Total Pageviews

Surat terbuka untuk Perdana menteri

salam...

Untuk hari ini, saya mahu berkongsi suatu post yang amat berani bagi saya dari seorang remaja. Beliau amat berani untuk menulis surat terbuka ini (meskipun di sebarkan secara tidak berkesan), dan beliau berani memaparkan namanya sendiri yang bagi saya jarang ada pada orang dewasa kini (bukan untuk cetus perang orang muda-orang tua, ya).

Tapi, di sini saya nak tegaskan bahawa kaum muda kini sudah berani untuk bersuara kerana kaum muda amat sensitif dan sudah cerdik untuk mendedakan mana baik mana buruk. Jika kaum tua yang berkuasa memberikan kami hiburan, itulah makanan kami, tapi jangan salahkan kami andai perkara buruk terjadi dan kepentingan kaum tua tidak di ikuti. Kaum muda amat mudah terpengaruh dan amat mudah juga untuk beralih paksi. Tapi, tak semuanya mampu di manipulasi. Ternyata kini, makin ramai yang berani menyuarakan pandangan mereka dan ada kalanya tidak di dengari. Bila tak di dengari, kesalahan demi kesalahan di letakkan pada kaum muda, jangan terperanjat jika suatu ketika kaum muda merusuh.

Ini buka kerana jahatnya mereka, tapi ini kerana MEREKA DI "DESIGN" untuk menjadi jahat. Andai baik corak lukisan sejak kecil, maka mudanya sungguh cantik dan masa tuanya menjadi 'master pieces' untuk tiap mata memandang. Bukankah itu yang di cari?!

Tapi, mungkin juga artikel ini di tulis oleh seorang dewasa yang mengaku seorang remaja 19 tahun. Apapun, marilah kita mengambil ikhtibar dan isu yang ingin di sampaikan dalam surat ini.

Baiklah, saya mempersembahkan satu nukilsan anak muda dan di harap kita makin berani untuk membetulkan keadaan supaya yang adil akan di letakkan di tempatnya. Insyallah. (Bukan menghasut ya, tapi inilah fakta).

.................................................................................


Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.


Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).
Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.


Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.


Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!


Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.


DASAR


Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?


Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?


Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.


Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.


Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!


Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?


PELAN TRANSFORMASI EKONOMI


Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.


Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.


Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.


Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.


Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?


Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.


Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?


IFF dan AURAT


Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.


Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?


Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?






JUDI


Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?


Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?


Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?


Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?


KEMISKINAN dan HARGA NAIK


Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.


Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.


Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!


Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).


Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.


Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.


Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.


SUARA RAKYAT


Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.


Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.


Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.


Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?


Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.


Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?


Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?


REFORMASI


Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.


Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.


Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.


Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.


Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?


Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.


Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

..............................................................................................

maaflah jika artikel kali ini agak panjang, tapi jika anda berani seperti penulis di atas, apa salahnya anda copy artikel ini dan siarkan di blog atau facebook anda. Biar ia di dengari oleh PM kita dan di harapi PM kita mampu jadi pemimpin yang di segani dan di sayangi rakyat. Insyallah. Owh, lagi satu, jangan anda ingat budak muda ini pro pada mana-mana parti kerana apa yang di tulis ini sebenarnya mahu menghentam keseluruhan parti-parti di malaysia kerana menjadikan kepimpinan sebagai 'kerjaya' mereka. :D
Share this post :

+ comments + 18 comments

Anonymous
January 22, 2011 at 10:04 AM

seriously
ini bukan perkara luar biasa
ramai orang macam budak ni sekarang
cuma mereka tak ke depan
sebab bila nak ke depan

ada golongan dari kaum muda sendiri yang berfikiran ortodox seperti kaum tua taknak bagi mereka maju.

alasan?
mereka terlampau terbuka.

seriously.

no wonder ramai orang muda yang bagus last2 mereka bawa diri dalam bidang lain..

patutnya orang camni kita angkat.tapi?

biasala.
orang kita .entahlah.

tapi yang pasti,benda ni bukan luar biasa.

saya sendiri pada satu ketika dahulu ketika berumur 18 tahun sudah menulis penulisan2 sprti ini di blog lama saya.

dan ramai lagi orang yang seperti ini.mereka tidak banyak,tetapi still ramai.

faham kata2 saya?
mereka jarang dijumpa,tetapi bukan tidak ada.

haaa.
assalamualaikum

p/s : saya tak rasa surat ni dibaca oleh orang berkenaan . :)

Anonymous
January 22, 2011 at 8:33 PM

Masalah pada pecahan pendidikkan kita juga.

Hari ini pendidikkan dah jadi satu industri.Orang Melayu pecah kepada dua... satu aliran sekular dan satu lagi aliran agama.

Pertembungan ini pasti akan berlaku satu hari nanti,pertempuran hebat pasti terjadi.Pertembungan antara org berpemikiran fandementalis dengan golongan agaman.

.....semua gara-gara pecahan asuhan orang tua-tua ortodok,suka bagi alasan "tak pelah",berlapang dada...dan macam-macam lagi Escapisme kolot...

Dulu orang kata dah sampai ke bulan tu pun ramai puak ortodok yg tak percaya lagi...

Tu lah sebabnya yang akan tinggal dua kolompok diakhir zaman satu pengekor kebatilan/sesat iblis/dajjal dan satu lagi pendokong Al Haq.


jangan salahkan ibu mengandung...

Sokong sama tajuK
January 22, 2011 at 8:43 PM

Betul kata kau Ano 8:33 PM,

Dalam dua kolompok itu terdapat berbagai bangsa dan puak.

Bukan kira satu kaum atau bangsa aje.Bermakna dalam kolompok orang Melayu pun akan ada yang tergolong dalam group sesat ni,.

Aku percaya,PM pun ada anak bujang,anak dara dan sanak saudara yg muda-mudi.Kalau dia tak insaf lagi anak2, saudara2 dia juga akan masuk geng sesat akhir zaman tu.

huuuuu.....takutnya aku.

Anonymous
January 24, 2011 at 6:23 PM

bagi saya jangan salahkan pm sahaja.cuba kita ubah dari peringkat rumah dahulu.pantau pergerakan ahli keluarga.selalunya perkara2 ini berlaku akibat kurangnya pemantauan dari keluarga itu sendiri.saling ingat mengingat dan bukan pula saling umpat mengumpat.jangan memfitnah.jika terbukti salah,serahkan pada allah.sesungguhnya payung aallah tidak terkira luasnya.assalamualaikum

Anonymous
January 24, 2011 at 8:54 PM

Assalamualaikum....
Alhamdulillah,sprtinya anak2 kita sekarang masih ada yg perihatin..mungkin ini adalah petanda2 bakal kebangkitan ummah dari sini...tetapi yg masih menjadi persoalan ialah..sampai bila keadaan negara kita menjadi seperti ini,kalau dari pucuk pimpinan sdh tdk seperti yang kita impikan(mengikut acuan islam sebenar)maka jangan bermimpi untuk menegakkan kalimah islam yg sesungguhnya di negara ini...mungkin ramai seperti adik di atas..tapi apa daya...yah apa daya kita jika tdk ada satu pertubuhan yg berani utk tampil memperjuangkan semua ini...kita jadi penakut..kita jadi bacul...semua sayangkan dunia(isteri anak2,harta dan entah apalagi...takut mati kot..)Entahlah...apa nak jadi dgn manusia2 hari ini...jalan terbaik adalah individu masing2 yg berperanan terlebih dahulu..kerana jihad yg paling utama skrg ini adalah jihad melawan hawa nafsu...percayalah..jika diri kita baik dari segi dalamannya(hati)InsyaAllah maka akan elok jugalah segala gerak geri kita ...dengan sendirinya mampu memberi pengaruh pada sekeliling kita..Kita kan orang islam,setiap dari kita adalah cermin sesamanya...hmmm...tak tahulah..tepuk dada tanya selera...Allah dah bagi akal,dah bagi panduan..tinggal pilih mana nak pergi...hitam atau putih...memang telah nyata semua hadis2 nabi kita ttg peristiwa akhir zaman..walaupun bilangan kita sebanyak buih di lautan..tapi amat lemah kerana penyakit cintakan dunia dan takut mati...kita hanya mampu berkata,berusaha sedaya mungkin,selebihnya Allah yg menentukan..bilakah agaknya zaman Al-Mahdi itu???Aku rindu zaman khalifah....oh dunia..dunia..Ya Allah selamatkan kami semua dari fitnah akhir zaman yang amat besar...Aminnnnnnn.........

papaoi
January 24, 2011 at 11:51 PM

salam,
pada perkiraan aku,biarlah spisis bani muda yang sebegini disorokkan terlebih dahulu.
biarkan mereka bergerak tanpa kelihatan..
berbicara tanpa suara..
berfikir tanpa sekatan..
beraksi tanpa dikesan.
belum masanya lagi golongan ini ditonjolkan kepada khalayak.
dan bila sampai saat dan janjinya nanti.golongan sebeginilah yang akan menggemparkan segenap penjuru dunia.insyaallah.

January 26, 2011 at 6:13 PM

sye mintak izin utk copy artikal ini msuk dlm blog sye ye...

January 28, 2011 at 9:24 AM

ya! betul kata anda..
tapi janganlah salahkan beliau seorang sahaja..
ramai lagi yang bertanggungjawab menyelesaikan perkara ini..

ramai bangsa kita sendiri tidak bersatu padu..jadi bagaimana untuk kita terus memacu kehadapan yang lebih islamik??

bersama-sama kita bersatu padu,bekerjasama,saling menasihati agar tidak terus tuduh menuduh serta memecahkan kaum dan bangsa yang telah lama kita jalinkan..

akhir kata,bersama-sama kita mendoakan agar semua rakyat dan para pemimpin bersatu padu dan tidak mementingkan diri sendiri..
sesungguhnya Allah itu menyukai pedamaian dan Kasih sayang..

Anonymous
January 28, 2011 at 11:08 PM

lah...korang tak tau lagi ke!???

Setiap keputusan besar kena ada tandatangan PM...


contohnya...Masa gedeBush nak serang iraq ko ingat dia kontek rakyat Malaysia ke...

aku rasa Ano ke 3 kat atas tu bukan salahkan PM tapi sistem yg PM perjuangkan......

ikutlah masing2 punya beskal sendri kayuh lah...

Anonymous
January 28, 2011 at 11:14 PM

SALAM semua..

oppp...aku nak kuar tajuk sat yer,tapi ada kaitan gaklah.

Pembukaan tahun 2011 ni memang panasss!!!.Tunisia,Albania dan hari ini Mesir dah kena wabak revolusi Jasmin.

Dashyat ooo...ramai makan korban.Agak2 sampai tak hingga ke Timur ni?

din3
January 28, 2011 at 11:20 PM

ye lah,tak ku sangka-sangka.Ramai gak orang timur yang tersenyum.

Ramai makan korban.Mesir goyah,Tunissia dah sia-sia huhuhu,Albania pun dah gegar.Dengar cerita menjangkit ke Yemen,Somalia mungkin seterusnya tanah Hijjaz.Aku rasa apa2 yg akan berlaku di timur memang munasabah.Tak kiralah masalah pada pemimpin,sistem atau rakyatnya.

wallahualam.

January 29, 2011 at 12:56 AM

Tepuk dada tanyala selera..itula jwpannya..kalo nak salahkan pemimpin kurangla akal pemikiran kita.
Benda2 maksiat, lumba haram, judi ato kelab2 mlm bknnya skrg baru ada bahkan 70 an n 60 an da wujud. Cuma kekurangan media2 massa dan eletronik kurangla publisitinye maka tak ramaila yg mengetahuinye.
Sebagai remaja ada akal n fikiran gunakanla sebaiknya..bknkah baik buruk , halal haram telah diajar oleh ibu bapa n guru2 di sekolah??? 11 thun dr darjah 1 hggalah tgkatan 5 kita menuntut ilmu. Kalo jln yg tak baik diaorg ikut bkn salah ibu bapa, guru ato pemimpim kita..salahkanlah diri sendri..
Kita hidup bermasyarat majmuk..ada melayu,cina,india n bermacam2 lg..katakanla pemimpin dari parti lain yg memerintah.. Maka akan huru harala jdnya..'Kejadian 17 mei' mgkin akan berulang. Bermandi darahla kita semua. Adakah itu dinamakan mati berjihad?? Kepada yg bujang semestinya tiada masalah tetapi yg berkeluarga mempunyai anak pinak
Tggungjawab nye tggi tentang keselamatan keluarga.
Zaman skrg zaman teknologi ( zaman moden ) sesiapa yg berdiploma,master n phd senangla kehidupan dia. Miskin atau kaya kita sepatutnye bersyukur dan jgn menyalahkan sesiapa. Masing2 sudah diberi peluangkan???
Akhir kata , kalau ada silap harap maaf tapi itulah kenyataannya..bak kata pepatah TEPUK DADA tanya SELERA, wassalam..

Anonymous
January 29, 2011 at 11:21 PM

http://haz1khalid.blogspot.com/
seethis blog

Anonymous
February 20, 2011 at 10:17 AM

Sory to say, nada remeja ini agak sedikit angkuh. Tidak tau realiti sebenar dlm pemerintahan negara majmuk. Benar, harus neraca islam menjadi imbalannya.

PM perlu dinasihat pd mana yg perlu jika beliau tergelincir. . Bukan dgn menyimpan 'dendam' satu hari akan berlaku gerakan massa. Bertawaduklah dlm tindakan dan pemikiran. . Benar remaja ini 'tahu' apa yg pemimpin lakukan tetapi tidak cukip sekadar menelaah paper dr m/s satu hingga akhir. . . Adalah lebih baik remaja ini membetulkan keadaan disekelilingnya dahulu, dlm rumah. jiran, kg dan seterusnya dr menanam perassan 'dendam'. . . Kita tahu ramai yg menderita akibat tekanan ekonomi. Oleh itu sama2lah kita membantu negara mencapai ekonomi tinggi.

Buat remaja terbabot.. Memerhati dan membuat komen itu adalah jauh lebih mudah dr melaksanakan tanggungjawab. . . Berfikirlah secara holostik dan bukannya pd satu2 perkara shj. Ini pandangan sy. . Terima kasih.

Anonymous
March 16, 2011 at 10:02 AM

mohon share..

anyway, saya x nampak di mana keangkuhan ayat orang muda ni.. malah dia membuat saya insaf, kerana selama ni saya tak berani untuk menegur pemimpin saya sendiri, malah saya umpat lagi (dengan alasan bole mengumpat pemimpin yang berlaku zalim). Alhamdulillah, kiranya sampai petunjuk orang muda pada orang yang membaca (tidak semestinya pada target reader, tapi pada semua), maka pahala dia dapat sudah berganda2, tambah lagi dengan pahala menegur..

Adakah kita berani untuk menegur perkara silap di depan mata? Saya sendiri lebih banyak teragak-agak untuk menegur pabila ada mungkar di depan mata, akhirnya saya berdiam diri (dengan harapan biarlah orang itu insaf sendiri) Astaghfirullah.. besar benar dosa saya kerana membiarkan sedangkan saya mampu untuk menegah.

Apakah faedahnya kita menegur bait-bait bahasa orang? Bukankah lebih baik kita ambil saja yang jernih, buangkan yang keruh. Atau jikalau benar dia bercakap angkuh kerana kita mendengar dengan telinga sendiri keangkuhan suaranya itu?

Kaedah mengugut itu tidak ada salahnya. Malah dalam pendidikan, salah satu cara mendidik adalah dengan mengugut supaya murid lekas tersedar dari tersasar menjauhi sasaran.

Ada baiknya kita mendoakan moga orang muda ini akan membawa perubahan yang lebih baik pada negara kita, kerana memang benar, pak-pak Menteri tidak merasai penderitaan yang dirasai rakyat marhaen. Pak Menteri mampu berulang-alik naik helikopter peribadi, rakyat terpaksa bersengkang mata mencari duit untuk dapat naik prebet sapu ke bandar.

Wallahua'lam.. saya mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang kuat buat orang muda tersebut. Terima kasih kerana berjaya menyedarka seorang insan bernama saya..

Tak lupa, terima kasih buat tuan tanah sebab sudi share surat orang muda itu..

Assalamu3alaikum

July 17, 2011 at 1:12 AM

Pendapat anak muda memang 100% betul dan tepat. Yang menjadi masalah ialah golongan pemerintah yang tidak prihatin terhadap keluhan, rintihan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negara ini. Orang Melayu yang menjadi majoriti, tetapi mereka adalah bangsa yang paling miskin di negara yang kaya raya ini. Tidakkah malu para pemimpin Melayu yang berkuasa melihat bangsanya yang terus miskin dan ketinggalan dalam segala bidang kehidupan? Dulu kita diperintah oleh penjajah Inggeris yang membuatkan kita miskin, tetapi sekarang bangsa kita yang memerintah. Memang tak masuk akal memikirkan hal ini.

Jika PM mahu meningkatkan taraf hidup bangsanya, perkara itu amat mudah beliau lakukan. Seperti beliau menyuntik berbilion ringgit untuk menyelamatkan beberapa syarikat di Bursa Malaysia. Jika jumlah ini diberikan kepada rakyat, sudah tentu tidak ada lagi orang miskin di negara ini. Banyak lagi contoh pembaziran wang rakyat yang dilakukan oleh pemerintah. Ini tidak termasuk hutang luar negara dan dalam negeri yang terpaksa ditanggung oleh rakyat yang berjumlah beratus billion ringgit. Pendek kata, setiap bayi yang dilahirkan itu, dia terpaksa membayar hutang yang dibuat oleh pemerintah.

Saya tetap percaya kepada orang muda untuk melakukan perubahan. Lihatlah kejatuhan rejim Mubarak di Mesir dan beberapa rejim diktator di Timur Tengah. Tindakan orang muda memang agresif yang berbentuk revolusionari. Kalau tidak, para pemimpin yang ada sudah pasti mahu berkuasa hingga ke mati dan mengaut segala kekayaan negara untuk diri sendiri, kroni, proksi dan saudara mereka sahaja. Sejarah telah membuktikan bahawa kebangkitan orang muda pasti terjadi pembaharuan dan pembelaan. Saya percaya Malaysia akan menuju ke era yang terbaik untuk rakyatnya tidak lama lagi. Bangun dan bangkitlah wahai orang muda.

Anonymous
July 17, 2011 at 10:50 AM

Salam..
Maaf klu sy katakan bahawa terma "tepuk dada tanya selera" sudah tidak terpakai lg..
Sebaliknya tanyalah Iman krn selera diiringi dgn kehendak..
Dlm kehendak terselindung nafsu..
Maka dimana Iman itu utk diletakkan???
Sy puji surat remaja ini..
Pandangannya kritikal dan mampu dijadikan rujukan kpd generasinya kelak..
Pd yg melihatnya dgn sisi negatif,itu hanyalah persepsi anda,sedangkan surat ini mengemukakan hujah dan bukti..
Penghakiman tidak layak dibuat berdasarkan persepsi..
Penghakiman dibuat atas Hujah dan bukti lalu penghakiman berdasarkan persepsi adalah penghakiman yg culas dan terbatal krn tidak disediakan bukti yg menyokong Hujah balas..
Hujah pula digunakan pd kadar maksima oleh remaja ini..
Maka org lain tiada kelayakan utk menghakimi surat terbuka ini mengikut persepsi..
Maka tindakan yg paling beretika adalah merenungi isi kandungan surat ini..
Jika dasar yg dibuat oleh pemerintah mendatangkan kesan negatif kpd rakyat,maka kpd siapa pula pertanggungjawaban harus terpikul jika bukan kembali kpd si pembuat dasar?
Surat ini menceritakan natijah dari bagaimana kedudukan dan kuasa dikendalikan oleh pemerintah utk membuat dasar dan kesannya kpd Rakyat..
Maka dgn sendirinya terma "jgn menyalahkan pemerintah" sgt2 tidak tepat dan berdiri tanpa Hujah dan ia hanya semata-mata dalih..

Negara yg berpenduduk optimum spt Jepun mempunyai sumber yg cukup utk diberikan kpd rakyatnya..Sumber negaranya dpt dimajukan dgn teknologi yg memadai dan memberikan peluang pekerjaan kpd rakyat..
Ia mampu menyediakan kemudahan asas utk keperluan rakyat,peluang pendidikan,kesihatan menyebabkan kadar celik hurufnya tinggi,jangka hayat rakyatnya juga tinggi krn amalan pemakanan yg seimbang,kadar pengangguran yg rendah dan perkara2 sampingan yg membantu mereka menikmati taraf hidup yg tinggi..
Malaysia bukan tersenarai dlm negara yg berlebih penduduknya dimana sumber yg ada tidak mencukupi utk diberi kpd rakyatnya spt India,Bangladesh dan Eutophia..
Negara kita punya sumber yg banyak ttp kadar penganggurannya tinggi krn sumber yg ada tidak diurus dgn cermat..
Pendidikan sudah menjadi perniagaan,begitu juga dgn kesihatan lalu rakyat akan mengalami keadaan spt negara yg berlebihan penduduknya..
Kita pula bukan tergolong dlm negara yg kurang penduduk spt Australia dimana sumbernya melebihi keperluan penduduknya sehingga terpaksa menggaji org2 luar dari sekitar Asia utk bekerja disana..
Ttp kita membuat dasar menggaji tenaga buruh murah dari luar negara lalu menyempitkan peluang pekerjaan kpd rakyat tempatan..
Igt bahawa pengambilan tenaga buruh luar hanyalah perlu apabila sesebuah negara itu tergolong dlm kategori negara kekurangan penduduk krn kekurangan tenaga pekerja utk memajukan sumber yg mereka ada spt Australia,Kanada dan Brazil..
Lalu mengapa pula kita melaksanakan dasar spt negara yg kekurangan penduduk ttp tahap pengangguran kita tinggi spt negara yg berlebihan penduduk..
Tidak lain adalah dasr yg dirancang dan dilaksanakan tidak cermat dan tidak menguntungkan rakyat..

September 25, 2011 at 8:21 AM

Salam...

aiks..aku pun anak muda so, pendapat aku adalah 100% tepat tak?

Anak muda...kekuatan mereka adalah keberanian untuk menghadapi apa saja...

Namun kalau keberanian itu disalurkan kepada jalan yang tak betul...apa jadi?

Aduh...

pss...aiz...aku datang sini komen...hihihi...

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger