Total Pageviews

selamat menyambut ramadhan



salam...

saya ucapkan selamat menyambut ramadhan dan semoga kita semua dapat beramal dengan sebaiknya. Insyallah.  Ramadhan kali ini kelihatan sedikit 'teruja' bagi saya kerana 'feel'nya cukup lain. Saya tidak tahu hanya saya seorang yang merasakan sebegini atau ada insan lain yang berasa perasaan 'ganjil' pada bulan ramadhan ini. Meskipun demikian, sememangnya bulan ramadhan banyak memberi input perubahan terbesar kepada saya semenjak dua tahun yang lepas. Sejak dulu saya ingin satu 'first step' yang mana akan membawa saya ke arah evolusi diri di bawah payugan rahmat dan iradatNYA. Insyallah ia akan bermula.

Mungkin anda juga mahukan 'first step' yang mampu merungkai segala kunci-kunci pada diri anda. Maka dengan itu, berdoa dan yakinlah. Jadikanlah bulan ramadhan sebagai pemula pada 'first step' anda untuk mengevolusikan diri menjadi yang lebih baik, tidak terkunci. Insyallah.

Saya juga mohon maaf jika artikel sebelum ini mempunyai masalah pada bacaan anda. Mungkin ada gambar yang tidak nampak. Permasalah ini mungkin berlaku kerana kehilangan / perubahan 'link' pada gambar-gambar. Meskipun demikian, ketahuilah kita bahawa di Jerusalem sana, golongan yahudi telah pun hampir menyiapkan haikal solomon mereka. Tapi, ada yang berkata, zionist atau yahudi ini sebenarnya tidak menyukai nabi sulaiman. Mereka lebih memuja nabi daud a.s kerana di bawah Nabi daudlah empire israel raya mulai bertapak dan berkembang. Walaubagaimanapun, haikal solomon yang berkait rapat dengan kisah Hiram Abiff dan pembunuhannya serta Nabi Sulaiman itu, pasti akan di dirikan, meskipun masjidil Aqsa akan runtuh.



Berikutan dengan itu juga, ada yang mengkaji mengenai keselarian isu ini dengan satu sumpahan Sabdo Palon di tanah jawa, yang mana di katakan itu adalah mirip pada Samiri. Sabdo Palon ini di katakan telah di pasung [seal] oleh wali songo dan di tempatkan di sebuah gunung yang tidak di ketahui. Sewaktu menghilangkan diri ke laut, sabdo palon ini bersumpah akan muncul semula selepas 500 tahun pemasungannya. Ternyata, pada tahun 2008, di katakan tarikh Sabdo Palon ini 'terlepas'. Ia di kaji sendiri oleh pendita-pendita di tanah jawa.

Menariknya pula, ada rakan yang mengkaji perihal ini mengatakan bahawa 3G [gold, glory ,god] yang di amanahkan pada setiap tentera penjajah berkait rapat dengan perihal Sabdo Palon. God yang di maksudkan itu adalah 'menemui tuhan di timur'. Ia terbukti melalui analisa logo mereka [ VOC / EIC ].
Berikut adalah sumber rujukan untuk kes ini:
- Sambali Blog
Keris
- Perbincangan
- Perbincangan II
- Chi Rho

Meskipun demikian, ia hanya perbincangan semata-mata. Tiada kata putus yang boleh di sepakati kerana ianya masih di peringkat sangsian. Oleh yang demikian, jika anda mempunyai maklumat lanjut, sila lah ajukan di link yang di berikan.

Insyallah, mungkin kita akan menemui sesuatu dan di harap ianya akan memberi manfaat pada semua. Apapun, selamat menyambut ramadhan almubarak. Ampun maaf dari saya jika tersalah kasar bahasa. Dan selamat beramal :) Wassalam
Share this post :

+ comments + 82 comments

August 11, 2010 at 2:06 AM

Membina sesuatu rumah ibadat tanpa mengenal tuhan adalah perbuatan yg sia2, kerana tiada kelebihan yg didapati dari berbuat demikian melainkan membesarkan diri sendiri.
Hamba lebih berminat membongkar bila sebenarnya agama yahudi, kristian dan islam ini dicipta kerana hanya agama tuhan saja yg mempunyai kehebatan dan agama inilah yg cuba disembunyikan oleh musuh2 tuhan.
Sejarah Melayu menyatakan bhw Raja Iskandar Zulkarnain serta nabi Khaidir berdakwah mengembangkan agama nabi Ibrahim serta menjadi raja dari Barat ke Timur. Cuba fikirkan hakikat ini, jika Raja Iskandar menguasai dunia pada kira2serta seluruh dunia menganut agama nabi Ibrahim termasuk di Jerusalem dan Egypt, maka agama yahudi serta kristian belum wujud lagi kerana Raja Iskandar adalah keturunan nabi Daud dan Sulaiman. Ini bermakna agama nabi2 ialah agama nabi Ibrahim. Al Quran yg dibawa nabi sebenarnya membawa semula agama nabi Ibrahim sebelum dirosakkan oleh musuh2 tuhan bagi menjauhkan manusia dari agama tuhan. Kebangkitan agama tuhan bermaksud tamatnya zaman iblis memperhambakan manusia di dunia ini.

Anonymous
August 12, 2010 at 8:50 AM

MAAF MAHADAYA. SAUDARA NIE MENGGUNAKAN SUMBER DARIPADA MANE. APA RUJUKAN DAN PEGANGAN SAUDARA SEBENARNYA.
SEBARANG SUMBER YG BERSIFAT TERPENCIL DAN TIDAK MAHSYUR,TIDAK DIKETAHUI ORG,TIDAK BERSUMBERKAN AL-QURAN DAN HADITH,TIDAK BERKAITAN DGN KARYA PARA IMAM-IMAM YG MUKTABAR-IA TIDAK LAYAK DAN TIADA KREDIBLITI UNTUK DIJADIKAN SUMBER RUJUKAN APATAH LAGI UNTUK DIJADIKAN PEGANGAN...

ANDA TAHUKAN YANG TUNTUTAN DAKWAH MESTILAH MENJELASKAN,MENYATAKAN, 'MENCERAHKAN' KERANA AGAMA ALLAH ITU TELAH JELAS DAN IA BUKANNYA HANYA MENGIKUT PERSANGKAAN SEMATA.JANGAN MAIN HUJAH GUNA KEPALA LUTUT SEDARA JE. RAMAI ORG YG KOMEN KT BLOG SEDAR DAN DIAORG BAGITAU YG SAUDARA X BERANI MENJAWAB KEMBALI PERTANYAAN. SILAKAN TAMPIL DAN BERIKAN PENJELASAN TERPERINCI APA SEBENAR DAN MOTIF SEBENAR SEDARA DALAM BLOG SEDARA. NAK MENCIPTA AGAMA BARU ATAU NAK MENGISYTIHARKAN SAUDARA IMAM MAHDI YG DITUNGGU-TUNGGU. SENDIRI PUNYA KUBUR,SENDIRI PUNYA JAWAPAN... INGAT HIDAYAH ALLAH AKAN MENERANGKAN SELURUH MANUSIA BUKAN MENGELIRUKAN SESETENGAH DAN MENGKABURKAN PANDANGAN MANUSIA. BARANGSIAPA SESAT MAKA KESESATAN ADALAH UNTUK DIRI SENDIRI DAN BARANGSIAPA DIBERI PETUNJUK MAKA PETUNJUK UNTUK DIRI SENDIRI. AL -QURAN YG SEDIA ADA TELAH LENGKAP SEPENUHNYA TIDAK ADA KESALAHAN PADA SIFAT(MAKHRAJ,BARIS.GAYA BACAANNYA.TAJWIDNYA) DAN HAKIKATNYA. JIKA BENAR IA PALSU MAKA MANA MUNGKIN BERJUTA MANUSIA YG MENGKAJI MENGGUNAKAN AL-QURAN YANG TELAH SEDIA ADA,BOLEH MENERIMA AL-QURAN DAN MENGAKUI ISLAM DAN KEBENARANNYA. JANGAN SEMBUNYI DAN SILAKAN KELUARKAN HUJAH SEDARA. YOU RE JUST CONFUSING MAN.. PLEASE BACKWARD..BERUNDUR DAN
BERTAUBATLAH. ALLAH MASIH MENANTI...KEBENARAN ITU SANGAT AGUNG DAN HEBAT. IA TERLALU MAHAL DAN TERLALU BERNILAI. TERLALU SUCI DAN TINGGI. TIADA YG LAYAK UNTUK MENGAKUI BAHAWA MEREKA MENERIMA KEBENARAN HATTA PARA NABI SEKALIPUN. INGAT PARA RASUL HANYALAH PENYAMPAI DAN PEMBERI PERINGATAN. BUKAN PEMBENAR DAN PENGHUKUM. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK MENGHUKUM.

SATU SOALAN BONUS UNTUK ANDA ?
BOLEHKAN ANDA MEMIKUL KEBENARAN ?

WAHAI MUHAMMAD SESUNGGUHNYA KEBENARAN ITU DARI TUHAN KAMU JANGANLAH KAMU MENJADI ORANG YG RAGU ..AL BAQARAH..SEKIAN..


maaf hasell .tumpang blog sedara nak berhujah sekejap...
sekian

Anonymous
August 13, 2010 at 9:43 PM

apa yg ko mengarut nie mahadaya

August 14, 2010 at 8:26 AM

si merapu mahadaya ni ada saja kat mana2 blog pencerahan sejarah dan mempertahankan ketuanan dan akidah Islam.. Nyah kau dari sini. kembali kepada Al-Quran dan Sunnah semula..

Anonymous
August 14, 2010 at 10:01 PM

aku bukan lah pro atau geng mahadaya kat atas sinun...tapi aku nak tanya ko beberapa soalan.

Apa maksud ko Ikut Al QURAN DAN AS SUNNAH?

setau aku,kalau fahaman ikut Al Quran dan Sunnah itu berdasarkan nas hadis Hari Haji Wada,Haji terakhir Rasullullah.

Masa khutbah haji wada tu belum ada KITAB al quran dan KITAB hadis.

Al quran baru di kumpulkan di zaman Syadina Osman dan Hadis pula 1 kurun lepas Nabi wafat barulah di kumpulkan...

lepas tu hadis haji wada tu ada pula kontra dgn hadis yg lain,
contohnya hadis as tsaqilain yg menyuruh ikutlah KITABULLAH DAN ITTIRA'...hadis ni ada dalam sahih muslim terdapat lebih 20 org perawinya,di akui olih sunni dan syiah sebagai sah.

Jadi apa maksud sebenar Nabi ikutlah al quran dan sunnah???sedangkan belum ada lagi kitab2 disemasa khutbah Nabi tu...

atau ikut kitabullah dan ittira'???

Sama ke antara KITABULLAH dgn AL QURAN???

Sama ke antara SUNNAH dan HADIS???


jangan2 ko tak faham apa yang sebenarnya Nabi maksudkan....lepas tu canang satu dunia supaya org ikut al quran dan sunnah!!!itu serupa menyesatkan orang namanya.

salam...

LepaT..
August 14, 2010 at 10:29 PM

Apa yang kau merepek meraban ni Ano,August 14, 2010 10:01 PM.

Kau nak org sesat ker tak nak ikut Sunnah dan quran????????

Mau nantinya jadi macam Materdaya kat atu tu.

pegi dah mabuk!!!!!!!!!!!!

SEPAT
August 14, 2010 at 10:42 PM

woiii Lepat Pisang...

Kau kena jawab soalan tu?

Kalau tak tau bermakna kau pengikut buta perut,ikut aje apa Huuulamak kata,Ikut al quran dan sunnah kena Jazam,tau maksud,makna dan cabang2nya.

kalau tak faham mau terikut al quran dan sunnah yng di tafsirkan dalam sifat2 makhluk.Tu sesat namanya menyembah dan mensyirikkan Allah SWT.

sembah bahala KITAB-KITAB...

Jangan jadi takliq Buta!!!!!!

Si Sepet
August 14, 2010 at 10:44 PM

hek alaaa...!!!!

bising pulak Si Sepet ni,

kalau kau tau sangat yang dah Jazamnya, ha!!! silalah terangkan aku nak tengok betapa jazam hujjah2 kou tu...

Anonymous
August 14, 2010 at 10:47 PM

Houiiii!!!!jangan bergaduhlah kat sini!!!!!

korang ingat ni Jom Heboh ke....


KALAU NAK BISING2 PEGI LAH MASUK PARLEMEN.......keeh kehkeh!!!

Ana Fakir
August 14, 2010 at 10:52 PM

As Sunnah tu lain maknanya....Hadis pun lain.Tak sama maksudnya.

Alquran pun ada makna yg berbeza dengan Kitabullah.Nak tau ken lah berguru mana bolih Hujah2 gitu2 aje.


Maaf.SALAM.

Cakrajaya.
August 14, 2010 at 11:02 PM

(((((Berikutan dengan itu juga, ada yang mengkaji mengenai keselarian isu ini dengan satu sumpahan Sabdo Palon di tanah jawa, yang mana di katakan itu adalah mirip pada Samiri. Sabdo Palon ini di katakan telah di pasung [seal] oleh wali songo dan di tempatkan di sebuah gunung yang tidak di ketahui. Sewaktu menghilangkan diri ke laut, sabdo palon ini bersumpah akan muncul semula selepas 500 tahun pemasungannya. Ternyata, pada tahun 2008, di katakan tarikh Sabdo Palon ini 'terlepas'. Ia di kaji sendiri oleh pendita-pendita di tanah jawa.))))

...................

sabdo Palon ni macam cerita Mak Lampir je??Mak Lampir sama dgn Mbah Nyit nyot bawa ajaran anggerik jingga tu ke....

Kalau tak salah aku, yang terpasung dek Wali 9 tu si Syekh Lemah Bang.Lepas di bunuh tak mati2 kemudian di pasongnya dek Sunan Kalijogo Wong Agung Minang.Tapi ada ceritanya dia akan muncul semula di akhir zaman ini...tentengggggg....

Raden Mas
August 14, 2010 at 11:08 PM

Tapi yang aku minat sekali cerita Pengeran Panggung tu.Murid Siti Jenar.

Di bakar tak mati-mati siap main-main lari2 dengan 2 ekor anjingnya lagi dari dalam api tu...

Sambil terbakar siap tulis kitab yang terkenal di jawa kitab Suluk Marang Sumirang,lepas tu dia hadiahkan kitab tu ke Sultan Demak yg terkezuttt melihat ajian2 kebal api yg di amalkannya.

x-Man
August 14, 2010 at 11:11 PM

Wah best lah cerita kau ni.

Kira dah bolih buat line X Man untuk pejuang-pejuang akhir zaman macam cerita Hassell tu.

Ada aura-aura indigo Ikhwan yg pernah di ceritakan duluk dek hassell.

Tak gitu Hassell..???

Avatar_ONE
August 14, 2010 at 11:16 PM

Sudah la kao x-Man .

Sebelum nak mimpi jadi 313 pejuang Ellit Al Mahdi tu.......jawab dululah soalan si Ano,August 14, 2010 10:01 PM....

Sunnah dgn Hadis tak tau beza lagi,Al Quran dgn Kitabullah dekat kefahaman kao sama je maknanya kan???

Lagi lah mimpi nak jadi x-man cessss!!! gedikkk aku.

last kao angan-angan nak jadi Abatarrrr....hahaha!!!

Anonymous
August 14, 2010 at 11:23 PM

Helo!!!Excuse me,

313 pejuang Ellit Al Mahdi tu, ada kena mengena dengan Indigo,Avatar dan macam-macam ada lagi tu ke???

eheh!!! jangan buat borakla,

Ahmad JB.
August 15, 2010 at 10:26 PM

>>>>>>>>>>Walaubagaimanapun, haikal solomon yang berkait rapat dengan kisah Hiram Abiff dan pembunuhannya serta Nabi Sulaiman itu, pasti akan di dirikan, meskipun masjidil Aqsa akan runtuh.<<<<<<<<<<<<<

Haikal Solomon tu cuma nama promosinya saja.Supaya semua Yahudi sokong.

Hakikat yg sebenarnya nak di bangunkan piramid zigurat tetingkat yang di puncaknya akan diadakan korban Anak Lembu Merah,sebagai majlis selamat datang pada Dajjal.

Anonymous
August 15, 2010 at 10:37 PM

oii Lepat,Kat mana ko kata ada hadis ikut al quran dan As Sunnah tu,Yang aku jumpa hadis ikut kitabullah dan ahlul bait/ittira.Khutbah akhir Nabi pada haji wada pun tak de sebut ikut quran dan sunnah.Jangan2 ko ni tersalah tafsir tak....


ni aku copy kan untuk ko baca kat bawah ni.

####################


1)Sabda Nabi SAW yg diriwayatkan oleh Zaid bin Al-Arqam menyebut:

"Ku tinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yg pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguhlah padanya...dan (kedua): Ahlul-baitku, kalian ku ingatkan kepada ALLAH mengenai Ahlul-Baitku! Kalian ku ingatkan kepada ALLAH mengenai Ahlul-Baitku!"


2)Sikap ini adalah berdasarkan hadis yang dikutip oleh at-Tirmidzi dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi; ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.

Jiman
August 15, 2010 at 10:52 PM

Si lepat pisang,tu ikut kupasan muawiyah bro.Si muawiyah dah kalah perang tentang Imam Ali siap gantung Quran hujung pedang.Tak mustahil banyak tangan2 ghaib memesongkan hadis ikut Kitabullah dan ittira tu.

Dia anti ahlul bait.

Kitabullah tu yang aku tahu cahaya yang bersambung dari langit kebumi,dibawa olih cucu cicit Rasullullah saw zaman-berzaman.Setiap zaman mereka ini akan bertemu di telaga Nabi saw sehingga kiamat.Mereka berkumpul di situ.Menolak mereka maka gelap lah dalam dunia tak bercahaya.

Dunia ini cuma kegelapan illusi dan ruang yang senyap sunyi.Tak de cahaya Ittira kamu nak ikut cahaya yg mana?Jangan terambil cahaya Lucifer sudahlah.

Al Quran yng terjilid dalam kitab-kitab/buku adalah panduan, itupun orang sudah tafsirkan dgn berbagai tafsiran,setiap tafsiran berbeza2 pulak tu.Cuba kau ambil tafsir Ar Rahman bandingkan dgn tafsir yg lain kau akan dapati perbezaan yg ketara.Ada cahaya ke kalau dah cenggitu?!

Hadis berupa catatan2 maklumat2 yang di sandarkan kepada Nabi saw.Hadis tu kena di pastikan benar atau palsunya.

begitu lah sedikit yg aku tau.

Selamat.

Anonymous
August 15, 2010 at 10:58 PM

Habis tu cuba ko tengok teropong2 pula berapa ramai yg memuja Muawiyah?? Diorang kata muawiyah hero.Siap nas dgn dallil konkrit lagi.

Ko kata :""Hadis berupa catatan2 maklumat2 yang di sandarkan kepada Nabi saw.Hadis tu kena di pastikan benar atau palsunya.""

HABIS TU APA BEZANYA DEGAN AS SUNNAH????

Anonymous
August 15, 2010 at 11:07 PM

********HABIS TU APA BEZANYA DEGAN AS SUNNAH????*****


beza antara As Sunnah dengan Hadis kau cari lah sendiri.Jangan asyik nak bersuap je.

Kau tau tak ada satu hadis yang Rasullullah SAW menjelaskan :"Hanya satu kelompok/golongan sahaja yang benar iaitu yang satu kumpulan dengan orang ini,""sambil baginda menunjuk kepada Syd Abu Musa As Syaari,pada masa tu turun surah al Maidah.

Cuba kau lihat siapa yang satu kumpulan dengan Abu Musa semasa perang Siffin???Nanti baru kau tahu nak pro Muawiyah atau idaknyer.....

Anonymous
August 15, 2010 at 11:13 PM

(((HABIS TU APA BEZANYA DEGAN AS SUNNAH????)))

Olih Ano,August 15, 2010 10:58 PM,ini mesti si LepaT pisang ni guna ano pulak dia....kekkekek...Kantoi lu bro....

cuba ko baca betul2 lepat nanti kau akan tahu makna dan bezanya sunnah dgn hadis.

Penting tu, jangan jadi takliq buta aje.Nanti apa orang cakap kau ikut je.

org kata ikut as sunnah dan quran kou ikut je semborono.cittt!!!

aku ingant kan aje.jgn mare!!!

Anonymous
August 15, 2010 at 11:24 PM

Jangan anti ahlul bait wahai pisang,ni ku kepilkan untuk kau baca:

Sabda Rasulullah SAW:

" Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit sedang Ahlul-Baitku keselamatan bagi penghuni bumi"

dan dlm hadis yg lain, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila bintang-bintang lenyap,lenyaplah penghuni langit dan apabila Ahlul-Baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi"

pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)

salam...

Anonymous
August 15, 2010 at 11:26 PM

Siapa yang anti Ahlul bait???

Ko ni buat tuduhan melulu....malu lah sikit.Wekkk!!!

Aku cuma hujjah kan antara sunnah,hadis,quran dan kitabullah.

Apa salah ker???

Anonymous
August 15, 2010 at 11:30 PM

SiLepaT tu bukan anti Ahlul Bat Bro dia cuma salah tafsir antara As Sunnah dengan Hadis,beza Al Quran Dan Kitabullah.itu aje...

Jangan ambil hati Lepat.. Bulan baik Ramadan Al Mubarak ni sesama la kita bermaafa-maafan.

Maaf yer.

August 16, 2010 at 3:06 AM

hebat mahadaya ni...
skli die cakap abes...semue org tunggang langgang jadi.
mmg kuat tipu daya die ni

Telaga Nabi tu apa haaa...
August 17, 2010 at 8:46 PM

Imam Muslim meriwayatkan dalam Shahih-nya, dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mendatangi pekuburan, lalu berkata:

"Salam kesejahteraan atas kalian, wahai penghuni perkampungan kaum Mukminin. Dan aku Insya Allah akan menyusul kalian. Sungguh aku sangat merindukan untuk bertemu dengan saudara-saudara kita," para sahabatpun bertanya: "Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Beliau menjawab,"Kalian adalah para sahabatku, sedangkan saudara-saudara kita adalah mereka yang datang kemudian."

Mereka bertanya,"Bagaimana engkau dapat mengenali umatmu yang belum muncul, wahai Rasulullah?"

Beliau menjawab,"Bagaimana pendapat kalian tentang seorang lelaki yang memiliki seekor kuda yang berwarna putih di antara kuda-kuda hitam pekat? Bukankah ia dapat mengenali kudanya itu?"
"Tentu saja, wahai Rasulullah!" jawab kami.

Rasul melanjutkan: "Sungguh mereka akan datang dengan tanda putih karena air wudhu'. Dan akulah yang mendahului kalian tiba di Haudh (telaga).

Ketahuilah, ada beberapa orang yang terlempar dari Haudhku, sebagaimana terlemparnya unta yang hilang. Aku memanggil mereka: 'Kemarilah,' lalu dikatakan kepadaku,'Sesungguhnya, sepeninggalmu, mereka telah merobah-robah agama,' maka kukatakan,'Menjauhlah, menjauhlah'."

Anonymous
August 17, 2010 at 8:49 PM

Apahal pulak aku nak minta maaf dgn si Sepat Ronggeng tu,

Apa salah aku nak minta maaf.Ke ko yang habis hujjah guna fitnah.Cuba buktikan post aku yang mana ada unsur2 anti ahlul bait???

Anonymous
August 17, 2010 at 9:04 PM

Yang aku tahu ko yang menyempitkan makna Sunnah tu...

mungkin ko ni bukan anti hadis kot.Tapi ada lah sikit bau2 bacangnya...kehkehkeh...

cuba ko celikkan mata hati ko tengok apa maksud sunnah dari kaca mata sadba Rasullullah saw:

"Rasulullah Shallalahu 'alaihi wassalam berkata: "Barangsiapa menjalankan suatu sunnah yang baik , maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa menjalankan suatu sunnah yang buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya." (HR. al-Tirmidhi, no. 2675. Beliau mengatakan, hadits ini sahih hasan)

Bukankah di situ jelas mengatakan sunnah itu satu JALAN,MTHODOLOGY,CARA....

ko aje yang memandai menyempitkan makna sunnah tu sambil ko nisbahkan pada makna ittira'/ahlul bait 100%.

macam anti hadis jer ko ni...

Anonymous
August 17, 2010 at 9:09 PM

Alahai budak pisang belacak ni tak habis-habis gak lagi...

si LepaT pisang ni siap relek 2-3 hari cari modal ye...kehkehkeh!!!

Kou yang bawa hadis dari Dari Jarir ibn 'Abdullah Al-Bajali tu ap[a barang banggg...hakikatnya hadis tu menyuruh org memberi tunjuk ajar yg baik supaya jgn nanti di cerca dek org ramai.apahal lah pula kou nak kaitkan dgn definasi sunnnah.

tak relevan langsung.yang aku tau kou tu yang suka bertakliq buta.ikut-ikutan ulama jadi2an.

tak kenak tafsir sahih dan batilnya.

Anonymous
August 17, 2010 at 9:14 PM

Sape yg tak tau tafsir ni, ko yang suka buat tafsiran yang memandai.

ikut tafsiran kepala lutut. macam al quran tu, sesuka jer ko tafsirkan sebagai kitabullah???

apa tuuuuu!!!!

ko tau tak natijahnya bila org yang mentafsirkan al quran sebagai kitabullah.??
Al quran akan sunyi dari dikaji dan di baca org.sebab org akan melihat al quran hanya sebagai sebuah buku catattan biasa.

helloo! berfkirlah secara sihat!!!

Anonymous
August 17, 2010 at 9:22 PM

Habis tu ,
Kou sukalah org mentafsirkan Al Quran tu sekadar kitab2 yang hanya utk di kaji dan di baca???

Kou macam spesis org yang menyuruh menyembah mahkluk2 jer....

memang ko suka org menyembah huruf2 ijjaiah dalam al qurqn,mendendangkan dgn bunyian yang merdu indah2 kannn kannn!!! siap musabaqah bertaranum bagi....

kau tau tak“Rasullulah saw bersabda:Bersegeralah melakukan amal soleh sebelum datang 6 pekara……..(sambung) adanya manusia yang menjadikan Al Quran sebagai “seruling” dimana mereka akan memajukan salah seorang dari mereka menjadi IMAM,agar dia dapat “menyanyikannya” kepada mereka padahal dia adalah salah seorang yang paling sedikit kefaqihannya”

Cuba kou celikkan mata kou tu pula apa makna ke faqihan tu???

Dah ramaike yg faqih???

Anonymous
August 17, 2010 at 9:27 PM

Memang la ko ni Sepat Ronggeng berbelit macam ular sawa...

ko tak nampak ke betapa banyaknya manfaat dan baraqah dari al quran...

Rasulullah bersabda:

Jika mereka 3 orang, maka hendaklah salah seorang daripada mereka menjadi imam, dan orang yang paling berhak untuk menjadi imam di antara mereka adalah siapa di antara mereka yang PALING BANYAK AL QURANNYA. (HR Muslim, Ahmad, Al-Nasa’i)

Dan untuk menjelaskan makna “ yang lebih al-Qurannya “ di dalam hadith di atas maka Rasulullah saw bersabda:

Hendaklah yang menjadi imam kamu itu orang yang paling banyak hafazan al-quran di antara kamu (HR ‘Amru bin Salamah)

Daripada Abdullah bin Mas’ud ra katanya: Rasulullah saw bersabda:

Yang menjadi imam kaum adalah orang yang paling banyak hafazan al-qurannya; jika mereka sama dalam bacaan, maka siapa di antara mereka yang paling mengetahui al-sunnah, jika mereka sama dalam al-sunnah, maka siapa di antara mereka yang lebih dahulu hijrahnya. Jika sama dalam hijrah, maka siapa di antara mereka yang lebih tua umurnya. (HR Muslim dan Ahmad)

ko faham tak ...etika pemilihan IMAM kat atas tu????

jojo
August 17, 2010 at 9:29 PM

Hek alllaa....

tak habis-habis lagi korang ni buat bising....bulan puasa ni woiii..

kalau nak bising pergilah parlemen...

se dappp yu!!!

Jejai
August 17, 2010 at 9:31 PM

Oiii jojo ,

kau janganlah menyibuk,diorang tu semua Master dalam bidang masing2....

cuba ko tengok hujjah2 diorang tu.Jangan nak harap kau berhujjah,bapak kau suruh pergi sekolah pondok pun kau cabut lari siap tanggal2 kain....keng keng kenggg....

JJ
August 17, 2010 at 9:34 PM

Oppp!!! sori sori Tok tumpang lalu je tadi tu....

exuse me maggi!!!

Anonymous
August 17, 2010 at 9:37 PM

Alahai kerepek pisang sebungkus ni...

sape yg kata baca al quran takde manfaatnya...

Yang aku terangkan dari mula org yang mentafsir dan menjadikan al quran macam simbol-simbol je.,mendendangkannya dgn suara yang indah2,menggunakan alquran utk jampi serapah,buat duit dgn buku tafsir dllln...

Bukan kah itu natijah dari melihat al quran sebagai satu Materi atau kitab2 bertulisan????

keeldai,,,

Anonymous
August 17, 2010 at 9:41 PM

Kalau ko tak melihat sebagai satu kitab bertulis,maka ko kira al quran tu macam illusi jer lah ye???

Ko tak lihat ke dgn daya nalar ko bagaimana al quran diturunkan pada bulan ramadan.Bagimana Rasullullah menyambutnya dari satu peringkat dgn peringkat yang lain????

ko ingat al quran macam cahaya spot light dari langit ker???

Anonymous
August 17, 2010 at 9:47 PM

Alahai si Badut Lepat ni....hujjah dangkal gila macam perigi buta jer...

Kou tau tak Rasullullah SAW tu UMMIY -Tak bolih baca- kou ingat al Quran turun setongkol2 berhuruf bagai ke???

Kou tahu tak Iqra' Rasullullah di gua hira' tu ialah makna pembukaan kesedaran kerohanian Baginda SAW.Mana ada lagi kitab al quran bertulisan pada masa itu...

Iqra' itu melalui Jibrail mahkluk cahaya/malaikat yang membawa CAHAYA...

ko ingat mastu ada Fax,SMS,MMS ke???

Faqir Allah
August 17, 2010 at 9:51 PM

Maaf nak tamabah sikit...

Setau aku nak sampai tahap tafsir begitu mesti ada faktor2 yang harus dimilki oleh orang yang ingin menjadi ahli tafsir alqur’an.

Disamping harus mengusai 14 cabang ilmu lainnya seperti ilmu lughah, nahwu, saraf, balaghah, isytiqoqo, ilmu alma’ani, badi’, bayan, fiqh, aqidah, asbabunuzul, nasikh mansukh, ilmu qiraat, ilmu hadits, usul fiqah ( hukum-hukum furu’) dan ilmu mauhub ( fadhilah alqur’an, syaikh maulana zakariyya).

Ilmu tafsir ini adalah karunia khusus dari Allah swt.

Anonymous
August 17, 2010 at 9:56 PM

Suku sakat lepat ni memang pengikut tegar Si Muawiyah...tapi sembunyi identiti...

Ahlul Bait paling awal sampai di nusantara ni atas hijrah Laksamana Burhanuddin Al Kamil sekitar tahun 1100 cenggitu.
m
Ahlul bait dah menyebarkan Islam kat sini,Tiba2 datang pula Johan D'jani bawa aliran Sunni yang pro muawiyah habis di rosaknya sistenm yang dah bertapak.

tu la sebabnya islam tak stabil sampai hari ni....

si Lepat nila keturunannya...cisss..

Anonymous
August 17, 2010 at 10:02 PM

Memang la patut pun....apa yang sampai pada tahun 1100 tu????

Bukankah itu sejenis Syiah menyembah kuburan,mengkultuskan ahlul bait,aku dengar ada yang minum air cucian kaki lagi,kalau ahlul bait mati kubur di salut dgn emas lip lap lip lap, lagi meratap meraung berhiba berlebih-lebihan macam org menolak takdir kematian....

itulah ikut tafsiran ko kan si ronggenmg...

tu lah sebabnya jangan anhti hadis jangan putar belit al quran.

Anonymous
August 17, 2010 at 10:03 PM

Hek ela kou yang nak menyampuk dah cukup ker ilmu dalam dada tu...

malu lah sikit?????

Anonymous
August 17, 2010 at 10:06 PM

tu yang aku tanya kou awal-awal.Kitab al quran di kumpul zaman Syd Osman,hadis 1 kurun selepas Rasullullah wafat.

Jadi apa maksud sebenar Nabi ikutlah al quran dan sunnah pada hari Haji Wada' tu???sedangkan belum ada lagi kitab2 disemasa khutbah Nabi tu...

kou suka belit tak jawab soalan,asyik pengelat jer...

LepaT pengelat no satu.

Anonymous
August 17, 2010 at 10:10 PM

Kan aku dah terangkan sebelum ni,

ko yang buat-buat tak faham,org yang macam ko nilah yang buatkan org anti hadis bermaharajalela.

suka bawa agama baru,mencipta/tambah hukum dan manhaj/tajdid yang pelik pelik!!!!

Anonymous
August 17, 2010 at 10:21 PM

Si LepaT pisang tanduk ni tak dengar cakap orang.....

dia ingat dia ajer yang betul.Dah mengarut habis dia tak sedar tu...

Kalau aku nak guna hujjah2 hadis dan ayat Al quran berjilid2,aku pun bolih buat...zaman IT maklumat di hujung jari jer.Google jer aku bolih dapat macam2 hadis dan tafsir al quran yang pelbagai.

Tapi apa maknanya tu badut pisang...cuma maklumat saje tanpa HAKIKAT.

Kou tau tak badut,al quran tu bolih di tafsirkan dgn 7 ayat yang berbeza-beza,setiap ayat ada makna zahir dan batinnya.Kou tau betapa banyak tafsiran bolih keluar dari satu ayat????

Imam Ali kata :"kalau aku sarahkan Al Fatihah saja 7 ekor unta penuh dgn bebanan untuk memikul kitab-kitab yang banyak tu".Kou faham badut???

Begitu juga hadis2 kou ingat setiap Sabda Rasullulah tu tak de makna zahir dan batinnya ke???

Contohnya cuba kou ambil hadis futuristik macam kedatangan Imam Mahdi.Rupa parasnya,masa keluar dan lain2.Sampai hari ini berapa ramai org yang mentafsirkan salah sebab tak tahu maksud sebenar apa yang Rasullullah SAW cuba sampaikan.

Itu lah yang aku cuba terangkan kat kou dari mula.

jangan jadi pengelat.

Anonymous
August 17, 2010 at 10:26 PM

Pisang!!! kalau kou dah nekad sangat meh sini aku tanya.

Macamana kou AMALkan 600 ribu hadis dan 6 ribu lebih ayat-ayat al quran yang turun tu????

Haa,,cuba kou terangkan dan ajarkan kat aku macamana caranya!!!

Aku tak leh nak buat tu.Kalau kou tak amalkan seluruhnya serupa juga macam kou menafikan hadis/L Quran tu.Sedangkan tolak/tinggalkan satu ayat aje dah kira MURTAD!!!!

Anonymous
August 17, 2010 at 10:28 PM

Apa lojiknya soalan ko ni???

Bukankah Nabi SAW bersabda :” Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah Akan Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui”.

Bukan kah di situ jelas amalkan saja lah yg kita tau.

Yang kou nak buat yg tak mampu sape suruh...

Anonymous
August 17, 2010 at 10:30 PM

Kalau ilmu yang memang kou tahu,tapi tak jugak kou amalkan .

haaa...macamana tu?????

Baru Faqir Baru
August 17, 2010 at 10:37 PM

Manusia Bro,terbahagi kepada beberapa bahagian pengabdian/pemujaan:

1.Penyembahan kepada bentuk melalui imaginasi,kreativiti,citra,ideologi,falsafah,materi dlln masuk kategori Bahala Materi.

2.Penyembahan kepada Abstrak seperti NamaNya,SifatNya,affaalNya,mencipta tuhan dalam hati dlln masuk kategori Bahala Abstrak

3.Penyembahan dengan memodelkan tuhan dalam bentuk manusia,manusia separuh dewa,roh2,malaikat,jin dlln
masuk kategori Bahala Peringkat Tinggi.

4.Penyembahan Kepada Tuhan yang ideal-Tidak Menyerupai SEgala Sesuatu_masuk dalam kategori Bebas Dari Pembahalaan.


salamm mesra

Anonymous
August 17, 2010 at 10:37 PM

Bro petang ni jom kita buka kat Sri hartamas,Bkt Kiara...

Anonymous
August 17, 2010 at 10:38 PM

bolih gak LepaT,nanti aku SMS kou.
Kita singgah dula kat bazaar ramadan...OK

jj
August 17, 2010 at 10:39 PM

nak ikut...nak ikut....

Anonymous
August 19, 2010 at 11:39 PM

(Tobat Maksiat) :

dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

astaghfirullahal'azim

reff:
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuma satu kali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat

cepat ucap astaghfirullahal'azim

pandanglah ke sana
lihat yang disana
mereka yang terbaring di tanah
bukanlah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka

astaghfirullahal'azim

repeat reff:

cepat ucap astaghfirullahal'azim

repeat reff:

cepat ucap astaghfirullahal'azim
cepat ucap astaghfirullahal'azim

Lirik lagu Tomat (Tobat Maksiat) - Wali Band

Anonymous
August 20, 2010 at 12:23 AM

Aku rasa, org yg bertanya pun..tanya tempat salah..hal2 ugama tanya la pada yg arif, ustaz2ke...ini tidak tanya ruangan nusanaga plak... tokey sini pun dan pada pengomen bukanlah org yg arif dan beri hujah..ini semua org2biasa yg serba kekurangan.

Lagi satu, bila dah gaduh2 ni nampak cam semua nya nak dihumbankan ke dalam neraka. Pussss...tiup dek angin ribut topan..menggelupur semua hancusss...

Siti Kemboja
August 20, 2010 at 12:29 AM

as-sunnah tu, dikira contoh tauladan yg diambil dari kehidupan nabi.

contohnya, macam sembahyang terawikh, nabi buat 8 rakaat...kita ikut ler....kalau nak lebih pahala pun boleh..buatlah 20..takda masalahnya.

Jadi, bila ada org memperkecilkan semabahyang terawih 8 rakaat, tak lah menjadi kesalahan kerana ada contohnya dari Nabi.

Ini maksud as-sunnah. Jadi perkara2contoh ni bukan setakat bab sembahyang, malah banyak ler hal2 kehidupan.

Hadis pula yg disebut oleh perawi2..sebagai membuktikan apa yg pernah dilakukan oleh nabi, disebut oleh rakan, sahabat dan mereka yg hidup sezaman, jadi semua ini direkodkan dan dinamakan hadis, sebab ianya di kisahkan oleh org2 tersebut, apakala mereka melihat apa yg nabi lakukan.

Jadi, kita mengikut Al-Quran sebagai guideline asas yg terbesar dan perincian nya di contohkan dalam kehidupan nabi sebagai ikutan umatnya.

Anonymous
August 20, 2010 at 8:32 PM

Hahaha...candat dah melekat.

Kapal layar pun dah muncul tumpang semangkuk.Setau aku logo kapal layar tu diguna parti perikatan tahun 60an dulu.orang dah tak guna dah.

Kicap
August 20, 2010 at 8:34 PM

Imam Mahdi parti ikan layar tu ...make budduuu!!Pok Nik ore' Kelate'.....

Bolih bisness budu weiii....demo tak trun ke laut ko musing tengkujuh ni awe?

budu
August 20, 2010 at 8:36 PM

tak turun weii..air besar ! takut kapal layar kayu pecah di pukul angin linte'.

Kawe nak unjuk makna tuhan Allah ke agung....hehehe!!!

Anonymous
August 20, 2010 at 8:42 PM

oiii Awe'...

tu kira iqtiqad Tuhan Bertempat tu...kira salah aqidah keluar iqtiqad yang haq.

Kata Baru Faqir Baru iqtiqad begitu termasuk kategori Bahala Peringkat Tinggi.Sama lah macam Dajjal...jangan2 mu ni 30 Dajje kecik tak ataupun 30 Imam Mahdi palsu tu????


Dalam web site mu gambar tuhan yang perut boroi tu yang lawak habisss tu....zikir2 siap ada gambar terangkat songkok sekali....warggghhkakakaka...


mu antar surat ke agung buat gapo?mu ingat bumi ni tak do tuan punya nya ke? Agung dan kerajaan pun ikut kata tuhan dio ...mu tahu tak?

chek Awe'''
August 20, 2010 at 8:44 PM

Sapo dio tuan punya bumi ni??????

Anonymous
August 20, 2010 at 8:47 PM

Hok allaao...awe donde'...mu ni jauh terkebelake'...bukankah tuhan gyoyak dalam quran :'Bumi ini di warisi orang-orang beriman/soleh"

E... e,,,mu tak tahu lagi ke?

Anonymous
August 20, 2010 at 8:49 PM

Macamana budu busukkk tu nak tau...asyik duduk dalam kapal layar jer....kapal dah bocor pun tak sedar juga.

Kapal dah lah fesyen tradisional.Orang dah pakai Sub- Marines dia pakai kapal kayu buruk jugak lagi...macam mana nak pergi perang.

Kolot tahap cipannnnnn???

Kayuuu...

Anonymous
August 20, 2010 at 8:52 PM

Aku rasa comman Kapten Kapal layar Buruk tu mesti cam ni:"Lebarkan Layar!!!".....jawab anak kapal:"aiii,,,Aiiii....Chipp!!!!"...

"Naikkan sauh!"jawab anak kapal lagi:"aiii,,,Aiiii....Chipp!!!!"


hahahah.....

Anonymous
August 20, 2010 at 8:55 PM

laaa...Kalau kau nak tau...si Jhonny Depp a.k.a Kapten Jack Sparrow tu la jadii kaptennya!!!

kan diorang pernah sampai ke hujung dunia,singgah di Johor/Tamasek.

tu yang buka branch kat Johotr tu...

Anonymous
August 20, 2010 at 8:56 PM

Aikh....ni dah macam cerita Pirate of Johor ni...

Kapal tu mesti nama Budu Layar Kan????

Anonymous
August 20, 2010 at 8:57 PM

tak lah!!!!


Budu Bahtera....nama barunya.

Loyar Buruk Punya Kapal....
August 20, 2010 at 9:03 PM

kakakakak!!!

lawak betul....Jack Sparrow tu kompas nyer dah rosak.

kapal berlayar asyikk sesat memanjang ...elok lah kembalai ke pangkal jalan

Kalau tak elok camni:

Katakanlah (wahai Muhammad):

“Wahai orang-orang yang berugama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati sekarang juga, jika betul kamu orang-orang yang benar!”


Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.


Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”.

dari surah Al Jumuah:6-8


Kalau dah benar sangat ...haaaa mati lah sekarang kami nak tengok!!!

Anonymous
August 20, 2010 at 9:08 PM

Mahunya nak berani mati macam cabaran Allah SWT ke Yahudi tu.

Kapal layr Bruk tu krunya buat bisness dgn agama.

cuba korang tengok siap kluar CD lagi...
Bisness geng...mariiii!!! mariii!!! seploh hinggit...seploh hinggit!!!

hahahah!!!

Anonymous
August 20, 2010 at 9:11 PM

kehhhkehhhhkehhh...

gelihati kawe baconya....

Maaf yer.Tuan blog kami semua tumpang berteduh jer....tiba2 joran kapal layar di sambar raksasa kraken...apa lagi melingkau lah rod...tali pancing tegangg gilerrrr yuuu...

Dong wolii...u not elonn...

yes no al light..

harap faham...
August 20, 2010 at 9:30 PM

(((Aku rasa, org yg bertanya pun..tanya tempat salah..hal2 ugama tanya la pada yg arif, ustaz2ke...ini tidak tanya ruangan nusanaga plak... tokey sini pun dan pada pengomen bukanlah org yg arif dan beri hujah..ini semua org2biasa yg serba kekurangan.))))


*****************************8

betul tu....

nak photoste pegilah kedai photaste, yang pergi kedai besi kapal yar buruk siapa suruh.

Anonymous
August 22, 2010 at 12:53 AM

Betul Dajal telah muncul, akhir zaman telah dekat..penganut Islam berbalah balah,..tunjuk pandai dalam agama walaupun bukan ahlinya..
sudah jangan berbalah lagi, perbalahan ni lebih menyesatkan kita..berbincang dengan ilmiah..adakah anda semua ahli / gurunya di dalam hal sunnah, hadis? Jika tidak tutup mulut anda..kalau tau sedikit, simpan baik baik kerana anda tidak layak berkata kata tentang perkara yang anda sendiri tidak faham...

Anonymous
August 22, 2010 at 8:22 PM

Sepatutnya bincanglah elok-elok.

gaduh gaduh amalan syaitan.Kalau bulan puasa ni syaitan jin tak de tapi yang ada syaitan bentuk manusia...

Ahlan Imanshah
August 22, 2010 at 8:25 PM

akhi-akhi semua .

Hamba nak tanya sikit lah tak banyak...

Macamana orang yg dikatakan dah Tamat jalan atau tamat pengkajiannya tu?

ni tanya ikhlas ni bukan bohong.

hamba betul-betul nak tahu.

Anonymous
August 22, 2010 at 8:47 PM

Cerita setan jin tu teringat aku kawan lama tersampuk setan beragas satu masa dulu,

Dia ni cerita nya kengkonon dah sampai tahap Tinggi dalam perjalanan kerohanian Kewalian.

Maka dia kata dah jumpa Tuhan mukanya sebijik macam muka dia....hahaha.

Kiranya dia tak payah solat,puasa dlln ikut ritual syariat agama.Ibadah tu bagi dia ikut Suka Aku.Maknanya diri sendiri yg menentukan hukum-hakam.Nak buat ke tak buat.Tengkoraknya tu.


Satu hari ditakdirkan Allah jiwanya kacau bilau,konon nampak tuhan,nampak itu,nampak macam2 lagi hal2 ghaib.Padahal Jiwanya tak mampu lagi nak tampung hal-hal yang macam tu.

Dia dah jadi tak betul pula dah.Tak bolih berfikir rasional tak serupa org lain.Sewel kejap datang kejap tidak,baik kejap kejap tak baik.Siap mengaku wali ghaus,imam mahdi,Syekh Abd Qadir dan macam2 lagi..siap tafsir macam2 lagi ayat2 al quran dan hadis .......badan seram sejuk,pening2 kepala,demam panas dlln.

Nasib nya agak baik ada yg ingin nak tolong.Kawan pun tolong lah juga teropong-teropong akhirnya bukan nya nampak Tuhan tapi Hantu Raya moyangnya yg sebijik rupa dia.

Hantu keturunan dah beranak pinak cari waris.Bila di penggal kepala bukan nya mati gitu-gitu aje bolih hidup balik.

Lastly dipasung dalam buluh tumpat.Jenuh nak rawat berpuluh2 ekor.Busuk-busuk hapak lak tu.

Ha...tu lah ceritanya org yang ribut tak tentu hala.Hakikatnya Orang yg sampai ke wilayah ketuhanan yg haq, lagi lama lagi dia Diam,senyap....sebab tak tergapai ilmu utk menceritakannya keagungan dan keindahan Ketuhanan itu.

mana ada buat2 cerita ke orang siap promosi diri wali itu wali ini Imam Mahdi dlln.....bohong semua itu!!!!!


itu lah sekadar pengalaman utk kongsi bulan puasa ni.

Anonymous
August 22, 2010 at 8:52 PM

Ahlan Wa sahlan,

Aku tak lah pandai sangat nak jawab soalan kau ni.

Sampai tu melalui kaedah Kematian(Kena ada Guru yg Haq).Mati tu pula kena habis bukan sebahagian aje.

Maksudnya mati jasad dulu sekali lepas tu mati pula Roh.

Dua-dua kena mati.Baru tamat.

Anonymous
August 22, 2010 at 8:55 PM

Akhi kiranya dua kali mati lah ye?

Kalau yg nampak wajah2 tu macam mana?

Anonymous
August 22, 2010 at 9:06 PM

Yup!!! kena dua kali mati berturut2.

Kalau Roh tak mati ianya masih lagi bersifat,berbentuk berupa-rupa.Ada tangan ada kaki kepala anggota dsbnya.

Roh di ciptakan kemudian baru memiliki sifat keabadian,ilmu,qudrat,iradat dlln sebagai serana keperluan seorang khalifah di bumi.


sedangkan kita menuju "Laisyai kamislihi syaiun"(tak ada satu pun yang menyerupaiNya)

....Wajah2 tu kena ada Guru yang pimpin.Iblis/Setan/ pun bolih menyerupai wajah kita di depan kita.Tapi muka je sama badan mungkin bentuk lain.Jadi kat situ menunjukkan bukanlah sama wajah atau rupa.Dia bijak menipu kita.

Wajah kita pun sentiasa berubah2,hari ini ada jerawat,esok mungkin tidak,hari ini rambut panjang,esok pendek,kejap kurus kejap gemuk dan boroi....jadi wajah dan rupa mana yang serupa tu?????

entah-entah iblis yang berupa-rupa!!!!!Eeee...seram you...

Anonymous
August 22, 2010 at 9:09 PM

Akhi Fana' dan Baqa' tu camana?

Anonymous
August 22, 2010 at 9:15 PM

Fana' dan Baqa' tu proses aje...kau jangan keliru.

Yang ni kau kena ada pengalaman,tak bolih terangkan gitu2 aje.Pasal ia melibatkan ilmu Rasa.

Rasa adalah Ilmu faham bukan ilmu hafal.

Bukankah pengalman itu guru yang baik?Tapi tetap perlu ada guru hidup.

salam

Anonymous
August 22, 2010 at 9:20 PM

>>>>>>Betul Dajal telah muncul, akhir zaman telah dekat..penganut Islam berbalah balah,..tunjuk pandai dalam agama walaupun bukan ahlinya..<<<<<

Dari Ano,August 22, 2010 12:53 AM

********************************88

Bolih tunjuk tak, siapakah yang betul-betul ahlinya itu.

Kami mencari guru yang Haq.Setau kami Imam Mahdi dan Nabi Isa yang ditunggu,kerana yang ada hari ini para Munafik sahaja.

Kalau munafik2 tu betul kenapa Allah utuskan Imam Mahdi dan Nabi Isa ???apa guna mereka di utuskan.

Jadi jangan mudah percaya dgn org.

Anonymous
August 22, 2010 at 9:21 PM

ya setuju!! sekarang ni agama sudah rosak teruk.

Anonymous
August 22, 2010 at 9:29 PM

Yang ada hari ini cuma guru-guru yang menjaga dan bertahan sahaja.


Ibarat menjaga bara api jangan terpadan.... itu sahaja.....

Mereka tak mampu menyalakan api itu.Kalau bolih takkana agama dhina dan di putar belitkan ke orang.

Macam PBT tu juga lah?Di malaysia ada mengaku PBT,Di Iran pun ada,Di indonesia pun ada juga....Ramai yang mengaku, hakikatnya Jenama PBT tu di salah guna kan orang yang berkepentingan...

tulah rosak...fassad...

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger