Suatu cerita



salam...

sempena tahun baru hijrah dan tahun baru masihi yang kedua-duanya jatuh pada hari jumaat, jadinya saya nak bercerita sedikit. Kali ni saya guna ayat sempoi-sempoi saja. Senang nak sampai ke dalam benak kalian. Insyallah

Apapun, saya nak mohon maaf jika selama ni saya ada tersilap tulis, terkasar bahasa atau tersound direct pada anda semua. Jika ada itu, maka maafkanlah.

Apa yang saya nak cerita ni hanyalah sebuah pandangan dari saya sendiri. Tiada kena mengena dengan orang lain. Tapi, secara halusnya, saya nak kenakan anda semua. Sebelum saya update mengenai ilmu segala, saya akan posting 2-3 artikel yang mana akan membiasakan anda dalam ruangan 'out of box'.

Apapun, saya nak copy paste apa yang telah saya tulis dari sebuah forum. Ianya mengenai ILMU KENAL DIRI dan tabiat orang islam sekarang yang suka sangat 'kembalikan rezeki yang di berikan ALLAH' kepada ALLAH kembali. Nak tau apa maksudnya? Jom saya cerita suatu cerita di kedai kopi...

........................................................................................

Cerita bermula dengan satu soalan di ajukan oleh hamba ALLAH bernama B;

"adakah kita perlu memikirkan bab-bab seumpama ini secara serius? perkara yang ghaib hanya ALLAH S.W.T yang mengetahuinya?! pernah tak kita memikirkan kesan total pada mental kita jika melampaui batas jika terlalu memikir hal-hal sedemikian!"


Maka, A menjawab;

"Betul tu. Kenapa kita nak mengkaji dan berfikir mengenai benda-benda ghaib dengan akal. Kalau akal tak dapat proses, boleh gila isim woo. Tapi, kenapa nak fikirkan benda-benda ghaib dengan otak plak? Hatikan ada...Hatilah otak yang ghaib"

B bertanya lagi;

"camne nak berfikir guna hati. Hatikan suatu daging dalam badan saja"

A pun menjawab lagi;

"Yang hang guna daging bergelar hati tu wat apa?! Daging tu kalau hang mati, dengan hang sekali busuk, tau. Hati atau Qalbi ni nun berada jauh di alam sana, kekal bersamanya roh"

B tersengih-sengih lantas bertanya lagi;

"Betui jugak. tapi camne nak guna hati yang nunnn jauh bersama roh?!"

A menjawab lagi;

"Penat laa aku nak soal jawab dengan ko. Kita minum dulu...
Okey, cara nak guna hati yang nunnn jauh di sana tu adalah dengan cara hang kenal diri"

B menyampuk;

"Camne nak kenai diri?"

A menjawab ringkas;

"Tula hang, dulu aku dah habaq pasai ni, hang wat pekak. Hang kata ni sesat, khurat, taklid, zindiq, bidaah dan cam-cam lagi. Sekarang hang plak tanya lagi bab ni. Jenuh laa aku nak menjawab. Kenai diri ni adalah hang kenal diri hang sendiri."

B menyampuk lagi, memang dia suka menyampuk pun;
"Kenal diri wat apa nak kenal lagi...akukan nama B..hahaha"

A menjawab;
"Ilmu kenal diri ni termaktub dalam ayat 'Awalludin makrifatullah' maksudnya "awal agama kenal ALLAH"...kalau hang tak kenal ALLAH, camne hang leh declare hang islam?"

B terdiam dan bertanya
"pasal syariat, tariqat, hakikatdan makrifat tu ka?"

A teruskan lagi;
"camni aku bagi ringkasan:-

aku rasa korg melihat syariat, tariqat, hakikat dan makrifat ni ILMU..betui tak?!

actually ia BUKAN....

syariat ni ialah undang2 untuk kita hidup di dunia dgn lebih aman (ala..ni termasuk bab adab, ilmu2 dunia laa)

Tariqat ialah jalan untuk mengenal diri (kira ilmu laa jugak tapi tariqat ni lebih pada 'persatuan' atau seumpama dengannya...dlm satu2 'persatuan' tu, ada laa ilmu2 yang akan di ajar..antaranya ilmu mengenal diri, bersih hati, zikir2 dan lain2...pendek kata, tariqat ialah jalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH)

Hakikat ialah apa yang korang akan dapat tahu @ dapat selepas korang dah 'bersih'... masa ni korg akan di 'beritahu' tentang hakikat sekian2...cam contoh gelas plastik di perbuat dari polymer yang di panggil PP...hakikat ayam ialah satu spesis burung yang tak leh terbang...cam tu laa...tapi, di samping korg tahu hakikat sekian2, korg juga akan di 'ajar' sekian2 ilmu...masa ni laa ada yang jadi bomoh laa, dukun laa, silat laa, dll (ikut asal keturunan, bangsa, agama org tu...) kalau cina, kang tahu laa dia pasal kungfu dll

Makrifat ni ialah korangg kenal sebenar2 kenal sesuatu hakikat tu. Makrifat ni tinggi dan jarang orang leh sampai (terpulang pada rezeki) sebab ia melibatkan alam ketuhanan dan alam insan sendiri... bila time ni, sang salik tu rasakan dunia ni nothing... tapi tak bermakna dia akan tinggal kehidupan dia pastu gi ke tepi parit dan duduk cam orang gila...tu mind set yang silap pada pandangan korang...
masa ni, ada bertaraf wali akan hidup seperti biasa tapi dlm hati dia, dia tahu dia tu sapa, ALLAH tu di mana dll...sebab tu, wali2 ni kadang kala sekali dia cakap terus jadi..

apapun korg mesti pening nak tangkap apa yang aku maksudkan ni...

kalau di lihat dari segi sains dan teknologi yang simple pulak, camni:-

syariat ni camne korang nak jalankan sesuatu alat tu...kalau handphone, korg kena tekan butang sekian2 untuk telefon orang

tariqat ni, korang gi bogelkan telefon tu nak tengok apa benda kat handphone tu..bila di bogelkan, baru laa tau, ada bateri, ada skrin dll

hakikat ni, korang kaji lebih lagi bateri tu di perbuat dari apa, skrin ni berapa juta pixel, speaker dia lak de upgrade lagi ke tak...

makrifat ni, korang tahu bahawa itu adalah sebuah HANDPHONE YANG LEH DI UPGRADE melalui baterinye ka, skrinnye ka, speakrnya ka...senang kata, korg dah pecah2kan spek handphone tu then korg nak hack/upgrade dgn cara korang sendiri...

kronologi dia:-

syariat - hakikat - makrifat - dan back to syariat tapi advance punya yang di gelar MAKRIFAT...

walauapapun, ilmu mengenal diri ni bukan lah ilmu cam korang gi belajar sekolah..ilmu kenal diri ni, ilmu korang discover pasal diri korang tu. Bila sebut discover diri, ini bermaksud korang kena lalui pelbagai pengalaman, ujian dan kehidupan dalam menyelami hakikat diri, alam dan ketuhanan

tapi komen paling jahil pernah aku terima ialah;
"kenapa nak fikir benda2 ni, kenapa nak susah2...baik serahkan semua tu kepada ALLAH"...

kalau aku kata jahil, kang marah.
kalau aku kata bodoh sombong, kang marah jugak
pastu aku nak kata apa erk...

so, aku jawab camni je la;

"betul la tu, wat pe kita gi fikir pasal ni guna otak. kalau boleh guna la kepala lutut ka, kepala xxx ke..."

pastu oran tu marah, bila aku seloroh cam tu...so, aku sambung lagi;

"tau pun marah...ko tak rasa ke orang yang ada ilmu2 ni akan marah ko bila ko kata cam tu?"

aku sambung lagi;

"kenapa nak kembalikan ilmu tu pada ALLAH. hang ni betui la tak tau nak bersyukur.
ALLAH dah berikan ilmu pada makhluknya untuk di gunakan. Yang hang bagi balik kat DIA pasai apa? DIA nak wat apa ilmu tu, sebab DIA dah maha BERILMU. Ko yang tak berilmu ni yang kena ada ilmu. So, sebab tu ko kenai diri..hang tu tak da ilmu tapi berlagak cam berilmu..."

orang tu terus diam...

B terdiam kerana dia tahu A hanya copy paste dari forum yang di pernah sertai....

A pun teruskan ceritanya;
awal-awal menjelajah ke dunia sufism, ketuhanan, erti diri yang never ending ni, aku dah kena 'sound' oleh seseorang, dia kata;

"kalau kita belajar ilmu naik ke atas, kena la ada ilmu nak turun balik..kalau tak, tak turun sampai bila2, dok bergayut atas sana..takut gayat jaa"

kemudian A dan B pun diam...

........................................................................................

perbualan di kedai kopi itu terpaksa di tamatkan kerana tiba-tiba ada orang datang dan cuba menjual DVD cetak rompak yang bertajuk 'avatar'...

p/s: lain orang, lain jalan, lain orang, lain pengalaman...apapun, minta maaf kerana artikel kali ini pendek dan direct to the point. Apa yang saya nak terangkan ialah mengenai erti 'kenal diri', apa itu hakikat dan makrifat serta kenapa orang sekarang takut dalam mencari ilmu ini. Akhir kata, ALLAH itu maha segala, DIA tetap di 'situ' dan apa yang kita dok belajar, dok gali dan bertelagah seseama islam ini hanyalah perihal ketuhanan...DIA 'laisa kamislihi syaiun' dan 'tetap di arasyNYA yang agung'...wassalam




Share this post :

+ comments + 6 comments

Anonymous
December 25, 2009 at 11:26 AM

salam aiz..artikel yang sungguh menarik dan memang direct to the point..sy harap aiz x keberatan untuk menggunakan gaya direct to the point sebab orang kita ni da xboleh lagi nak berkias2..makin berkias makin dijadikan bahan lawak..

jikalau ramai manusia tahu akan nikmat bila belajar ilmu kenal diri mesti mereka lebih kejar ilmu ni berbanding dunia..tetapi perasaan 'suka pada dunia' seringkali menutup pintu hati nak menuntut..
1.di mana mahu belajar?
2.ada ke masa untuk ak belajar ilmu ni?...dengan tuntuan kerja dan pelajaran
3.apa kata orang sekeliling?
4.ibadat pun masih tunggang langgang layakkah ak nak belajar?

soalan2 ini sering berputar di fikiran apabila timbul kesedran mahu belajar ilmu kenal diri ini..

Anonymous
December 25, 2009 at 8:29 PM

maaf,,

tak setuju....ma,arifat ialah mengenal pencipta telefon itu.Pencipta dengan si telefon tu sangat-sangat berbeza,

December 26, 2009 at 6:13 AM

Salam

Satu n3 yang santai tetapi berisi. Cuma saya sarankan kepada sesiapa yang ingin membuka Handphone tu kena belajar dari technician yang bertauliah.

December 26, 2009 at 7:29 AM

salam....

Anonymous
December 25, 2009 11:26 AM

orang dulu caranya lain, orang sekarang lain, tapi ilmu tu tetap sama. Jadi kita harus kreatif dalam memberikan sesuatu maklumat tu. Sebab matlamat utama ialah untuk memberikan informasi kepada audiance. Jadi, mungkin ada sesetengah entri saya bersifat santai dan akan ada yang bersifat serius seperti sebelum-sebelum ini. Apapun terima kasih kerana berkunjung


Anonymous
December 25, 2009 8:29 PM

Terima kasih kerana direct to point kepada saya. Ha3. Bila kita kata Makrifat maknanya kita dah kenal sebenar kenal Handphone tu. Tapi, kenal handphone tak bermakna kenal handphone mata-mata. Nanti kenal kenallah Handphone tu siri ke berapa, brand apa, ori ke tak ori, syarikat dia apa, pengeluar kilang mana, di beli dari kedai mana sehinggalah kita kenal siapa designer dia dan siapa yang suh reka handphone tu...

pendek kata, makrifat hakikat tidak akan habis kerana MAHA LUAS ILMUNYA...tapi, apa yang akan di jumpai oleh si explorer tu, terpulang pada DIA yang izinkan...
(kita hidup dengan kasih rasul dengan keizinanNYA)


mountdweller
December 26, 2009 6:13 AM

Terima kasih kerana berkunjung...
Sebenarnya ni percubaan pertama saya untuk menyampaikan benda berat secara santai. Walaubagaimanapun, tiap orang ada caranya untuk memberi berkongsi ilmu dan pengalaman..


...................................

walauapapun, untuk entri kali ini dan akan datang, sebenarnya saya telah meletakkan klue-klue yang bermain-main dengan minda anda kerana ini adalah 'test' untuk saya dan anda sebelum artikel mengenai ILMU SEGALA di keluarkan pada tahun hadapan. Insyallah

wassalam

January 7, 2010 at 9:53 AM

i like...stret 2 da pointla bgs since kite pon da xde byk mse utk bunge2.keep it up. :)

January 7, 2010 at 6:32 PM

ermm best gak baca ...

Post a Comment

Search This Blog

Total Pageviews

ALL TIME POPULAR

Artikel lama Nusanaga

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger