Total Pageviews

Kenyataan rasmi isu kalimah ALLAH

ALLAH tetap ALLAH, walau bagaimana jua sekalipun. Dzat sekalian ada dan maha segala-galanya. Walau di sebut oleh kaum yang kafir, ALLAH tetap rabbulljalil.

Dan KALIMAH ALLAH sempurna di bibir nabi MUHAMMAD s.a.w setelah di sebut oleh nabi-nabi terdahulu. Isu kalimah ALLAH ini suatu provokasi politik (bila di salah erti atau bermotifkan dagangan politik, celaru makin menjadi dan makin parah bila ulama saling bertelangah kerana parti-parti, bukannya nak duduk semeja dan counter attack tuntutan merapu sebegini. Itu sudah menunjukkan islam malaysia tidak bersatu hati kerana paksi politik dan masyarakat hanya mampu marah bila musimnya. kemudian, ia akan sejuk kembali) dan juga perang akidah.

(ini adalah jawapan dari UAI, dan di harap ia menjawab artikel saya yang lepas dalam isu kalimah ini. Fahami dulu apa yang mahu di sebut. Kafir mahu guna kalimah ALLAH, gunalah, tapi syaratnya islam lah dulu. Bahkan seluruh alam guna kalimah yang sama. TAPI !!!, dalam soal permintaan DAP itu, ia adalah suatu bentuk tindak balas jahat, maka counter attack dari majlis ulama yang tegas adalah perlu.. dan sampai sekarang saya masih belum lihat tindakan tegas dari majlis ulama di laksanakan, kecuali gaduh parti A vs parti B. Cukup-cukup lah bergaduh sebab parti. Kaum kafir sedang attack, tapi di mana pihak yang kita harapkan untuk membela itu. Jangan ulas sebab mat sabu, parti pas, pkr, umno bela etc.. cukup semua itu... kita mahu bersatu counter attack permintaan kristian itu dengan cara sewajarnya. Seperti, lakukanlah debat, siarkan taklimat di media utama, kuat kuasa undang-undang... Jangan isu ni jadi modal PRU, sedangkan ia melibatkan semua ummah)

ALLAH tetap ALLAH walau bagaimanapun perancangan jahat kaum yang engkar. Kalimat tidak boleh di sebut tanpa memahami apa yang di sebut. Jika kristian mahukan kalimah itu mengantikan 'god father', sesungguhnya ia jauh menyimpang. Jika nak pakai, silakan ucap kalimah syahadah dan nafikan jesus itu anak tuhan. Masuk ISLAM. Fahami maksud ALLAH, dzat maha segala-galanya. Jadilah ISLAM seluruhannya. Lepas tu, nak pakai.. pakai lah banyak mana pun. sesungguhnya ALLAH itu azali lagi kekal.

Tidak IA di milik oleh sesiapapun dan di eklusif kan pada mana-mana kaum pun kerana ALLAH itulah yang memiliki dan mempunyai segala kaum. ALLAHU RABBI YA RABULL ALAMIN.
LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAL ZALIMIN....

p/s:
Melalui surat bertarikh 11.4.2011, No. ruj. JPM.PEMANDU.600-23/1/2011(2), Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib telah menandatangani satu surat pekeliling di mana Kerajaan Malaysia telah bersetuju secara saksama bahawa mana-mana pihak yang mengamalkan agama mereka tersendiri boleh mengimpot, membeli, mencetak, menerbit, mengedarkan, membaca dan menggunakan kitab injil (Bible) dalam mana-mana bahasa termasuk Bahasa Malaysia.
Oleh yang demikian, makin beranilah nasrani yang berniat jahat, cuba meminta-minta sesuatu yang mustahil. Semuanya atas alasan '1 malaysia' dimana, semua hak kena sama ratakan. Andai se-nusantara ini punyai kerajaan yang kuat dari segi perlaksanaan, nescaya permintaan seperti ini tidak akan wujud 
Share this post :

+ comments + 8 comments

Anonymous
January 13, 2013 at 10:36 PM

Memanglan untuk semua mahluk tuan tanah. Tp kebenaran kapir guna kalimah allah dlm bible dan ajaran dia yg kita tentang. Tuan tanah pikir ada org kapir ni berniat baik bila dia nak gunakan kalimah allah.

Perenggan terakhir tuan still menunjukkan sentimen kepartian. Jangan disalahkan kerajaan kerana yg membenarkan org kapir menggunakan kalimah allah adalah pembangkang. Dlm statement tuan takde pun kerajaan benarkan org kapir cetak bible dlm bahasa melayu guna kalimah allah. Kenapa sibuk pula salah menyalah dlm statement terakhir tuan sedangkan pada awal tuan mengajak umat islam bersatu padu. Kenapa nak turn salah org 180 darjah?

Ternyata tuan cuba menunjukkan tuan ini seorang yg berfikiran neutral tp ternyata tidak. Menyedihkan.

January 13, 2013 at 11:19 PM

penguat kuasa undang-undang hanya terletak pada kerajaan dan kerajaan yang mampu gazetkan YES or NO pada pengunaan kalimah ini.

Majlis fatwa dan majlis syuro hanya boleh beri nasihat dan kenyataan. Dan undang-undang, hanya kerajaan saja yang boleh gazetkannya.

Jadi, yang benar2 berkuasa YES and NO adalah kerajaan. Dan kerana itulah perenggan terakhir saya letakkan di atas, di harap selepas ini tiada lagi perjanjian di metrai yang mana boleh menyebabkan tuntutan bukan-bukan dari pihak kristian atas slogan 1 malaysia atau hak sama rata (mahupun kuasa rakyat dari suara2 pembangkang).

Kerajaan kena bertegas. Jika tidak... inilah bahananya

January 13, 2013 at 11:22 PM

dan bagi saya, kerajaan is kerajaan. Tidak menunjukkan parti mana2.. dan andai saya kata dato najib, apa yang terpapar di otak kita?
Perdana menteri atau Barisan national?!

Bila saya tulis kerajaan, maka kerajaan (tak kira parti), kena tegas dan tidak lagi beri ruang peristiwa sebegini jadi.

Tuntutan LGE yg di iyya kan oleh mat sabu harus di amik tindakan mahkamah jika satu undang2 khas boleh di gazetkan

Anonymous
January 15, 2013 at 11:24 PM

Saya sokong pemikiran anda Future Phenomenon.. cuma diharap anda dapat bercampur dgn org2 dari kedua2 parti politik utk dapat gambaran yg lebih jelas ttg keadaan masyarakat kita sekarang ni. Saya menyokong Pakatan Rakyat krn hendak memberi pilihan kepada mereka utk membuktikan apa yg mereka janjikan. Itu sahaja.
Sudah terlalu lama BN memerintah dan byk sgt yg rosak dari elok.

Satu soalan dari saya utk anda fikirkan. Simple Question:

Kita menentang gejala murtad tapi UNDANG2 memilih agama utk warganegara Malaysia berumur atas 18 tahun masih wujud dalam akta negara kita. Salah siapa?

tq.

hamba Allah
January 17, 2013 at 9:44 AM

mereka boleh sebut,tapi mereka TIDAK BOLEH gunakan dalam konsep ketuhanan mereka..

soanax
January 21, 2013 at 7:31 PM

Kerajaan terpaksa benarkan kalimah Allah dlm bible selepas kerajaan kalah dlm kes di mahkamah. keputusan mahkamah, sapa yg kena laksanakan? tentulah kerajaan. penulis ni nak tunjuk pandai, adakah sama pendirian UMNO dan kerajaan dlm isu ini?? UMNO tak benarkan kalimah Allah, tetapi sebagai kerajaan yg memerintah, kenalah ikut keputusan mahkamah sehingga isu ni berjaya dlm rayuan. Siapa lebih bersalah dlm hal ini. tentulah PAS, Keadilan dan mereka2 yg menyokong penggunaan kalimah semasa kes ini di bincang di mahkamah pada tahun 2008 & 09 yg lalu.

Anonymous
January 29, 2013 at 7:36 PM

Soanax...

Nak berkata-kata gunakan akal dan kaji dulu supaya ayat kita akan kelihatan lebih bijak...

Undang2 memang dijatuhkan oleh sistem perunndangan negara TETAPI
segala akta digubal oelh Ahli Parlimen yg memerintah negara! So, dalam hal ni sapa yang perintah negara? Pakatan Rakyat ke?

Guna otak anda yang bijak ok! Saya sokong pemikiran luar kotak penulis artikel ni.

Anonymous
April 27, 2013 at 4:35 AM

Minta kesahihan surat di atas. No ref tiada, signiture meragukan (mungkin digital signiture..). Bukan tidak percaya, tapi maklumat seperti ini, senang sahaja untuk dipalsukan.

apapun, kalimah Allah wajib dipertahankan!

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger