Total Pageviews

Nasib De Facto


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ini, tiba-tiba saya tergerak untuk menghantar email sekali lagi kepada PTS publication yang terkenal dengan senarai buku-buku yang laris di pasaran seperti Yakjuj dan makjuj: bahaya di sebalik gunung, Alexender adalah zulkarnain, salahuddinayubi; penakluk jerusalem dan sebagainya.

Email itu mengandungi sinopsis dan dua bab contoh karya saya yang telah lama saya 'peram' setelah cubaan kali pertama tidak berjaya. Karya yang di beri judul DE FACTO itu mungkin ya atau mungkin tidak di terima oleh PTS publication. Apapun, saya tetap tidak putus harapan sehinggalah suatu hari nanti, De Facto mungkin akan menjadi sebuah Filem. Siapa sangka tuah manusia, bukan?!

Owh ya, maafkan saya tentang artikel minggu lepas yang bertajuk 

Impak Revolusi Dunia Arab (Suatu analisa).


Ia sebenarnya di buat terlalu tergesa-gesa sehinggakan saya tidak dapat merasai 'jiwa' dalam artikel itu. Mungkin kerana telah ramai yang membuat ulasan mengenai peristiwa di mesir, jadi saya pun 'cuba-cuba' untuk membuat laporan juga dan akhirnya ia menjadi sebuah artikel yang kurang 'jiwa'nya. Untuk menulis, sedaya upaya saya tidak mahu 'copy paste' artikel dari mana-mana sumber kerana saya mahu blog ini di isi dengan kata-kata dari 'jiwa' saya sendiri. Daripada itulah baru pembaca (mungkin) dapat merasai apa yang mahu saya sampaikan biarpun kadang kala ayatnya lebih sastera dari sastera itu sendiri. Atau mungkin saya ni syok sendiri. :P
Apapun, maafkan saya kalau khilaf itu berlaku.

Jadi, untuk mengakhiri artikel pendek ini, saya persembahkan kepada anda sinopsis dan dua bab contoh karya saya yang tak seberapa; De Facto. Wassalam.

..................................................................................................

(gambaran watak utama melawan penjahat di dalam De Facto)



DE FACTO

Sinopsis

Syuib, seorang pemuda biasa telah terjerumus dalam konflik apabila ayah angkatnya,
Abdullah Stanford mati secara misteri. Pencarian dalang kepada kisah kematian ini pun bermula.
Bersamanya Jenifer, anak perempuan Abdullah Stanford, mencari dan akhirnya, tanpa di sedari
mereka terjerumus ke dalam sebuah permainan antara hidup dan mati.
Bermula dengan sehelai kertas bertulis sajak berbentuk islamik, mereka menemui
nombor telefon Harris, bekas pekerja Abdullah Stanford. Setelah berbincang, Harris
menyerahkan surat yang di amanahkan oleh Abdullah Stanford kepadanya untuk di serahkan
kepada Syuib dan Jenifer.
Dari situlah, akaun email Abdullah Stanford terbongkar dan dari situ jugalah mereka
dapat menghubungi Qalib, rakan kepada Abdullah Stanford. Tanpa di sangka, Qalib sebenarnya
seorang Elite dalam suatu gerakan yang di gelar Organisasi. Pada masa yang sama juga, Jenifer
dan Syuib di ekori oleh Penyiasat pensendirian yang di ubah oleh Sufyani. Akhirnya Jenifer di
culik dan di bawa ke rumah Sufyani untuk di korek rahsia mengenai ayahnya, Abdullah
Stanford. Syuib dan bersamanya Pak lebai dan Harris segera menyelamatkan Jenifer dan pada
masa yang sama juga Qalib datang untuk menutup segala yang sedang berlaku. Abdullah
Stanford memilik rahsia yang di gelar sebagai Kebenaran dan rahsia itulah yang Sufyani
mahukan.
Pertarungan berlaku dan segala rahsia terbongkar. Siapa sebenarnya Qalib, apa itu
Organisasi, kenapa Syuib di kejar dan kenapa Abdullah Stanford di bunuh di bongkar demi
sebuah rahsia mengenai masa depan dunia yang di katakan bermula evolusinya dari Malaysia.
Sebuah kisah yang memaparkan kombinasi teori konspirasi, sufistik, agama, bangsa, cinta, isu semasa dan kisah kekeluargaan.

1

Matanya menitis tangis. Wajahnya mula dibasahi keringat. Akalnya tidak tertahan lagi.
Tidak pernah dia ketakutan sebegini. Tidak pasti ketakutan ini memihak kepada pihak benar atau
salah. Mungkin ini kali pertama dia difitnah besar. Matanya melilau tidak tahu punca. Hebat
sungguh dugaan dan penangan yang diberi. Biarpun tiada luka dibadan ketika ini, situasi yang
dialaminya sekarang membuatnya begitu tertekan.
“Aku yang membunuhnya. Tidak! Ini adalah satu kesilapan. Bukan aku yang
membunuhnya.”. monolog hatinya sendirian.
Dummm…,
Meja di tepuk sekuat hati. Sepasang tangan sasa menepuk meja yang di pandangnya dari
tadi itu terus mematikan lamunannya.
“Hey, jawap yang kami tanya!” suara garau memecah sunyi didalam bilik kosong itu.
Wajah gerangan tangan tadi mula menghampiri anak muda yang dalam ketakutan. Wajahnya
sangat hampir sehingga mampu memperlagakan dua hidung.
“Nak jawab atau kami buat kau tidak bercakap…selamanya” perlahan tetapi cukup
mendalam maksudnya.
“Tidak mungkin saya nak membunuh!.” kata pemuda itu gagap. Ketakutan. “Buktinya
terlalu jelas. Selain dari apa yang kami jumpai, kamu juga ada motif, bukan?” seseorang yang
dari tadi bersandar di dinding bilik mula bertanya sopan. Sopan untuk mengugut.
Kilauan sinar cermin mata jelas terpantul didalam bilik kosong itu.“Motif apa encik.
Tidak mungkin saya membunuh orang. Encik…, tolonglah encik, saya tidak bersalah dalam hal
ini. Lagi pun saya jarang berjumpa dengannya.” memohon belas kasihan
“Kamu kata kamu jarang berjumpa dia?! kamu tahu tak, jiran si mualaf orang putih tu
kata, kamu banyak kali berjumpa dengan dia” seorang lagi mula bercakap. Inspector Fatah
namanya. “Encik, nama dia Abdullah Stanford. Bukan „si mualaf.. Sila hormat dia encik!”
bersemangat biarpun ketakutan. Pemuda ini bersikap pembela. Bagus! Pemuda ini Syuib
namanya. Tubuhnya sederhana, berkulit sawo matang dan berambut ikal mayang
“Tapi jika ini suatu kebenaran, maka jelas disini yang kamu mempunyai motif terhadap
encik Abdullah”
“Encik, saya menganggap uncle tu macam ayah saya. Dia juga menerima saya seperti
anaknya. Tidak mungkin saya mahu membunuh dia. Saya ingat lagi, pada saat akhir saya
berjumpa denganya, dia kelihatan mengigil. Saya tidak tahu apa puncanya tapi yang pasti ia
bukan salah saya!” suaranya tinggi. Membela nasib diri.
“Cold down En. syuib, kami hanya mahukan maklumat sahaja. Kami tak kata kamu yang
bersalah dalam hal ni. Kamu hanya suspek kami sahaja, tak bermakna kamu penjenayah.”
Inspector Fatah cuba menenangkan syuib.
“Bukan setakat itu sahaja, DNA kamu juga ditemui pada sebilah pisau di tempat
kejadian. Selain daripada itu, kami dapati mangsa juga di beri dadah yang berlebihan! Apa yang
kamu mahu katakan tentang ini?!” lelaki berkaca mata memperlihatkan wajahnya.
“DNA? Dadah?” syuib kebinggungan.
“Ya, DNA. Deoxyribonucleic acid. Sesuatu yang membawa genetik seseorang, dimana
melalui itu kami akan memperolehi infomasi penting sebagai bukti. Kamu bernasib baik kerana
dapat mengetahui apa itu maksud DNA?!” sinis Teo. Seorang cina dalam Polis Diraja Malaysia.
Amat sukar menjumpai polis cina dalam PDRM.
“DNA kamu dijumpai pada pisau dan kesan racun akibat dadah berlebihan pula kami
dapat kesan melalui „body effect. mayat. Pakar forensik mengatakan, lidahnya menjadi hitam. Itu
adalah antara tanda seseorang itu keracunan.” terang Teo yang berkaca mata.
“Saya tak tahu apa-apa tentang racun. Lagipun kenapa saya nak meracuni uncle?” Syuib
membela diri sendiri.
“Sebab itu kami perlu menyoal awak. Awak merupakan suspek utama kes ini. Awak
adalah orang terakhir yang bertemu dengan En.Abdullah di rumahnya.” Kata Inspektor Fatah.
“Baiklah kami tidak mahu menerangkan apa-apa lagi. Sekarang kami mahu awak
menjawab soalan kami. Senang kerja kami, senang sikit awak, Tak perlu duduk dalam bilik ini
lagi” orang bertangan lebat tadi menyampuk.
Mukanya kelihatan manis tapi amat bengis. Mungkin kacukan Indian. Namanya Zubir.
Mohd Zubir. Mungkin berasal dari Pulau Pinang. Dia berlegar-legar mengelilingi Syuib. Ini
membuatkan mata Syuib turut serta menari bersama gerak tubuh „mamak. itu.
“Kami mempunyai bukti yang amat kukuh bagi melibatkan kamu dengan kes ini. Pisau
dan mungkin racun. Adakah kamu mempunyai motif di sebalik pekenalan kamu dengan En.
Abdullah?” Zubir bersuara.
“ Saya langsung tidak mempunyai motif nak membunuh uncle. Saya di suruh sendiri oleh
uncle untuk mengambil pisau tapi saya tak tahu apa yang nak di lakukannya. Saya lihat dia mahu
mengelar tangannya. Sebab tu saya menarik pisau dari tangannya,” Syuib sedaya-upaya
membela dirinya.
“Ya, pada pisau tu terdapat darah En. Abdullah dan kesan jari kamu pada pemegang
pisau. Jadi memang dia memang mahu mengelar tangannya, atau…, kamu yang mengelar
tangannya?” Teo mengugut.
“Tidak encik, uncle sendiri yang memegang pisau tu tapi saya yang tarik dari tanganya.
Saya blur masa itu, tak tahu kenapa dia lakukan perkara ni…” Syuib tidak sanggup meneruskan
ceritannya lagi.
“Awak benar-benar tak tahu atau awak menyembunyikan sesuatu?!” soal Fatah.
“Saya betul-betul tak tahu kenapa dia jadi sebegitu pelik hari tu…dia kelihatan mengigil,
seperti menahan kesakitan yang amat sangat” air mata Syuib mula mengalir.
“Rileks Syuib. Kami hanya mahu menegakkan keadilan pada si mangsa sahaja dan itu
tugas kami, harap kamu faham” Inspektor Fatah cuba menenangkan Syuib.
“Percayalah encik, saya tak membunuhnya. Dia macam nak lari dari penderitaan.”
“Apa yang kamu kata tadi? Macam nak lari penderitaan? Apa maksud kamu?”
“Saya tak tahu encik, tapi setakat saya perhatikan pada wajah uncle, dia memang
menanggung azab yang hebat.”
“Dan kamu mula mereka cerita untuk membela diri? Betul tak?” Sampuk Zubir.
“Tak. Ia memang benar. Jika encik semua kata mahu menegakkan keadilan untuk uncle,
saya seribu kali lagi mahu menuntut bela keatasnya.” Syuib meninggikan suaranya.
“Jadi sekarang kamu kata uncle kamu mempunyai musuh? Begitu?” Zubir bermain akal
dengan Syuib.
“Saya tak kata dia ada musuh tapi sepanjang saya kenal uncle, memang dia ada cerita
perihal kehidupannya masa muda”
“Apa yang dia kata?” soal inspektor Fatah
“Dia kata dia ada mengkaji sesuatu dan dia mula menghampiri penghujungnya. Lebih
kurang begitulah katanya”
“Bagaimana kami harus percaya kata-kata ini?” zubir sekali lagi bermain akal. Mata
Syuib merenung tepat ke dalam mata zubir agar setiap ayatnya akan di percayai mereka.
“Itu apa yang uncle ceritakan. Jika dia tipu, maka cerita saya sekarang ini tidak
bergunalah.”
“Baik, kami percaya tapi jangan sesekali mereka-reka cerita. Dari air muka kamu, kami
percaya kamu seorang yang jujur. So, di harap kamu boleh berkerjasama dengan kami. Boleh?”
ugut Fatah.
“Ya encik, sememangnya saya tidak dan tak akan berbohong, lebih-lebih lagi ia
melibatkan keadilan bagi pihak uncle.”
“Awak ni memang pandai membela diri. Saya suka cara awak.” Teo yang dari tadi
berdiam diri mula menegur sinis Syuib.
“Baiklah encik, demi tuhan, demi keadilan uncle, saya akan menjawab apa saja
pertanyaan encik semua.” Syuib mula berkerjasama.
“Bagus, ini yang kami mahukan.” Zubir bersuara.
“Jangan kamu mempermainkan sumpah kamu tadi” Teo mengingatkan Syuib supaya
jangan mempermainkan sumpah. Pantang baginya.
“Soalan pertama kami, apa yang kamu buat di rumah En. Abdullah?”
“Saya memang ke rumahnya setiap minggu. Lagipun dia yang menelefon saya suruh
datang ke rumahnya”
“Hah, tadi kamu kata jarang ke rumahnya. Sekarang, tiap-tiap minggu pula. Kamu ni
cakap berbelit-belit, kamu tahu tak?!” perkataan jarang di tarik panjang, Zubir menegur syuib.
“Memang benar saya jarang berjumpa dia. Bukan tiap-tiap minggu tapi dalam sebulan tu
adalah 2 atau 3 kali saya ke rumah uncle. Tapi kali terakhir dia menghubungi saya, saya dapat
merasakan sesuatu yang tak kena pada uncle” terang Syuib
“Malam tu saya balik rumah selepas kerja, saya terlupa yang hari tu saya langsung tak
bawa handphone ke tempat kerja, balik tu saya tengok SMS” Sambung Syuib
“Teruskan…cerita awak semakin menarik” Inspector Fatah mengumpan supaya Syuib
meneruskan ceritanya dimana mungkin didalamnya terdapat bukti yang konkrit.
“Baiklah, selepas saya cheak SMS tu, saya rasa pelik sebab suaranya macam lain sedikit.
Pagi tu terus saya ke rumah uncle. Bila tiba di pintu panggar rumah uncle, saya terserempak
dengan…,”
“Dengan…?!” Fatah menanti. Mungkin sesuatu akan mengubah segalanya.

2

Seminggu yang lepas
Kakinya melangkah leguh. Keletihan. Tak tahu kenapa pada hari itu segala-galanya tak
kena. Tersalah beri buku, menjatuhkan buku pelanggan baca dan macam-macam lagi. Paling
ketara bila sesuatu yang amat penting dalam hidupnya tak di bawa bersama. Nokia N97,
handphone kesayangannya. Hasil berkat gajinya selama beberapa tahun ini. Setelah habis
pengajiannya di tingkatan 5, dia terus berkerja di sebuah kedai buku. Ya, buku adalah benda
paling berharga baginya. Tapi mungkin tiada rezeki baginya, keputusan SPMnya yang baik tidak
membantunya untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Perasaan untuk membantu
keluarganya lagi menebal dalam dirinya. Dia mahu membantu ibunya yang hanya menjual kuih
bagi menyara 3 adik-adiknya yang masih bersekolah. Biarlah dia berkorban kerana keluarga.
Biarlah dia merana asalkan dapat melihat ibunya tersenyum. Biarlah dia menjadi hamba orang
asalkan impian adik-adiknya berjaya. Biarlah dia sengsara sekarang kerana mungkin ada sinar
dimasa hadapan.
Pada hari itu, perasaannya terdetik runsing. Tidak tahu kenapa. Mungkin sesuatu telah
terjadi dikampung. Mungkin sesuatu tidak baik akan menimpa. Entahlah. Dia melangkah letih
menuju ke pintu rumah sewanya dengan akal yang sibuk memikirkan kembali khilafnya pada
hari itu. Daun pintu rumah teresnya di buka. Rumah yang di kongsi dengan 3 lagi rakannya
kelihatan gelap. Kehairanan membelengui fikirannya. Tidak pernah segelap begini rumahnya.
Biasanya pada ketika ini rakan-rakannya akan menyambutnya, tapi tidak kali ini.
Syuib menutup kembali pintu perlahan. Dengan segera dia membuka lampu. Rumah kecil
itu yang tadi kegelapan mulai terang. “Shah, Za, Man!” dia menjerit. Menjerit untuk memastikan
andaiannya benar yang mereka tiada dirumah ketika ini. “Shah, Za, Man?!” sekali lagi
memanggil. Tiada sahutan. Dia memasuki bilik untuk memeriksa kemungkinan rakannya tidur
awal pada malam itu. Daun bilik di buka luas. Tiada. Rakannya tiada. Didapur, ditandas. Tiada.
Sah mereka tiada di rumah. Mungkin berkerja lewat malam ataupun keluar makan tanpa
menunggu dia pulang dahulu.
Pinggulnya mendarat di sofa empuk. Sofa kehitaman itu menyambut jasad yang keletihan
pada malam itu. Kepalanya di sandar elok pada sofa itu. Ibarat belaian sang puteri pada sang
putera. „Remote control. yang setia di atas „coffee table. mula digapainya. Jarinya memicit
remote control itu, berharap siaran televisyen pada malam itu mampu mengubat letih dan
risaunya. Satu demi satu siaran di cari. Tiada satupun yang berkenan dihati. Televisyen itu di
tutup kembali. Remote control tadi di campak ke coffee table. Habis madu sepah dibuang.
Seluruh sofa panjang itu di tawannya. Dia mahu jadikan sofa itu sebagai katilnya pada
malam itu. Dia memandang kipas di atasnya yang dari tadi menemani malamnya yang sunyi.
Hanya bunyi kibasan kipas yang kedengaran. Jarum saat bergerak bebas mengelilingi jarum
minit dan jam, dimana saat itu waktu sudah mencecah 12 malam.
Telinganya melirik pada bunyi-bunyian pada malam itu. Matanya mula perlahan-lahan
tertutup. Sedikit demi sedikit terkatup. Mulai tertutup rapat. Kian nyeyak. Kian hilang ke alam
mimpi. Syuib mulai mengembara ke alam astral. Membawa bersama keletihan dan
kerunsingannya tadi.
Kini, dia benar-benar sudah tidur, dibawa semangat mimpi, mengembara ke alam fantasi.
Pergerakannya kini kaku. Kasihan Syuib keletihan. Biarkan dia tidur. Tidurlah wahai Syuib.
…………………………………………………………………………………................................
Jasadnya kini kaku, tidurnya tadi membawa ke sebuah alam yang penuh ketakutan. Di
alam mimpi itu, Syuib berjalan-jalan di sebuah tempat yang seakan-akan pernah dia lawati
sebelum ini. Tak mungkin ini dejavu kerana pandangan syuib kini hanyalah sebuah mainan
mimpi.
Sekelilingnya sebuah padang rumput yang luas yang tiada berpenghujung. Dia berjalan
dan tahu bahawa dia sedang bermimpi. Tiba-tiba dari jauh dia terlihat satu susuk tubuh
menantinya. Dia tertanya-tanya siapakah gerangan itu. Sebelum sempat dia mengatur langkah
seterusnya, susuk tubuh itu kini di hadapannya.
Tiba-tiba di hadapannya!
“Sudah sedia wahai manusia kebangkitan?!” soal susuk tubuh yang berwajah seperti
angin itu.
..................................................................................................................................................
Terkejut!
Matanya terbuka luas lantas bingkas bangkit bagaikan bermimpi ngeri. Peluh membasahi
dahi. Matanya melilau. Dia termenung seketika, memikirkan kembali apa yang telah dia lalui
seketika tadi. Mimpi singkatnya sangat memberi impak.
Tiba-tiba telinganya bagai mendengar sesuatu. Terus dia berpaling kearah timbunan
majalah di satu sudut tepi kabinet teleisyennya.
Nyanyian bilasan kipas siling yang membuai Syuib tiba-tiba mempunyai tandingan.
Entah dari mana, “sesuatu” mengalahkan segala bunyian ketika itu. Bunyinya seakan radio kecil.
Syuib kenal benar dengan bunyi itu. Tidurnya tadi bukanlah di ganggu „mimpi. itu tetapi kerana
satu bunyian yang perlu dia dapatkan segera.
Bunyi itu sentiasa menyebabkan dia terpegun dan menyenangkan. Bunyi itu lebih kepada
musik ketenangan. Muzik itu adalah irama timur tengah. Nyayian Muhammad al-husyan,
seorang penyanyi dari timur tengah. Syuib adalah seorang yang bersifat keagamaan.
Syuib bingkas bangun dan mencari dari mana asalnya alunan musik yang memecah sunyi
malam itu. Aluanan irama syahdu itu begitu hampir dengannya. Dia bingkas bangun dan berjalan
menuju set televisyennya itu.
Alunan lagu “maulay” itu tiba-tiba berhenti. Syuib tahu nyayian itu adalah lagu format
MP3 dari sesuatu yang berharga. Sesuatu yang dibelinya setelah 2 bulan berkerja di kedai buku
POPULAR, tempat dia menagih rezekinya kini. Lambakan majalah itu di selongkar.
Bagaikan seorang pencuri yang ingin mencari harta yang disembunyikan. Dia yakin
Nokia N97nya ada di situ. Mencari dalam mengharap.
Sudah rezekinya, handphonenya dijumpai. Paparan skrin menunjukkan „one miss call..
Entah dari siapa. Oleh kerana sifat ingin tahu dan perasaan runsing yang bertahta di jiwa sejak
dari tadi, dia segera membuka „key lock..
Selain satu panggilan yang tidak di jawab itu, terdapat satu SMS. Jari jemarinya mulai
membuka SMS itu dan membaca dengan teliti. Syuib memang seorang yang boleh merasakan
sesuatu yang bakal terjadi kepadanya. Kadang kala perasaan ini jugalah yang menyusahkannya.
Selayang mindanya mulai teringat kisah dulu...
..............................................................................................................................
Dulu, ketika dia masih di tingkatan 4, perasaan tak tenteram mencuri hatinya.
Tumpuannya terjejas. Dia asyik bersendirian hampir seharian. Dia terlalu memikirkan
perasaannya sehingga menjejaskan dirinya. Tanpa di sangka, pada malam itu, ibunya mendapat
berita buruk mengenai ayahnya. Ibu menangis sendirian. Ayahnya terlantar di hospital.
Ya, memang pelik kerana ayahnya tidak balik seperti biasa. Kebiasaannya, ayahnya akan
pulang sebelum maghrib tetapi pada hari itu, walaupun telah masuk isyak, ayahnya masih belum
pulang.
Dia dan ibunya bergegas ke hospital menaiki kereta saudaranya yang menerima
panggilan mengenai kemalangan itu. Di hospital, dia rasa bersalah kerana perasaannya telah
menyebabkan orang yang dikasihinya menderita. Dia berjanji agar perasaannya tidak lagi
membawa derita kepada sesiapa yang dikasihinya lagi.
Ayahnya telah di hempap besi ketika berkerja di tapak pembinaan. Ayahnya hanya
sekadar buruh biasa. Gajinya hanya mampu menyara kehidupan keluarganya sekadar cukup
makan. Kini, ayahnya terlantar dihospital. Koma. Di katakan terdapat darah beku didalam otak
ayahnya.
Dia melihat ibunya menangis. Sejak hari itu, dia tak pernah melihat ibunya tersenyum
lagi sehinggalah ayahnya menemui tuhan 2 bulan kemudian.
Sedih tetapi itulah takdir. Hidup harus di teruskan. Dia berjanji ingin membantu
keluarganya. Selaku anak sulung, sejak hari itu dia berubah. Berubah untuk menunaikan
tanggungjawapnya. Agar suatu hari nanti dia mampu membuat ibunya tersenyum lagi.
Senyuman seperti dia lihat pada zaman kanak-kanaknya. Senyuman yang indah dari hati
seorang ibu. Hanya senyuman ibu sahaja yang mampu melengkapkan hidupnya. Kerana itulah,
setelah tamat SPM dia mulai berkerja di POPULAR Bookstore.
Biarpun dia mendapat keputusan yang amat cemerlang, dia tidak mahu meneruskan
pengajiannya hanya semata-mata ingin membantu ibunya dalam membesarkan adik-adiknya.
Kini, dialah abang dan dialah bapa.
…………………………………………………………………………………
“Syuib, sila datang rumah uncle esok. I want tell you something!” ringkas. Pesanan yang
cukup ringkas. SMS itu membuatkan Syuib kaget. Uncle? Kenapa tiba-tiba menyuruhnya datang
ke rumah? I want tell you something? Berulang-ulang bermain di fikiran Syuib. Kedengaran
penting. Apa yang pasti pesanan tadi kelihatan lebih kepada arahan.
Esok, hari cuti baginya. Elok benar jika dia melawat kerana lama benar dia tidak
menziarahi bapa angkatnya itu. Dia bangun berdiri. Mengeliat. Matanya serta merta memandang
jam di dinding. Wah, sudah pukul 2 pagi. Hampir 2 jam dia tertidur. Dia mengaru kepala yang
tidak gatal lalu menuju ke biliknya. Rakan-rakannya masih belum pulang. Sah, mereka buat O.T.
Overtime. Kerja lebih masa. Lebih masa lebih gaji. Hanya dia sahaja yang tiada kerja lebih masa
seperti rakan-rakannya. Biarpun begitu, malam seperti ini memberinya peluang untuk bersantai
dirumah.
Dia masih dalam keadaan mamai, tapi di gagahi juga menuju bilik lalu di capainya tuala
untuk mandi. Dengan lemah, dia menuju ke tandas kecilnya. Melangkah lemah seperti budak
yang tidak mahu mandi pagi untuk ke sekolah. . Pintu tandas mulai tertutup lalu di kunci.
Suasana kembali sunyi…

............................................................................

Mungkin banyak kesalahan dan kekurangan dalam tatabahasa dan susun ayat. Jika ada komen dari anda, silakan. Moga terhibur. Sekian, terima kasih.

Share this post :

+ comments + 2 comments

February 9, 2011 at 7:59 PM

terkesan dan berisi... kalau berjaya di publish, tidak mustahil dan InsyaAllah menjadi penghuni antara koleksi buku saya.... :)

semalam pergi cari buku terjumpa sebuah buku dari ibnuyaacob.com dengan label (tak ingat) dan dari koleksi blog beliau - Dajjal : the king of the East... (kalau tak silap - mesti ramai org tahu web beliau)...

tajuk dia kalau tak silap LAMBANG-LAMBANG *****

InsyaAllah saya nak memilikinya... semalam anak buat hal kat kedai ... huhuhu...

teruskan penulisan begini...

saya doakan PTS menerimanya... bertambah lg bahan baccan yg berisi dan tidak layu dek topik cinta semata!

-abu hakeem (abu aisya)

Anonymous
February 13, 2011 at 7:11 PM

salam bros.

aku ni bukanlah dari bidang sastera,tapi sepintas lalu bacaan yang dapat aku ''mampatkan''..
Peeergh!!
dalam baris ada isi..antara isi penuh selitan..dalam selitan ada rahsianya.

teruskan bro.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger