Total Pageviews

TORUS, HORUS, OUROBOROS dan SUATU 'PENYAKSIAN'




Sebelum menyelami kenapa New World Order yang di monopoli oleh keluarga Elite yang rata-ratanya pakar konspirasai telah mengetahui, mari kita selami, apa sebenarnya yang mereka obses kepada beberapa simbolik kuno. Seperti kita tahu, bahawa simbol kuno seperti eyes of all seeing milik Horus itu pasti melambangkan sesuatu (definisi umum ialah; ia melambangkan royalty, di raja dan 'king of sky').

Persoalan seterusnya seandainya tuan puan membaca artikel ini adalah;
dari mana saya tahu?
Jawapan saya.. ada laa. Biarkan rahsia.
Tapi yang pasti, kenapa saya bukakan kisah ini adalah, untuk memahamkan kepada para pembaca saya
bahawa segala simbolik kuno itu semuanya berlegar kepada suatu 'penyaksian'.
Ingatlah, bahawa zaman dahulu dunia di liputi oleh 'deity' atau 'dewa-dewa' yang menguasai
setiap suatu sistem. Dan jika di kaji selanjutnya, ada 1 perkara yang bersembunyi sebalik semua itu.
Dan akhirnya, pada zaman kini, mereka yang faham perkara ini terus menguasai dunia sebagaimana mereka
hendakkan. Tapi, tiap perkara itu tidak akan kekal lama kerana RODA ALAM itu pasti berpusing.
Kewujudan itu pasti kekal dan kehidupan itu pasti hidup dan mati.
Saya persembahkan; suatu artikel yang mungkin sukar untuk di fahamkan, 
kecuali bagi mereka yang mahu memahaminya.




GALAKSI
Dalam galaksi ada kehidupan. Ia hidup bila ia terbentuk dan terus membentuk.
Hidup adalah penciptaan. Bila ia tercipta, ia akan mencipta dan selamanya ia begitu.
Galaksi bukan penghujung sesuatu, tapi hanya salah satu dari sesuatu.
Selagi ada nama, selagi itu ia bernyawa. Walau ia pegun dan tidak bergerak, tapi ia ada.
Selagi ia ada, bermakna ia wujud. Dan wujud itulah tanda hidup, tanda ada, tanda untuk menyaksi suatu penyaksian.


TORUS
[In geometry, a torus (pl. tori) is a surface of revolution generated by revolving a circle in three dimensional space about an axis coplanar with the circle. If the axis of revolution does not touch the circle, the surface has a ring shape and is called a ring torus or simply torus if the ring shape is implicit.]
Selagi ada ruang, selagi itu ruang itu membentuk. Bila membentuk ia akan pulang ke tempat asalnya. Tempat asalnya di panggil MATA. Untuk galaksi, bumi, manusia dan semuanya, segala ini menghasilkan dua pola torus berlawan arah tapi membentuk perulangan yang infiniti.
Pada manusia, di panggil AURA, pada bumi di panggil medan magnetik, pada Galaksi di panggil pusat black hole. Pada sistem suria dan seluruhnya, TORUS menghasilkan fabrik kosmos. Fabrik ini meletakkan planet-planet pada paksinya. Tetap pada pergunungan QAF@jalurannya.



OUROBOROS
[The Ouroboros often represents self-reflexivity or cyclicality, especially in the sense of something constantly re-creating itself, the eternal return, and other things perceived as cycles that begin anew as soon as they end (compare with phoenix).]
Naga yang mengigit ekornya sendiri. Ia di panggil Naga yang abadi. Ia juga di gelar Ular infiniti. Kisahnya banyak dalam pelbagai mitos. Pada kisah islam, Iblis memasuki syurga dengan mengunakan laluan ular lalu mengoda Hawa untuk mengoda Adam. Akhirnya, keduanya turun ke dunia. Berlakulah kisah habil qabil, permulaan pada negatif positif, taat engkar, susah senang dan sebagainya. Ouroboros melambangkan keabadian sesuatu pergerakkan. Ia sentiasa berubah tapi sentiasa berulang. Kehidupan yang hidup. Hidup itu bila bergerak. Bila mati, ia tidak berganjak.


UNFINISHED PYRAMID [Piramid tidak siap]
Sering di gambarkan pola kepada freemason, illuminati dan sebagainya. Piramid tidak siap ini memang tidak boleh disiapkan kerana bahagian teratas itu terasing dari bahagian bawahnya.
Piramid ini di gambarkan dalam dolar Amerika terletak di atas air yakni punca kehidupan. Terletak suatu piramid yang punyai mata di kenali sebagai EYES OF HORUS



EYES OF HORUS
Di kenali sebagai mata horus yang boleh pandang segala. HORUS adalah dewa bersimbol HELANG/GARUDA. Ia adalah dewa bahagian atas, langit, atau di lebih kompleks; 'di luar lingkungan'.
HORUS memerhati KEHIDUPAN. Bertanggungjawab akan kehidupan yang di lihatnya dari atas/luar/langit/ganjil.



CROP CIRCLE OUROBOROS DAN TORUS 2D
Gambar menunjukkan di tengahnya adalah Torus (tidak kisah dari sudut mana kerana torus lengkap adalah bersifat sfera, melingkungi, meliputi). Di 'atas'nya itu adalah Ouroboros, naga infiniti yang di bawanya kehidupan yang sentiasa hidup, di cipta mencipta dan mempunyai masa.
Kedua-duanya dalam 1 bulatan besar. Berhampiran dengannya, satu bulatan kecil sebagai titik yang 'di luar' dari kehidupan Ouroboros dan Lingkungan TORUS.

----------------------




Apa yang NUSANAGA mahu beritahu sebenarnya?
Torus adalah geometri yang menunjukkan ianya sentiasa ada bahkan telah di rekodkan dalam pelbagai ketamadunan. Begitu juga dengan Ouroboros.
Definisinya begini:-
Torus = gegelung tenaga yang sentiasa meliputi, tidak di ketahui tapi ia ada. Tiap TORUS pasti ada dua paksi, ke atas dan ke bawah. Ia membentuk Piramid atas dan piramid terbalik ke bawah. Dan kedua-duanya tidak akan lengkap kerana piramid ini memerlukan 1 MATA yang sama.
Lambang STAR OF DAVID menyaksikan kedua piramid bergabung serentak dan MATAnya adalah keseluruhan praimid itu sendiri. Begitu juga dengan PIRAMID TORUS.
Unfinished Pyramid memerlukan EYES OF HORUS untuk menyempurnakan pembinaannya.
MATA TORUS = MATA HORUS

Mata Horus/Torus adalah 'mata' suatu penyaksian kepada kehidupan (Horus dewa bertanggungjawab ke atas kehidupan). Maka, unfinished pyramid memerlukan MATA HORUS/PENYAKSI kepada circulation/putaran pergerakkan OUROBOROS/naga/ular abadi.

Unfinished pyramid mason adalah piramid yang menguasai rakyat bawahan. Bila tiba pada suatu tahap tertinggi, piramid itu akan terbalik dengan sendiri. Berpunca dari MATA PENYAKSIAN SAKSI KEHIDUPAN YANG ABADI (akhirat), maka piramid itu akan terbalik, bermula dari ELITE, ia akan merebak ke atas yakni golongan rakyat untuk menguasai kehidupan sebagaimana tiap seseorang itu hendakkan.

Pola kehidupan ini masih di dalam 1 pusingan infiniti (ouroboros). Di luar dari lingkungan ini, ada satu titik solid, penyaksi kepada suatu penyaksian.

Akhir kata,
artikel ini hanya untuk mereka yang faham. Andai yang faham memahami, pola perubahan sedang berubah. Obeboros tidak selamanya tetap pada satu titik. Piramid tidak siap itu kini hampir siap bila ia menyentuh mata horus/torus dan akan terbalikkan paksi yang sedia ada. Dari ketidakadilan kepada adil, ketidaksenangan kepada senang. Tapi, untuk capai itu, mata horus berada pada sang penyaksi saksian ini. Siapa menyaksi siapa? Pola perubahan bermula dari diri. Quran itu hebat bila si pembaca hebat, jika tidak, ia hanya sebuah kitab yang usang.

Wassalam


nota:
1- UFO bukan saja mengunakan anti-graviti, tetapi juga pandai untuk memanipulasi vortex pada TORUS. Ia jadikan UFO itu mempunyai 2 hemisfera berlawan arah. 
2- Artikel ini sebenarnya berkisahkan tentang maksud syahadah (SIMBOLIK) yang sentiasa di baca oleh pembaca, tetapi berapa ramai memahami apa yang di bacanya? Ketamadunan dahulu tidak menulis sesuatu yang di fahami mereka sebagaimana kita pada hari ini. Mereka menulisnya dalam bentuk diagram, peta, lukisan dan sebagainya.
3- Freemason dan seumpanya berkisarkan memanipulasi kehidupan atas kehendak mereka dalam memahami siapa diri mereka. Inilah yang di hapuskan dari 'hamba' mereka. Tapi, kawalan ini masih berlegar dalam pola pergerakkan dunia. Ia tidak akan kekal. Tiada yang kekal di dunia ini. Tapi, kewujudan dan penciptaan sentiasa kekal abadi. Itulah maksud TORUS di dalam OUROBOROS.

Share this post :

+ comments + 8 comments

Anonymous
October 2, 2012 at 5:10 AM

menarek sekali aixa

Anonymous
October 14, 2012 at 12:53 PM

ade benarnya, bilik dh terbalik tu menandekan zaman era mahdi isa pule kan.. awesome artikel.

Anonymous
October 22, 2012 at 12:56 AM

cuba memahami..kefahaman tak sampai...isk isk..tolong...

-belantara hutan

Anonymous
October 23, 2012 at 10:12 PM

Belantara...

Dari pemahaman saya yang sedikit.

mata horus itu adalah apa yang dipanggil sebagai the all seeing eye. Munkin kerena keupayaan untuk melihat/menembus fikiran/dimensi/zaman/ yang terdahulu, sekarang dan juga di hadapan...

Bagaimanapun,..betulkan saya jika anggapan ini salah... keupayaan itu, bukannya milik si mata horus sahaja... malah, umat yang bergenetik tertentu juga mampu melakukannya dengan keizinanNYA YANG SATU jua. Bila masa umat ini bangkit dengan kekuatan dan kesedaran disebabkan kembali kepada ugama yang tauhid secara sesungguhnya dengan bergantung kepada Yang Haq, kembali kepada Yang Haq, berharap kepada Yang Haq, dan ikhlas hanya kerana Yang Haq...maka tidak mustahil paksi kekuatan akan berpusing/terbalik......jadi marilah kita semua kembali kepada Allah...itulah saja jalan tuju kita

November 16, 2012 at 10:41 PM

Ingin saya bertanya....apakah pula yang dimaksudkan dengan matrix, yang lazimnya diketahui oleh ramai pengamal astral? Apakah ia ada kene-mengena dengan teori horus dan torus? Saya adalah pengamal astral dan baru juga berkecimpung dalam dunia astral 3 bulan yg lalu.

End Era
December 6, 2012 at 11:56 PM

Pada aku...eyes of horus hanya merupakan salah satu simbol yg digunakan oleh satu kaum, dan banyak lagi simbol2 yg telah dimanipulasi pemikiran manusia sehingga tidak menganggap apa-apa pon.

Banyak simbol2 lain boleh dilihat dari zaman dahulu sampai sekarang masih diguna pakai oleh kaum tersebut. Antaranya...eye of horus, tiga segi piramid, matahari, kerang, tiga jalur, bintang, swastika, helang dan banyak lagi.

Pada zaman sekarang banyak boleh kita lihat, dan silap2 pada pakaian atau kenderaan yang kita guna terdapat simbol-simbol tersebut.

Contoh: lihat Logo BMW, apa yg anda dapat lihat? yang lain boleh difikirkan sendiri.
Lihat pada baju sukan keluaran adidas...apa yg dapat dilihat?

End Era
December 7, 2012 at 4:25 AM

Simbol-simbol juga banyak terdapat pada agama-agama, pusat-pusat kerajaan dan sebagainya.

Ini baru boleh dikatakan amat bahaya untuk didedahkan...terutama bila melibatkan agama, byk perkara terbalik tidak seperti yg kita belajar tetapi merupakan kebenaran maka ramai yang tidak dapat menerima walau hakikatnya ianya benar kerana ketaksuban kepada agama dgn mempercayai apa yg telah diajar/diberitahu menyebabkan amat sukar utk ramai org utk mempercayai yang benar itu.

Mungkin akan ada yg akan report pasal comment ini, jadi saya tidak akan memberitahu hal yang lebih berat, pasal diri saya tidak lah dilindungi. Saya hanya manusia biasa.

Pada aku, penulis nusanaga memang bagus mengkaji perkara-perkara ini, tetapi kamu tidak akan dapat jawapan sebenarnya sekiranya kamu meletakkan agama, bangsa dan negara masih lagi dalam pemikiran kamu.

Anonymous
June 12, 2014 at 9:19 AM

erm...
Pemimpin yg zalim nampak seperti pemimpin yg adil... Hm..hm.. Syurga pada dia, neraka pada kita.. Neraka katanya, syurga sebenarnya..

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger