Total Pageviews

CLOUD ATLAS: Bumi sebagai medan tempur




Mungkin ini kali pertama saya review cerita dalam blog ini. Mungkin agak janggal tapi saya nak cerita juga. Insyallah, saya akan 'review' kisah-kisah seperti matrix, animasi fullmetal alchemist dan filem-filem yang saya rasa saya faham apa yang ingin di maksudkannya.

Cerita ini belum di tayangkan di Malaysia dan kemungkinan bulan Febuari baru di tayangkan. bagi yang suka fikir dan peningkan kepala seperti saya, saya rekomen cerita ini.


saya dua kali hadam cerita ini untuk fahamkannya.
Secara overall nyer citer ni pasal pertembungan dua pihak sebenarnya;

1 puak yg mahu dunia ni berjalan seperti yg di inginkan. maksudnya; jikalau pada masa itu manusia yang berkuasa adalah jahat, maka dunia pun akan jadi jahat sama.

1 puak lagi adalah puak yg mahu perubahan pada dunia. Mereka ini adalah revolutionist. Seperti kes sonmi pada timeline Neo Seoul 2144. Akan tetapi manusia yang melakukan revolusi ni akan menerima nasib yg tak berapa baik seperti sonmi yang akhirnya di hukum bunuh (biarpun tika itu, dia telah yakinkan salah seorang dari penjahat tentang revolusinya *interviewer-nya*). Biarpun begitu, ia memberi impak pada dunia secara keseluruhannya.

Pada mula cerita, di tonjolkan orang kulit itam adalah hamba kepada org kulit putih. Dan dari kebaikkan Lawyer bernama ADAM EDWING kepada hamba negro bernama AUTUA, ia membolehkan ADAM sampai ke negaranya dan seterusnya menyebabkan ADAM mahu menolong kaum afrika dari perhambaan.

Pada hujung cerita, di simpulkan bahawa; matlamat ADAM EDWING tadi berjaya; bila pada 'after fall' di Hawaii; ZACHRY di selamatkan oleh kaum kulit hitam yang lebih bertamadun yang di gelar pre-science (dimana ketika itu; kisah manusia terbang di langit, menyelam ke dasar laut; telefon dan lain-lain adalah mitos pada mereka).


Selain dari itu, tanda lahir BINTANG BEREKOR (ya !!! siapa yang sinonim dengan terma ini pasti akan teringatkan kisah hero2 yang telah revolusikan dunia bahkan kemunculan bintang berekor di akhir zaman nanti); dia adalah revolutionist yg akan ubah dunia.

Kisah CLOUD ATLAS ini berangkaian walaupun punyai timeline yang berbeza. Terlampau banyak isi yang di letakkan dalam 1 jalan cerita.

Seperti; pada mula cerita,
Kisah ADAM EDWING yang mahu pulang ke negaranya tapi di khianati oleh doktor peribadinya lantas di selamatkan oleh seorang Hamba kulit hitam yang mana menyebabkan ADAM mahu mentamadunkan bangsa negro itu.


Kemudian; ia tentang ROBERT FOBISHER, komposer yang mencipta music dari inspirasi hatinya dan akhirnya bunuh diri kerana kesalahannya. Saya tidak nampak impak besar dari watak ini; tapi mungkin music yang di hasilkannya menyebabkan LUISA REY pada era 1970an, bersemangat untuk membongkar kegiatan pelobi minyak yang mahu memusnahkan reaktor nuklear.


Kemudian; ia berkisar tentang seorang tua bernama TIMOTHY yang berjaya larikan diri dari rumah orang tua selepas di khianati oleh adiknya sendiri. Kisahnya di bukukan dan di filemkan pada zaman seterusnya.
Filem itu memberi impak pada SONMI pada zaman neo seoul 2144, dimana menyebabkan SONMI berani lari dari perhambaan dan berupaya memberi inspirasi dan kebenaran pada ketamadunan manusia ketika itu (akibat ketidakbertuhanan - atheist)


Kemudian; pada 'after fall', SONMI itu di tuhankan akibat ketidaktahuan penduduk pada masa itu yang mana, hanya beberapa kelompok manusia yang tinggal selepas pasca kehancuran bumi. Pada ketika itu, kulit putih adalah orang yang tidak bertamadun dan kulit hitam adalah yang memiliki kecanggihan teknologi.


Kehadiran MEROYNM untuk menjelaskan siapa SONMI sebenarnya (hanyalah insan biasa) pada ZACHRY akhirnya menyebabkan ZACHRY bebas dari OL'GEOGIE (yakni syaitan diri).


Pada akhir cerita; ZACHRY berkahwin dengan MEROYNM dan tinggal di planet baru kerana bumi amat bahaya untuk tinggal ketika itu. Pada saat itu; lahirlah satu bangsa kacukan hitam putih (kulit sawo matang ?!) yang melahirkan sebuah ketamadunan baru di dunia lain.

 Biarpun begitu; bukanlah saya untuk mengiyakan tentang 'reincarnation' seperti di katakan oleh orang ramai. Bagi saya; ianya lebih pada kisah kehidupan yang berhubung antara satu sama lain. Bagi siapa yang 'tahu'; tiada konsep reinkarnasi dalam islam kerana bila sudah 'nyata' di sini; tidak akan di ulang lagi di sini; tetapi diteruskan ke 'next station'. Tapi, peranan dan sifat yang sama itu pasti kerana ia kekal, tapi bukanlah 'orang' yang sama. Ianya adalah pengulangan 'peranan watak' dalam lipatan sejarah.

Senang kata; kisah CLOUD ATLAS ini adalah tentang pengulangan dalam lipatan sejarah yang berulang tetapi melalui versi yang berbeza. Dimana; puak revolusi / kebenaran pasti akan memang walaupun menanggung 'neraka dunia' yang berat.

Ia juga tentang bagaimana reaksi kita akibat tekanan dari masyarakat yang 'percaya' pada 'trend global' bila kita tidak mahu menerimanya. Bila itu terjadi; ia menyebabkan kita mencari suatu kelompok yang punyai pola fikiran yang sama; dengan HARAPAN dapat membentu suatu revolusi yang akan membina dunia ke arah yang lebih baik. Percaya atau tidak; anda adalah salah satu dari 'pola atau watak perubahan' ini; kerana; tidak mungkin anda sanggup baca blog sebegini jika anda tidak mahu mencari titik atau paksi 'mahu ubah' dalam diri anda.

Bagi saya CLOUD ATLAS bukan satu cerita tapi satu IDEA. Bagaimana sangkaan anda; itu terpulang pada anda.



Rating dari saya. 4 dari 5 bintang (1 bintang yang hilang itu adalah kerana terdapat aksi terlarang yang saya fikir pasti akan di buang untuk tayangan umum).
Share this post :

+ comments + 4 comments

February 2, 2013 at 1:48 PM

sangat menarik cerita ni...walaupon lebih dari 3jam...tapi banyak point nye kat situ untuk yang nak berfikir...

teruskan tuan...saya menanti artikel tuan yang seterusnya..
:)

February 2, 2013 at 6:22 PM

Menarik... filem tu pun menarik... dari tajuknya pun dpt difahami maksud yg tersiratnya...

Anonymous
February 3, 2013 at 5:38 AM

bleach dan naruto?

Anonymous
February 4, 2013 at 5:02 AM

Salam,
The 'Reccords of Loddos War'....
The 'Dagger of Kamui'..

kalau tak salah eja..

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger