Apa yg anda fikirkan bila dengar frasa-frasa ni?
Saya pasti, ramai yg akan terfikir "sesat, mengaku tuhan, syirik, haram" etc.
Tahukah anda, ilmu mengenal diri adalah suatu perkara yang menyedarkan diri anda adalah Hamba ALLAH. Mengenal diri adalah sedar anda adalah Hamba ALLAH.
Tapi, berapa ramai yg sedar dia adalah Hamba ALLAH sebagaimana terkandung dalam ikrar kita di dalam doa iftitah tiap kali solat?
Hamba ALLAH berlainan dengan Pekerja ALLAH.
Pekerja ALLAH banyak melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan serta mahu di lihat oleh perkerja yang lain bahawa 'aku best' atau 'kau masih kurang'.
Sedangkan Hamba ALLAH, tidak hiraukan tentang ibadah orang lain bahkan dia mengambil berat ibadah diri sendiri dan sentiasa rasa jahil serta dalam keadaan dosa.
Berapa ramai yang sanggup tinggalkan gaji, kerja atau kehidupan moden andai kita di suruh meninggalkannya untuk beribadah kepada ALLAH?
Ramai yang akan kata 'aku mampu', tap hakikatnya ramai yang tidak mampu.
Kita tak mampu untuk tidak berduit, tidak mampu untuk tidak mengambil ubat andai sakit, tidak mampu bersama lilin andai tidak ber-elektrik.
Saya angkat tangan. Saya tidak mampu tinggalkan semua ni kerana saya masih jahil.
Itu baru mengenai Hamba.
Belum lagi kenal diri sendiri itu siapa.
Rata-rata, akan memandang negatif kepada ilmu mengenal diri kerana ramai yang belajar ilmu ini, menunjukkan contoh yang tidak baik.
Ada yang mengaku tuhan (sebenarnya ni adalah stage wahdatul wujud, sesuatu jalan dari perjalanan yang cukup jauh). Ada yang tidak solat (tapi yang mengata, perlukah anda 'sekodeng' ibadah orang berbanding diri sendiri). Ada yang menunjuk-nunjuk bahawa 'aku dah sampai'...
Sesungguhnya, bila di katakan rahsia ALLAH, maka rahsiakanlah pengalaman anda kecuali dengan guru dan ahli-ahli anda sahaja. Jangan berasa dengki andai ada orang lebih dari anda, atau jangan menghina orang andai ada yang jauh ketinggalan dari anda. SIFAT MAHA KAYANYA adalah bila sang salik (orang yang berjalan menujuNYA) berada di jalan2 yang berlainan. Tidak sama dengan yang lain. Seperti cop jari, nampak sama, tapi tidak serupa langsung. Itulah kerahsiaan anda dengan DIA.
Ilmu ini juga sebenarnya, pada zaman dulu, teramat asing dan sukar untuk di pelajari kerana guru sentiasa memilih anak muridnya. Bukan perkara senang, kerana guru-guru ini berada jauh terpencil. Ada yang berselindung dalam masyarakat. Bila dah berjumpa, ada pula di beri ujian. Ada yang di hambat balik.
Tapi, sekarang ia jauh berbeza. Seolah-olah ilmu ini seperti ilmu SPM. Mudah di jumpai dan di berikan sewenang-wenangnya menyebabkan ia di pandang lekeh dan syirik. Itulah bahana dunia akhir zaman. Bila ilmu ketuhanan di sebar untuk kepentingan diri, maka ianya sukar di ertikan lagi.
Apapun, di sebabkan ramai pengunjung blog ini adalah dari sang salik dan ada yang sudah tahu hal ini tapi tidak endahkannya. Maka, saya telah membuat satu picture untuk anda supaya anda tahu bahawa ilmu mengenal diri ini bukanlah sesuatu yang fantasi. Ia adalah ilmu sedar diri sendiri.
Wallahualam
+ comments + 44 comments
Sejahtera...tq beri ulasan yg menarik ini,anda mengulas dgn cara santai tnpa libat kn mana2 pihak pun..sy seorg yg berfikiran terbuka..pd pndangan sy guru2 ilmu ini trdahulu tidak jujur dlm amanah ttg pengetahuan rahsia tuhan..perlu kah setiap murid di uji? Sedangkn tugas seorg guru boleh menjamin muridnya? Jika begitu..samalah konsep sekolah di m'sia..bg sy tidak ada istilah guru dlm dunia ni..hnya penunjuk jln dlm istilah sy..guru yg sebenar mengajar erti sunyi,sedih,kepedihan,tawa dan juga erti sush megenai kehidupan..ini cuma pndngan sy je..si jahil yg merasa kesunyian itu tnpa rasa sunyi lg..syabas bro..truskn tulisan begini.
Tulisan yg tidak menyentuh mana2 pihak atau membandingkn mana2 pegetahuan ada pegikut yg besar jumlahnya di m'sia ni..dpt kiranya asasas kn satu blog..di mana budaya n ugama adalah satu pekara berbeza..tq
Yg mencari tu lah yg di cari..hidup nya yg di cari krn ada yg mencari saling memerlukn walau si pencari tidak kenal yg di cari..pencari akn trhenti pabila yg di cari adalah dirinya dirinya sendiri..dan pencarian sebenarnya baru bermula selayaknya bayi..merangkak ke sana kemari tiada yg mengerti malah sering di salah erti..membuat betapa kecil nya diri..bgai patung di hujung tali di bawa brmain kesana kemari tnpa ada harga diri..baru ku sadar tentang hati tnpa mu siapa lah diri ini...
Salam...
Tebaik!
Hehehe...
Dakwat>Huruf>Perkataan>Ayat>Surah>Juz>Kitab
Benih>Akar>Batang>Dahan>Ranting>Daun/Buah
Tiada putus nyata-menyata...
Dulu tiada.
Kini ada.
Akan kembali tiada.
Kelak ada & kembali tiada.
Serasanya, 'tiada' mengatasi 'ada'.
So, tiada le tu.
Hehehe...
Swarga & Naraka itu tiadalah kekal kerana ianya ciptaan.
Yang Kekal hanyalah Pencipta.
So, kerana Penciptalah & bukannya ciptaanNya.
.
..
...
....
.....
......
.......
Sejahtera jua sang pujangga... Dari huruf menjadi perkataan dr perkataan membentuk sifat dr sifat terpancarnya zat.. Kenali huruf memahami perkataan..fahami perkataan terpancar insan...fahami insan zat melakunkn..jiwa dan badan menjadi teman...tidak kn hancur ke akhir zaman...~PURBA
sebenarnya ilmu ini tidklah rahsia, sbbnya ia adalah ilmu y dtng dari nabi kita, cuma sistem kaedah pnyampaiannya xbetul, akhirnya ramai yg keliru sesat zindiq pun ada, spttutnya ia bermula dgn ilmu zahir dan diajar sedikit demi sdikit sehingga kepada hakikat....mesti brmula dgn A hingga Z, tdk boleh diambil ditngh atau hujung, bnyk kebburukan dr kbaikan....Ilmu Allah ini sebenrnya boleh dihujah dgn bijaksana(makrifat) dngan dalil akli bg yg trtutup Hatinya shngga "trbukak jalan"...inilah yg dilakukan oleh para tabiin, ulamak2trdahulu dlm brdkwah....di sekolah kanak2 diajar dr kcil lg tntng Allah,apabila mereka dewasa mreka sudah kenal Allah pd tahap ilmu yakin ada juga smpai ainul yakin,apabila dh smpai tahap ini tibala masa utk brperang lawn hawa nfsu dlm menjadi hamba tuhan tp slepas kejatuhan zaman Islam, sistem pendidikan ugama lbih kpd sekular kecuali sekolah pondok(xsemua)
sudah tiba masanya, kita semua generasi terakhir yg tau akan hal ini, membntuk kmbali sistem yg telah dilaksanakan oleh nabi kita, mengangkat kembali agama Allah yg telah dipijak2 ini, jgn tunggu Imam Mahdi dtang,buatlah setakat mana yg mampu... INGAT Barangsiapa yg memahami ilmu ini dan telah meresap kedlm jiwa dan hati mereka,mereka wajib menyebarkannnya dgn cara yg bijaksana yg diajar oleh nabi, sesiapa yg menyembunyikan kebenaran akan dihukum Allah...1 orng yg tau dan rasa akan ilmmu ini adalah lebih baik dari 1000 orng yg hanya tahu secara teori ttapi tidak merasainya...jauh bezanya sprti lngit dan bumi....dari zaman Adam hingga Muhammad hanya 1 jalan saja diterima Allah, iaitu jalan Ahli Haq berpegang kpd Al-Quran dan sunnah
Allah? Nabi? Siapa n apa tu? Setiap brnama tentu bersifat..ada sifat pasti ada gambaran zat...rujukkan dr seribu tahun yg lalu dan dari arab pula..patut laa kita asik bertelagah..asal satu nama islam pecah jd 4 mazhab..boleh gila woo nk kaji..katanya islam to universal? Ia akan hadir dlm setiap geografi manusia? Btol x?..wa jahil bro ngucap pun xtau..tp nk tanya ckit..apakah yg kita copy selama ni budaya amalan islam? Ikut paten arab? Bayang di suatu pulau yg jauh trdpt org2 asli yg jauh didlm hutan tnpa syiar islam..agak2 klu puak ni mati msuk neraka ke? Pening2 ku pikir..atau ada rahsia islam pd cahya kebenaran dr sudut berbeza dr acuan arab itu? Atau bleh x ku anggap islam ni trletak kesucian di hati manusia tnpa rujukkan manusia2 terdahulu? Klu kebenaran yg pasti dr sana..kenapa bangsa mereka ditindas dibunuh dgn kejam? Tak boleh kah umat islam sedunia berdoa pd allah di selamatkn? Ku rasa allah semcm tidak adil ke atas apa yg berlaku ini? Dan nabi kununnya pemimpin umat manusia..apa yg ditinggalkn untk kita semua? Selain dr undang2? Ku bkn nk provoke atau buat sape2 marah..anggap je ku budak bru belajar jahil dan sesat..tp ku mntk sesape tunjukkn kebenaran sejati..harap tnpa rujukkn dr pegalaman org lain terutama dr arab..letih ar dgr..mcm mana mengenal pencipta dr sudut budaya kita..setahu aku nama allah ni umum..mesti ada nama khas dia..yg mana doa trus bleh makbul...~PURBA.
salam semua,
menarik saya baca luahan hati saudara/i Purba...pelik juga pemikiran anda dan persoalan2 yang diutarakan...
seolah mencari tempat untuk berdiri,dan bagaimana cara untuk berdiri dengan sempurna di waktu kepercayaan manusia dengan Tuhannya menjadi kucar kacir...
wahai saudara/i,
satu kata maknanya seribu,bila terjumpa barang yang seribu,jangan latah untuk kembali pada yang satu,yang satu itulah syahadahmu wahai saudaraku...
anda seolah keliru dalam meyimpulkan perkara yang seribu itu,jangan jadi macam hp saya sudah "memory full,delete some data"...huhu...
dan syahadah datang dengan 2 perkara asas,itulah kepercayaan Allah itu esa dan Nabi Muhammad saw adalah penyampai keesaanNya...
ingat,jangan sampai kita jadi memory full delete saome data...jika da jadi nak buat macammana,terpaksalah delete some data...huhu...
wallahualam...
kalau susah2 sangat,mai sini datang ziarah rumah saya kita pakat bincang2 tentang mengenal pencipta dari sudut budaya kita...mungkin saudara/i akan bertemu jawapan...siapa tahu?
salam perkenalan dari kami...:)
ni alamat rumah saya...:)
silakan...
http://9111tanyasamaituhudhud.blogspot.com/
salam kepada saudara Purba,
maafkan saya jika kedua-dua komen saya berbaur rasa tinggi diri dan penuh keakuan...
saya akui silap saya dan saya mohon maaf serta saya dengan rasa rendah diri,saya hulurkan salam ukhwah kepada saudara...
silakan melawat blog kami dan berbincang bersama kami tentang apa yang saudara tahu,saya pasti ilmu saudara tinggi berdasarkan soalan2 yang telah saudara utarakan,silakan berkongsi dengan kami semua...
kita ibarat puzzle yang melengkapi antara satu sama lain,Tuhan letakkan permata ilmu berselerakan di hati2 manusia,dan atas sebab itulah kita harus bersatu supaya nampak jelas gambar besarnya yang hakiki...
sila sambut salam ukhwah dari saya,saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan terlebih dalam berkata...
ada baiknya kita menjadi sahabat yang saling berkongsi ilmu dan bertukar2 pendapat untuk pembaikan diri...sekali lagi saya minta maaf jika ada menyakiti hati saudara...
wallahualam...
Sy teringin berkenalan dgn penulis blog ini..harap ada reply dr tuan tanah..jgn marah sy menumpang di blog anda..sy msih mencari hakikat ttg diri ni..harap sudi membantu sy~purba.
jangan lah berkenalan dengan saya yg jahil tahap lantai yang di pijak ramai orang ni wahai saudara ku, PURBA.
meh kita berkenalan dengan ALLAH. Ramai orang berkenalan dengan ALLAH dengan melihat di luar diri sendiri. Tengok dan takjub pada ukiran ALLAH pada batu, pada buah jambu, pada belang lembu etc.. tp ALLAH pada diri tak di lihatnya sampai ALLAH itu tak wujud pada diri sendiri, hanya wujud pada benda yang di lihat, di dengar dan di rasa.. persoalannya, siapa yang melihat, mendengar dan merasa tu?
masalah sekarang, org melihat islam itu arab dan arab itu islam.. tok arab yg togok air haram di sifatkan sebagai org islam sebabnya dia berjubah sakan.
islam pada penampilankah?
pernahkah kita mendengar wali2 dari orang cina, red indian, indian etc? jarang bukan... ini kerana mind set kita sudah di setkan pada islam=arab semata2..
sedangkan dlm QUran di sebut tntg 'di cipta kaum untuk saling kenal mengenali'.. maka, patut kita saling kenal mengenali dengan rasa hormat.. dan ISLAM adalah perikatan yg paling kukuh pernah terbina dalam sejarah manusia.. kerana ISLAM inilah, kaum2 akan bersatu tapi tetap mengamalkan adab dan adat masing2 tnpa meninggalkan kaum sendiri (bila quran menyebut di ciptakan kaum2.. makanya ia adalah sunnatullah, yg mana tidak boleh di tinggalkan langsung).
Kerana itulah wali songo, seperti sunan kalijaga, menyerap kebudayaan setempat, jadikan permainan mayang kulit menjadi permainan wayang kulit berbentuk roh islam.
Tp, sekarang, apa yg kita lihat?
ramai yg mau meninggal kaum sendiri dan menuju penampilan arab dengan alasan 'sunnah nabi'...
sunnah ALLAH di tinggalkan?!
ISLAM bukan pada penampilan..
islam adalah way of life..
kalau sudah faham islam, insyallah, anda akan berani memakai pakaian jubah, serban etc..
taukah kita, pemakaian jubah dan serban itu sungguh mempunyai erti yg mendalam?
jubah = tawaduk dan jahilnya diri berbanding ALLAH
serban = mengikat ketat akal pemikiran yg berlandasan nafsu
tongkat = menghambakan diri kepada ALLAH/tiada upaya kita melainkan ALLAH
wallahualam
Hah kan best kita brkwn..sy pun jahil tahap gaban a.k.a shin can..pd pndngan xnormal sy slagi islam ni brbahasa mmg pyh ek? Trlalu byk teori tnpa praktikal yg jelas...untk pegetahuan bro sy dh lama xcaya pd tuhan apatah lg manusia..jauh ngri arab pulak to...cuba tgk asal kejadian kita sape yg cipta? Tuhan ke? Ntah dia membuta kt mana kita kata dia yg cipta? Bkn lahirnya kita dr kasih ibu n ayah kita? Dia ke yg membesarkan n bgai makan kita? Tak juga kn? Mana dia melingkup kita kata dia yg beri semua...ini laa punca perperpecahan kita selama ni..ilmu pencarian di olah brmcm persepsi..sdangkn imej yg jelas ttg god ni bknkah diri kita? Yg gmbran imej to td zahir pd kedua org tua kita? Nah kapir belukar mcm kita nk jd islam pdang pasir? Jauh sgt pergertian slagi kita msih terjemahkn budaya arab pd kita..sy mmg sgt jahil tp pabila tgk blok bro ni trpanggil oleh sy untk kita sama2 mentelaah pekara ini..mgkn dgn sekelumit pegetahuan sy ni bro smp apa yg dicari..krn pepatah omputih mengatakn ada bezanya antara 'book smart' dgn 'street smart'..jd renungkn laa..tq psl info diatas..purba
En purba,
jiwa anda skang sama mcm jiwa sy dulu-dulu, bnyk prsoaln yg pelik brmain dikepala, Tp setelh Allah bg hidayah Alhadullillah sy dapat apa yg saya mahukan,ini bkn brmkna sy sudh hbat, sy masih lg jahil smpai mati dan bila hidup semula pun msih jahil...krana tuhan sy maha hebat, sy xhebat pun....sbnrnya rmai lg diluar sana keliru mngkin brtmbah setiap hari coz ingin mncari kbnaran...
Jgn riso, selagi anda ada rasa ingin mencari tuhan, teruskan pncarian, rmai ingin bantu anda, rmai yg telah offer kan diri...
tuan tanah pun sanggup tunjukkan jalan..xgitu?
yg pnting niat kita nk kenal tuhan..
sy juga sprti tuan sblum ni,tp sy setkan dlm otak sy, tuhan itu wujud,
akhirnya disbbkan keinginan sy utk kenal tuhan trlampau kuat, Allah memprkenalkan diriNya sbelum sy kenalnya...kenal disini bkan guna pancaindera kita yg 5 atau otak kita tp dgn anggota batin 'heart'...
Alngkah gembira krana sy telah bngkit dari tidur sy selama ini dan kenal dgn Allah tuhan sekelian aalam...Dia sjalah yg wujud tiada y lain....kenal disini bnyak tahap,mybe tahap kenal sy paling rendah kot....
tp sy juga sdih dan takut sbab bnyak sngt dosa sy buat,
Cuma sy nk bgtau sy brsyukur sngt2 sbab sy dilhirkan dlm Islam, tapak dah ada,
En Purba,
Indahnya Islam,Alam yg terbentang luas xtau mana hujunnya ini ada pemiliknya....
lihatlah sekeliling kita,lihatlah kejadian kita...lihatlah
tumbuhan, haiwan, air udara bergerak dgn mengikut aturan yg teliti tertib
begitu jua dgn bintang, matahari dan cakerawala...
pandanglah ke langit, tiada lg makluk lain yg berakal yg nyata wujud di alam ini, hanya manusia ,,kita...
UTK APA KITA DIWUJUDKAN DIALAM YG GELAP & AMAT LUAS INI???
KERANA ALLAH INGIN BGTAU KITA BAHAWASANYA DIALAH YG AGUNG LG MAHA BESAR
"AKULAH YG MENCIPTAKAN SEGALANYA"
Thanks dean n tuan rmh bg sy tumpang..ilmu dn jua pegalaman..dgn patah perkataan anda tentu byk pegalaman dlm pencarian ini kan? Sy tak brmaksud apa pun dgn persoalan sy tu bro dean..apa yg bro crita to tepat dan mudah difahami...kita becerita mengenai mengenal tuhan right? Dan setau sy ada ayat mengatakn seawal ugama megenal tuhan..jd pd sy msih jauh lg tu..kenal..pastu cuba ngurat..dpt ngurat cuba kontek pulak..dh kontek mula berhubung smp pd brkasih syg..dan saling memerlukn..dah sy ckp sy tak mau kenal allah ni dia sape? Nama umum yg bro kenal kan? Cuba kita jgn copy pegalaman org lain jd kn satu susunan ayat untk pedoman ramai..pasti berbeza..skg satu je pertanyaan org bodoh n bengong mcm sy ni..anda kenal tuhan kan? Tuhan yg disebut sbg allah ni kenal anda tak? Maaf bro ni bkn mencari salah atau kelemahan sesiapa..sy pun manusia yg lemah..sy dh lama brhenti mencari ni...krn dh xda apa nk dicari..yg tgl cuma sisa2 keegoan smp kembali ke sifar..~maaf smua~purba.
en purba,
disini xsesuai utk bercerita dgn leih lanjut dan detail krana ruangan yg trhad...tp sy bleh tnjukkan jalan, ada bbrapa persatuan y saya tau ada menyediakan platfom utk kenal tuhan, iaitu antranya Abjad Malaysia dan PEKIMA, tryla cek tngk,dlm Islam "subjek" utk kenal tuhan dipanggil usulludin (teologi)..kemudian akan dibawa utk bertoriq(suluk)smpai kpd hakikat,
senang crita kna blajar dulu ilmu syariat khususnya rukun Islam dan Iman dlm masa sama akan diajar kaedah berzikir y betul supaya lg mudah utk kita capai ojektif
prlu diingatkan,niat utama hanya satu iaitu utk kenal tuhan, jngn ada niat lain walau sebesar zarahpun, sbab kbnyakkan yg susah dpt sb ada niat yg lain cnth utk dpt hikmat tertntu....ini semua masih kbndaan,
prsoalan tuan tntng Adakah Allah knal sy? Yup Dia knal sy,dn sy selalu diujinya setiap masa, krana ujian itu adalah mkanan iman...hakikatnya Allah kenal kita semua,kerana kita dari Dia...
orng yg smpai kpd makam arifbillah, cukuplah Allah bg dirinya...
bersmb.....
Salam..
Entri ini sgt bagus utk semua golongan..
Jln mengenal diri ada byk persimpangan dan byk laluan, adakalanya kita berhenti disuatu tahap tertentu krn kita disibukkan oleh dunia..
Kita perlu mengenal diri krn dari situ kita mengenal sebab dan akibat ttp Allah itu bebas dari sebab dan akibat krn dialah pencipta yg Qadim..Qadim bg manusia adalah atas sebab penciptaan ttp Qadim bg Allah adalah tiada permulaan dan pengakhiran..ianya dua Ta'lim yg berbeda Sifat antara Baharu dan Baqa'..
Sebab itu dtg darinya dan akibat itu juga dtg darinya..Wujudnya Makhluk adalah atas sifat Harus yg ada pd Allah iaitu Allah berkehendak,jika Allah tidak berkehendak utk menciptakan Makhluk sekalipun,ia sama sekali tidak akan mengurangkan Dzat dan sifatnya..
Akal manusia ini terhad utk memahaminya krn sifat baharu itu akan binasa yakni punya had dan tempoh luputnya krn Allah berkehandak sebegitu atas hambanya melainkan sesiapa yg dikehendakinya utk membuka hijab yg mengandungi rahsia ilmu Allah itu..
Jika semua manusia dibuka Hijabnya,dgn Nafsu yg kita yg awam ini sudah pasti ianya akan menimbulkan kecelaruan krn senantiasa mahu mengatasi satu sama lain,membenarkan diri dan mendustakan org lain..
Lalu utk mengatakan Guru2 dahulu Tidak jujur adalah tidak berapa tepat krn ianya bersifat sangkaan dan menghakimi mengikut Taqlid sendiri..Itu mainan Nafsu lalu kita harus berlepas diri dari melakukan sebegitu..
Apa jadi pd org2 yg blm sampai dalil Islam kpd Mereka dan dimana duduknya mereka kelak diYaumal Mahsyar nanti?
Mengapa itu yg kita risaukan krn kita patut risaukan diri kita sendiri..
Apakah kita sudah terselamat dari dosa lalu kita mahu mengukur dimana tempat org lain?
Kedudukan mereka berada dlm Ilmu Allah dan jika bukan dlm ilmu kita,maka berlepas dirilah..
Allah itu maha adil dan tidak zalim dan tiada siapapun akan dianiaya oleh Allah..Jika kita kasihkan mereka maka Allah terlebih maha pengasihnya kpd mereka..
Apakah mereka terbeban dgn syariat sedangkan seruan syariat tidak sampai kpd mereka?
Setakat itulah jawapan sy krn sy bukan ahli utk menghakimi..
salam...
ye saya setuju sngt dgn en kering...
walau apa pun, dakwah prlu diteruskan,soal hidayah atau kefahaman dpt ke xdpt itu adalah urusn Allah, kita yg telah nmpk akn hakikat alam yg fana ini prlu mnjelskn kebenaran stkat mana yg trmampu kpd golongn yg mmerlukan.....
bila dh kenal Allah, ia bkanlah jln pengakhiran kpd pncarian tuhan, ttpi ia adalah permulaan kpd khidupan yg sbnar-bnarnya yg prlu kita laksanakan khussusnya dlam menyucikan hawa nafsu dr satu tngkat ke satu tingkat...
Terimasa kasih smua komen yg brnas dan logik..brlandaskn kitab2 lama n juga quran..tp bg sy ianya tetap bahan ciplak..tidak tulen dtngnya khas dr arab..yg tuan2 kaji..kita menyebut allah maha pencipta..? Adakah sy dan tuan2 smua dia yg cipta? Bkn dr kasih syg ibu n ayah kita smua? So mana bukti dia yg cipta kita? Makan minum beri pelindungan? Allah ke? Bkn ibu n ayah kita yg sediakn? Pengetahuan dunia pekara buruk n baik? Bkn kah ibu kita yg melarang? Ayah tempat mencurah sgala masaalah? Bkn kah rahsia ilmu pd seorg ibu? Rahsia rezki pd seorg ayah? Scope penceritaan tuan2 ni benar tp tidak jelas...bermula mengenal pencipta dr ibu n ayh..itu la imej bg nama yg anda smua sebut..jgn lari pd dunia yg terang dan jelas ini...tak adil laa jika cahya islam sejati diberi pd stu golongan sahaja..ia bkn milik puak2 tertentu...ini maksud sy bkn bahan copy yg kita smp kn pd org ramai..ttg nabi mengajar smua pekara..yg anda smua tulis..itu benar..tp adakah tuan2 sedar dlm kalimah shadat ada menyentuh roh,tubuh n nyawa secara trus tnpa lapisan? Ini sy maksudkn guru2 trdahulu tidak jujur mencurahkn ilmu dikhuatiri generasi ini tidak boleh mengawalnya...sy berharap jgn laa tuan2 menulis sesuatu jika tidak tahu rahsia kalam tuan2 sndri..sy dh ada zaman melaka ada sultan lg..bagaimana dgn tuan2? Tau dr mana dtg? Kemana selepas ini? Sy bkn niat untk sakiti sesiapa..tp fahami dahulu apa sy cuba smpkn..walauapa pun sy tetp brsyukur..ank2 bangsa melayu mula mencari asal usul..~purba
dean - anda bicara soal apa? koneksi? Kah3 Legitimasi Atas Kenyataan Itu Saja Sudah Gugup Dan Tandus Maka Bagimana Kukuhnya Hujah adikodrati, Boleh Di Guna Pakai? Pembuktiaan?
kering - bagaimana dalam sebuah interlok atau musyawarah atau argumentasi sebegini anda membenarkan hujah anda dibalut dengan bujukan hukum tebal, ini limitasi! maka kalau benar sudut pandangan kamu ia harus benar bebas, seperti tiada satu pun yang tidak boleh dipersoal secara hakiki termasuk tuhan yang kamu panggil tuhan. anda mahu membendung apa? soalnya koneksi! atau adikodrati dari dalam bergerak keluar.
Nurun Nur 9111 - dari logis syahadah bagi puan adalah pembuka hijab atau konekso, tapi dari segi maksud dan kefahaman itu benar sukar, jika dikotakan satu persatu perkataan darinya, maka itu masih kecelaruaan, boleh Puan kupaskan jika benar?
Maksud si Purba bagi saya secara ringkas itu adalah soal teras adaptasi yang berkiblatkan masa kini, bukan plagiat butaan yang katanya dogmatik suci dan tidak terusik, yang dari ras kita sendiri lemah akanya, atau secara entiti jauh bertentangan waima cara kehidupan atau budaya, maka pada perspektif saya pembawaan itu harus keras mengenal dan tidak bergaulan antara budaya dan agama yang membawa kecelaruan.
John Kaisar Konstantin
John Kaisar,
Matlamtat yg anda nyatakan hanyalah hijab utk menutup arah kompas dan menghalakan pembaca ke zon anda..
Anda sengaja mengkritik kami supaya kami kelihatan ketinggalan mengikut indikator anda lalu anda memberi kredit kpd org2 yg tidak mengikut kebiasaan..Org yg tidak mahu menggunakan rujukan yg telah tersedia,itu pd anda lbh Independent,Lbh originaliti..Anda menghakimi persoalan agama sama spt org menilai originaliti sesbuah Karya sedangkan anda sendiri tahu dasarnya perlu bersangkutan dari awal..Bagaimana kami mahu meyakini anda sedangkan pendekatan mereka yg ribuan tahun,yg lbh dekat dgn garis waktu zaman Kenabian pun tidak anda yakini..
Apakah anda yg ribuan Tahun lbh lewat dari zaman Kenabian terlebih hampir dan terlebih faham dari mereka yg hampir dgn Zaman Kenabian?
Jika mereka itu anda tidak yakini,anda terlebih lg kami tidak yakin..
Apakah anda ingin meletakkan Brand baru dlm agama lalu anda mewakili siapa?
Jika anda melihat itu ini Adalah Arab belaka,maka anda sebenarnya tagihkan pengiktirafan..Sbb itu anda mahu merombak semua yg ada..
Pemikiran anda ini lbh condong kpd Dogma Humanism pd penilaian sy,anda seolah-olah ingin mengkonsepkan tuhan,lalu apakah faedahnya menjawab persoalan anda itu..
Anda ingin membentuk koloni anda sendiri dlm persoalan ketuhanan..Apabila anda dpt menarik ramai pembaca mengikut gaya pemikiran anda,maka akan lahirlah masyarakat baru dlm cara memahami agama..
Ianya mewakili entiti perpecahan,menambahkan perpecahan yg sedia wujud lalu sy hanya melihat Mudharat yg anda bawa bkn manfaat..Manfaatnya hanya pd objektif anda bukan utk agama..Lalu krn apa anda muncul???
Adakah anda muncul krn ingin menandingi para Ulama atau menunjukkan anda lbh pandai dari kami yg jahil ini?
Jika benar begitu kami doakan anda dijauhkan dari kami..
Persoalan utk semua pembaca..
salam semua,
kepada En.John,
panggil saudari sudah cukup saya rasa,saya rasa ayat2 saudara terlalu bombastik sehinggakan saya sendiri kabur tentang apa yang saudara sedang perkatakan...hampir setiap perkataan terlalu jauh dari kosakata yang biasa...pasti saudara ahli akademik atau ahli bijak pandai yang bijak menyusun kata dalam menyusun fakta pemikiran saudara...
saya hanya menyeru kita kembali kepada yang asas sahaja,iaitu kepercayaan bahawa Tuhan itu esa dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya...
jika kepercayaan anda berbeza dengan syahadah,maka jelaskan pegangan anda,jangan berselindung dengan kata2 bombastik yang mengelirukan pembaca dari pemahaman asas syahadah itu sendiri...
jika percaya katakan percaya,jika tak,katakan tidak.
itu saja.
tak perlu bermain kata2 bagi mengelirukan kami terhadap pegangan anda yang sebenarnya.
jika pegangan anda adalah syahadah,anda adalah saudara kami,perbincangan boleh dilakukan dengan tenang tanpa ada ketegangan dari mana2 pihak.kerana kita adalah saudara.
sila jelaskan pegangan saudara.:)
As-Salam...
Salam rindu pada Nabi s.a.w, ahlul bait, dan yang sejalan..
Salam Ziarah buat Nusanaga..:)
Lama saya tunggu saat-saat seperti ini..
Saya berdoa pada Allah agar menguatkan kaki kita untuk teguh taat padaNya sehingga kita temui bahagian dan peranan masing-masing.
Saudara Purba,
Ingin sekali saya berkongsi maksud 'Hanya Jauhari Mengenal Manikam'...
Hamba mengenal Pencipta adalah suatu kenikmatan yang tak tergambarkan...
Hatta syurga pun tidak dihiraukan dek pencinta Pencipta...
Lepaskanlah pengetahuan saudara yang memenuhi fikiran dan juga menyesakkan fikiran itu.
Muntahkanlah apa yang menyebabkan saudara kecewa, hampa, curiga, tak percaya...
Kembalilah merasa tiada apa. Merasa kosong...
Serulah nama yang Menciptakanmu wahai Saudaraku Sang Purba. Dia-lah Pencipta segala. Bahkan Dia wujud. Buanglah pakaian nama PAk Arab, Pendakwah, Muslim, atau apapun label. Dan kembali mencari siapa itu manusia. Siapa kita. Dari mana asal dan ke mana tuju.
Jika kau ikhlas mencariNya, yakinlah kau akan menemuiNya.
Bersihkan niatmu, teruskan langkah ke arahNya yang Maha Wujud....
D. Hada
Kering - tuan tulis panjang panjang buat apa? Saya tidak mengerti kah3 Makin merungkai makin tersimpul buat apa? kah3 Dari baca kitab hakikat insan baik tuan semak kitab qursani dahulu atau kamasutra dalam babad babad kitab jawa, disitu mungkin anda boleh dapat ilmu tertinggi hasil darinlakunanya'kah3 ini lebih mulia dari poyo dalam bab yang dikatakan kenal diri Dan tuhan, walaupun haram kalau tak poyo kah3, kerana gerak lakunanya pasti bukan barang picisan atau kesedapan semata itu pasti, bicara semua boleh bicara, untuk azimat jadi keramat kalau kudrat tak cukup tersemat baik kita bicara cermat Dan fahamkan dull apa yang tersirat, bukan sepeti mana mudah kilas menilai pada kitab kitab yang dijaja di peleseran atau Buku buku tebal yang berhabuk di pesantren yang mudah dihakimi isi dalam dari luarnya, atau harga isi Dan kulitnya, kamu mahukan apa? Sebuah ketakjuban saya? Dari tingkat kefahaman al totoki al al kontangi? Itu sudah pasti beban, John kaisar konstantin.
Kering - baiklah saya teruskan bicara mengikut rantaian lunak kamu satu persatu. Kompas? Saya tidak pakai kompas kah3 saya pakai google maps atau gps! Kah3 ketik- ketik keluar semua data, nah! Maka dari sini saya minta kamu cerna sebaiknya sebuah jargon bernama "adaptasi" mudah perkataan ini anda tidak perlu untuk menjadi sang genius al fansuri untuk memahaminya, cukup kamu tahu google maps Dan gps itu lebih pantas, teapat, Dan cepat, maka tak perlu sibuk - sibuk mahu bicara lanjut apa itu kompas atau bagaimana baca kompas atau salsiah sang kompas, Dan tidak perlu kamu menyeleweng sehingga ke bab "otentik" Kerana benar saya tidak menekannya, Dan saya juga tahu kamu juga tempang Dan tiris dalam pokok itu, jadi abaikan, saya tekan soal adaptasi sebagaiman perkataan runcing kamu iatu Pendekatan! Maka kalau sudah Ada yang maju kenapa masih mahukan yang keterbelKang? Itu pilihan kamu bukan? Maka ini juga soalnya paradigma kamu sendiri yang menderita sakit takut berfikir! Bukan saya yang membuat anda kelihatan keterbelKang, tapi anda sendiri yang memberikan indicator kepada sekali alumni tentang kedewasaan kamu berhujah yang keanak anakan, yang secara konstan menggulung hujah hingga bergulung gulung hingga saya gelak berguling guling, fakta haruslah dijawab dengan fakta, bukan logisme Dan mekanisme jumud Dan bobrok , apabila persoalan itu gagal dijawab atau disangkal, dengan pintas kamu membidik lalu kononya ini Dan itu adalah daulah sang nabi, sang Arab, sang lebai, sang ketAyap, sang ulamak Dan labu labunya, wal hukum Al hakam, ya haram ya sedap ya hAlal Wal baghal, sungguh kamu itu menyedihkan, kalau kamu berada di tahun gajah al masihi, taklid itu boleh diterima pakAi, tapi pad a zaman petroleum ini, cara hujah kamu boleh jadi jenaka. Saya tegas menolak pembantaian lunak anda waima menerbitkan koloni sendiri dalam soal ketuhanan Dan aliran tepu humanisme, yang gagal itu kamu kerana kolot Dan gugup dalam memahami konteks usul Dan fasal,maka firasat kamu itu jelek Amat, saya bukan mahu jadi orang atau golongan yang tidak boleh menandingi ulama sepeti mana kamu yang kuat dengan sejarah Dan stair tapi cukup sekadar kalau hari - hari Ada tuan kering, saya bisa gelak tak kering gusi, kerana melihat bebanya menaggung fikiran orthodox tepu Dan totok yang membalutkan akal pada keterbatasan. John kaisar konstantin
Nurun NUr 9 3 kali satu - kamu mengemukan soalnya penting iatu koneksi yang diawali dengan pembukaan bernama syahadah atau asas tambahan saudari, maka saya yang jahil ini dahagakan tegukkan kupasan segar mengenai syahadah itu sendiri, bukan diberi pilihan bengis untuk percaya atau tidak percaya,itu tidak adil, bagaimana mampu saya buat keputusan tanpa penjelasan yang benar mapan. Ini kabur! Tidak perlu bombastic! Perkenankan Cuma pertanyaan saya, mengenai penegasan saudari, tentang maksud setiap darinya, iatu syahadah, pertama saksi - siapa yang nail, siapa yang menyaksikan? Apa yang disaksikan? Kedua - tuhan - tuhan mana yang disembah Dan tuhan mana yang dinafikan? Ketiga - muhammad - muhammad yang mana? Mekah?Muhammad siapa? Siapa yang menyuruh, apa yang disuruh? Okay, saya jelaskan pegangan saya, saya orang tidak faham apa yang nak dipegang, siapa yang nak memegang, adakah tidak cool kalau tak main pegang pegang? Pengabidaan saya berkiblatkan pencerahan yang boleh menyokong kebenaran, saya mAhu logika! Bukan membeli atau menerima SCARED POLITIC dalam jalan BErdogma Dan berdoktrin, sepeti skim bomoh, makin ramai orang kampung, takut hantu lagi bagus, mereka Akan cari bomoh Dan kemudiaan percaya bomoh, Dan yang untung pun bomoh, saya tidak mahu ranjau itu. Saya mahu REAL OBJECTIVISM! Bukan keterbatasan ciptaan sepeti kecil baru belajar berdiri, itu tak boleh ini tak boleh, ia tidak haruslah bersifas feudal atau drakoniAn tapi suci betas dal am berilmu.
John kaisar konstantin
Sory smua coretan sy menjdi satu letusan revolusi minda..dimana kedua pihak ditempat yg sama tp brbeza suasana...for john kaisar...emosi dan knowledge adalah brbeda..anda harus perhalusi lg statement anda supaya mudah difahami..mereka berpandu icon n symbol so u must proof it in yourside..where your icon? Symbol? Philosphy u use...I think u are malay but ashamed to admit..and I know why..hehe..untk smua maaf..~purba
Saudara d.hada.. 'Mengenali,dikenali,dan kenali pekara yg tidak serupa..sy tidak kecewa tp dia,sy tidak jua hampa tp dia..juga bkn sy tak pecaya tp dia... Alangkah indahnya brsama jika tnpa curiga..menyesakkan fikiran krn dunia..tnpanya derita adanya sengsara...mencari jln didpn mata.. Alangkah sedihnya bila brjmp..terasa diri byk brdosa...meminjam sifat guna semahunya..tp sedari diperhati tuannya menurut kita sepanjang masa..walaupun lena dikasihi jua...~purba.
maafkn sy yg ingin mcelah..sy org yg lbh dr jahil..sek pn xabis,ln la mcm saudara2 yg mungkin lulusan U..dn sy org kg yg dduk jauh d hulu pdalaman..trima kasih mberi ruang utk btuka2 pandangn..sy org melayu hulu..xfhm bhasa2 modern,xtau bhasa inggeris dn apa ntah lg bhasa arab kn..jd bg sy bia la penulisan 2 dlm bhasa melayu yg mudah d fahami kn sng,klu kta x mgagungkn bhasa kta mlayu sapa lg la kn.xkn kta nk org arab yg mterjemahkn bhasa kta,cma kta je yg sbuk nk blajar n nk faham bhasa,budaya dn cara org2 arab.bgitu la plak ngn org2 inggeris kn..kta sering mgagungkn org ln tnpa kta kaji dr sudut kta sdiri dn bngsa kta..bg sy bia la pandangn kta x tsekat n x trhalang oleh agama n budaya yg bgtu myesakn..bpikir la dgn tbuka,luas tnpa takut dgn phala,dosa,surga n neraka..krna kta pn xtau smada smua pkara 2 ada ke x kn..krna kta cma hnya mgikut org2 tdahulu sja dr kta tnpa kta mkaji kbenarn yg sahih bsrta bukti..ntah2 kta d tipu oleh pak2 arab slama ni mna la kta nk tau kn..tanpa bukti sapa nk pcaya kn,slg pmikirn kta ada 4 unsur tsbut slg itulh pandangn kta xlari dr org2 arab dn slg 2 kta brada d kpompong pmikiran org arab..sbnrnya slama ni pmikirn kta d jajah oleh org arab n bngsa ln pn kta xsdar krana kta dh d momokn ajaran 2 sjak d dlm kndungan lg..psoalan sy wujud n ada ke tuhan?bleh ke kta lihat,rasa n peluk tuhan 2?bgaimana rupa tuhan?kat mana tuhan tingal?tuhan knl kta ke?tuhan tau ke kta idup?maaf klu ayat2 sy mnimbulkn kmarahn n tidak ksenangn saudara..krna sy org yg tlbih jahil...sy hnya org hulu...org kg..
Salam semua,
kepada En.John,terima kasih kerana menjawab soalan saya.
dan terima kasih juga kerana cuba menjelaskan pegangan anda tetapi maaf ianya tidak jelas bagi saya.
saya minta anda jawab dahulu soalan saya kali ini dengan jelas,jangan ragu2,jangan berselindung.
ingat,jawapan yang jelas hanya ada dua,YA atau TIDAK.itu sahaja.
jika ada jawapan selain itu,maknanya anda berselindung dan cuba sembunyikan sesuatu.
bila jelas,barulah perbincangan dapat dilakukan dengan baik.
saya tanya perkara yang paling asas untuk membuka perbincangan ini.
1-adakah anda percayakan Tuhan?
2-jika ya,adakah anda percaya Tuhan itu Esa?
3-adakah anda percayakan Nabi Muhammad saw?
4-jika ya,adakah anda percaya Nabi Muhammad saw adalah utusan Tuhan serta Nabi yang terakhir?
(orang yang saya maksudkan ialah Nabi Muhammad saw,yang begitu terkenal dalam sejarah Islam,bukan Muhammad yang anda kenal sebagai kawan anda,atau sesiapa pun yang bernama Muhammad dalam sejarah hidup anda)
ingat,jawapan yang jelas HANYA ada dua.YA atau TIDAK.
tidak ada jawapan seperti mungkin saya percaya,saya rasa,jika saya percaya,kalau saya percaya,dan bla bla bla...
kerana ia tidak jelas.
jangan mengelirukan kami.
kepada saudara org kg,
Assalamualaikum...
anda apa khabar ya...sihat?semoga sihat hendaknya...
saya mohon izin quote kata2 anda...
"psoalan sy wujud n ada ke tuhan?"
wahai saudara,
adakah anda pernah merasakan sakit?
saya yakin anda pasti pernah rasa sakit jika anda seorang manusia...adakah anda pernah nampak makhluk Tuhan yang bernama sakit itu?tidak bukan?
sesuatu yang ghaib,bukan bermakna ia tak wujud...ia ada,tapi kita yang tak mampu melihatnya.tapi kita tau sakit itu wujud kerana kita rasa...
janganlah terlalu merendahkan diri
wahai saudara...jika anda tak habis sekolah pun,mak saya pun tak habis sekolah,mak saya pun orang kampung...tiada apa yang perlu dimalukan...kita sama sahaja...
saya cukup hormatkan anda kerana
walaupun anda orang Melayu hulu,tapi anda pandai menulis singkatan kata2...anda tau tulis sy,kta,org,kg,2,sjak,sbnrnya,cm,sja,x,n,klu,modern...
saya mengaku saya dilahirkan di bandar dan membesar di bandar,tapi tetaplah saya tak sepandai saudara dalam menaip singkatan kata...
lalu anda beritahu saya,saya atau anda yang lebih moden?;)
janganla marah,sengaja saya mengusik...tiada niat apa2pun...usik mengusik kan adat bersilaturrahim?;)
saya sayangkan anda...kami semua sayangkan anda...:)
Ya Allah... bukakan mata hati Tuan John... Berikan dia petunjuk wahai Zat yang Maha Agung dan Maha Menciptakan... Sesungguhnya, Engkau yang mencipta hambaMu John ya Allah... berikan kelembutan dan kehalusan Kasih SayangMu, sehingga pada suatu saat hatinya menangis tanpa sedar kerana mengakui keberadaanMu dan betapa benarnya KewujudanMu...
Aku ini lemah Ya Allah... ingin aku menjerit memberitahu apa yang aku rasa.. namun aku tiada apa...
Sang Sapurba, anda sudah pun masuk ke pintu MencariNya... sila nikmati hari-hari indah anda sehingga terlerai simpulan... sehingga anda menjerit... BINGGO!!!..
Huhu...
Saudari Nurunnur...
Sila siram pokok bunga...
Kupas bawang...
dan...marilah kita semua menikmati waktu petang dan mentari senja..
Ya Allah... bukakan mata hati Tuan John... Berikan dia petunjuk wahai Zat yang Maha Agung dan Maha Menciptakan... Sesungguhnya, Engkau yang mencipta hambaMu John ya Allah... berikan kelembutan dan kehalusan Kasih SayangMu, sehingga pada suatu saat hatinya menangis tanpa sedar kerana mengakui keberadaanMu dan betapa benarnya KewujudanMu...
Aku ini lemah Ya Allah... ingin aku menjerit memberitahu apa yang aku rasa.. namun aku tiada apa...
Sang Sapurba, anda sudah pun masuk ke pintu MencariNya... sila nikmati hari-hari indah anda sehingga terlerai simpulan... sehingga anda menjerit... BINGGO!!!..
Huhu...
Saudari Nurunnur...
Sila siram pokok bunga...
Kupas bawang...
dan...marilah kita semua menikmati waktu petang dan mentari senja..
D.Hada
john pernah kah anda merasai angin menghembus di badan anda?
kalau pernah maka anda pernah melihat kah angin itu?
bukan semua yg tak nampak itu tak ujud.
ayahnda yusuf ///
aslmkm org kmpg...
awk pernah nampk kipas x?
saya rasa mesti awk prnh memegang kipas kan. atau memeluknya. tpi sy nak tanya awak pnh peluk angin x? mustahil awak boleh peluk angin tpi awk merasai angin tu wujud. lg 1 sy nak tanya kereta tu siapa yg cipta? setiap benda d dunia msti ada pencipta. siapa pulak yg cipta manusia? takkn manusia pulak yg mencipta manusia. mestilah ada sesuatu yg mencipta kita. sy percaya allah tu wujud sebap, bukn semua benda kita boleh nampak,peluk. baca lah trjemah alquran dan fahamkan. jgn nak suka2 kondem alquran sebelum awk baca dan fahamkan maksud.bila masa pulak org arab tulis alquran. awk pergi tanya org arab skg. xkan ada siapa pm yg mgaku dia yg menulis alquran.
nasihat saya, awk pegi jerit atas bukit, siapa yang cipta semua pemandangan yang indah ni?
ayahnda yusuf ///
wahai purba, john dan org kg ..
Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang.
katakanlah Allah itu esa.
Allah itu tempat meminta.
tiada beranak dan tiada diperanakkan.
dan tak ada yang serupa denganNya.
Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang.
yang Pemurah.
Dia telah mengajarkan Quran.
Dia telah menciptakan manusia.
dan mengajarkan kepadanya berbicara terang.
matahari dan bulan beredar menurut perhitungan.
tanaman dan pohonan keduanya tunduk.
dan langit dibangunNya dan Dia meletakkan neraca.
supaya kamu jangan melanggar aturan berkenaan neraca itu.
dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi timbangan.
dan bumi dibuatNya untuk makhlukNya.
di situ ada buahan dan pohon kurma yang bermayang.
dan tanaman yang berbiji,menpunyai daun dan berbunga harum.
yang manakah dari kurnia Tuhan yang hendak kamu dustakan?
Dia telah menciptakan manusia dari tanah liat bagai tembikar.
dan Dia telah menciptakan jin dari api yang sangat menyala.
yang manakah dari kurnia Tuhan yang hendak kamu dustakan?
Tuhan dua timur dan Tuhan dua barat.
yang manakah dari kurnia Tuhan yang hendak kamu dustakan?
dibiarkanNya mengalir kedua lautan itu, bertemu satu sama lain.
antara keduanya ada batas yang tidak dilampauinya.
yang manakah dari kurnia Tuhan yang hendak kamu dustakan?
dari keduanya keluar mutiara, kecil dan besar.
yang manakah dari kurnia Tuhan yang hendak kamu dustakan?
.
.
sila rujuk Quran surah ar Rahman untuk sambungannya.
MAKA YANG MANAKAH DARI KURNIA TUHAN YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN?
Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
-yakushi-
Untk si jahil john n org kg..anda adalah org2 jahil lg sesat! Masakn tuhan nk dikenal dan dipeluk? Mind anda sebenarnya meneroka akal, tak ramai yg brani..teruskn persoalan anda pasti ada jwpn yg lahir dr pegalaman dan kesilapan..bkn dr undang2 sempit diwajib pecaya adanya tuhan..pecaya pd ghaib? Jelas kn ghaibnya angin yg boleh dirasa..dr punca kipas yg brpusing..jika kipas rosak? Kemana angin tu pergi? Sesuatu yg ghaib dtg dr nyata..jgn pkai hembus brckp tnpa bukti..mengajar sijahil dgn kata2 yg jahil...baiklah pertanyaan jahil dr sy pula..bolehkah angin keluar tnpa kipas? Trus memuja angin smbl menafikn kipas? Wei realistik ckit...dunia yg luas indah ini mana penciptanya? Punca matahari brnyala? Dr mana ianya dtg sinar tu? Kami tak kata hadis n firman tak betul..tp mau penjelasan yg terang dn jelas...ruangan untk brtkar2 fikiran n pegetahuan..bkn trus surh panjat bukit menjerit...jwpan mestilah melalui pengetahuan bkn emosi..silapnya kita selama ni adalah,kacang yg lupakn 'kulit'..ambik isi kulit ke tong sampah..quran dikaji dibarat smp teknologi trcipta dr sumber quran..smp letrik dlm mesjid pun dicipta bngsa barat.apa kajian kita? Apa sumbangan pd bngsa mlayu? Hnya pertelingkah mencari kebenaran dlm brugama...buktikn hadis dan firman anda mengandungi azimat tersirat..baru kita smua brsatu dibwh stu panji...!~purba.
john..john
xdak sorang pun dialam fana ni faham apa yg john tulis...
bg sy bila dia brhujah, orng lain xpham, bila orng lain brhujah dia plak xpaham.....
orng mcm ni jgn dibawa masuk majlis, boleh rosak majlis jdnya..
dlm konteks brdakwah,kita akan jmpa mcm2 ragam manusia,oleh itu utamakan orng yg brminat dgn kita, fokuskan kpd golongn ini dhulu... yg menentang biarkan lah dia dgn labulabunya utk smntara waktu,mudah-mdhan kita mntk tuhan bkak pintu hati dia.....
jngn dilayan sngt.....nanti akan timbul prmusuhan....
kecuali jika dia trang-trang hina Allah dan rasul kita maka wajib kita menentang dia blik....kami orng ISlam Iman Ihsan adalah brsaudara, cubit peha kiri terasa peha kanan....mcm isi dgn kuku!
Jngn cuba try-try bro....
suka saya petik dari kata john kaisar konstantin yang menyatakan "..maka pada perspektif saya pembawaan itu harus keras mengenal dan tidak bergaulan antara budaya dan agama yang membawa kecelaruan."
ditegaskan bahawa budaya itu yang kecelaruan, bukan agama islam.
di sini terpanggil saya untuk henghuraikan satu per satu persoalan kamu tentang Tuhan secara pembawaan yang keras.
saya percaya kamu semua faham akan hakikat ilmu sains, maka saya akan tunjukkan kamu Tuhan melalui sains.
1.ketika kamu sedang bermimpi, adakah kamu sedar itu adalah mimpi? adakah kamu rasa mimpi kamu itu 'real'? maka apakah itu 'real'? ya! kita kini berada di dunia yang kamu kenali dengan 'dunia sebenar' yang terdiri dari benda-benda/jasad yang kamu boleh sentuh/lihat/rasa/hidu/dengar.hal berkenaan jasad ini dihuraikan secara fizik,kimia,bio dan ilmu alam jasad yang lain. perkara itu juga didapati ketika kamu bermimpi bukan? maka apa itu 'real'?
2.sentuh/lihat/rasa/hidu/dengar sebenarnya adalah impulse signal elektrik yang dihantar di otak kamu dan diproses di situ sehingga kamu rasa itu adalah itu. di sini, otak kamu itulah kamu.
3.otak yang dikaji itu juga adalah jasad, maka bagaimana pula kamu mengatakan kamu itu mempunyai otak?
4.maka apakah kamu sebenarnya? sebagai perbandingan, 'kamu' sebenarnya bagaikan bermain suatu permainan simulasi komputer berteknologi canggih. kamu melihat di monitornya dan mendengar dari speakernya.
5.maka siapakah yang mencipta simulasi, gambaran di monitor dan suara dari speaker itu?
6.kerana keterbatasan deria kamu, kamu meraba-raba mencari tuhan kamu di dalam simulasi itu.
7.sesungguhnya tuhanmu lah yang mencipta dan menggerakkan simulasi itu sedangkan kamu masih berada di ruang lingkup simulasi itu sendiri.
8.maka segala apa yang kamu sentuh/lihat/rasa/hidu/dengar mahupun niat di hati kamu tidak terlepas dari pengetahuan tuhan walau sezarah.dan dia yang mengawal apa juga yang kamu sentuh/lihat/rasa/hidu/dengar. dan yang kamu rasa simulasi angin dari kipas berpusing itu juga adalah dengan izin tuhan.
9.maka di manakah tuhan? apakah tuhan? tuhan itu sangat dekat dengan kamu dan Dialah Allah yang esa,Allah itu tempat meminta. tiada beranak dan tiada diperanakkan. dan tak ada yang serupa denganNya.
10.jika rasa keliru, bacalah kembali 1-9 dengan perlahan-lahan dan berfikirlah. saya cuma dapat sampaikan, hidayah/pintu hati itu milik yang Pemurah jua.
-yakushi-
salam...
persoalan yg ditimbulkan masih blum trjawab....
mencritakan tetntng kewujudan Allah yg taknmpak dimata, didngar ditelinga, disentuh dirasa dan mcm2 lg....seprti sesorng yg celik menerangkan tntang wrna merah kpd sibuta....smpai mati pun sibuta xkan tau wrna merah tu mcm mana keadaannya....
Bayngkan tuan-tuan,bgaimana susahnya para nabi rasul mngajak manusia nyembah tuhan yg taknampak...nabi nuh 5 orng sj pengikutnya (klau silap tolong tulkan sy)
krana kita memikirkan Allah dgn akal dan pancaindera yg trbatas....anggota ini hnyalah bleh mencari dalilnya sahaja(kesan)dan dalil itu ada pada AL-quran... sdangkan Allah tdak trtakluk kpd semua itu...dia diluar batsan pimikirn manusia...
Utk mencari Allah kita memerlukan alat yg tidak trbatas iaitu HATI YG BERSIH...Bagaimana nk bg bersih?
klau ditanya selurh umat manusia trmasuk orng gila, mereka prcaya mereka ada hati....
dan mereka juga ingin rasa bertuhan walau ateis skalipun
mengapa tuan-tuan??????
krana RAHSIA HATI....
skali dpat cahaya Allah, sekelip mata sj manusia itu brubah, cuba lihat bnyak bukti diskliling kita...bgaimana yg xdpt hidayah???
Adakahh Allah zalim????
adakah yg dpt hidayah akan trselamat di akhirat kelak???jngn bangga diri tuan-tuan....
Allah itu maha Adil, dia tau apa yg dia buat.....
kerana itulah takwa itu pnting, dngn takwa akan rasa takut pd Allah, dlm masa yg sama xmau brpisah dngannya.....
Salam utk semua
Amat baik, ulasan yang baik mengupas rahsia secara tersusun penuh beradap.
Sanggahan terhadap kata2 2 manusia penerjah itu amat menarik dan mampu melenyapkan keangkuhan mereka.
Utk pengetahuan semua saya amat kenal dengan 2 makhluk yang menerjah masuk tanpa adab sopan itu. Keduanya bertujuan menggugat pegangan pencinta kerohanian. Saya juga pernah diprovok malah lebih teruk dari itu.
Selagi ada kekuatan iman dan kesungguhan mencariNya, insyAllah tiada siapa yang mampu menggugat.
1. Islam Liberal/plural yang mula menjadikan salib sebagai paksi. Indonesia mempunyai ramai jaguh hujah Islam Liberal untuk menyerang dan menafikan ASWJ.
2. Melayu murtad yang pernah mengatakan Kaabah itu berhala. Pernah mengugut akan merosakkan Islam dari dalam.. ???
Apa pun ia satu ujian untuk semua. Ia amat baik, saya amat teruja cara saudara semua menyangkal hujahan mereka.
TQ bro.
abatasa
salam semua,
saya cadangkan perbincangan ditutup.
cukup dengan apa yang ada.
mari sama2 kita sampaikan getaran rasa kepada semua.
getaran rasa kearah kebaikan takkan tersampai jika sumbernya tidak baik.
maka,sama2 kita pandang diri kita,dan cuba memperbaiki diri kita,insyaAllah.
saya rasa itu lebih baik.saya setuju denagn pandangan saudara Si merah silu.
kepada sesiapa yang terguris,saya mohon maaf jika ada menyakiti.semoga tuan puan sudi maafkan.
maka,dengan ini,saya cadangkan perbincangan/perbalahan/atau apapun namanya ruangan ini,ditutup buat post ini.