Total Pageviews

Konspirasi: simbol yang di putar 'cahayanya' - siri 1


Konspirasi: simbol yang diputar cahayanya - siri 1
STAR OF DAVID

by hasellusiby

Salam.


Ini adalah siri mengenai simbol-simbol dalam teori konspirasi yang mungkin banyak di salah anggap oleh orang ramai. Sejak kemunculan siri video the arrival (berterima kasih pada Abdullah Hasheem, pemula siri arrival), ramai orang mulai buka mata tentang konspirasi. Ada yang menganggapnya serius, ada yang sambil lewa, dan ramai yang tidak hiraukan. Tapi, rata-rata yang saya kenal dan jumpa, takut dan obses dengan simbol-simbol ini seolah-olah, segala-galanya adalah dajjal yang punya. Hebat sangatkah dajjal ini? 
Jadi, selama beberapa lama saya menyepi dari membuat pengkajian tentang konspirasi, maka kini saya mahu berkongsikan apa yang saya tahu tentang simbol-simbol konspirasi yang mana sebenarnya, kalau di perhatikan, ianya boleh di terjemahkan kepada simbol islamik dan tauhid. Tak percaya, mari kita selongkar dalam siri Konspirasi: simbol yang di putar cahayanya.

SEGITIGA, PIRAMID, TIGA TITIK; simbol dajjal dan setan?!

kalau saya kata;
simbol2 freemason, illuminati etc itu adalah sebenarnya islam yang punya tapi di putar alam oleh dajjal and the geng? apa kata survey?!



Ia adalah simbol bendera israel, di gunakan oleh Kabbalah dan judaism. Banyak pentagram dan diagram mengunakan simbol ini melibatkan penyembahan setan. Banyak di gunakan untuk ritual dan magik. Nampak saja simbol ini, kita terus ingat YAHUDI. Betulkan?!

Tahukah anda bahawa star of david yg israel yang dipakai itu adalah lambang Nabi Daud a.s dan mempunyai maksud yg tersembunyi?! Tapi ingin saya memberitahu bahawa ramai remaja2 yang baru kecimpung dalam pengkajian teori konspirasi ini akhirnya jadi takut dengan lambang star of david tu.. depa kata tu lambang setan.. masyallah, jadi, bagi saya ni lah antara fitnah dajal.. bolak balik batil jadi haq dan haq jadi batil.



MAKSUD TERSIRAT:-

Dari Wiki dan internet;
Star of David ini sebenarnya bermula dari simbol numbor 7, yang mana tengahnya di tarik dan menjadikan sebuah segi tiga. Ini bermakna, ada dua 7 yang di jadikan bentuk segi tiga. 7 yang di maksudkan dalam istilah judaism ialah; 7 malaikat utama seperti jibrail, mikail dan seumpamanya (sedangkan islam ada 10 yang utama). Pun begitu, 7 ini juga di sebut sebagai 7 hari dalam penciptaan. Selain itu 7 juga di maksudkan dengan 7 tingkat langit dan bumi. Ini semua dalam judaism. Malahan, Islam mengesahkan perihal 7 ini (kecuali 7 hari kejadian tu, sedangkan dalam Quran di sebut, 6 masa, bukannya 7 hari)

Secara ringkasnya; Shield of David ini (atau di sebut sebagai Star of David) ini, mengandungi maksud 7 petala bumi dan langit, 7 hari, 7 malaikat dan ia adalah 'perisai'.


saya ada pergi ke galeri shah alam tahun lepas dan ada nampak satu keris yg mana ada 'wafaq' sulaiman.. Sibijik sama seperti star of david tu dan di situ dia di tulis penerangannya, wafaq sulaiman ni untuk kekuatan dalaman dan luaran si pemakai. bagi saya, bukan wafaq sulaiman tu yg terer.. tapi simbolik di sebaliknya. yakni pergabungan alam sgahir dan kabir, 2 kalimah syahadah atau mgkn nur muhammad nur allah yang tak bercerai berai (yg selalu org2 hakikat dok sembang tu laaa)

Kali ni kita sentuh bab piramid lak yang menjadi based untuk star of david. sebenarnya, bukan bentuk piramid tu yg penting, tp tiga bucu yakni tiga titik tu yg penting..

senang kata, 3 perkara dlm pembentuk 1 bentuk piramid. kalau tgk khatamul nubuwah, juga tiga segi (tp ada juga yg kata bukan cam tu, tu hnyalah sebahagian)... meskipun demikian, saya ambil pasal 3 perkara yg telah di ketahui oleh orang hakikat yakni ALLAH, MUHAMMAD, ADAM. tiga perkara penting dalam pembentukkan 'institusi ketuhanan' (mungkin ramai yang kurang faham, tapi silalah mencari perihal ini dengan guru anda sekali. Insyallah akan di terangkan. Jangan ambil di nusanaga.blogspot.com sahaja. Carilah, kajilah, fahamkanlah dan rasailah)

Dan kenapa dua piramid di satukan?
ia adakah mengenai kalimah syahadah, kunci bagi segalanya.
alam atas, alam bawah, alam kabir, alam saghir.
(alam malakut, alam penciptaan, alam semesta, alam dalam diri seperti mimpi, khayalan, minda etc.)
Dan tiap perkara ada oppositenya masing2 (syurga neraka, bulan bintang, tanah air, lelaki perempuan etc.)



Ringkasannya;

Star of david sebenarnya melambangkan penyatuan yg sejati. tp israel mengunakannya sebagai 'lambang kuasa' untuk re-claiming tanah yg kononnya depa yang punya. ia bukan hanya sekadar simbol tp lebih dari itu. ia simbol ketuhanan, kehambaan dan isi sebenar kenapa 'kita ada di sini'...

 Jadi, kesimpulan dari STAR OF DAVID ini adalah:-

- Ia milik Nabi Daud a.s
- Di gelar perisai Nabi Daud (yang mana 'suara' Nabi Daud mampu 'memberhentikan' burung dan apa yang bergerak')
- Juga di gelar sebagai 'seal of solomon' atau 'cop mohor Nabi Sulaiman' a.s (tentang peguasaan Nabi Sulaiman yang luas)
- Terdiri dari 7 yang jadi segitiga dan di gabungkan pula dua segitiga tadi (7 angka spirtual)
- Segitika yang mempunyai 3 bucu/titik merujuk pada tiga perkara utama yakni ISLAM, IMAN dan IHSAN yang baru bersatu, gerak seiring. Baru teguh.
- 3 perkara yang juga boleh di rujuk sebagai ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM (yang mana di 'pesongkan' oleh falsafah Trinity Kristian dengan meletakkan sebagai Jesus anak tuhan)
- 3 perkara yang juga merujuk pada KEPALA, BADAN dan KAKI (tanpa kepala tak boleh hidup, tanpa badan tak bermanfaat dan tanpa kaki tak mampu bergerak.)
- Gabungan dua segitiga yakni 2 kalimah syahadah yang tidak boleh di pisah ceraikan.
- Ia di gelar perisai Daud dan simbol kerajaan Sulaiman, jadi ia bermaksud 'harus pertahankan 3 perkara dan 2 kalimah' seteguh mana kerajaan Sulaiman yang tak mungkin dapat di tandingi oleh mana-mana pihak.


Jadi, siri ini mengajak pembaca supaya melihat simbol konspirasi, dari obses atau takut membuta tuli kepada membawa keimanan yang teguh.

wallahualam

p/s: maafkan saya kalu ada fakta yg tak berapa nak betul. tapi ini lah yg saya perhatikan dlm pergabungkan teori konspirasi dan unsur sufi yang mana byk mengajar saya bahawa 'semuanya adalah HAQ ALLAH, baik dajjal, setan mahupun manusia tu sendiri'... :D
Share this post :

+ comments + 35 comments

Anonymous
June 11, 2011 at 11:30 PM

QOUTE:"Ia adalah simbol bendera israel, di gunakan oleh Kabbalah dan judaism. Banyak pentagram dan diagram mengunakan simbol ini melibatkan penyembahan setan. Banyak di gunakan untuk ritual dan magik. Nampak saja simbol ini, kita terus ingat YAHUDI. Betulkan?!

.................................

Sebelum bendera Israel menggunakan lambang Bintang Nabi Daud...ada bendera lain yang dibuat olih para yahudi asli yang datang kesitu benera itu yang dipakai asalnya......tak lama lepas tu keluar bendera bintang daud warma biru...

bukan main marah puak yahudi asalni...agak-agak sape punya kerja yang menukar bendera sendiri...:)

deen...
June 11, 2011 at 11:54 PM

Biyarlah mereka yang buat kajian konspirasi tu dengan berbagai andaian dan kebarangkaliannya.

Mereka itu sebenarnya baru membuka / membedah usul FIQH Islam yang diputar belitkan olih musuh.

Kuncu dajjal dah copy usul fiqh dan mengkaji lojiknya bila di gunakan termasuk sandaran dallil yang kuat pada hadis dan Quran,mereka memanipulasi fiqh kita dan memutarkan asalkan bolih,padahal banyak kaedah ini mereka terapkan dalam hidup mereka...

OK...memanipulasi fiqh sudah....

Memanipulasi ilmu TAUHID.Dan cuma beberapa orang saja yang mula aktif membuka putar belit yahudi/musuh pada aliran Tauhid pula.

Blog Tuan ialah salah satu darinya.Beberapa hasil kajian awal atas memanipulasi tauhid ini ternyata mereka sangat percaya dengan kebenaran KEESAAN Allah SWT.Lalu mereka menamakannya sistem jurai Judaisme.Kononnya nak skip dari intonasi Islam dan mengatakan Islam salah satu cabang dari Judaisme...pulak dah...

Islam/Silm/milah Ibrahim (hanifisme/monotisme adalah teras agama tauhid sebenarnya... Fakta tersebut bukan saja terdapat dalam kitab asal mereka tetapi selari pula dengan sumber Islam.Tetapi kononnya untuk mengekalkan tauhid yang asal lalu menolak HAQ yang ada dari sumber Islam.Sebab itu mereka cipta unsur baru dalam agama mereka.

Kalau tuan terus mendalami kajian ini pasti akan menemukan sesuatu yang sdangat mengejutkan, bahawa dalam sistem Islam juga sudah di terapkan nilai tauhid yang telah tersasar jauh...ianya terlalu banyak,sukar utk dikatakan,ramai penganut Islam sendiri mendokongnya tanpa sedar.....

ya silakan tuan.SALAM

Anonymous
June 11, 2011 at 11:59 PM

Kat sesetengah ulama,logo Khatam Nabuwah itu memang tiga persegi.Tapi bucunya tak tajam ,sedikit bulat.bulat seperti bucu telur burung merpati.

kalau ada yang meniru dan buat segitiga tajam bucu pula nampak sangatlah tersasar jauh.wallahualam

June 12, 2011 at 12:07 AM

huhu...peniru memang selalu tersesat jauh.sebab ambil ilmu tanpa roh ilmu.perompak budaya ilmu.

sepatutnya segitiga tu datang dari ilmu LAM.kena ambil dari pintu ilmu baru tahu hakikat lam.

Anonymous
June 12, 2011 at 12:13 AM

menarik tu Ano,June 11, 2011 11:59 PM dan Aziman Muar.

ya!khatam nabuwah tu letaknya bukan mendatar macam piramid tetapi dia berdiri pada sisi bucunya.berdiri seperti huruf lamalif berdiri.monson curi lukis macam angkup dan sesiku sekala (macam huruf lam).pastu buat pula piramid berdiri pada dasar dengan ada mata.

huhu...orang Islam pun sudah salah guna lam tu.khatam nabuwah tu mesti di tulis berdiri pada bucunya.

adios.

Anonymous
June 12, 2011 at 12:30 AM

Kalau tuan terus mendalami kajian ini pasti akan menemukan sesuatu yang sdangat mengejutkan, bahawa dalam sistem Islam juga sudah di terapkan nilai tauhid yang telah tersasar jauh...ianya terlalu banyak,sukar utk dikatakan,ramai penganut Islam sendiri mendokongnya tanpa sedar.....

ya silakan tuan.SALAM
June 11, 2011 11:54 PM

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

setuju dengan anda...di akhir zaman golongan yang mendokong HAQ itu sedikit sekali....setiap 1000 (seribu) orang 999 darinya ialah Yakjuj dan Makjuj...jadi seorang setiap seribu orang yang benar...jadi apakah hakikat yakjuj dan makjuj?

Anonymous
June 12, 2011 at 12:34 AM

Yang tukar bendera asal israel,copy ilmu Islam dan ubah suai sesuka hati,menjahanam kan dunia degan senjata berat,hancur hutan/alam sekitar sampai kering air sungai dan tasik,makanan kurang, krisis kebuluran global terjadi.Semua tu kerja Yakjuj dan makjuj lah tu.Ramai yang masih tak sedar lagi.

La-Ba
June 12, 2011 at 12:40 AM

Cantik penerangan Aiz.

Tumpang tanya, Khatamun Nubuwwah tu ada 3 ayat (kanan-kiri-bawah) atau 2 ayat (kanan-kiri) saja?

Kanan: Hadapkanlah ke mana sahaja wajahmu

Kiri: Dan kamu akan dibantu

Bawah: Kau diutus utk menyempurkan akhlak yg baik (betulkan jika salah).

Mohon pencerahan. tq.

vawav
June 12, 2011 at 3:14 AM

assalam,,

carilah guru untuk dapatkan ilmu perisai khatamun nubuwah.Insyallah akan dipelihara zahir dan batin. kalo berminatla. xminat pun xpe. tapi dgn syarat bulatkan hati utk berserah diri secara total pada Allah. ia cuma ikhtiar seperti memakai baju kalis peluru di dalam peperangan.

aku

June 12, 2011 at 6:33 AM

99 nama hanya 1 yg haq

June 12, 2011 at 11:43 AM

aiz ...khatamun nubuwah..dan maqam nabi....err..cuba selongkar dan cari info..
star of david....menarik...kupasan yg lebih dalam ada dalam zabur....
mike

June 13, 2011 at 8:06 AM

Assalamualaikum Warahmatullah

Aku ada tengok video kat Hashemstudio.com mengenai simbol star of david ni.

Ia adalah lambang yang biasa di pakai oleh nabi dan pengikutnya. tetapi israel telah mencemarkannya. Yahudi memang mencuri lambang ini dan menyalahgunakannya dengan tujuan supaya orang-orang beriman juga membencinya. padahal ia adalah satu lambang yang dipegang oleh nabi & warisnya.

Waalahualam.

June 15, 2011 at 8:32 PM

Salam Salleh Syuib & pembaca sekelian.


Entry yang sangat baik. Saya sudah lama memikirkan tentang hal ni - FITNAH AKHIR ZAMAN.

Musuh2 kebenaran akan menggunakan unsur2/simbol2 kebenaran & akan melakukan kerosakan di bumi (spt. piramid, segitiga, bulan, bintang, matahari, mata satu, bintang bucu 6, angka 666, angka 13, angka 6, angka 4, angka 1 dll).

Setelah kerosakan berlaku, mangsa2 akan ter'implant' di dalam minda mereka bahawa unsur2/simbol2 tersebut menggambarkan kejahatan, kerosakan, kemusnahan & segala yang buruk2...


Apakah akibatnya? Akibatnya, apabila timbulnya kebenaran tetapi mempunyai unsur2/simbol2 tersebut, seluruh dunia akan menolak kebenaran tersebut. "Ini ialah sihir yang nyata!" Hehehehe... Macam biasa je dengan ayat tu.


Sekadar renungan:

Piramid/segitiga = berkemungkinan besar senibinanya lahir di Nusantara. Boleh lihat di binaan2 lama seperti Candi Sukuh, candi2, wat2 & lain2 tempat ibadah kuno, termasuk bumbung masjid2/surau2 lama.

Angka 13 = 13 sendi utama yang ada di tubuh Adam/khalifah/manusia. Ada sendi utama yg 13 ni, bergeraklah rukun solat yg 13 tu. Angka 13 dlm tulisan Arab juga mirip Alif, Lam, Lam, Ha.

Angka 6/666/6666 = Allah ciptakan langit, bumi & yg ada di antara keduanya dlm 6 masa. 666 ni value for beast. Tapi, kalau gune kaedah gematria/abjad value, dapat value nama Allah. Gematria/abjad yg famous, guna 786 utk Bismillahirrahmanirrahim. Tapi gematria/abjad value ni mengarut! 6666 pula jumlah ayat2 di dalam Al-Quran, termasuk yang batin.

Angka 4 = Alif, Lam, Lam, Ha. Lagi Mim, Haa, Mim, Dal. Lagi Abu Bakar, Umar, Usman, Ali. Lagi Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail. Lagi Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat. Lagi Nafas, Amfas Tanafas, Nufus.


Bila seluruh dunia dah fobia dengan unsur2/simbol2 di atas, maka seluruh dunia akan menolak segala2nya yang berkenaan dengan unsur2/simbol2 tersebut.

Samada musuh2 kebenaran, mahupun kebenaran itu sendiri. Semua dipukul sama rata, sapu bersih...


Sekadar berkongsi & menyampaikan...

Wassalam...

Anonymous
June 15, 2011 at 8:43 PM

SALAM,

'STAR OF DAVID' - Dari segi Sejarah.

Ianya adalah lambang bangsa Arab Kan'an, iaitu penduduk awal Palestin. Ceritanya ada dlm blog ini

http://zharifalimin.blogspot.com/2009/11/rahsia-bintang-enam-israel.html

'STAR OF DAVID' - Dari segi Sains Fizik (kdgkala dianggap 'Pseudo Science').

Ialah sebahagian dari litar/medan elektromagnetik jasad. Boleh diaktifkan. Pertama, dengan kaedah meditasi khusus. Kedua, beristiqamah dengan Garam Kristal Himalaya Tulen yg mengandungi 84 mineral & diformulasi dengan ORMUS.

Impak pemakanan garam ini dlm jangka masa pjg akan mengaktifkan JUNK DNA, mengaktifkan Kundalini & 'menyatukan 4 segmen otak/ 4 brain spheres syncronization' serta mengaktifkan kalenjar /gland yg 'bersifat paranormal' khususnya Pineal Gland.

'STAR OF DAVID' - Dari segi pendapat 'firqah2' tertentu.

Ia adalah lambang darah/genetik keturunan Nabi Allah Sulaiman. Dipercayai makhluk ghaib boleh nampak 'seal of Solomon' @ cop mohor sulaiman ini pada tubuh manusia tertentu.

wallahu'alam

the_apprentice

Anonymous
June 17, 2011 at 9:09 PM

Salam,

Jika mahu tau maklumat yg agak 'seimbang & adil' ttg Star Of David/Hexagram, silalah ke sini :

http://www.youtube.com/watch?v=p5eJQkSq9QE&feature=related

Tarekat Naqsyabandi pun ada penjelasan ttg Star of David.

Ia memang rahsia besar yg perlu difahami dalam kita menuju akhir zaman.

wallahua'lam

t_a

Anonymous
June 17, 2011 at 9:22 PM

Jika ia difahami. Ia adalah 'kunci' alam Besar (Kabir) & Kecil (Saghir).

Ia juga ibarat pisau. Boleh guna untuk kebaikan & jahat. Kerana itu, rahsianya pernah dipendam di zaman Nabi Sulaiman kerana disalahguna.

teja
June 18, 2011 at 8:43 PM

salam.saya nk tanya tuan adakah tuan ni temasuk dlm ahli IKHWAM GLOBAL?adakah artikel mengenai bangsa mim tu dr pemikiran ahli IKHWAN GLOBAL?kalau ya.byk lg yg saya nk tanya.klau tuan nk padam komen saya pun xpe tp tuan kena jwb jg soalan saya.

June 19, 2011 at 11:48 AM

salam.. terima kasih atas komen dan info yang di berikan.

anon June 11, 2011 11:30 PM:-
saya tak tau siapa yg menukar color star of david tu, tp yg pasti ianya mempunyai makna sendiri.

deen:
mulanya, saya tak faham apa yg tuan katakan. tp bila baca banyak kali barulah saya faham dan insyallah permbongkaran akan di teruskan kerana 'mereka' mengambil dan menjadikan yg haq sebagai milik mereka

une 11, 2011 11:59 PM:
terima kasih atas info itu

aziman muar:
mgkn tuan boleh kongsikan tentang ilmu LAM itu?

La-Ba:
insyallah, saya akan terangkan dalam siri seterusnya tapi sya pun tidaklah pandai sangat. tapi insyallah, sekadar berkongsi ilmu

AbdElHmyd :
terima kasih atas info anda yg hebat. mgkn saya akan gunakan info itu untuk siri seterusnya. minta share yer. :D

T.A:
lama tak dengar khabar tuan. sihat?
benar, diri manusia tu sendiri adalah star of david :D

Teja:
tidak. saya bukan global ikhwan. saya hanyalah pengkaji persendirian. Ini merupakan pemerhatian saya dan tidak sangka, ramai juga yang melihat perkara ini dari perspektif yang sama.

Anonymous
June 20, 2011 at 5:28 AM

Reka bentuk piramid masih kekal hakmilik rekacipta bangsa Nusantara sampai kini.

Cuba perhatikan binaan masjid Agung Demak,Masjid2 Tua di Malaka,Masjid Kg Laut,Masjid Lama di N9,Masjid Piramid paling tua iaitu Masjid Tuban di Danau Tuban Jawa dll tempat.

Itulah makna dan falsafah rekaan piramid yg masih wujud hingga kini.Ia mempunyai makna yang sangat mendalam tentang peringkat alam kehidupan dan kepercayaan Ke Tuhanan.

Sepatutnya Arkitek Melayu terus mengekalkan senibina Warisan ini dalam setiap binaan Masjid bukan bawa masuk rekaan kekubah bebawang yang datang dari rekaan monggol India dan warisan Parsian.

wallahualam

Anonymous
June 21, 2011 at 9:09 PM

Salam,

Quote :

T.A:
lama tak dengar khabar tuan. sihat?
benar, diri manusia tu sendiri adalah star of david :D

Sihat tuan. Insyaallah, hari2 buka blog tuan. Saya lebih senang mengikut perkembangan dari jauh.

Selamat maju jaya. Teruskan usaha yg baik ini.

t_a

Anonymous
June 23, 2011 at 6:09 AM

saya peminat TA kat forum atas bawah....good luck


tupai

Anonymous
June 23, 2011 at 10:21 AM

Mari kita nilai fungsi bintang dr iqra al Quran....Tiga Fungsi Bintang Di Langit

Himpunan galaksi dan bintang-bintang dilangit kita namakan alam semesta.

Tiga fungsi yang disebutkan di dalam kitab-kitab tafsir, antaranya;

1. Merejam Syaitan

Surah Al-Mulk [67] : 5

5. "Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala. "

Maksudnya : Bintang itu sebagai alat merejam syaitan atau satu siksaan kepada syaitan yang berupa (bebola api). Lanjutan dalam sahih Bukhari mengenainya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa para jin atau syaitan yang mencuri berita di langit (ketika Allah menetapkan sesuatu urusan di langit) akan terkena semburan api (meteor) sebelum syaitan itu sempat memberi maklumat kepada penduduk bumi.

Oleh itu jika ada yang menyangka atau menganggap jika ternampak meteor yang melintasi langit lalu memohon sesuatu dan permohonannya akan dikabulkan, maka itu adalah perbuatan syirik dan jahil.

Termasuk juga mereka yang mempercayai horoskop walaupun hanya membaca secara ‘suka-suka’ kerana ia akan membantu lagi syaitan memperdayakan dirinya. Syaitan akan membisikkan kepada si pembaca bahawa seolah-olah ramalan itu benar. Seringkali kita mendengar orang berkata, “Aku tidak percaya horoskop, tetapi ada juga kebenaran bila membacanya...”.

Sebenarnya inilah syaitan yang merasuk dalam pemikirannya dan dia menyangka berita bohong (ramalan bintang) itu adalah perkara yang kecil sahaja padahal di sisi Allah ia adalah sesuatu yang besar kerana ia melibatkan akidah dan boleh menjejaskan keimanan.Samalah dengan memuja simbol Star Of David.

2. Perhiasan di Langit

Surah Al-Hijr [15] : 16

16. "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya)."

Maksudnya : Ia adalah antara bukti bahawa betapa besar dan hebatnya ciptaan Allah. Malah dalam sebuah ayat yang lain;

Surah Al-Mu'min [40] : 57

57." Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Diterangkan kepada kita bahawa penciptaan langit itu lebih hebat dan besar dari penciptaan manusia, iaitu betapa mudahnya Allah mengatur bintang yang tidak terkira jumlah dan besarnyanya; inikan pula mengatur manusia yang hanya beberapa billion.

Semua manusia di seluruh pelusuk dunia tidak kira apa agama dan bangsa akan berasa takjub apabila melihat bintang-bintang di angkasa. Baru sahaja kita melihat dengan mata kasar sudah berasa takjub, belum lagi mendalami akan ilmunya (sistem orbitnya, struktur, pengembangan dan sebagainya).

Tetapi berapa ramai manusia yang lupa bahawa dirinya kecil (lemah dan tidak berdaya)? Berapa ramai manusia yang bongkak akan ilmunya? Berapa ramai manusia yang resah gelisah kerana kurang hartanya lalu memakan riba, rasuah dan sebagainya (sedangkan Allah mengatur rezeki mereka)? Oleh kerana itulah dikatakan kebanyakan manusia tidak mengetahui.Apa nak heran Yahudi mengambil simbol dari bintang Daud.

sambungan....

Anonymous
June 23, 2011 at 10:22 AM

sambungan....

3. Penunjuk Jalan

Surah Al-An'aam [6] : 97

97. "Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui."

Maksudnya : Bintang di langit juga sebagai penunjuk arah bagi mereka yang berlayar di lautan mahupun orang yang berada di daratan. Bintang-bintang disusun mengikut susunannya yang tersendiri dan dapat dijadikan sebagai penunjuk arah kepada mereka yang mahir akan ilmu ini.

Terdapat puluhan jenis dan perkumpulannya dalam susunan bintang-bintang ini dan gambarannya seolah-olah seperti binatang, layang-layang dan sebagainya (mengikut gambaran atau yang dibayangkan oleh manusia). Maha suci Allah yang tidak menciptakan semua ini sia-sia melainkan tetap ada kegunaannya pada mereka yang mahu menggunakan akal.

Selain itu ia juga sebagai ‘penunjuk jalan’ kepada kebenaran, iaitu menunjukkan ciptaan Allah yang maha hebat ini dengan kesempurnaan dan pemeliharaannya sebagai antara tanda-tanda kebesaran dan kekuatan-Nya. Maka wajarkah manusia menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain?

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa bintang atau zodiak/Star Of David ini tidak membawa apa-apa erti terhadap ramalan hidup seseorang. Ia hanya sebagai penunjuk arah kepada manusia dan digambarkan dalam bentuk-bentuk tertentu agar mudah kita menghafalnya sebagai penunjuk arah. Janganlah kita terpedaya dengan pemikiran mereka (syaitan dari jenis jin dan manusia).

Dalam sebuah hadis;

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani r.a : Sabda Nabi saw, “Allah berfirman; Ketika hamba-hambaKu bangun pagi-pagi, diantaranya ada yang mukmin ada yang kafir.

Siapa yang berkata hari hujan kerana kurnia dan nikmat Allah, maka dia itu mukmin (iman) dengan-Ku, kafir dengan bintang-bintang.

Siapa yang berkata hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu, maka dia kafir dengan-Ku, iman dengan bintang-bintang.” (0058) Sahih Muslim

Kesimpulan :

1. Segala penciptaan Allah yang kita ketahui dan tidak kita ketahui mempunyai peranan dan fungsinya masing-masing. Tidaklah yang dapat memanfaatkannya kecuali orang-orang yang rajin menggunakan akalnya; iaitu orang yang mencintai ilmu.

2. Seluruh makhluk Allah tunduk dan patuh kepada-Nya;
Surah Al-Hajj [22] : 18

18. "Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya. "

3. Menunjukkan bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang bukan sahaja mencipta, malah memeliharanya pula untuk kemanfaatan makhluk-Nya terutama manusia. Sekiranya Allah tidak menciptakan takdir, maka porak perandalah seluruh sistem kehidupan.

4. Penciptaan bintang-bintang ini juga menunjukkan kesempurnaan Allah yang mencipta segala sesuatu penuh ketelitian (tiada kecacatan langsung), harmoni, stabil, kukuh dan membuktikan akan kekuasaan-Nya atas segala sesuatu.

Surah Al-Jumu'ah [62] : 1

1. "Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "

Jadi dimanakah letaknya keagungan Star of David itu sebenarnya?
Wallahu’alam

Anonymous
June 24, 2011 at 9:15 AM

Salam.

Nak kongsi sikit tentang jenis bintang dari khazanah Islam.Katanya, perlu kita ketahui ia miliki umat Islam yag lama terpendam.Sahabat sebelum ini cerita 3 fungsi bintang...ok aku top up jenis-jenis bintang pula.

Ternyata Al Quran mencatatkan penerangan yang lebih terperinci dan mendalam tentang makna bintang-bintang ini.

Jadi kita jangan terperuk hanya mengikut kefahaman orang-orang yahudi sahaja.Ternyata mereka bolih menggunakan apa sahaja kaedah untuk menaikkan nama dan saham bangsa mereka.

Jangan lupa keturunan yahudi memusuhi terang-terangan keturunan Nabi Yusuf AS padahal mereka datang satu ayah(Yaakub AS) cuma dari ibu yang berlainan.Datang dari manakah Sulaiman AS/Daud AS(David/Solomon) itu kalau bukan dari salasilah Nabi Yusuf AS.

Al Quran mengatakan:"(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku." Surah Yusuf :4

Jadi sejak bila pula Star Of David menjadi penanda aras salasilah keturunanya yang di klaim olih yahudi.Bukankah bintang itu milik keturunan Yusuf AS.

1"Demi bintang bersinar terang ketika terbenam,"
(QS. 53:1)

2. "Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru," (QS. 53:2)


Perhatikan juga bagaimana bintang yang bersinar terang itu dikaitkan dengan Mohammad SAW.Baginda tidak sesat apatah lagi keliru kerana perihal bintang yang banyak fungsi dan penggunanya.Bukankah bintang2 itu menjadi pertunjuk.

Terdapat 5 jenis bintang dalam Quran.
1.Bintang beralih dengan tepat.
2.Bintang yang berpindah-pindah.
3.Bintang yang beredar dengan cepat.
4.Bintang yang membawa urusan/utusan.
5.Bintang yang bergerak berlumba-lumba.

Bukan sekadar cerita komet,bintang berkelipan,meteor,buruj dan lain-lain dilangit tetapi ia bintang di mata hati.5 jenis bintang di atas milik keseluruhannya bagi Baginda Mohammad SAW.

Jadi kita umat Islam ada Star Of Mohammadin kita sendiri.

Wallahualam.

June 24, 2011 at 11:09 AM

Salam bang,

Terima kasih dari abang, sama-sama saya ucapkan..

Apa-apa pun, semuanya Dia yang bagi ilham...

Terima kasih & bersyukurlah pada Dia... :-)

Kalau abang nak guna info yang tak seberapa dari komen saya tu, guna je bang..

Tak perlu minta izin saya...

Bukan hakmilik saya pun...

Hehehe...


1 lagi renungan tentang bintang bucu 6:

Bintang bucu 6 ni ada pada tubuh kita...

Kalau kita perhatikan dengan halus, orang yang sedang berzikir/bermeditasi/mengamalkan kaedah-kaedah tertentu pernafasan/yoga, mereka akan duduk bersila.

1) Semasa bersila dengan kemas, titik-titik di lutut kanan, lutut kiri & tulang sulbi/besi kersani/besi kuning akan membentuk satu segitiga.

2) Semasa bersila dengan kemas juga, satu segitiga yang berlawanan akan terbentuk sekiranya kita menggenggan erat asma'alhusna (18 @ tangan kanan + 81 @ tangan kiri) & temukan dua gengaman tersebut menjadi satu titik, disambung dengan titik di bahu kanan & bahu kiri.

Kedua-dua segitiga yang ada di badan kita tersebut akan membentuk bintang berbucu 6 jika dilihat dari atas/ubun-ubun...

Jadi, pada pendapat peribadi saya, memang benar jasad/batang tubuh manusia itu ialah star of david yang terbentuk ketika duduk berzikir/menyelam...

Sekadar berkongsi & menyampaikan...


Wassalam...

Anonymous
June 26, 2011 at 2:05 AM

Bucu bintang simbol Ahlul Bait nabi SAW pula ada 5 pepenjuru.Jumlahnya Ganjil tak genap,sebab mereka ni ganjil-ganjil belaka.

salam

Anonymous
July 7, 2011 at 1:50 AM

Assalam,
saya suka membaca blog yang begini. Menambah ilmu, memangkin neuro. Alhamdulillah. Rupanya ramai orang Melayu yang bijak pandai dan ikhlas di bumi bertuah ini. Mohon selitkan ilmu untuk penyatuan Melayu juga supaya orang Melayu tidak terus-terusan simpan kuku. Perlu cakar bila dipijak. Teruskan usaha murni. InsyaAllah setiap langkah akan dirahmati Illahi.

Arymann

Anonymous
July 12, 2011 at 6:44 AM

masyaallah..banyaknya ana tak tahu..dalam tertipu rupanya ada penipuan jugak..waduh..conpius camni..harap tuan blog dapat update lagi ..kajian yg berguna ni..mohon share info..tq..

July 16, 2011 at 6:14 PM

adakah kedatangan imam mahdi dan nabi isa nanti datang menegakkan kalimah atau menegakkan lambang.......fikir2kan..

Anonymous
July 23, 2011 at 12:31 AM

apa kaitanya dgn batu ini...
http://www.youtube.com/watch?v=BfOGSIHx9go

July 25, 2011 at 12:02 AM

Assalamualikumm..wrt.
salam perkenalan, sudah lama hamba mengikuti artikel-artikel hebat tuan hasellusiby secara diam-diam, kini terpanggil hati hamba ini untuk bersama mencari kebenaran yang hakiki. Dan semoga tuan hamba akan menegakkan yang Haq. "Apabila yang Haq tertegak, maka yang batil akan tumbang"
Sekian wassalam.

CosaNostra
July 25, 2011 at 10:44 AM

Satu lagi. Pernah beberapa kali aku solat di Masjid Kapitan Keling kat penang. Terdapat atau kelihatan sinbol Star of David dibahagian dalam kubah utamanya. Dekat2 cermin kecil dikubah tersebut.

February 5, 2012 at 7:42 PM

salam tn penulis yg budiman... kajian tn begitu menarik :)

star of david adalah simbol universal, bukan milik sesiapa pada hakikatnya. ianya adalah milik alam ini. dan sesiapa juga blh menggunakannya tanpa mendakwa ia miliknya.

star of david adalh salah satu daripada bentuk sacred geometri yg menyimpan rahsia penciptaan alam dan manusia. maksudnya begitu luas, seluas daya kreativiti kita utk memfalsafahkannya mengikut apa yg kita yakini.

medan aura manusia yg telah terlatih sempurna, akan membentuk star of david ini. jika kita kitan mengkaji lbh dalam, semua jenis simbol yg digunakan di mana pun juga dan dalam bidang apapun juga adalah berfungsi utk mengarahkan fokus fikiran terhadap suatu doktrin/kepercayaam. jika kita menganggap simbol star of david ini adalah simbol yg melambangkan kuasa, maka mengikut law of attraction, fokus fikiran ini akan memberikan kesan kpd diri dan kehidupan kita...mmg msh byk misteri yg perlu kita korek, dgn fikiran terbuka dan ditapis mengikut rujukan ilmu dan keyakinan kita :)

sekadar berkongsi dgn perasaan damai damai dan ukhwah. salam kasih syg utk semua :)

Anonymous
February 6, 2012 at 3:30 AM

Imam Mahdi ada star of david..pada jarinya.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger