Total Pageviews

360 darjah kemusnahan : Renungan 3


dari yahoogroup SiberMelayu:

Bismillahirrahmanirahim

Assalamu'alaikum

Saya ingin bahawa Abuya dan Sayidi Syeikh Suhaimi Suhaimi sudah zahir di bumi
Makkah Al-Mukarramah pada sabtu 20 November lepas sehari selepas tamat musim
haji.

Saya difahamkan kali ini akan berlaku satu tapisan besar-besaran yang dilakukan
sendiri oleh Sayidi Syeikh untuk memastikan anggota jemaah kebenaran terdiri
daripada orang-orang yang solid dalam perjuangan.

Tiada siapa yang tahu samada dia selamat atau tidak dalam menghadapi ujian besar
ini dimana org yang meyakini kemunculan Imam Mahdi akan tidak yakin dengan Imam
Mahdi itu sendiri. Peluang masih lagi terbuka namun Allah swt, Rasulullah saw, Abuya dan Sayidi
Syeikh sendiri yang tahu siapa benar-benar akan kekal. Saya yang menulis ini pun mungkin kalah dalam ujian ini wallahua'lam

...............................................................


Di atas adalah petikan dari Yahoo group tentang reinkarnasi Abuya yang mana telah pun di war-warkan di kebanyakkan media sehinggakan pernah TV1 membuat liputan tentang kisah ini dan pengikutnya itu sungguh percaya tentang reinkarnasi ini. Jadi, apakah pengikut itu benar atau tidak. Maka, di sini saya cuba untuk memberi penerangan. Mudah-mudahan saya yang hina di mata manusia ini dapat memberi sedikit informasi tentang perkara ini. Persoalannya, apakah perkara ini benar?

Kadang2 golonagn fanatik Abuya menyebabkan perkara ni jadi semakin keterlaluan. lalu mengakibatkan ketidakpercayaan rakyat pada perihal mahdi. dan itulah misi dajjal sebenarnya. bila tiada kepercayaan, dialah satu2 'penyelamat' dunia sejagat. Masalah bukannya pada Dajjal. Masalah sebenar adalah 'kepada siapa iktikad keimanan itu di sandarkan'. Meskipun kita berjubah berjilbab, tapi jika iktikad keimanan masih di sandar pada makhluk, makanya ia bukan beriman lagi. Iman tiada 99.99%. Iman adalah 100%, barulah di gelar beriman. Itulah kata seorang mualim pada saya sekitar bulan lepas.

Saya pernah tnya beberapa orang tua dan sekitar tentang ini dan di katakan yang benar2 mengikut mahdi berjuang adalah mereka yang telah pun terpilih sejak azali lagi. ianya bukan penapisan saja tp ia memang 'plan'. Ada yang mengatakan, awal dunia begitu, akhir dunia pun 'orang' yang sama juga.

Perkara ni ada kaitan dgn makrifat hakikat juga dan agak fantasi bagi sesiapa yang tak boleh percaya. Apapun, tak perlulah kita terlampau memperjuangkan islam demi mahdi kerana itu dah menyalahi adatnya.

Berjuanglah islam kerana Allah yang tentukan semuanya. Baik kekalahan dan kemenangan dan siapa, DIA tentukan.

Bagaimana caranya tu;
teringat kisah 13 mei di mana para pendekar sebenar yang datang membantu bukanlah mereka yang bercakap berapi-api di pentas dan di kalangan rakyat, tapi mereka yang sedang berkebun, tiba-tiba muncul di dalam kancah perang dan mereka memenangi peperangan itu.

Itulah ikhlas dalam perjuangan. Niat 'aku hidup kerana ALLAH, aku akan bantu agama yang di redhai ALLAH'. Kemudian, keizinan DIA lah yang menentukan segala-galanya. DIA memilih siapa yang di kehendakiNYA. DIA yang memilih siapa yang hendak di beri kemenangan pada akhirnya.

Apa yang kita harus buat ialah, "aku adalah hamba Mu. Aku di cipta untuk Aku mengenali Mu. Tiadalah sia-sia KAU ciptakan segala-galanya demi Aku mengenali Mu, baik angin dalam nafas ku, baik panas dalam darahku, baik tanah dalam jasadku dan baik cahaya dalam Rohku.Maka, berikanlah hidayah Mu yang sungguh mahal harganya untuk Aku mengenali DIA ya rabbal Alamin"
Share this post :

+ comments + 21 comments

November 28, 2010 at 7:25 PM

Hamba telah tanyakan ustaz JAKIM untuk maksud ALLAH itu dan beliau gagal menjwbnya. Jadi ALLAH itu tidak bermakna dan hamba katakan mustahil nabi menyembah tuhan yg tidak bermakna. Hamba katakan hamba baca al quran tanpa baris dan tuhan ialah AL (Segala) LAHA (Milik Dia). Sudah semestinya sesiapa yg mengikuti hamba adalah manusia yg berakal dan mencari kebenaran bukan bertaklid buta.

Hamba Allah
November 30, 2010 at 5:58 PM

Bismillahirahamanirahim...

Al Mahadaya, ALLAH itu bermaksud Tuhan Alam Semesta, Dia yang Satu tiada duanya, Yang Berdiri dengan sendiriNya, tidak berberanak dan dipernakan, Tiada yang bersamaan denganNya. Saya menjawab bagi pihak Jakim. AL Quran dan Hadis bukan hanya untuk bacaan, adalah tetapi untuk penerapan didalam kehidupan.

November 30, 2010 at 6:56 PM

Itu bukan maksud ALLAH itu adalah sifat2 tuhan dan org hindhu pun jwb yg sama dgn tuan hamba jika ditanya apa itu tuhan. Jadi, org Islam menyembah tuhan yg tidak bermakna dan mengada2kan hukum agama yg di tulis oleh manusia sendiri melalui hadis. Kiranya tuhan org Islam adalah manusia sendiri yg mendtgkan hukum2 dan menolak hukum2 kitab.

Hamba Allah
November 30, 2010 at 8:43 PM

Bismillahirahamanirahim...

Bukankah sifat Allah itu ada 20 semuanya? Kenapa terlalu cepat membuat kesimpulan? Kenapa perlu nak menghindukan orang lain tanpa usul periksa? Dan siapakah yang menolak hukum kitab? Kiranya anda dipihak yang benar, apakah itu caranya akhlak yang di ajarkan pada anda? Jika itu pendapat tuan hamba silakan... Engkau dengan jalan mu dan aku dengan jalan ku.

November 30, 2010 at 9:02 PM

Akhlaq hamba seperti nabi hamba di dlm al quran.
Mahamada itu adalah utusan Allaha dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allaha dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allaha hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir. Allaha menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (29) Al Fath

Dark Angle..the lost soul...
November 30, 2010 at 11:28 PM

salam.

insan juga hamba itu adalah rahsia allah.
berdiri sifat allah pada hambanya,sedangkan zat,sifat, asma',afal tidak bercerai.
bahkan segala rahsia allah berdiri pada hambanya.
untunglah bagi sesiapa yang mengenal diri.
berbahgialah kepada sesiapa yang mati sebelum mati.
diri ini menjadi rahsia kerana untuk dikenali dan apabila sudah dikenali tidak lagi menjadi rahsia.kerana yang rahsia itu adalah allah jua.
ghaibul ghaib.

wasalam.

December 1, 2010 at 4:51 PM

Tuhan itu hebat dan ini bermaksud menjadi hambaNya perlulah mempamerkan kehebatan yg dikurniakan. Hamba diajar ilmu2 yg dgnnya berupaya menakluk semesta alam serta mengagungkan kebesaran tuhan. Rahsia akhir zaman mmg telah dirancang sebegitu rupa dan kebanyakan manusia gagal memahami apa sebenarnya yg akan berlaku.

Anonymous
December 1, 2010 at 6:23 PM

ALLAH itu KEKAL

Anonymous
December 1, 2010 at 10:11 PM

Salam.
Nabi suruh kita,

mencari diri..panjang kisahnya..
mengenal diri..dalam ceritanya..
tahu diri..dimana duduk letaknya..

barulah cantik cerita kita dgn dia..

Wassalam.

the nothing.

Anonymous
December 4, 2010 at 6:00 AM

Aku bersaksi dengan nama Allah- iaitu nama yang tiada lain melainkan Dzat wajibal wujud, sekian asma' afaal' dan sifat brbilang tak terbilang, tidak berceraipisah nyata hanya setelah tajalli. Jallajalallah! subhanahu wa taala.

Selayaknya hanya Allah disembah kerana hanya sa nya menolak mudharat dan datang menafaat.

Maka aku menolak segala zalim Dholalah dengan memberi ingatan sekali ini sahaja akan Mahadaya-anda melampaui batasan

nouk ijio hewba
December 6, 2010 at 11:16 PM

salamun,

aku sekadar nak menguji sejauh mana 'kenal' yang nyata lagi
'kasyaf' makhluk yang bernama mahadaya.harap sudi untuk beliau huraikan..jika dia sebenar-benar kenal akan ilmu al-khalik.

-huraikan bagiku tentang 'rijalul ghoib',nyatakan tentang nama2 mereka?dimana tersimpannya mereka disaat ini?urusan allah yang bagaimanakah mereka ini?

-embah khaidir a.s,dibumi manakah berpijaknya kini?siapakah yang menemaninya?apakah urusannya yang tersirat pada tanggal muharram ini?

-lapisan bumi yang manakah terhimpun dan tersimpannya 'pancaran nur ilahi'?

sekian,
wasalam.

December 7, 2010 at 10:57 PM

Tuan Hamba Nouk,
Hamba betulkan perkataan ini, Rajala Al Ghayaba yg bermaksud lelaki2 ghaib. Apabila menyebut lelaki2, bermaksud mereka ini adalah manusia namun bukanlah anak Adam tetapi keturunan Jana yg bertanggungjwb menjaga 4 penjuru alam. Jika hamba berikan nama2nya tidak berguna kpd tuan hamba kerana mereka ini adalah menganuti agama Asalama. A-Kami, Salama-Selamat.
Terdpt 3 tingkat alam iaitu Alam Bawah, Alam Nyata dan Alam Tinggi. Alam tinggi menurut al quran adalah kerajaan tuhan di langit yg mengatur segala urusan yg di amanahkan tuhan. Adama berasal dari alam ini seblm turun ke bumi dan keturunannya yg beriman dikenali di alam ini. Syurga sentiasa ada dilangit, hanya hijab yg menutup penglihatan manusia.

Anonymous
December 9, 2010 at 11:08 PM

tenggelam cerita abuya come back...hahaha!!!

Anonymous
December 11, 2010 at 10:01 PM

Daripada percaya reinkresi Abuya and the konco-konconya,lebih baik kita harapkan Rasullullah,Nabi Ibrahim,Ismail,Musa dan lain2 berreinkrasi untuk setelkan masalah manusia dan kemanusiaan ni....setakat minta abuya hidup balik...huhuhu!!! apa klas!..

Leman
December 11, 2010 at 10:02 PM

Diorang banyak terikut kajian Nostradamus,Percaya total tentang pembangkit dari timur...padahal sebelum tu lagi Hitler dah lama mengkaji kasus-kasus kitab nostradamus,kuil mesir Iraq dan lain2 lagi sama macam tu.

tu sebab Hitler bercta-cita tinggi menakluk seluruh dunia.Lepas tu hitler banyak mengkaji hal-hal penakluk baru dan masa depan.....kalau sesape mengkaji cerita konspirasi Jerman mesti tau cerita ni.

PBT ni di Iran pun ada juga yg mengaku sebagai PBT,di Yaman,Jordan dan Tanah Hijaz Arab pun ada.... di nusantara pun ada jugak PBT ke!!!! ayoyo !!! mana satu dey tambi cik yg original punya...

Anonymous
December 11, 2010 at 10:03 PM

NASIHAT BUAT AHLI RUFAQA DAN AL ARQAM!!!

"Percaya pada takdir Tuhan,
Salah satu ajaran Aqidah Rukun Iman,
Takdir Tuhan bukan sahaja di suruh percaya atas dasar ilmu wahyu dan ilmu Tuhan,
Ia mesti di jadikan keyakinan,pegangan dan di hayati dalam persaan dan tindakkan....."

Jika takdir berlaku tidak sama dengan tindakkan,
Dan Perasaan,ia satu kesalahan dan kejahatan..."

Kecacatan Aqidah tidak sama dengan kecacatan Syariat Islam,
Aqidah cacat bolih merosakkan Iman,
Syariat cacat sekadarkan Haram....'

(Petikan puitis dari Abuya.2:12:2004,menjelang Zuhur)

**********************************************************

Perhatikan betul2 dari puisi Asaari 6 tahun sebelum meninggal.....takdir tak bolih di ubah-ubah tetapi perlu di imani....untuk berjuang tak salah tapi yang salah besarnya berjuang atas jalan yang lurus atas kebatilan.

Takdir kematian mana bolih di ubah.Mati tetap mati.

December 11, 2010 at 10:06 PM

Assari b. Mohamad bukan PBT yang ori!!!!

PBT ori ada paten perjuangan yang tersendiri dan tak ciplak mana hak cipta orang lain.

PBT asli bukan Mujadid tetapi Muhyidin.Mujadid asyik ubah suai hukum dan tajdid,reform dan revolusi bawa benda yg entah apa2 ubah suai dari benda2 lama.

Muhyiddin menghidupkan fikrah Agama yang asli yang orang lain tak pernah terfikir nak buat.

PBT asli bukan pejuang ortodok dan gaya konvensional yang buka kilang kicap,jual buku,buat banglo atas tanah,biness dgn duit kertas,berubat dgn alat scanner penggaru belakang,dan lain-lain lagi...

tetapi PBT yang asli menbina bangunan atas angin,atas permukaan air,faham teori apungan,mencipta kenderaan eletro magnetik yang canggih,mengajar orang kenyang tanpa makan bukan mati banyak makan atau mati tak makan,mengajar taqwa hakiki untuk memperolihi rahmat Allah,Membawa sistem perubatan yang holistik percuma,"berniaga" dengan ihsan tanpa imbuhan wang apatah lagi beriba raba-raba,membentuk rangkaian kepimpinan spiritual dan fizikal dengan kerajaan para wali pilihan Allah tanpa perlu tapis menapis seterusnya ada banyak lagi....

ini bukan cakap kosong tapi sudah di temui dalam kajian yang peuh saintifik dengan fakta sains dan hujjah berdallil serta nas...

orang persimpati Abuya bolih baca kat link sini(copy ke addres kalau tak bolih klik):::

http://www.imam-al-mahdi.com/

http://www.harunyahya.com/indo/buku/mahdi04.htm

http://www.harunyahya.com/indo/buku/mahdi06.htm

http://www.harunyahya.com/

http://www.harunyahya.com/books/science/electricity/electricity_01.php

ada banyak lagi kajian macam ni....perhatikan lah betapa canggih dan terkininya kajian begini wahai X-ARQAM...barulah bolih dikatakan satu GAGASAN dan WAWASAN...seorang pemimpin yg haq mana ada buat janji yang bukan-bukan dgn pengikutnya...janji mahdi kuar tahun 1995 tak juga terpacul,pospone pulak 2000 tak juga ada batang hidung tahun 2005 lagi lah out....sampai akhir hayat pun tak juga nampak kalibat mehdi...apa tu!!! lu pikirlah sendiri...

Anonymous
December 11, 2010 at 10:10 PM

Betul tu!!!menarik sungguh dari Harun Yahya tu!!!aku memang mengharapkan PBT yang sebegitu bukan setakat tulis buku,jual kitab,bukak kilang kropok dan masuk bisness internet....hehehe!!!...bosan betul PBT cenggitu...tak machooo!!!


Hitler yg perasan mujadid pun tahu mencipta UFO dari kuasa vortek,Buat projek timelesnes,Zero Zone dan berbagai lagi projek besar RAHSIA yg pernah di rompak US lepas perang dulu.Pemikiran Hitler seperti ingin meniru Nabi Sulaiman, persis Hitler seorang pembaharu....

Yang bestnya Hitler kata akan lahir seorang lain yg lagi terer darinya menjelang new millinium....

tapi bukan abuya lah!!!

nanti jangan terkejut pulak geng abuaya ni klaim anak2 abuya jadi reinkrasi abuya ke dua pula....hahahaha!!!lepas tu buatlah hal-mengarut kumpul orang Melayu balik...heheheh!!!podah...

aku ingatkan ajer....jangan ciplak haq orang lain...nanti kena saman dengan IM nanti baru tau...

Anonymous
December 11, 2010 at 10:12 PM

Bila aku masuk baca komen korang petang ni...

baru lah panas cikit board komen kalau tak tu hambar jer!!!!

Salam ...TQ atas info tu kengkawan..nanti aku sampaikan pada yg lain...

Anonymous
December 12, 2010 at 6:26 AM

Komen sebegini lbh baik dr komen Mahadaya pastinya mudh2an dpt Ilmu dr komen sebegini

December 12, 2010 at 7:16 PM

Blog hamba hanya menyampaikan ilmu2 yg akan membawa manusia kpd maksud beriman. Tanpa ilmu manusia itu jahil dan bila jahil, manusia mencari pergantungan kpd makhluk spt muhammad. Hamba tidak memaksa manusia kerana hidayah tuhan itu milik mutlak tuhan yg maha kuasa. Hamba menyediakan jalan kpd manusia kerana kebangkitan agama tuhan akan menyaksikan kembalinya kekuasaan manusia yg dijanjikan sebagai umat terbaik. http://mahadaya-asalama.blogspot.com

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger