik yang saya ingin katakan.
Kalian pernah melihat bulan tak? Jika ada yang kata tidak, sudah tentu kalian bulan dari planet ini. Tapi, saya tinggalkan kalian dengan gambar bulan penuh dan planet marikh.

Saya tidak tahu kenapa, tapi hati saya mengatakan bahawa bulan dan planet marikh adalah suatu benda yang sama. Apapun, anggaplah ini hanyalah cetusan rasa semata-mata. (dapat bezakan mana satu marikh mana satu bulan tak?!)

Apapun, selamat berfikir.
wassalam
Share this post :

+ comments + 19 comments

Anonymous
July 12, 2009 at 9:08 PM

Apa engko merapik ni labuuuuu

Anonymous
July 12, 2009 at 9:25 PM

Ni ada kena mengena dengan Yahudi nya religion ke, Awake dan The Watchtower?



Lihat ni,

Jehovah's Witnesses are best known for their door-to-door preaching, distribution of literature such as The Watchtower and Awake!,

Since its inception, the Watch Tower Society has taught that humanity is experiencing the last days of the present world order.[10] Jehovah's Witnesses believe that after the current world order is destroyed, righteous survivors and resurrected dead individuals will have the opportunity to live forever on a paradisaical earth, ruled by Christ and 144,000 people raised to heaven. In the years leading up to 1914, 1925 and 1975, the Society's publications expressed strong expectations of Armageddon occurring in those years.[11] The Watch Tower Society has since changed its stance and teaches that it is impossible to know precisely when Armageddon will occur.


http://en.wikipedia.org/wiki/Jehovah's_witness

July 16, 2009 at 1:06 AM

untuk pengetahuan anda semua orang yang bernama LAYARBAHTERA datang dari JOHOR BAHRU (tapi aku tak pasti samaada dia betul2 orang Johor ataupun orang luar yang buat onar)telah mengistiharkan dirinya imam mahdi...diharapkan anda semua bijak menilai dan faham jenis manusia apakah yang berani mengaku2 imam mahdi..aku bimbang diorang nie akan menyesatkan manusia dan tergolong dalam golongan DAJAL2 KECIL..BERHATI-HATILAH...

July 17, 2009 at 2:19 AM

selemelekom...

aku tak kisah apa kajian kau, yg pasti itu pasti yang benar tetap benar dan yang akan berlaku itu tetap akan berlaku jua, tanpa org kisah betul ke tak betull...jadi dari kisah kau ni...aku boleh simpulkan...cuba baca kitab sirrul asrar...maaf kitab tua ni...carilah kat kedai agama, Kota bharu ada di Jaffar Rawas.

bukan aku x caya, tapi aku pun sama mcm apa yg kau cakap ni...

sekian.

July 18, 2009 at 12:32 AM

salam...

maaf sebab tak sempat nak balas komen kalian...

anggap ni merepek merapu dari saya..tak de kena mengena yg hidup atau mati..saya cuba berfikir tentang teori sains dan kenapa teori ni tak dapat di apply pada kisah air zam-zam, kota mekah dan sesetengah temapt di nusantara..tu jerk

abaikan jika anda kata saya gila..saya tak kisah. sebab saya cuma nak berfikir dan salahkah saya berfikir..

erm..rasanya dah tak guna saya berfikir dan letak matlamat kajian saya pada bangsa yang sungguh pemalas, bodoh sombong dan beranggap baik lebih dari lain-lain.

lebih baik saya teruskan hidup sebagai remaja lainnya saja. jadi, kalau saya rasa saya nak merepek merapu, saya akan update blog ni..kalau tidak..sampai kiamatlah blog ni akan begini melainkan anda juga BERFIKIR!!!

perihal layar bahtera tu, jangan di risaukan..saya juga ada guru dan ada ramai rakan..kami tak percaya pada layar bahtera pun tapi kami tak mungkin akan tinggalkan ilmu/maklumat dari blog tu tanpa sebab. Kami juga ada akal untuk berfikir dan kami juga akan cari kitab yang berkaitan.

jadi, sesiapa nak terus tidur dengan dunia yang hipokrit..teruskan.. saya juga dah letih asyik berfikir tentang nak majukan bangsa melayu/malaysia/nusantara yang suka berhibur, pemalas dan bodoh sombong ni.

Benar kata quran, takkan maju sesuatu bangsa melainkan bangsa tu mulakan dulu..

so, teruskan lah untuk mengaku 'aku lebih hebat dari kamu' dan teruskan bodoh sombong tu...

wassalam

Anonymous
July 19, 2009 at 5:35 PM

Kalau setakat berfikir semua boleh berfikir, kdg2 sampai katun dan merepek meraban.

Tapi, kenalah berilmu dan berguru. bukan main tibai aja lepas tu claim diri tu pandai dan konon nak mengajar. Nak mengajar kena ada ilmu, bukan main logik dan fikir itu ini, queri itu ini dan kata nak mengajar org berfikir.

Berfikir tak payah di ajar, semua org boleh berfikir. Yang org kurang, ilmu penerangan. Kau pun pikir2 tapi takda jawapan! Karang setan ler bagi kau jawapan!

Islam ini mudah dan penghayatan nya juga mudah. Mat Jenin pun pikir dan berangan. Tapi yelah dia duk atas pokok dan berangan kawin puteri dan segalanya. Last2 jatuh pokok dek!

Ini menunjukkan berangan dan berangan benda2 pelik itu memudaratkan. Tetapi tiada usaha. Kalau kau suruh ramai mat jenin pikir pegi bulan, pun boleh dek. Tapi takat berpikir ajalah, takda usaha nak belajar ilmu sains, matematik dan ilmu yg sepatutnya utk ke bulan. Kesimpulan aku, kau pun tergolong dalam melayu yg bodoh, lembab dan berangan. Bila org tegur marah dan kutuk org lain. Tak tengok diri sendiri. Serupaaaa sesangat dengan mat jenin. Cuma kau ni mat jenin zaman millennium. Perasan bukan mat jenin zaman dulu. Rupa2nya sama juga, berangan tak sudah. Tapi dukkk jer kat situ berangan kat pegi ke bulan. Itu ler hasutan setan. last2 jatuh pokok. Kau tak la jatuh pokok, jatuh dari tempat lain la pulak, lain dari moyang kau, sebab kau dah zaman millennium.

Tapi kalau dah keturunan mat jenin, mat jenin juga, merapu meraban.

Anonymous
July 20, 2009 at 2:20 AM

Apala nak pening-pening pikir pasal benda nie...kalau org islam kita dah ada law iaitu percaya kepada rukun iman dan buat rukun islam...dah complete dah hidup sebagai org islam dan hamba Allah..nie nak percaya superhuman la, gaban la, superman la, ultraman la, batman la, cicakman la....tak paham betul org sekarang nie...

Anonymous
July 20, 2009 at 2:22 AM

Gaban jgn memain k...tuh superhero aku tuh....hehehe

Anonymous
July 20, 2009 at 9:35 PM

betu betul betul, aku sokong anon 2.20

July 21, 2009 at 1:33 AM

maaflah...

saya ni cuma budak sekolah lagi..
bodoh dan bengap lagi..saya mengaku saya ni gila dan bodoh...
apatah lagi nak mengajor orang...

maaflah dari saya yang bodoh, kurang bijak, gila, hina, keji, banggang dan lain-lain pada mata kalian.

apapun, teruskan sembunyi diri dan bercakap seperti budak tadika..tak pe, saya tak marah. anda semua hebat..taniah dari saya.

Anonymous
July 21, 2009 at 5:00 AM

respond yang amat keanak2an dari encik blogger.ni dah menunjukkan yang encik blogger ni pon belum sepintar mana lagi.memang elok nak cari ilmu tu.tapi akibat terlalu taksub nak berkongsi ilmu maka ini lah akibatnya.encik blogger sendiri tak boleh nak menerima pendapat orang lain.lepas pembaca macam saya ni dah tahu level mentality encik blogger ni sendiri,saya terus jadi kurang minat.isinya saya akui memang menarik,tapi sikap si penulis ni yang telah menampakkan bahawa beliau bukan orang yang bijak atau pintar dalam mengatasi masalah seperti ini.bila ditegur,melenting.sesungguhnya,dari penulisan kamu seolah2 kamu amat arif dengan bangsa melayu ni.lepas tu buat statement macam " dah letih asyik berfikir tentang nak majukan bangsa melayu/malaysia/nusantara".ni dah menunjukkan encik blogger ni bukan orang yang pintar.terima kasih

July 22, 2009 at 12:45 AM

terima kasih kerana menegur saya...
saya mulakan dengan perkataan
MINTA MAAF...

tapi eloklah jika saya katakan tentang kenapa saya telah berputus asa dan kecewa.

1-saya kecewa kerana saya tidak mampu untuk mengubah diri dan seterusnya persekitaran saya dengan apa yang telah saya ketahui

2-jika ada orang yang kutuk usaha anda, adakah kita akan berdiam diri saja...kalau saya ni nabi atau malaikat, tak pe laa..saya ni manusia biasa juga. darah muda mudah mendidih. tambahan lagi yang dok mengomen tu semuanya si anon-anon yang berlagak bijak kononnya tapi penakut menyembunyikan diri.

3-saya membuka blog adalah untuk memberitahu dan luahkan apa yang telah saya lalui, ketahui dan kaji agar ada orang yang dapat menyeimbangkan ilmu saya ini. tapi, yang saya lihat, di mana2 blog berunsur kajian mesti ada anon-anon yang mengutuk usaha orang dan tak memberi jalan penyelesaian langsung kecuali hanya menambah pening dan kekeliruan.

4- saya bengang bila ada yang berkata 'pergilah kaji quran dll' 'wat pe nak kaji, rukun imankan dah cukup' dll...saya nak maklumkan yang saya ada perguruan dan rakan2 yang berlainan perguruan dan kami selalu berjumpa diluar. matlamat kami ialah menjadi hambaNYA yang kenal sebenar kenal dan mahu menyelamatkan bangsa nusantara demi masa depan. tapi, apa yang kami dapat ialah, kutukan dan kecewa semata2.. dek kerana tu saya jadi lemah semangat...saya tetap manusia.

kesimpulannya, saya tidak akan menunggu orang lain lagi jika mahu teruskan usaha mencari dan menkaji misteri kehidupan berlandaskan kajian quran dan hadis berserta rakan-rakan kami. apapun, terpulang pada kalian, saya seorang manusia yang sedang berubah diri dan mahu menhambakan diri kepadaNYA. Paling penting, saya bukan jenis orang CAKAP TAK SERUPA BIKIN yang banyak di anuti oleh si anon-anon di mana2 blog kajian ilmu.

wassalam

Anonymous
July 26, 2009 at 11:02 PM

salam...maaf mencelah...maybe bagi anon2 yg baru ikot blog ni akan kata post2 blogger ni merepek kot...tapi kalo sape yg ikot KAJIAN blogger ni sejak dari forum cari anda akan faham sikit berkaitan ape yg ditulis blogger ni...

Anonymous
March 26, 2010 at 8:16 AM

Salam blogger semua. Sekadar pandangan saya sendiri, tidak ada faedahnya kita bertikam lidah sesama sendiri hanya kerana perkara kecil. Dari kecil itulah kemudian memberi kesan yang besar sepertimana api apabila kecil menjadi kawan. Dan saya rasa tak perlulah melontarkan emosi masing-masing untuk mempertahankan diri masing-masing. Saya rasa tak ada sifat hormat antara kamu ni. Takpe, lain kali kalian kalau nak memberi komen ,berhujah, memberi pandangan berilah pandangan secara elok dan beretika supaya masing-masing tak menyakiti hati memasing. Hormat menghormati tu kan amalan mulia.

Tentang cara tuan blogger berfikir memang baik dan perlu ada kemajuan.Maksudnya disini,kajian yang mungkin nak dijalankan tu berlandaskan beberapa fakta,atau apa2 hasil yang dapat dibuktikan selepas memperoleh idea untuk diperkembangkan. Mungkin benar atau mungkin tidak. Dengan cara ni, kita terdidik untuk membuat kajian dgn lebih terperinci lagi. Saya pernah terbaca dan mengikuti blog mengenai metafizik dan kajian sains islam yang mengkaji tentang dunia dan cekerawala serta kehidupan masa hadapan yang dikaji berlandaskan sumber kitab Al-quran dan hadis..dan kebanyakan hasil yang dikaji adalah teori dan mungkin digunapkai untuk kajian semata dengan lebih mendalam dan banyak juga yang bersangkutan dengan dunia fizik, sains dan Al-Quran itu sendiri. Sebenarnya menarik untuk diperbincangkan kalau betul2 berminat untuk membuat kajian sendiri. Tapi perlulah kajian mendasari dengan uasaha dan tidak sekadar persoalan yang merumitkan dan tanpa jawapan.

Dan saya pesan kpd diri sy sendiri dan yang lain, hormatilah pandangan orang lain dan temukan sesuatu yang menarik dan buktikan kpd semua kebolehan masing-masing dgn cara masing-masing. Kekangan jadikan aral biasa dlm sesuatu azam. Jgn cepat mengalah. Mungkin hasil kita tu nnt dapat membuka mata yang len yang belum pernah mengkaji atau tidak mahir dlm sesuatu ilmu itu. Jadi kalau nak jadi pakar dlm sesuatu teruskan dan jadikan fardhu kifayah utk memperbetulkan persepsi yang lain dan jgn pula sampai menyimpang landasan Al-Quran dan Assunnah sudahla ye..Salam Ceria.hhu

Anonymous
June 5, 2011 at 1:32 PM

telah diberitahu Allah telah memberikan ilmu kepada adam sebelum dturukan kedunia lagi.. apa yang dipersoalkan semua ada jawapan.. dalam al-quaran semua telah ada... contoh senang; muncul di langit kelopak bunga mwar merah di kelilingi warba seakan-akan minyak sekeliling nya sehingga malaikat pun menggigil melihatnya. maksudnya letupan kasanova bayangkan la. manusia baru nak tahu tetapi islam telah lama tau la... ke mmg x reti baca al-quran heheheheh

April 5, 2012 at 4:38 PM

tak mengapa rasanya jika anda merepek begini, saya tak faham kenapa mereka2 ni seolah2 marah kpd anda...=3=

inikan luahan perasaan dia yg kebingungan dan tercari-cari? huhu...

Anonymous
November 24, 2012 at 4:43 AM

salam...kpd semua pengomen yg pandai sgt thp GAMPANG tuh...jgn kutuk dan maki kajian pembuat blog dlm blognya suka hati mak bapak lu.... sy percaya yg teori adenya peradaban dlm hutan yg seperti diceritakan oleh nya ....kajian AQ perlu utk membuka minda korang yg bangang dan ikut membuta tuli sstgh ahli agama yg perasan ilmunya yg turun naiknya.... teori adenya peradaban dlm hutan yg musnah smasa banir besar ade dbincangkan.... terima kasih kpd blogger akan i nfo ini..sy harap anda teruskan kajian anda dan ilmu ini akan jua diberkati oleh Allah.... setiap kata2 itulah pembangunan minda kita yg selama ini akan terbuka dr ikut acuan dan kata2 pura2an dr sstgh ahli agama dan saintis yg buat teori bhw kita ni x maju dr segi peradaban dan teknologi...salam hormat dr sy...teruskan perjuanganmu/:)

Anonymous
December 2, 2012 at 12:54 AM

Salam semua..

Sy faham perasaan penulis ttg apa yg cuba disampaikan cuma ianya terasa masih 'terhad' mksudnya susah skit nak bagitau..sy sokong dgn apa yg penulis cuba sampaikan sbb sy rasa dah sampai masa utk 'kenal diri'..syukur pdNya krna memberi hidayah melalui penulis..teruskan perjuangan ya..
wasalam

February 5, 2017 at 1:12 AM

Anon yg mhina penulis mungkin spesis yg mcm ni. "Marilah kite btaqwa kpda Allah yg sbenar2nya taqwa". Apa itu taqwa? Mcm mana bentuk ketaqwaan itu sendri? Dr mana dtg taqwa? Dan byk lg persoalan boleh timbul dr taqwa itu sndri. Itu la yg slalu dsebut dlm khutbAh jmaat d dlm negara kite stiap kali solat jmaat. Aku pening khatib ajak btaqwa tp mcm mana bk btaqwa? Ada cara lbh mudah? Tok iman pon jwb la laksana kan apa yg dsuruh tgl apa yg dlarang. Idup bpandukan al quran dn hadis. Aku nk tekan kan disini bpandu kan AL QURAN dan HADIS. wahai anon yg mhina, mkeji, mcaci dn memaki pd pendpat org lain. Nabi tidak mngajarkan kite utk bsangka buruk kpd org lain walhal kite dgr dia mmg buruk skali dr mulut org lain. Kamu blh mngatakan yg pndapat penulis bcanggah dr segi Al quran dn hadis. Tp Cuba kamu berikan dalil atau nas yg mngatakan pndapat penulis itu bcanggah dan sesat. Org yg xpnah tau ttg syariat, tariqat, hakikat dan makhrifat. Mcm mana blh kamu katakan ia sesat? Adakah kamu tuhan? Sudah tau berita2 langit? Disini aku nk declare war org mcm kamu akan aku tentang hbs2an tidak kira dr pelbagai segi. Email aku ammarhakim09@gmail.com. Aku mnetap di kelantan.set masa tmpat kite jumpe n bdebat. Bwak la segala bukutext fizik sains matematik kamu tu semua. Akhir kata, arwah tok guru nik aziz pnh bkata, seorg mcm aku tumbang, sepuluh akan bgn kelak. Waallahu alam

Post a Comment

Search This Blog

Total Pageviews

ALL TIME POPULAR

Artikel lama Nusanaga

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger