Total Pageviews

360 darjah kemusnahan

salam...

selamat berpuasa dan salam nuzul quran buat semua.
pada kali ini saya terpanggil untuk menulis sedikit sebanyak mengenai apa yang di katakan 360 darjah kemusnahan terutamanya di malaysia.

Jika saudara saudari pernah menyaksikan dalam youtube atau facebook tentang penghinaan terhadap islam, makanya itu baru sendikit. Sebenarnya kita di malaysia mahupun di dunia mengalami suatu proses kemusnahan yang amat hebat dan sedang membiak cepat.

Teknologi berkembang sejak 1800-an. dan pada sekitar 1900-an, era moden mulai mengubah dunia. Hanya lebih 100 tahun, dunia kini di ambang kematian. Percaya atau tidak, sebenarnya yang musnah adalah manusia dan planet bumi adalah hanya sebuah tanah perkuburan.

Baiklah, ini adalah pemerhatian dari saya dan saya percaya anda semua pun 'merasai' sengsaranya menjadi manusia ini:-

Di malaysia, kita mengalami 'kemusnahan' dari segi:-
-percetusan agama
[saya tidak faham kenapa agama lain menghina Islam sedangkan muslin tidak pernah menyakiti mereka. Adakah ini di sebabkan laungan azan. Percayalah Nasrani dan yahudi tidak akan berpuas hati sampai Islam itu musnah. Tak kiralah siapa bangsanya meskipun kini sudah ada melayu kristian...yang pasti, islam kian musnah]

-percetusan bangsa
[melayu dengan cina dari dulu hingga kini sentiasa bergaduh. Kaum india pula semakin tersepit sehinggalah kini mulai melaung suara sama. Masing-masing katanya ingin mendapat keadilan yang saksama di tanah melayu. Melayu pula menjaga kedudukannya. Orang asli dan bumiputra pula saksikan ini tidak adil buat mereka kerana seolah-olah mereka tidak wujud. Makanya, harus kah Malaysia di landa tsunami biar semua bangsa bersatu kembali?!]

-percetusan parti politik
[Inilah yang saya paling benci kerana tak kira parti politik mana sekalipun, ianya candu. Pakcik-pakcik di kedai kopi, orang pejabat mahupun di mana-mana, akan berkata tentang politik. Parti itu salah, parti ini betul. Bila tiada isu sensasi, media akan menjalankan peranan untuk menyebarkan isu yang mana akan menarik kembali minat rakyat kepada parti-parti tertentu.. Jemu dan bosan. Modus operandi yang sama di gunakan. Apakah politik untuk menjana pendapatan lalu memberi makan dengan duit haram...?!]

-percetusan budaya hidup
[Inilah kemusnahan total yang mana di katakan baratlah puncanya. Tapi sedar atau tidak, cengkaman hiduplah punca segala terjadi. Sebagai contoh, bila tiada duit, maka terpaksa mencuri atau berkerja sebagai hamba sekali pun. Untuk kerja, kena ada 'skills' atau 'ijazah' serba dua. Bila kerja 24/7, makanya ruang untuk hidup sebagai manusia tiada. Bila stress, macam-macam jadinya. Anak isteri tegur, makanya jadilah perceraian atau krisis rumah tangga. Mungkin juga ada yang mencari pedoman dengan guru-guru tertentu supaya lebih tenang, tapi silap guru, mulalah mendangkal macam-macam. Apapun, ini satu contoh dari ribuan perkara yang terjadi 360 darjah kehidupan kita.]

-pecetusan dalam agama
[Di dalam islam, puak syariat menyalahkan hakikat dengan kata iktikad kamu tidak betul. Yang hakikat pula kata, syariat itu tidak tepat dan sembereno semata-mata. Yang ini kata aku betul, yang lain kata aku pun betul. Makanya, siapa yang betul?!]

-percetusan untuk akhir zaman
[banyak puak dan organisasi mengatakan, akulah yang akan membawa kepada kekhalifahan akhir zaman. Semuanya untuk Mahdi. Tapi ada yang kata kumpulan itu salah, yang ini salah. Makanya yang mana satu yang betul?! Semua bercakap seakan-akan dialah yang akan menjadi pemuda bani tamim. Adab dan sopan di lempar sudah. Perkelahian berlaku. Inikah yang di katakan mencapai kekhalifahan?!]

-percetusan sesama muslim
[Hal ini banyak terjadi. Title ustaz, ustazah, imam, dato dan lain-lain. Konon membawa imej islam, tapi adab hilang kemana. Tambahan pula golongan yang seakan free thinker tapi masih kata aku islam. Masalahnya bila di tegur, aku lebih islam dari kamu. Inilah golongan 'AKU LEBIH ISLAM' yang mana memusnahkan islam itu.]

-percetusan serantau
[Hal ini adalah hal global dalam rantau asian. Ternyata kita di Malaysia sedang berperang budaya, perang intektual, perang politik dan perang minda dengan negara-negara di sekitar kita. Meskipun cuba menutup, tapi tangan rakyat di negara-negara sekitar tak mungkin dapat di tutup. Tidak tahu apa punca can masalahnya, serantau kita akan musnah. Biarkan musnah agar tiada lagi perseketaan yang tiada faedah.]

-percetusan tangan ghaib
[hal ini tidak tahu anda nampak atau tidak, ternyata ada organisasi di peringkat global cuba menjadi tuhan di bumi dengan menidakkan sunnahtullah. Apapun, hal ini anda carilah dalam kategori teori konspirasi dan kebangkitan islam akhir zaman]

Makanya, itu adalah sebahagian yang saya nampak. Anda bagaimana pula. Kita telah pun tahu permasalahan ini. Tapi kita tak pernah tahu bagaimana nak selesaikannya. Adakah penyelesaian seratus peratus di tangan mahdi yang di tunggu oleh anda itu. Jika tidak kita mulakan dengan satu langkah, tidak langkah seterusnya yang dapat di jejak. Saya juga seorang remaja yang banyak silapnya. Sungguh banyak tapi pada hari ini saya terasa cukup-cukup terpanggil untuk meluahkan mengenai kemusnahan yang berlaku.

Saya lagi kecewa bila saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan dengan meluahkannya di blog semata-mata. Hinanya saya kerana inilah selemah-lemah iman. Apapun, artikel ini di karang tidak menumpukan pada mana-mana pihak. Ia cuma sekadar bahan renungan semata-mata. Insyallah mudah-mudahan kita mendapat manfaat serta langkah seterusnya dalam mengubati dunia yang tenat ini. Sekian wassalam
Share this post :

+ comments + 69 comments

August 27, 2010 at 7:19 AM

Salam kasih sayang sahabatku.

Jangan bersedih.. Sebelum mengatur kita diatur. Sumbangan sahabatku besar ertinya dalam perjuangan ini.

www.rasera786.blogspot.com

Anonymous
August 27, 2010 at 9:25 AM

salam ramadhan saudara...

sat kupasan dan kesimpulan yg menrik dan tepat untuk menunjukkan keadaan negara masakini. tp syg...teguran serupa ini sering dipandang sepi. semoga saudara x jemu untuk menulis penulisan serupa ini.

seroji
August 27, 2010 at 8:58 PM

untuk musnah total,Al Quran perlu MUSNAH dulu baru yang lainnya turut musnah.

Cuba perhatikan bagaimana AL Quran di Digitalis kan.

Pernah dengarkan bila,EMP menghentam hancurkan mesin makanikal maka seluruh sistem eletronik dan pengkomputeran turut hancur dan jadi berpengaruh magnetisme.AlQuran dalam disk akan turut hancur.

Kemudian matinya Al quran dalam diri.Ramai orang hafiz/hafaz al quran tapi mereka bukan FAQIHnya.

Faqih itu melibatkan Hakikat Al Quran.Bukan zahirnya.

Jadi penghancuran sekarang ini bukan total 360 darjah seperti yang anda blogging kan.Yang berlaku sekarang penggantian.

Musnah akan tumbuh yang baru.

wallahualam.

lindu aji
August 27, 2010 at 9:39 PM

pandai lah kau nak menipu!!!!!

Al Quran musnah dulu konon!!!!

Yu
August 27, 2010 at 9:41 PM

Macamana Al Quran nak musnah????

Diangkat ke hadiratNya,lojiklah sikit.

Anonymous
August 27, 2010 at 9:43 PM

Yang kata Al quran musnah tu jenis menyembah makhluk yang bernama huruf2,simbol2,kitab2,tok guru,orang dan lelain.

Al Quran mana bolih musnah ....gilerr ke hapa!!!

InsaF
August 27, 2010 at 9:45 PM

Diorang tu tak pernah dengar kot,

AlQuran Hidup atau Al quran Bergerak...

jj
August 27, 2010 at 9:49 PM

Teringat aku tentang hujjah Akhi Lepat dan Sepat tentang Seruling bammmboo tu.

Betullah memang ada perbezaan makna Al Quran Dan kitabullah.


Bolih tak sesape hujjahkan FAQIH tu apa maknanya???

Kalau tanya blogger dia kata rujuk kat ahlinya.kalau macam tu buat apa buka blog ni.tak mencambahkan fikiran.

Pengumuman
August 27, 2010 at 9:50 PM

JJ,

Sila rujuk pada ahlinya.

Harap maklum!!!!

Anonymous
August 27, 2010 at 9:51 PM

kah kah kah kaahhhh...!!!

Pak Guard
August 27, 2010 at 9:53 PM

Weihhh!!! respek sikit lah dengan tuan blog dgn pengunjung kat sini.

kalau nak bergaduh pergi tempat lain.

Anonymous
August 27, 2010 at 9:54 PM

siapa yang bergaduh kitaorang bertanya jer...

Tanya oun salah ke????

KK
August 27, 2010 at 9:57 PM

tah!! dia ingat dah terlebih pandai lah tu,

Ingatnya kalau tak faham makna perbezaan al kuran dengan kiatabullah tak de apa2 side effect kot!!!

biar ajelah diorang tu jj...

August 28, 2010 at 3:55 AM

Tahniah,
dengan harapan, akan lahir lebih ramai remaja yang boleh berfikir seperti anda.

August 28, 2010 at 6:04 AM

Assalamualaikum,

Sungguh tepat sekali pengamatan saudara itu. Insya Allah, melihat kepada akan masih ada orang yang dapat melihat, perubahan itu tidaklah mustahil. Walaubagaimanapun, kemenangan mutlak hanya milik orang-orang mukmin. Saya berdoa semoga saudara juga adalah dari golongan itu. Salam ikhlas dari saya

uknowme
August 29, 2010 at 10:47 PM

Salam aiz :) Sabar. Sabar itu kekuatan. Kekuatan yang boleh menundukkan kemusnahan.

meagain
August 29, 2010 at 11:19 PM

Salam aiz :)
quote
' Masa (1) depan memerlukan sejarah untuk menjadi panduan yang akan menjadi teras pada pergerakkan masa (2) kini. Masa (3) bukan satu mainan dan jika terlalai maka rugilah untuk selamanya. Masa (4) depan ialah fenomena untuk sebarang kehidupan baik zama dahulu atau masa (5) kini. Manusia mencari zaman kegemilangan yang di janjikan. Akan tetapi, bersediakah anda untuk mengetahui, sesungguhnya anda kini sudah berada di penghujung masa (6)?' = 6 masa

Saya sudah ingatkan tentang masa dan Kaabah sebelum ini. Mekkah mean time? Tlg kongsikan penemuan anda di sini.

Anonymous
September 1, 2010 at 5:57 AM

Banyak hikmahnya bila Rasulullah menganjurkan umatnya untuk berniaga. Selain 9/10 tu, orang berniaga tidak tersepit dengan masa punchcard, tidak terlalu dikejar pihak atasan dan macam-macam lagi. Orang berniaga masanya jauh lebih fleksibel.

Tangan2 ghaib sudah merancang supaya manusia memenuhi sektor pekerjaan yang bakal melancarkan operasi tangan2 ghaib ni, sedar atau tidak sedar kita semua berada di dalamnya.

Selaku salah seorang yang terperangkap di dalamnya, (saya bersyukur kerana masih insan2 di luar sana ada yang betul2 kesempitan masa untuk bersama keluarga)saya kasihan kepada diri sendiri dan seluruh warga yang bertebaran di muka bumi untuk bekerja hingga lupa sebab musabab kewujudan kita..

Ada ketikanya saya beranggapan kesesakan lalulintas ini seolah2 turut dirancang supaya manusia lebih kesempitan masa, lantas mengabaikan perkara2 yang jauh lebih penting. Wallahualam..

Anonymous
September 5, 2010 at 10:02 AM

ada satu lagi en aiz patut masukkan..masalah manusia tak berakhlak berinternet..walaupun dah tua bangka(yg budak2 tu takpelah blh ajar lagi tapi kalau dah besar tu)takkan perlukan bimbingan ibu bapa lagi kot nak berinternet.

Ikut suka hati je nak kata apa..paling ketara sekali dkt facebook & youtube..video pasal kucing melompat..komen tak pasal2 maki hamun pasal agama, politik dan bangsa..bosan la manusia jenis camni..kudos utk saudara aiz..satu kupasan yg menarik.terima kasih

Anonymous
September 13, 2010 at 1:19 PM

adoiii..kesian betol!
sikit2 nak gaduh!

gala raya
September 13, 2010 at 9:05 PM

dah itulah kerosakkan 360 darjah kalau ikut tafsiran Hassell...

lihat aje kat luar kafir dah berani bakar hangus org Islam.

ni bukan main-main ni.ni betul-betul punya rosakkk dan hancur.

Anonymous
September 13, 2010 at 9:07 PM

alaaaa....

orang Islam pun apa kurangnya Gala Raya woi.Kau dah lupa ke, siap letup pakai C4 lagi.Lagi meroyan....

terangkat beb.

Anonymous
September 13, 2010 at 11:30 PM

mana peginya semua komenter ni...

Anonymous
September 13, 2010 at 11:30 PM

beraya mengalahkan kanak2.

pejuang mana bleh serupa org awam!!!!!

Anonymous
September 13, 2010 at 11:31 PM

hehehe!!!

Adam Nayan
September 15, 2010 at 9:33 PM

Semuanya berkaitan dengan nafsu sendiri.

Jika daya-daya dari tubuh manusia tidak dialirkan pada kesedaran yang tertinggi,atas diri sejati,berbudi luhur dan murni maka daya nafsu ini akan mengalir ke seluruh otot dan organ2 dalaman.Maka lepas tu akan terbentuk daya2 manusia syaitan atau berjiwa haiwan.

Bayangkan pula nafsu ini mempengaruhi minda dan pemikiran ia akan naik sebagai gelombang berunsur unsur -ve pada puncak tertinggi di alam maya dan turun semula dalam bentuk gelombang yang bolih membebaskan tenaga yang yang sangat buruk apa bila saling getar mengetar dengan sub-sub gelombang yang lain.

Tenaga tak akan musnah tapi akan berubah satu rupa ke rupa yang lain.Transformasi perubahan tenaga ini yang kita lihat hari ini.

Ha....tu yang kita lihat kerosakkan dan kehancuran yang berlaku hari ini.Itulah tenaga yang berubah-ubah.

Namun begitu jika daya2 nafsu tadi berjaya di alirkan pada daya kesedaran yang tertinggi,sejati,berbudi luhur dan murni ....maka manusia akan membangunkan pengabdian ,naluri orang bertuhan dan membangkitkan rasa ketuhanan yang tinggi.

Tu sebabnya,jika ramai para juhala atau perosak di sesuatu negeri bermakna Allah akan hancurkan negeri itu,tetapi kalau ramai para auliya dan ulama maka negara itu akan aman sejahtera.

sebab 2 elemen ini jadi pemangkin.Wallahualam.

Anonymous
September 15, 2010 at 10:13 PM

Bab daya-daya,tenaga2 yang ko cerita ni lebih kurang macam tokey e=mc2 tu je.

Hari ni anak murid dan pengikutnya dah menolak tuhan sebagai sesuatu yang wujud.

Stephan Hawking baru-baru ni menolak tentang kewujudan tuhan...hahaha!!!

tu la gayanya bila mengkaji tenaga lebih2an.Disuruhnya pula mengajak manusia agar memberikan perhatian pada makhluk2 asing,

dah rosak otak kot...

RZ
September 15, 2010 at 10:20 PM

Nafsu manusia tu lebih lagi maknanya dari hanya sekadar sebuah daya-daya atau sekadar satu unsur tenaga.Bab tenaga yg Einstein,Newton len-len cakap kan tu baru tahap kanak2, tu sebab tak percaya tuhan.

Tuhan bukan sekadar tenaga beroleh ubah...karut semua tu!!!!

Nafsu tu ada tubuhnya.Betul-betul sebuah tubuh bukan cerita dogeng ni.

Aku malas nak cerita lebih-lebih nanti tak sempat pula aku nak makan kuih raya ni.Kwanggg kwanggg...

Anonymous
September 15, 2010 at 10:24 PM

oiii...cukup-cukup la beraya tu.

banyak kerja ni nak setelkan.

RZ, sambung lah lagi, menarik cerita ko tu.Bila baca blog hazell ni banyak cerita tenaga jer...tak de klimak lagi.

nanti kitorang belikan ko lemang sebatang...ye!ye!ye!...

Anonymous
September 15, 2010 at 10:32 PM

Si Einstin tu sembunyikan penemuannya bro...

Dia dah jumpa dan faham pusat atau sumber tenaga tu tapi tak maklumkan ke orang.Tak tau lah mungkin ada konspirasi kot.

Cuma yang di katakan dan dipublish ke orang ramai sebagai sesuatu berkuasa Mutlak saja.

Malu-malu pula nak mengaku sebagai kuasa Yang Maha ESA.

ayong.
September 15, 2010 at 10:39 PM

Dah tu apa kaitannya dengan kerosakkan tak tentu arah 360 degree ni????

Anonymous
September 15, 2010 at 10:44 PM

Kalau ko nak tau,itulah aqidah tauhid teratas/tertinggi ...

Setiap apa yang berlaku baik,buruk,cantik,peristiwa,mahkluk,ciptaan,keadaan,cahaya,pandangan, indera,pemikiran,negara,pokok,politik dan sebagainya semuanya diliputi olih Satu Kuasa Teratas.

Itulah kuasa Ke Tuhanan dan tuhan itu sendiri.


Sekarang apa saja percetusan hakikatnya datang dari PENCETUS yang sama.

nak heran apa???

ayong.
September 15, 2010 at 10:46 PM

Bermakna satu wujud aje ke?

Anonymous
September 15, 2010 at 10:47 PM

alahai ayong ni banyak tanya pula...

Kau dah kawin ke blum???

warkakakah!!!

ayong.
September 15, 2010 at 10:48 PM

owang tanya sebab nak tau .
polokek lah tu...

tak tau tu sebab tanya!

Anonymous
September 15, 2010 at 10:52 PM

Betul lah tu ayong.Bebudak kat ini kuat menyakat.Janganlah merajuk...

Satu wujud saja kalau wujud itu dua,tiga dan berbilang bukanlah ESA namanya.

sekarang cuba kau fikirkan kalau satu wujud saja bermakna wujud tu bolih di temui kan???

Mudah nak ketemuikan???

Kau dah cari ke belum???

ayong.
September 15, 2010 at 10:58 PM

Jadi ada beza lah antara eter dan essence ye!

ayong nak tau betul ni...
Kalau sampai pada jiwa terdalam tu apa yang menyampaikan ke daerah ketuhanan itu.

ada lagi ke jiwa-jiwa yang lain??

Anonymous
September 15, 2010 at 11:08 PM

Seluruh jiwa-jiwa itu berasal dari jiwa yang satu.Ni di ceritakan sendiri Olih Allah SWT dalam al quran.Lupa kat surah yang mana.Nanti aku carikan.

Dari jiwa yang tunggal inilah datangnya jiwa-jiwa yang lain.Eter ibarat duplikasi sementara essence dalam istilah barat tu seperti nya Zat juga....(tapi definasi dan kefahaman dari luar ni mungkin tak berapa sama dan tepat dengan istilah keilmuan islam sendiri,tu aku no komen)

yang menyampaikan ke daerah ketuhanan tu adalah tuhan sendiri.Makrifat adalah dari Allah kepada Allah swt.Allah sendiri yang memperkenalkan diriNya.

Selain dari itu belum habis lagi perjalanan itu.Bolih jadi setan dan iblis berupa2.

ayong.
September 15, 2010 at 11:13 PM

Jadi yang di temui sains barat baru "sekitar lapisan" luarannya saja kan???betul lah kata RZ baru tahap kekanak...hehehe!!!

Belum lagi teras yang terdalam.

Adam dan Hawa ada kaitan tak dengan jiwa2 tu?

Hari tu kan ada Forun FAB cerita pasal diri silver tapi kitorang tak faham sangat lah.Tah hapa tah Syeikh kat situ cerita.


Bebudak kat situ ganas2 suka buli org!!!

Anonymous
September 15, 2010 at 11:17 PM

Hahaha!!! kalau nak tau tanya si aiz dialah mod nya kat situ...kehkeh!!

Anonymous
September 15, 2010 at 11:18 PM

apasal Aiz tak keluar komen kat sini???

Anonymous
September 15, 2010 at 11:19 PM

Dia Pencetusan aje,kitorang yang sambut.

Anonymous
September 15, 2010 at 11:20 PM

Aiz dia masih percetusan mood raye lagi.

sedang makan percetusan ketupat la tu.

illusi jer tu ais oiii!!!

Anonymous
September 15, 2010 at 11:25 PM

Pasal diri silver bolih cari kat blog lama geng2 FAB tu.

cer cari dlm fisssbuk.Tok2 kat situ ramai lagi yg onlen.

Amin
September 16, 2010 at 11:30 PM

maaf lah yer ...

menyampuk sikit,pengikut aliran buddha dan beberapa kumpulan spiritual yang lain menolak wujud tuhan.

semuanya bagi mereka adalah keperibadian dan kehendak sendiri.Kuncinya pada mereka "kenali diri "

apa komen bro semua?

SALAM

Anonymous
September 16, 2010 at 11:40 PM

Puak tu sefahaman dengan spiritual falsafat kuno.Mereka menisbahkan 100% ketunggalan tu pada diri sendiri.Padahal apabila memijak bumi menjunjung langit -masa hidup- masih lagi berwujud materi.

Bila dah mati bumi dan alam maya masih lagi wujud,kita pun masih disini.

Tu yg RZ kata diaorang baru tahap kekanak.Sebab menerima wujud materi,zarah,atom, bion2 atau yg lebih halus lagi sebagai sahih wujud.

tu la...jgn ambil tok guru barat mentah2.Ikut bo***t diorang wat pe.Ko tau tak dalam sains muslim dah jauh meninggalkan org barat ni.Cuma tak buat komersial dan promosi giler2 je.

Sains muslim dah sampai tahap lompatan zarah,barat baru nak kenal anti atom dan pengembangan atom.

Ko tau apa makna lompatan zarah???-Mufradat Raghib"? kalau tak tau tu sebab jangan berustazkan sains kafir semata2...

Anonymous
September 16, 2010 at 11:43 PM

Kenali Diri ikut falsafat kuno tu si socrates yang popularkan bro.Dia terjumpa tulisan kenali diri tu di pintu kuil,lalu mengembangkan teori kewujudan dirinya.

disambung pula olig plato,aristotle dan lain....padahal hujjag macam tu dagh di kapankan dek Al Ghazali satu masa lalu.

hari ini muncul pula Socrates Jr...hahaha!!1

Anonymous
September 16, 2010 at 11:45 PM

hahaha!!!

lompat zarah tu apa dia? lompat katak aku tau la....

Anonymous
September 16, 2010 at 11:50 PM

Tu lah...kau terpengaruh tegar dengan falsafat sains barat yang tak percaya tuhan.Diorang nak membuktikan wujud satu zarah pun sampai hari ini tak dapat2.

Sebabnya tak faham antara sifat2 eter dan essence macam ayong katakan tu.

Kau pernah dengar tak setiap rambut tu bergetar setiap detik dan ketika?

Sekarang cuba kau bayangkan setiap ikatan atom,bion malah lebih halus lagi dari tu sentiasa bergetar ...apa akan terjadi???

Anonymous
September 16, 2010 at 11:51 PM

aik!!! apa yang terjadi bro.setau aku setiap rambut akan bergetar sebagai zikir kepada Allah SWT.

Anonymous
September 16, 2010 at 11:59 PM

haa...tu la.belajar metafizik,quantum fizik,sains panduan,engenering sains,kimia,biologi bukan main hebat tapi asas paling asas kau tak paham2 lagi...

takliq buta dengan tok guru kafir tu kan ...apa diorang kelentong kau sedut je,...

Lompatan Zarah itu ialah fenomena dimana zarah tidak dapat wujud secara lansung dalam alam ataiu dimensi kewujudan biasa.Dalam erti kata lain mustahil wujud zarah walau sehalus mana sekali pun.


Getaran zarah lebih-lebih laju dari jet supersonic sains rekodkan sekitar 10 X -40 (kuasa/saat).

Kalau laju bertambah apa yang berlaku???

Masa akan jadi sifar kan,kalau masa sifar apa yang kau nampak???

Anonymous
September 17, 2010 at 12:01 AM

Kalau masa sifar semuanya terhentilah...ibarat ghaib segalanya...."ghaibul ghuyub"

Anonymous
September 17, 2010 at 12:03 AM

Pandai pun ...tu asas sama sekali asas, aku tak kan panjang kat sini nanti tak pepasal kena luku kat naga,dia selalu cek kerja kita, pasal ini melibatkan rahsia kerajaan tuhan.

Kufur kalau buka sembarangan.

Anonymous
September 17, 2010 at 12:07 AM

wah bro!!! kalau lompatan zarah ni di kembangkan lagi,bolih dapat penemuan yang hebat.Bolih lawan teori big bang,black hole hawking sewel,planck time,the strong force,weak force,nova equile,binary cosmis dan lain2...

Mau dapat hadiah noble kita bro...

Anonymous
September 17, 2010 at 12:09 AM

tu yang aku malas ajar org macam kau ni....

otak komersial, tak professional langsung...melanggar adat istiadat hulubalang melayu.

semua benda kau nak jual dengan nilai dunia.Tak pernah ke kau nak fikir sebagai pengabdian kepada Tuhan Kau???

Anonymous
September 17, 2010 at 12:13 AM

ehehe!!! tak la macam tu...aku angan2 jer tu.

Kalau diorang menafikan penemuan ni ejek2 sambil gelak2 manja haa...macamana bro???

Anonymous
September 17, 2010 at 12:20 AM

Ikutlah...lantaklah diorang.."Lakum din nikum waliaddin"...Mufradat raghib tu cuma istilah saja, pengembangannya melibatkan ilmu kata2 dari Al Quran.

tahap pemikiran kan berbeza-beza.

"God, One who brings to perfection by degrees" yang ESA yang membimbing kepada kesempurnaan setingkat demi setingkat.

tu yang kita harus sematkan.Kita mengabdi kepada tuhan mereka bertuhankan materi dan terhijjab dengan ilmu.Masih tak sedar peranan iblis dan setan la tu jadinya.

Mereka tu lah tak lepas lagi dari penyembahan bahala materi,bahala abstrak,bahala tertinggi seperti Baru Faqir Baru katakan dulu tu...

Anonymous
September 17, 2010 at 12:25 AM

Bro!Percetusan yang hazel ceritakan tu semuanya melibatkan kehancuran.

kalau semua hancur apa yang tinggal.Tak de ke cara pengawalan dengan metafizik dan ilmu quantum ke apa ke jadah...

aku pun dah bosan dgn hidup penuh kerosakkan ni.

Anonymous
September 17, 2010 at 12:39 AM

Alam ini di ciptakan.Jangan ikut iqtikad aliran buddha atau org sains barat tak percaya tuhan pula.Diorang tak leh menerima Allah SWT yang menciptakan segala sesuatu.


Rasulullah SAW menjawab ketika diajukan soalan mengenai bagaimanakah bermulanya alam ini dengan sabdanya yang bermaksud :

“Adalah Allah Azali dan tiadalah sesuatupun selainNya (di azali), (selepas itu) Allah (menciptakan) Arasnya di atas air, dan telah dicatatkan di Lauh al-Mahfuz setiap sesuatu, kemudian (Allah) menciptakan langit-langit dan bumi”. (Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah menerangkan dahulu perkara yang lebih penting dan utama dari persoalan yang diajukan dengan menerangkan mengenai ilmu tauhid bahawa Allah wujudNya tidak ada mula iaitu Azali dan tiada yang lain Azali sepertiNya.

Dalam erti kata yang lain, di Azali hanya Allah sahaja yang ada. Kemudian Allah telah menciptakan segala kejadian iaitu mengadakannya atau mewujudkannya dari tidak ada kepada ada.

Allah jadikan langit-langit dan bumi serta segala apa yang ada di muka bumi dalam masa enam hari.

Awal makhluk atau kejadian adalah AIR. Rasulullah telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban:

Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah Taala menjadikan setiap sesuatu dari air ”.

Cuba perhatikan pernah tak orang2 ceredik pandai tu menceritakan asal usul kejadian dari AIR...Tak pernahkan,jadi Allah yang menciptakan segalanya Dia akan menukarkannya.Kalau bermula dari air,bermakna air juga yang mampu menghancurkan..

cuba kau renung kan dulu.Dan ada tak makna air yang lain selain dari yang kau fahami selama ni.

Anonymous
September 17, 2010 at 12:43 AM

Air adalah alat untuk MENCUCI dan BERSUCI.

Air mutlak untuk mencuci najis zahir tapi air maul hayyat untuk mencuci najis batin atau maknawiyah.

Air banyak jenis rupanya...

Anonymous
September 17, 2010 at 12:53 AM

""Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;""Dari surah Al Waqia':78-79

ayat ni jelas menunjukkan Al Quran itu kitab suci yang terjaga dan terpelihara.Yang mampu mengusainya adalah orang yang suci.

Kalau org yang junub pegang kitab bertulis bolih selamba jer kan....Tanpa kira rasa perlu bersuci dan bersih.Ada tu yang pandai baca al quran tapi jahat juga lagi kan...

Tapi kitab Al Quran yang bagaimana hanya dapat di sentuh olih org yang betul2 SUCI???

tu lah kunci penyelesaiannya...

mari sesama kita fikirkan.

Anonymous
September 30, 2010 at 12:35 AM

"ikan pun tau dia kat dalam air"

"Alam yang banyak ini menyesatkan"

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;""Dari surah Al Waqia':78-79

bersucilah

Anonymous
October 3, 2010 at 2:49 AM

bersuci apa lagi!!??

Anonymous
October 3, 2010 at 3:03 AM

Ramai yg tersangka dah bersuci sebenarnya tak lagi.

selalu konfius dgn surah ni:

Surah Qaf:16
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,"


***selalu menyangka Roh dah bersih bila bebas dari fizik padahal Roh dalam genggamanNya ada lagi satu dimensi kena tembus...eehhh!!silap, ada banyak lagi hijab,

surah az Zumar:42
"Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)."

***perhatikan Allah SWT meliputi segalanya termasuk Roh atau jiwa kita.

surah An Nisa:126
"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu."

as syam:7-9
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),"

***Dah bersih baru bolih cerita.

Dahan Hijau
October 3, 2010 at 3:11 AM

Ramai org sains terkeliru antara haq dan haqiqat.Ramai yg baca cerita RAHSIA DI SEBALIK KEBENDAAN HARUN YAHYA...dan menyangka dah Wahdatul Wujud pulak dah....

hehehe!! apa cerita tu kawan.??? HarunYahya sendiri menafikan illusi materi itu bertindan wehdatul wujud:

jangan lupa baca sini:


http://www.harunyahya.com/articles/50wahdatulwujood.php

http://www.harunyahya.com/articles/50wahdatulwujood.php

Anonymous
October 3, 2010 at 3:15 AM

Waduh!!! waduhhh!!

HarunYahya punya finishing ada kurenggg umphhhh!! sikit lah!

Kena ada orang lain bagi silat kencang sikitlah.Sebab org menerina/melihat Final Produk.

Aliran sains yang selalau konfius...

hahaha!!!
October 3, 2010 at 3:18 AM

OhhhoooHHH !!!!

Kalau masuk bab ni kena pakar ilmuan "Zat Allah swt".

Pot sains tak bley cerita punya.Yang dah mencintai MAUT baru bley kasi settle itu barangggg!!! ammmaa aapaaa...!!

kasi yeelekkk!!! yingga porenggeee!!

boliyauuuu...

Ambo...
October 4, 2010 at 10:18 PM

"""Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;"""

..............dari surah Ar Rahman:19-20

Ada batas yang sangat seni dan halus pada lautan...ikan dalam lautan masin tak mampu nak capai lautan tawar.Ikan laut tawar pulak tak leh memasuki lautan masin.Ada batas halus pada dua lautan pada sifatnya,walaupun dua-dua medium itu air juga.

Ada tanzih dan tasybih dalam wujudiah.Wahdatul Wujodd sangat bahaya kalau salah bawaan,Perhatikan zaman sekarang ini dah ada org Islam sendiri kata agama tu sama saja,...blablabla...

October 16, 2010 at 5:18 AM

Cukup2 lah berkelahi perkara yang x sepatutnya......Ingat Allah,Ingat Rasulullah....Tingkatkan Amal,Tambah Ilmu....Ilmu Apa?Ilmu hakiki.....

Dan rasakan diri bagaikan Allah ada didepan mata kita dan melihat apa sahaja kelakuan kita di sini.....

Jangan bergaduh2 sesama kita....Yang salah kita betulkan dan yang betul tambahkan lagi ilmu....

Salam....
Sungguh Indah Ciptaan Allah...

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger