Salam
Pada kali ini saya mahu share dengan anda apa itu WAHABI kerana di dapati, WAHABI ini sudah melular ke dalam masyarakat kita tanpa kita sedari. Wahabi ini telah bermula sejak zaman baginda rasullullah lagi di mana pada ketika itu, suatu golongan ini suka membantah arahan nabi dan menganggap diri mereka betul pada logik akal. Pada mulanya, golongan ini sedikit sahaja, tapi lama kelamaan (setelah evolusi politik islam selepas kewafatan baginda rasul), maka golongan ini mengambil peluang dan bersongkol dengan orang yang berkepentingan. Seterusnya, ketika era penjajahan, mereka bersongkol pula dengan pihak penjajah dan telah mendapat kuasa di jazirah arab. Pada ketika ini, ramai ahlul bait telah berpindah ke nusantara dan seluruh dunia kerana mereka di kejar oleh golongan ini untuk membunuhnya.
Gerakan ini kemudiannya menjadi suatu idealism ke dalam sistem pendidikan islam di peringkat atasan yakni universiti. Maka, bila golongan muda ini kembali dari belajar di universiti itu, maka berlakulah perdebatan antara golongan tua dan golongan muda. Hal ini berlaku ketika era penjajahan belanda sehinggalah sekarang.
Tapi kini, ia lebih teruk lagi kerana ia di masukkan dalam silibus pembelajaran kita dan seterusnya menjadi bentuk pemikiran pada golonagn sekarang. Hasilnya, ramai umat islam menolak perihal ghaib (yang maha, ALLAH itu sendiri ghaibul ghuyub, kiamat itu hal ghaib, mati pun sama dan seterusnya). Sehinggakan, soal JIN dan malaikat di tolak mentah-mentah, kerana ia menjauhi logik akal, sedangkan ia ADA. Hal ini telah di utarakan di dalam surah Al-Baqarah.
Apapun, saya tidak mahu bincang panjang. Maka, saya 'share' dengan anda, Wallpaper mengenai WAHABI dan kriterianya. Dan taulah anda bahawa ia sudah meliputi segenap masyarakat kita sehinggakan membawa pelbalahan semasa ummat. Wassalam
Total Pageviews
1127074
+ comments + 45 comments
Salam,
adakah ramai orag islam sudah sesat pada pandang saudara kerana hampir semua silibus di universiti islam didunia ajarkan asma wal sifat, tauhid uluhiyah dan rububiyah? Bukankan perkara ini sudah jelas? Sanggup tuan mengatakan mereka ini sesat karana belajar 3 pecahan konsep tauhid diatas???
Padahal di Mekah pun begitu juga diajar saudara, maka adakah tuan nak cakap orang Mekah akidahnya rosak? tempat Nabi kita lahir itu lagi dekat dan lekat ajaran Nabi kepada orang Mekah berbanding kita orang nusantara ni...
Nur Muhammad itu diasaskan oleh golongan sufi yang melampau dalam beragama, tidak diajar Nabi Muhammad dan hadis yang mengisahkan pasal Nur Muhammad adalah hadis palsu lagi batil. Tanyalah kepada pakar hadis wahai tuan blog akan perihal Nur Muhammad itu...pasti tuan akan cakap pengkaji hadis itu sesat dan gologan muda walhal dia dah menguasai cabang ilmu hadis berpuluh tahun! Nur Muhammad menyamakan Zat Allah kepada makhluk, NAUZUBILLAH MIN ZALIK! Besar sekali kemungakaran mereka, orang Yahudi tergelincir iman kerana menisbahkan Uzair sebagai anak Allah dan Nasrani mengadakan Isa sebagai anak Allah, tapi tarikat menyamakan Zat-Nya kepada makhluk... Besar murka Allah keatas mereka ini, tapi pasti gologan tarikat masih berpegang pada Nur Muhammad lagi!
Mengapa belajar sifat 20 sahaja? Bukankah ada 99 semuanya? Sekarang nyata golongan tarikatlah yang sesat dan membuat bidaah dengan menukar sifat 99 kepada 2o sahaja...alangkah beraninya mereka itu. Mengada-adakan apa yang mereka tidak tahu tentang Allah, jikalau tidak tahu senyap jangan menambah kerana ahli bidaah tempatnya di dalam neraka dan bukan ahli kepada umat Nabi Muhammad!
salam,
pabila rahsia disebarkan kepada umum...akan terjadilah fitnah...
rahsia tidak mampu dibaca oleh mereka yang bukan haq...
ia adalah perbincangan tertutup untuk sang ahli yang punya haq...bukan untuk perbincangan umum...
"janganlah mengkafirkan saudaramu yang masih mengucap dua kalimah syahadah..."
Salam saudara Pemerhati.
Tarikat tidak menolak 99 nama-nama Allah. Yang 20 tu dinyatakan sifat wajib Allah. Ini perkara asas belajar di sekolah. Adake mana-mana sekolah yang tak mengajar sifat 20? kalau ada yang menolak 99 nama-nama Allah tu mungkin tarikat yang telah diselewengkan.
Pasal nur muhammad ini hal mendalam. baik bincang sama ahli yang pakar. jangan terus hentam dlm internet secara terbuka. nanti timbul fitnah
Salam kepada tuan punya blog.
Berdasarkan wallpaper tersebut, pandangan saya ciri-ciri wahabi tersebut tidaklah sampai boleh melabelkannya sesat. cuma mereka golongan yang tegas terhadap hal yang zahir sahaja. mereka mungkin kurang pengetahuan dalam ilmu kerohanian jadi mereka mempertikaikan golongan sufi tarikat yang mempelajari ilmu tasauf, dan melabelkan budaya keagamaan yang telah lazim dibuat sebagai bidaah yang dilarang.
Jadi sepatutnya kedua-dua pihak wahabi n bukan wahabi tidak boleh saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Bergantunglah pada keyakinan sendiri setakat mana yang telah dipelajari. menuduh sesat sesama sendiri menambah buruk perpecahan umat.
Yang jelas nyata sesatnya adalah golongan syiah yang bmazhab rafidah/jafariyah/imam 12. kerana golongan yang berkiblatkan ulama-ulama iran ini terang-terangan menghina isteri-isteri nabi saw n sahabat-sahabat baginda. inilah golongan munafik terang-terangan.
sila rujuk artikel 'mason-mason melayu' dalam mistisfiles.blogspot.com dan boleh survey di search engine berkenaan golongan syiah rafidah ini
asri perlis mana?
mana dia pi?
mangkok hayun....
Nampaknya tuan dah termakan hasutan British lahanat dan puak2 freemason nih... Luaskan bacaan tuan, insyaAllah tuan akan faham. Jangan memadai hanya membaca tulisan2 puak kafir dan seangkatan dengannya..
Fitnah Al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Ahmad Zaini Dahlan (Bekas Mufti Syafiiyyah di Makkah)
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/280
Sheikh Ahmad Zaini Dahlan
Murid-muridnya Diantara ulama-ulama Nusantara yang pernah berguru dengan ulama besar ini ialah:-
Kiyai Nawawi Banten
Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi
Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni menurut satu riwayat
Kiyai Muhammad Saleh Darat
Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif bin Abdullah al-Minankabawi
Sayyid Utsman Betawi
Tuan Hussin Kedah
Syeikh Ahmad Yunus Lingga,
Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafiiyyah, Mekah,
Datuk Hj Ahmad Ulama Brunei,
Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni,
Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II),
Syeikh Abdul Hamid Kudus,
Kiyai Muhammad Khalil al-Maduri,
Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi, Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama,
Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani,
Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh 'Abdul Qadir bin 'Abdur Rahman bin 'Utsman al-Fathoni
Tuan Kisa-i’ Minankabawi [atau namanya Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh. Beliau inilah yang melahirkan dua orang tokoh besar di dunia Melayu. Yang seorang ialah anak beliau sendiri, Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah. Dan yang seorang lagi ialah cucu beliau, Syeikh Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)]
Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh)
Syeikh Utsman Sarawak [gambar bawah - kanan]
Syeikh Abdul Wahab Rokan dan ramai lagi.
Selain itu ramai ulama di Nusantara yang bersambung sanad keilmuan mereka kepada murid kepada Sayyid Ahmad Zaini Dahlan iaitu Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dan Syeikh Ahmad al-Fathoni. Bahkan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni juga merupakan murid kepada Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi. Dan murid kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni yang bertebaran di seluruh pelusuk Nusantara sangatlah banyaknya.
Karangan
Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif Selain melahirkan para ulama beliau beliau juga menghasilkan karangan amatlah banyaknya antaranya adalah:-
al-Futuhatul Islamiyyah;
Tarikh Duwalul Islamiyyah;
Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram;
al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin;
ad-Durarus Saniyyah fi raddi 'alal Wahhabiyyah;
Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib;
Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul 'Abidin;
Hasyiah Matan Samarqandi;
Risalah al-Isti`araat;
Risalah I'raab Ja-a Zaidun;
Risalah al-Bayyinaat;
Risalah fi Fadhoilis Sholah;
Shirathun Nabawiyyah;
Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah;
Fathul Jawad al-Mannan;
al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah as-Sayuthi;
Manhalul 'Athsyaan;
biographi Sheikh Ahmad Zaini Dahlan
http://hiz-tough.blogspot.com/2008/06/sheikh-ahmad-zaini-dahlab-al-hasani-al.html
Kena kaji sejarah dulu baru bolih cerita W***** ni...keturunan yakjuj makjuj dizaman kini dah muncul...cume yakjuj makjuj tu adalah suatu bangsa dan bkn binatang seperti yg digambarkan oleh org2 terdahulu…zionist tu bkn keturunan 12 bani israel, tp puak khazariians.Puak nilah yakjuj dan makjuj.
Apa kena mengena dgn tauhid pula?...keturunan pemerintah arab saudi adalah keturunan yahudi buangan yg dibuang di scotland semenjak era salehudin…selepas islam jatuh, kuasa besar dunia mengambil semula keturunan yahudi ni jadi proksi di hijjaz dan mengistiharkan negara arab bersekutu, UAE…
selepas tu, keturunan tu merampas kota suci mekah!!!menghambat keluar Keturunan Di Raja Syarif dari Ahlul Bait Nabi SAW...kemudian popularlah fahaman tauhid pecah 3 kat atas tu...padahal sebelum tu aliran tauhid dari Imam As Sya'ari/Imam Maturudi yg jadi asas...
Kena faham Tauhid Sifat 20 dari Tauhid Aliran As Syariyah...
Tauhid bolih pecah tiga???
Tauhid maknanya ESA!!! kalau terbahagi 3 ...ESA kah itu???
Ralat:- sori tertinggal ayat
***Tauhid maknanya MengESAkan Allah SWT...
Wallahualam..
Sebuah hadis sahih:Rasulullah SAW bersada:"Allah akan berkata pada hari kiamat:
"Wahai Adam, maka ia menjawab:"Aku penuhi panggilan-Mu dengan segala kerendahan dan kebaikan hanya ada pada-Mu".Maka Allah berkata:"Apakah sudah keluar Ba'thunnar?"Adam bertanya"Apakah Ba'thunnar itu",Allah menjawab:"Setiap 1000 orang dia ada 999 orang, apabila dia sudah keluar, maka ketika anak kecil akan beruban dan setiap wanita hamil akan melahirkan dan engkau akan melihat manusia dalam keadaan mabuk, sebenanya mereka tidaklah mabuk, tetapi(mereka terlihat seperti orang-orang mabuk, kerana azab Allah itu sangat pedih".
Para sahabat bertanya:"Ya Rasulullah yang manakah di antara kami yang satu (1000-999) itu?".Baginda SAW
menjawab:"Bergembiralah kamu kerana sesungguhnya seorang laki laki dari kamu adalah sama dengan 1000 orang dari Ya'juj dan Ma'juj"-Hadis riwayat Bukhari
Persoalannya hadis menyatakan bilangan mereka 999 daripada setiap 1,000 orang, dan mereka ini pula adalah manusia. Oleh itu siapakah manusia yang bermaksud 999 setiap 1,000 manusia? Siapakah Ya’juj & Ma’juj yang tidak terhitung banyaknya?
Menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda "Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Ya'juj dan Ma'juj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)".
Jawapannya semua manusia yang termasuk golongan mereka. “Golongan” Ya’juj & Ma’juj ialah manusia yang Kafir dan tersasar Keimanan/keTauhidnya.
Oleh itu 99.9% manusia adalah tergolong sebagai “golongan Ya’juj & Ma’juj” kerana melaksanakan sistem kufar.Maka jadi Kufar lah tu...
Ya'juj dan ma'juj ialah orang yg dalam "gua yang penuh kegelapan akibat fitnah dunia,mereka mabuk,dan wanita terus melahirkan sebangsa mereka dgn ramainya".
Kegelapan itu ialah racun duniawi/materialistik...Mereka tak tahu lagi memahami mana SIFAT ALLAH SWT dan Mana SIFAT MAHKLUK...mana satu NAMA, mana satu SIFAT,makna AFA'AL dan makna ZAT...
Mana satu fahaman MUJASSIMAH(Menyamakana Allah SWT dengan material)...mana satu pegangan yang menegaskan
LAI SYA'KAMISLIHI SYAIUN.
Olih itu jgn heran, Kalau yang benar-benar beriman jumlah sedikit sahaja tatkala ini.Apa nak pelik kalau ilmuan kita pun sebangsa macam mereka juga.Berada dalam kegelapan.
Rasullullah bersabda satu org sahabatnya sama dengan 1000 org ya'juj dan ma'juj...cerminlah diri kita ya!samakah kita seperti para sahabat?
semoga bersama kita mengambil ihktibar...
wallahualam bissawab.
Al-Isra' : 84
"katakanlah(Muhammad).."setiap orang berbuat sesuai dengan pembawaannya masing-masing.."Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.."
Salam
Manusia Ya'juj dan Ma'juj adalah salah satu rahsia Allah. Umat akhir zaman bakal berhadapan mereka dan kita diantara yang perlu berusaha mengenali mereka dengan kajian mendalam.
Ya'juj dan Ma'juj juga adalah berita ghaib yang cuba difahamkan oleh Junjungan saw. Ada pihak yang cuba menselewengkan pengkajian terhadapnya atas saranan Yahudi. Hanya Alussunah waljamaah sahaja yang konsisten dalam pencarian ini zaman berzaman.
Puak Wahhabi tidak berminat mengkaji persoalan ghaib. Ini cukup jelas. Sesiapa yang hanya suka kepada soal luaran tanpa mempedulikan soal hati dan rasa, mereka itu telah termemar dengan daayah Wahhabi.
Memang benar Wahhabi telah pun wujud sejak zaman Baginda, serbab itu Rasulullah memberi amaran yang jelas mengenainya. Siapakah "Khawarij"? Itulah yang berlaqku sehingga akhir zaman. Mereka fasih membaca alQuran dan soal keagamaan. Mereka kelihatan amat alim. Kenapa Rasulullah menghalalkan darah mereka?
Sesiapa yang menafi dan memusuhi para Wali Allah adalah memusuhi Ahlussunah walJamaah.
Mereka juga boleh dianggap sebahagian dari Ya'juj Ma'juj. Nauzubillah min zalik.
Ingatlah bahawa Wahhabi adalah rakan kongsi zionis. Sebab itu Wahhabi dipertahankan oleh mereka memerintah Jazirah Arab. Merosakkan cara fikir umat Islam. Berdasarkan kedudukan mereka hampir dengan Baitullah, amat mudah umat Islam dipesongkan carafikir bahawa Wahhabi lah satu2nya kumpulan yang benar.
Di Universiti barat juga (kawalan Yahudi)telah berjaya menghasilkan para ulama bertaraf sarjana dan kedoktoran dalam Islam. Mereka membangunkan kefahaman baru dalam pendidikan di Universiti tempatan.
Akhirnya Wahhabi menjadi dominan dan menenggelamkan Ahlussunah walJamaah sehinggalah bangkitnya Imam Mahadi nanti.
Pelajaran Tasawwur Islam diangkat sebagai salah satu mata pelajaran tetapi menghilangkan Tassauf. Begitulah nasib umat akhir zaman ini. Islam yang dianuti adalah Islam tempelan bukan Islam hakiki. Amat jauh dari nur Muhammad dan nur Allah. Malah pengkajian Islam hanya berlegar di satu sudud yang terhad. Usul Fiqh dan Usuluddin yang amat dangkal.
Akhirnya berlakulah perselidihan pendapat dan terjadilah perpecahan. Lihatlah permainan Yahudi ini dengan teliti wahai "kaum Muda".
lucu bona den tgk tuan Pemerhati.. sifat allah ada 99.. tu la ckp lebey je.. sifat Allah ngn nama2 Allah pn xtau.. kekeke byknya sifat Allah itu tp yg wajib diketahui hanya 20.. ckp mcm pandai tp xpandai pn sbnrnya.. saje nk kutuk tuan pemerhati sbb anda melenting mcm mentibang.. saye baca 3-4 kali artikel tuan blog.. xde satu pn tuan blog melabel wahabi ni sesat.. kalau dgr ceramah ustz2 wahabi ni depa duk ngutuk islam lain sesat ada la.. lawak la pemerhati mentibang ni kekeke plawok plawok plawok
Cuba lihat Hadis Najd ni. Yg amat ditakuti oleh puak Wahabi. Memang terkena batang hidung. Awal2 lagi dah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w.
http://al-ghari.blogspot.com/2008/10/kegerunan-hadis-najd.html
Drp segi aqidah pun wahabi ni salah. Cuba dgr ceramah puak2 wahabi ni yg sebut pasal aqidah. Ada ke Allah duduk di langit?? Mcm ni reject jer. Jelas aqidah mujassimah dan musyabbihah. "Allah bersemayam di atas arasy" (Surah Taha : 5)ada penerangan dan maksudnya. Banyak lagi ayat2 mutasyabihat camni. Mengajilah drp org2 yg ahli kalau nak paham. Kalau tak syok sendiri tafsir secara direct.
salam...
minta maaflah jika artikel dan wallpaper kali ni agak tragis utk sesetengah pihak. Apa yang cuba saya sampaikan ialah suatu fakta. Tapi andai itu menguris hati kalian, maaf saya pohon.
Apapun, bila saya perhatikan balik artikel dan wallpaper kali ni, saya rasa saya tak tulis pun WAHABI itu sesat, tapi saya tegaskan bahawa WAHABI ITU SATU BENTU IDEALISM/FIKRAH/PEMIKIRAN. Itu saja.
Kerana ia suatu bentuk pemikiranlah ia amat bahaya kerana bila di sebut FIKIRAN, maka ia mengunakan logik akal sepenuhnya (sama seperti idealism lain contohnya demokrasi, komunism, artism dan sebagainya).
Bila ianya suatu pemikiran berbentuk idealism, maka perihal ghaib akan di tolak kerana ia tak sampai oelh akal mereka. Padahal, hampir keseluruhan dalam Quran menyebut perihal perkara ghaib. Maka, tak boleh tidak, kita sebagai umat islam harus berfikir perihal ghaib juga. Seandainya menolak perihal ghaib, maka samalah kita dgn orang barat yang membina macam2 tekonologi untuk mengkaji tuhan, tapi hakikatnya, ia masih berlegar dalam duniawi lagi.
Perihal NUR MUHAMMAD, sama sekali ia tidak sama dengan ZAT ALLAH. Agak pelik, dari mana tuan puan tahu tentang ni seolah2 tuan/puan dah khatam bab ni? Bukankah dalam wallpaper jelas saya tulis tentang tasauf adalah tentang MENGENAL DIRI. Ya, diri tuan puan tu.
Tapi, kalau tuan/puan nak lawan juga, katakan SESAT pada TOK KENALI, SYIEKH ABDUL KADIR JAILANI, TOK SELEHOR, TOK JANGGUT, MAT KILAU, DATO BAHAMAN dan seterusnya, kerana ini adalah ilmu di wariskan dari ulama silam. SIAPA ANDA UNTUK KATA SESAT pada wali-wali ALLAH? Mungkin anda WALI LEBIH TINGGI PANGKATNYA kot~
Apapun, maaf dari saya yang sungguh hina, dina, kotor, jijik dan tak sempurna ini. Maafkan saya kerana saya jahil dalam hal ini tapi berlagak pandai. Saya umpama lantai yang kalian pijak2. Maka, maafkan saya andai khilaf, tuan/puan berhak untuk memaki hamun saya kerana tuan/puan di beri oleh ALLAH kudrat untuk memarahi/maki dan menegur saya yg khilaf ini. Sesungguhnya ALLAH jua lah maha segala.
betul kata mentibang
tuan Pemerhati .. sifat allah ada 99.. tu la ckp lebey je.. sifat Allah ngn nama2 Allah pn xtau..
baca 2 kali baru perasan kalau cerita kat anak buah aku yg sekolah agama Johor yg belajar Risalah Tauhid sifat 20 confirm kena gelak ada hati sesatkan semua group Tarikat lagi padahal bab basic pun tak lepas
agak2nya siapalah syeikh dia ni sampai boleh beri fatwa sesatkan org
Assalamu'alaikum..wrt, kita tidak akan dapat melihat kejayaan dan merasa kemanisan iman sebagaimana salafus-soleh, melainkan kita perlu bersungguh-sungguh dalam Iman dan mengamalkan Amalan Soleh. Allah s.w.t. akan menganugerahkan kita kekuatan iman dan takwa sama seperti para Nabi, Rasul dan para Wali sekiranya kita mengikut landasan yang sama dengan mereka. Wajiblah keatas ummat Islam meninggalkan dan menjauhi fahaman-fahaman yang terkeluar daripada Ahli sunnah wal jamaah kerana fahaman dan aturcara musuh-musuh Allah tidak akan membuahkan takwa. Hanya orang-orang yang bertakwa sahaja yang mendapat petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah serta diberi jalan-jalan keluar daripada ujian dunia, nafsu, syaitan, iblis dan kafir musyrikin. Mereka sahajalah yang boleh menyatukan ummat ini. Bagi orang-orang kafir pula Al-Quran itu akan menambahkan kerugian bagi mereka.
pecah tauhid kepada tiga... satu yang menarik. Kristian pun ada tiga tuhan. mainan yahudi porak purandakan agama nasrani dan kini kepada aslam pula.
nasib manusia akhir zaman menolak ulama yang jelas kebenarannya.. kerana dunia.
encik pemerhati...
nampak nye xda bahagian awak..
samada awak salah letak pemahaman..atau mungkin penjelasan guru anda x anda fahami..
rahsia x mampu dibaca oleh yang bukan haq..
Mereka kata...
Tuhan itu berbilangan...
ada yang kata Tuhan itu satu,dua,tiga...
dan lebih menyedihkan lebih daripada itu...
Aku kata...
tidak,Tuhan itu tiada dalam nombor...
Tuhan itu esa...tunggal...satu-satunya...
kerana,kalau aku kata Tuhan itu satu,
mereka akan berkata.."Tuhan itu dua,tiga,empat,dan seterusnya..."
kerana satu pasti diikuti dengan dua dan seterusnya...
ada juga yang berkata.."tak mengapala,kawan...
tuhan kamu yang pertama,tuhan kami kedua,dan tuhan dia yang ketiga..."
Tapi,
kalau aku kata...
Tuhan itu esa???
apa lagi yang bakal mereka hujjahkan untuk menutup kebenaran?
KATAKANLAH ALLAH ITU ESA...
lupakah kalian akan ayat ini???
masihkah lagi berdegil dengan menyatakan Tuhan itu berbilangan?
Satu,dua,malah tiga?
Maha Suci Allah daripada apa yang mereka semua selisihkan...
maka...
wahai seluruh saudara sesyahadahku,
katakanlah bahawa Allah itu esa...
Laungkanlah ia dengan sepenuh hatimu...
jgan ckap tp xtahu ilmunye...blaja al quran n hadisnye dulu...blaja yang pangkal then bru yg pucuk..stakat sifat 20 2,bru yg pucuk....jgn ckp slgi xtahu atau xjmpe hadisny..semoga dieri ptunjuk dan hidayah..amin
salam semua....
saya amat menyampah dengan pandangan Anonymous yg mula mula sekali.Seolah olah penyampaian beliau dalam komentar ni bagus sgt serta beliau lah yg seperti ilmuan..Saya mendapat pendidikan islam secara sempurna dari kedua org tua saya.Org tua saya ada mengatakan bahawa biarlah sederhana serta memahami ajaran islam dengan betul.Kerana pada zaman akan datang,byk ilmuan ilmuan dangkal serta yg cetek pemikiran mengaku bahawa beliaulah org islam yang sejati.Jika tersesat...kembalilah pada alquran serta hadis nabi.Tentang perkara perkara Wahabi dan lain lainya itu semua adalah penambahan penambahan untuk mengelirukan kepada mereka yg cetek ilmu.
jumpa artikel dinternet bkn niat menuduh cuma sekadar info utk difikirkan
http://sampaikan.wordpress.com/2007/08/09/mengenal-agen-mossad-dalam-gerakan-islam/
jgn EMOSI tuan dan puan...
Tak kira la Wahabi,Arqam,Syiah(ni bahye sikit),Hizbut Tahrir,Pas,Umno,Dap,PKM,PKR,Salafi,Tarekat,Pekida atau apa pun....Yang pasti, mau atau tidak...nasib LIBYA pasti kita alami...bersama kita lihat..siapa yg benar..dan yang munafik...bersama kita nantikan...tak perlu berselisih di sini...SEBAIKNYA...KITA GELARKAN DIRI KITA MUSLIM SHJ. DALAMAN KITA TUHAN TAHU.....KITA NAK ZIKIR MELOMPAT KE...SUBUH TAKDE QUNUT KE....ITU HAL PERSONAL...JGN DIPERSOALKAN...ISU PENTING...BAGAIMANA NAK MENGHADAPI SERANGAN DAJJAL SETERUSNYA DI TANAHAIR KITA...ITU YG PENTING...CARI PERSAMAAN BUKAN PERBEZAAN...BAGAIMAN KITA NAK BINCANG KEBENARAN SEDANGKAN SECARA TIDAK PERASAN..DALAM DIRI KITA SENDIRI SYAITAN DOK BERSARANG.....SANGAKA KITA..KITA DAH BAIK...SEDANGKAN HIDUP SEHARI HARI KITA DALAM DOSA...CONTOn RIBA, HIBURAN MELALAIKAN...NAK HARAP KERAJAAN......TAK PERLU SBB DIKALA KITA SERIUS BINCANG MASAALAH AGAMA YG DALAM TV MASIH BINCANG TENTANG...BOLEH KE BUNUH KATAK MENURUT ISLAM....LUCU..
Rasanya tukang komen disini semua rileks je ?
salam buat semua...
satu kata maknanya seribu,carilah yang seribu untuk yakinkan yang satu...
tetapi jika sudah terjumpa barang yang seribu itu,jangan cepat latah dalam kembali pada yang satu...
yang satu itulah syahadahmu wahai semua saudaraku...
kadang orang yg tak tau wahabi pun cakap pasai wahabi, kalau Arab saudi x baca qunut, x kan la org yg jaga masjidil haram sesat ?
"lucu bona den tgk tuan Pemerhati.. sifat allah ada 99.. tu la ckp lebey je.. sifat Allah ngn nama2 Allah pn xtau.. kekeke byknya sifat Allah itu tp yg wajib diketahui hanya 20.. "
jika ar-Rahman itu nama Allah, bukankah Allah bersifat dengan sifat Rahman ? Jika ar-Rahim itu nama Allah, bukankah Allah bersifat dengan sifat Rahim ? jika al-Wahhab itu nama Allah, bukankah Allah bersifat dengan sifat Wahhab ? Sifat Allah yang diketahui hanya 20 ? bagaimana dengan al-Aziz, al-Alim, al-Ghani, al-Hamid dan banyak lagi disebut dalam al-Quran ... adakah ada sabda Rasulullah sifat Allah wajib itu hanya 20 ? Hati-2 ... anda semua bercakap tentang Allah ....!!!
"ckp mcm pandai tp xpandai pn sbnrnya.."
Hati-hati sekali lagi saudara ... kata-2 anda itu berbalik pada diri anda sendiri ...
-K Dash-
dalami betul-2 pengajian asma wa sifat .... nama Allah ar-Rahman bukan macam orang nama Abdul Rahman Koyakutty ... nama Allah ar-Rahim bukan macam nama orang Abdul Rahim Bapoo .... ALLAH AR-RAHMAN !!! ITU SIFAT ALLAH YANG MAHA PEMURAH !!!!! ALLAH AR-RAHIM !!! ITU SIFAT ALLAH YANG PEMURAH !!!!! ....
ITULAH ILMU PENGAJIAN ASMA WA SIFAT YANG DOK ADA DALAM POSTER TU ... BELAJAR DULU .... JANGAN KETAWAKAN ORANG TAK TENTU HALA ....
-K Dash-
dalami betul-2 pengajian asma wa sifat .... nama Allah ar-Rahman bukan macam orang nama Abdul Rahman Koyakutty ... nama Allah ar-Rahim bukan macam nama orang Abdul Rahim Bapoo .... ALLAH AR-RAHMAN !!! ITU SIFAT ALLAH YANG MAHA PEMURAH !!!!! ALLAH AR-RAHIM !!! ITU SIFAT ALLAH YANG MAHA PENGASIH !!!!! .... ALLAH AL-HAMID ITU SIFAT ALLAH YANG MAHA KAYA ...
ITULAH ILMU PENGAJIAN ASMA WA SIFAT YANG DOK ADA DALAM POSTER TU ... BELAJAR DULU .... JANGAN KETAWAKAN ORANG TAK TENTU HALA ....
-K Dash-
"pabila rahsia disebarkan kepada umum...akan terjadilah fitnah...
rahsia tidak mampu dibaca oleh mereka yang bukan haq..."
"Pasal nur muhammad ini hal mendalam. baik bincang sama ahli yang pakar."
Allah turunkan wahyu pada Nabi .. banyak benda Nabi dah sampaikan ... tak ada rahsia-2 lagi dah ... ulama yang betul-2 ulama tidak akan sorokkan ilmu .... bab hadis, fiqh, aqidah semua dah bincang tinggal lagi ulama kena kaji permasalahan kontemporari ....
"padahal sebelum tu aliran tauhid dari Imam As Sya'ari/Imam Maturudi yg jadi asas..."
Astagfirullah ... bukankah wahyu dan kitab diturnkan pada Rasulullah ... Nabi dah diajar tauhid .. bahkan Nabi-2 terdahulu dari Rasulullah pun diajar Tauhid yang sama .... mana mungkin yang datang kemudian pula yang menjadi asas ....
-Ash Crimson-
Ralat :
al-Ghani yang Maha Kaya .. al-Hamid yang Maha Terpuji ....
Maklumlah tengah sedap menaip ...
-K Dash-
salam semua,
sesuatu yang lari dari kesederhanaan akan kalah...
islam itu mudah,dan akan kalahlah mereka yang menyusah2kannya...
besederhanalah kamu dalam berhidup,mudah2han kamu selamat...
besederhanalah...itulah jalan ahli sunnah wal jamaah jika kalian ingin tahu...
"janganlah mengkafirkan saudaramu yang masih mengucap dua kalimah syahadah..."
Salam semua,
Saya dah baca komen tuan2 semua. Banyak yg masih keliru. Sifat 20 diasaskan oleh Abu Hasan Al Asyaari & Abu Mansur Al Maturidi. Semua sifat Allah yg diterangkan dlm Sifat 20 dirujuk drp Quran dan Hadis. Yg ni kena paham dgn jelas. Bukan Allah ada 20 sifat shj. Sifat Allah tak terhingga. Tujuan Sifat 20 disusun supaya ada metod yg jelas nak faham sifat2 Allah. Terjadinya ilmu Sifat 20 ini supaya tauhid umat Islam tak kacau bilau sebab zaman tu lebihkurang 300 tahun selepas rasulullah saw wafat banyak pula iktiqad kefahaman tauhid yg sesat spt jabariah, qadariah, muktazilah dsbnya.
99 asma' Allah itu ialah yg umum. Nama Allah ada banyak lagi dan ada ulamak yg kumpul sampai tiga ribu lebih. Nama Allah pun tak terhingga dan hanya sedikit sahaja yg kita ketahui. Dalam ilmu Tauhid yg dikembangkan oleh ulamak2 terdahulu dah lengkap semua diambil drp kefahaman yg bersandar kpd quran dan hadis. Tauhid yg ulamak2 dahulu ajar ialah tauhidul zat, sifat, asma' dan afaal. Itu dah cukup tepat. Timbul pula ulamak2 wahabi alih pula pada tauhid rububiyah, uluhiyah dan asma' wal sifat. Lama2 tak paham maksud tauhid iaitu mengesakan Allah. Esa Allah bukannya satu, dua, tiga dsbnya. Kalau satu maka adalah dua. Kalau dua maka adalah tiga dan seterusnya. Saya cukup setuju dgn komen sdr Nurun Nur9111. Ramai org2 Islam sendiri tak tahu nak kupas mengesakan Allah. Kalau silap paham kita belum lagi mengesakan Allah. Masih jatuh syirik dlm iktiqad dan beramal. Kena mengaji tahkik bab kalimah tauhid dan kalimah rasul. Terus terang saya katakan kalau mengaji kupasan ilmu tauhid rububiyah, uluhiyah serta asma' wal sifat spt yg wahabi canang2kan maka jauh lari ertinya dlm mentauhidkan Allah. Pegangan tauhidul zat, sifat, asma' dan afaal sudah cukup tepat dlm nak mengesakan Allah. Kalau nak jelas pergilah mengaji dgn ulamak tauhid dan tasauf.
Dlm hal bacaan qunut tu bab furu' je. Buat tak buat tak menjadi soal. Seeloknya kita dlm mazhab syafie buatlah. Kaji maknanya. Sebahagianya merupakan doa pelihara diri, kesihatan tubuh, tolak bala. Sungguh baik sekali sebelum nak memulakan hari utk mencari rezeki. Sekian je drp saya, faqir ilmu dlm nak mengenal Allah.
-ana alfaqir-
Tentang Nur Muhammad jgnlah kecoh2. Masalah furu' je terima atau tak terima sebilangan pendapat ulamak. Tak rosak aqidah pun kalau terima atau tidak. Pemahaman konsep nur muhammad ada pada pengajian tauhid & tasauf. Mengajilah.. kalau jahil katakan jahil. Berapa ramai ulamak2 yg menerima konsep nur muhammmad ni. Ianya ada pemahaman yg mendalam. Memang sirr tak dapat diterima kalau tanpa taufik dan hidayahNya.
http://ahlulbait.blogdrive.com/archive/329.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/07/nur-muhammad-saw-18.html
-ana alfaqir-
Salam... :)
Tentang Nur Muhammad itu telah di perbincangkan satu masa lalu olih para cendekiawan Islam...
Tetapi mereka mendapati Al Quran menceritakan bahawa yg sesungguhnya ialah Nabi Muhammad SAW sebagai "PELITA/LAMPU" yang menjadi penyuluh dalam kegelapan jalan kehidupan.
SIRAJAN MUNIRA(Lampu;erti kata lain Nabi Muhammad SAW adalah sosok insan yang memiliki CAHAYA penyuluh) ada tercatat dalam al Quran...
Surahtul Al Ahzab:Ayat 45.
“Hai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan.”
Dalam Surahtul Al Ahzab ayat 45-47 ini, direkodkan bahawa Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai saksi bagi ummat manusia. Saksi itu haruslah ADIL.
Suratul Al Ahzab Ayat 46.
“…dan untuk menjadi penyeru kepada Agama Allah dengan izin Nya dan untuk menjadi lampu/cahaya yang menerangi (SIRAJAN MUNIRA).”
Suratul Al Ahzab: Ayat 47.
“…..dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang muk’min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah.”
(Cahaya penyuluh ini berlanjutan hingga kepada umat Baginda SAW)Rasulullah SAW dan ummat nya digambarkan oleh Allah SWT sebagai SOSOK CAHAYA yang memberikan suasana terang bagi manusia (Seperti Lampu/Pelita bercahaya) Penyuluh kepada jalan yg HAQ.
Mereka diperintahkan untuk menjadi penyeru, pemberi khabar gembira kepada manusia yang beriman dan juga pemberi peringatan bagi mereka yang ingkar pada Allah Tabaroka Wa ta’ala. Sesungguhnya kaum muk’min dijanjikan kurnia yang besar dari Allah SWT.
Karena itu kaum muslimin-lah yang kelak akan bersaksi dihadapan Rabbul Izzati perkara mana yang HAQ dan mana yang BATIL.
Dan lanjutan sebagai SOSOK Cahaya Penyuluh kehidupan ini di teruskan olih para Pewaris Nabi SAW...
Hadis Qudsi "Ulama itu Pewaris Nabi..."
Dalam Hadis yg lain "Ulama itu Pelita/Lampu penyuluh zamannya"
Jadi sangat-sangat penting memahami Nur /Cahaya yg menjadi PENYULUH zaman ini....ulama/auliya yang ASLI mesti mewarisi kelansungan dari siri NUR-NUR dari Nabi Muhammad SAW.
Jika membantah dan menafikan wujud NUR/Sirajan Munira warisan Nabi Muhammad SAW ini...lalu anda sebagai ULAMA mendapat NUR daripada siapa??? atau anda mengaku sebagai umat Baginda tetapi tiada memiliki NUR warisan Nabi SAW??? syahdu...kasihannya...
Wallahu’alam…
Konsep Nur Muhammad yang tidak diterima ialah apabila dikatakan segala sesuatu dicipta dari Nur Muhammad yang tiada pun sandaran dari dalil ...
Ramai yang mengaitkan Tauhid Rububiyah/Uluhiyah/Asma wa Sifat dengan kesesatan Wahabi ... tak pe lah ... kalau tak terima yang tu tak apa ... tapi kena ingat yang al-Quran sendiri jelaskan yang orang kafir pun percaya pada adanya Tuhan yang mengawal segalanya ... itulah Rububiyyah (takde 'Tauhid' kat depan sebab nanti dok kata sesat) ... Uluhiyyah barulah dinamakan mengesakan Allah ... Asma wa Sifat ... ini nama-2 Allah dah disebut dalam al-Quran, bukan ulama saja-2 nak kumpul sampai beribu-2, kalau berjuta nama sekalipun tapi takde dalil belum boleh diterima jugak .... dah sebut atas tadi, Allah bersifat dengan namaNya yang baik yang banyak disebutkan dalam al-Quran, akhir surah al-Hasyr, budak form 5 pun kena hafal, tak sekolah ke ? ... lagi nak kata Tauhid Asma wa Sifat tu rekaan Wahabi sesat ?
kalau ada satu mesti ada dua, tiga dan sebagainya ? .... kalau Allah itu satu (Ahad) maka satu lah, buat apa hang dok fikir ada dua tiga, empat dan seterusnya ? ... kalau hang dok tanam iktikad macam tu maka akidah hang la yang dah rosak ... inilah akibatnya kalau pengajian Tauhid bercampur dengan falsafah .. sedangkan Nabi ajar sahabat-2nya mudah !!! ooohh lupa .. kita bukan sahabat Nabi, so kena la fikir kompleks sikit supaya makam kita boleh sampai sahabat atau melebihi Nabi ...
"Kalau nak jelas pergilah mengaji dgn ulamak tauhid dan tasauf."
Akhir kata, kalau nak jelas tentang Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat, mengaji la dengan ulamak yang berkenaan ... tak pun hang pergi jumpa naqib PMI kat universiti, tanya depa sebab silibus usrah depa pun dok ajar kaedah ni ...
-K Dash-
salam,
esa itu bukan satu...
esa itu tunggal...
tiada dalam nombor...
sebutan satu,bermaksud memberi peluang terbuka untuk kafiruun berhujjah bohong...
jika masih berdegil mengatakan Tuhan itu satu,sila padamkan ayat Qul huallahu ahad dalam al Quran...
ini serius,akidah bukan permainan bahasa...
kata2 ni saya petik dari blog saya,
"Allah telah beri petunjukNya di dalam surah al-ikhlas...katakanlah bahawa Allah itu esa...maka,inilah hujjah kita...jika 1 adalah pembukaan,maka ia adalah peluang...peluang untuk apa?peluang untuk kafiruun mengatakan Tuhan itu berbilangan...jadi bila kata esa...tiada peluang untuk mereka berkata2 dusta...fullstop...segala hujjah mereka selepas kata2 ini dilafazkan adalah tertolak dan tidak perlu diendahkan...kerana ia satu perbincangan sia2...itulah akidah kita...pegang baik2...sepertimana tegaknya nombor 1 itu,tegakkan juga akidah kita...bahawa Allah itu esa..."
bila kita berbincang tentang ketuhanan,maksudnya kita berbincang sesama manusia...bukan hanya sesama Islam yang sudah sedia tahu bahawa Allah itu satu2nya Tuhan,tiada lain...
perkataan Qul bermaksud katakanlah...satu suruhan...
ia seolah2 satu perisai hujjah buat kita...muslim...ini bukan perbincangan relatif yang mana setiap orang punya pendapat masing2...terang2 ditulis Qul huallahu ahad...
maka katakanlah bahawa Allah itu esa...
akidah adalah sesuatu yang tidak ada kompromi...tidak ada tolak ansur...
Abdulfatah Haron Ibrahim
Sebelum apa-apa, saya mohon tentukan lebih dahulu adakah Wahabi itu perkara usul atau furu'?
Perkara usul : umat Islam menerima atau menolaknya dengan ijmak.
Perkara furu' : umat Islam menerima atau menolaknya tidak ijmak.
Dr Asmadi:
Pelik sikit penakrifan 'perkara usul' oleh pengarang ini. Sefaham saya, perkara usul ialah perkara yang berkaitan dengan simpulan iman dan perkara-perkara yang maklum dalam agama (al-umur al-ma'lumat min al-din bi al-dharurah). Cukup sepakat ulama ASWJ menolak, maka terkeluarlah seseorang itu dari ASWJ. Perkara furu' ialah selain dari klasifikasi tadi.
Pada pandangan saya, khilaf ASWJ dengan golongan Wahhabi kebanyakannya pada perkara-perkara-perkara furu' (cabang) kecuali pada dua perkara yang boleh merencatkan akidah:
i. Ada yang melampau dalam mengithbatkan (menetapkan) sifat-sifat Allah sehingga termasuk dalam golongan 'mujassimah' (menjisimkan Allah iaitu mentafsirkan Allah berbentuk dan beranggota).
ii. Gejala mengkafirkan dan membid'ahkan umat Islam pada perkara khilaf yang ada asas-asasnya dalam Syarak. Gejala ini amat merbahaya dan tidak wujud dalam kerangka ASWJ beramal dengan 4 mazhab sebelum ini dan dicetuskan oleh fahaman ini.
Pada persoalan pertama, ASWJ meyakini keseluruhan sifat-sifat Allah seperti al-wujud, al-qidam, al-baqa', al-mukhalafatuhu lil hawadith dan lain-lain. Demikian juga nama-nama Allah yang maha baik. Mengenai sifat-sifat yang berbentuk 'anggota' seperti 'yad' dan lain-lain, ulama ASWJ berpegang kepada 'melalukan maknanya sebagaimana ia datang' tanpa berbincang secara mendalam, atau 'mentakwilkan' maknanya secara ringkas bagi memudahkan faham masyarakat awam. Mahasuci Allah SWT dari menyerupai segala sesuatu.
Manakala, bagi sesetengah aliran Salafi, mereka berani membahaskan secara lebih dalam, lantas berkata: "Allah mempunyai dua tangan tetapi tak sama dengan makhluk!". Mereka menetapkan dulu 'beranggota'nya Allah, kemudian menafikan persamaan dengan manusia.
Pendekatan ulama ASWJ berbeza, menafikan terus 'anggota' dari Allah SWT kerana anggota tu sifat bagi makhluk.
Pada persoalan kedua, saya pernah tulis artikel bagaimana pemuka-pemuka fahaman ini mengeluarkan imam-imam dari golongan ASWJ. Mereka mengatakan Imam Ibn Hajar dan Imam Nawawi bukan Ahlusunnah dari sudut aqidah! Subhanallah, dua imam tersebut, ulama-ulama ummmah mengangkatnya sebagai pembela Ahlussunnah tetapi mereka mengatakan bukan dari Ahlussunnah!.
Abdulfatah Haron Ibrahim
Adakah di sana orang yang memandang Wahabi perkara Furu'yang khilafiyah belaka. Jika khilafiyah, maka memang ada perbezaan yang tidak dapat dielakkan
Dr Asmadi:
Memang perbezaan tidak dapat dielakkan. Kerangka ASWJ memang mengiktiraf perbezaan pandangan ini. Sebab itu pengajaran 4 mazhab dibenarkan disebar luas. Masalahnya, bila masuknya fahaman Wahhabi, lantas perbezaan pandangan dikatakan 'sesat' dan sebagainya. Buktinya di tempat mereka, tidak boleh disebarluas amalan 4 mazhab. Masalahnya lagi, mereka hanya melihatkan keterbukaan bila ada tindak balas dari ustaz-ustaz Ahlussunnah 'menyerang balas' keterlanjuran mereka
Secara khususnya, kita banyak membuang masa mendebatkan soal mazhab bila masuknya aliran Wahhabi & Salafi.
Mungkin benar kata-kata seorang pensyarah UIA dari Iraq kepada saya pada satu masa dahulu:
"Kamu orang-orang Islam di Malaysia, jumlah kamu hanya sedikit (lebih sikit 50%). Kamu tak mampu berpecah kepada pelbagai aliran. Bila berpecah aliran, biasanya berlaku perpecahan politik. Memang benar apabila ulama kamu menekankan aliran Mazhab Shafie dan ASWJ sbg tunjang masyarakat."
Wallahu taala a'lam. Allahu al-Musta'an.
http://drasmadinet.blogspot.com/2011_09_01_archive.html
Salam semua...
Sdr K Dash nampaknya tak mengaji mana dalil Nur Mmuhammad. Cuba sdr lihat dlm link di bawah. Hadis drp Jabir berhubung perkara ni hadis sahih. Kalau kita bukan ahli hadis jgn memandai2 menolak hadis yg telah diakui.
http://sufiroad.blogspot.com/2010/11/sufi-road-hadits-tentang-nur-muhammad.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/03/nur-muhammad-hadis-jabir.html
Tentang Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' wal Sifat ni bukanlah nak menidakkan kesemua huraiannya yg tak betul tapi spt yg saya katakan menenggelamkan konsep tauhid yg sebenar iaitu zat, sifat, asma' dan afaal Allah yg telah lama diturunkan oleh ulamak2 yg muktabar. Cuba rujuk Rukun Syahadah.
1) Mengisbatkan Zat Allah
2) Mengisbatkan Sifat Allah
3) Mengisbatkan Af'al Allah
4) Mengisbatkan kebenaran Rasulullah
Asma' Allah pula menerangkan sifat Allah. Dlm rukun diatas diletakkan 3 tetapi diperkemaskan oleh ulamak jadi 4 bagi kefahaman mentauhidkan Allah. Kalau kita tanya Allah itu apa? Org akan jawab nama bagi Zat. Bila tanya Zat tu apa? Ramai tak tau jawab. Jgn kata tauhidul zat, sifat asma' dan afaal ini fahaman falsafah yg dicedok drp agama lain. Inilah masalah puak wahabi, semua yg tidak disetujui maka dikaitkan dgn kesesatan ilmu drp lain padahal adakah dlm Islam menolak falsafah dlm Islam itu sendiri yg bersumberkan Quran dan Hadis? Kerana itu mereka ni tolak ilmu Kalam, ilmu tasauf dll. Mereka ni puak wahabi hanya tafsir ilmu bulat2 secara literal shj.
Dlm Islam itu sendiri ada 3 cabang utama ilmu - feqah, tauhid dan tasauf yg dikembangkan drp Rukun Islam, Rukun Iman & Rukun Ihsan. Di universiti rata2 ilmu Islamnya agak berbeza dgn pengajian pondok ulama2 lama. Tasauf takde diajar secara detail yg ada hanya Tasawur Islam. Kalau ada tasauf yg diajar cuma ilmu pengenalan dan sejarah sahaja tetapi tidak mengajar cara mengamalkan tasauf itu sendiri apatah lagi pensyarahnya ada pula kaji tasauf tapi langsung tiada pernah ada amalan yg bersanad dlm tasauf nak menuju kpd Allah menyuci syirik dan menyuci nafsu. Sekian.
-ana alfaqir-
Salamun Alaik duk sibuk dengan pendapat masing2 yerk. Tak perasan ker Syaitan duk bertepuk tangan . tu musuhmu semua . bukan fahaman yang kau bawa tu. jadi bertakwalah kepada ALLAH tuhanmu dan tuhan Sekalian alam. allahu rabbuna wa rabbukum,lanaa a'maluna wa lakum a'maalukum,la hujjata bainana wa bainakum,allahu yajma'u bainana,wa ilaihil mashir.
Kau marah tuan blog cakap org sesat. Tapi kau sendri label org tarekat sesat...ntah pahape la kau ni
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
Aku nk kongsi sket la, aku bkn nk buruk kan drah dging sndri tp aku kesal knp minda saudara aku ni xterbuka luas. Adikku blaja dlm jurusan Qiraat wa Al quran. Apa bila aku bkongsi tentang konspirasi, imam mahdi future event dan sbgai nya. Dia slalu akan kata xde dlm al quran dan hadis. Ckp bajet mcm bgs, mcm dah terer semua. Siap pesan kat aku ati2 tkt tpesong akidah. Ye btl apa dia ckp. Tp xkan la kite apabila blaja quran dan hdis perlu sempit kan pmikiran kite? Aku prnah hentam dia mcm ni" cendikiawan islam dlu blaja quran dan hdis sbgai asas, yg blaja seawal usia 3 tahun pon ada. Dr al quran dan hadis la terbitnya ilmuwan2 spt al khawarizmi, ibnu sina, ibnu baituta, ibnu khaldun dan sbgnya. Ko blaja quran diletak nya pd perinkat trakhir diploma dan ijazah. Lg afdal blaja quran dan hadis di pondok2 dr ko blaja dkat maahad tahfiz *****. Tiada pengaulan antara laki dan prempuan. Org lain nak blaj qurAn ko pon nk blaja tp xde phayatan.. siap bcinta letak hukum sndri couple islamic. Dlm islam mana ada istilah couple islamic. Wak luuu!!" Bgtu la apa yg aku katakan smpai k ari ni adik aku xbckp dgn aku.. bru2 ni dia dpt interview k universiti madinah dan gagal aku hentam skali lg " blaja quran sbb nk jd hakim syariah? Pensyarah? Mufti? Cuba btlkan blik niat ko yg dah terpesong tu insya Allah dpt". Dr pd komen anon ug atas skali tu drpd dia mengomen mcm adik aku. Ko k dik? Xkan? Mksud aku org yg blaja sikit dah brani nak mhukum org. Org tu sesat org ni sesat. Jgn smpai tgn aku tersesat kat pipi ko mcm adik aku kena. Aku nk kongsi skit la ttg wahabi msa aku blaja mukhoro dhulu kala, wahabi di asas oleh muhammad abdul wahab zaman selepas wafat nya rasulullah.. pd ketika itu umat islam rmai jgak yg mlaku kan bidaah yg amat besar antara nya menilik nasib dkat makam nabi(alah mcm org malyu kite ngangkung?) sembahyang dkat makam nabi katanya lebih afdal pahala besar dan byk lg bidaah besar yg tjadi masa tu. Yg esktrim duk menyesatkan org tu pengikut nya saja bkn pengasas. Alah mcm puak syiah tu la, syaidina ali xsesat, yg sesat syiah je.. wasalam