Total Pageviews

NOTA ARKIB Nusanaga bhg.5

Siri NOTA ARKIB ini akan menyiarkan beberapa 'posting' dari pelbagai forum, blog dan chatting yang menjadi sumber rujukan saya. Tapi tujuan NOTA ARKIB di dedahkan adalah untuk 'memperbaharui minda' sempena zaman yang mendatang ini.
Berikut adalah nota yang di tulis oleh seseorang dan di simpan oleh saya untuk rujukan.   Untuk sebarang pertanyaan, boleh lah layari fan page di SINI


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 


Cermin diri perlu dilihat dalam aspek lahir dan batin
Mengikut pengalaman saya yang cetek ini saya telah mencuba mencuci dgn pelbagai cara iaitu:

1. Jalan tariqat iaitu zikrullah dgn tertib mengikut jenis tariqat iaitu semua bhgn zahir dan batin
2. Cuba menuruti semua yg disyariatkan oleh Islam
3. Solat sedaya upaya untuk khusyuk
4. Jalan aliran tenaga dalam dan seumpamanya..

Pada pendapat kami Syariat adalah 'cara yg terbaik' agar keselamatan zahir dan batin untuk menjalani kehidupan di dunia ilusi ini..lagipun semasa alastu kita dah setuju dgn 'peraturan permainan' yg ditetapkan..pada pendapat kami jika tak ikut syariat maka kesusahan atau bencana kpd kita dari aspek zahir ataupun masyarakat yg akhirnya memberi kesan kpd batin....Jika dah 'keluar' atau maksudnya mati dan berada dalam alam lain syariat/peraturan permainanan dah tak tertakluk..
jadinya kita nak dpt 'kesadaran' dan bukannya 'meninggalkan perjanjian' yg kita telah setuju..?

cuci cermin
Apabila kita melihat imej aku dalam cermin tak sempurna bermaksud cermin mungkin kotor..
cermin = kesadaran/conciousness/hati/qalb
cermin jadi kotor kerana di dunia ilusi ini asyik ingat 'selain Allah' kecuali 5 kali dlm sehari..Bila sentiasa 24 jam mengingati Allah seluruh pandangan, iktikad, lisan dan perbuatan maka 'kekotoran cermin' mulai 'tanggal'.....cermin/kesadaran/qalb mula menunjukkan imej yg lebih jelas iaitu menunjuk jalan yang Haq..ingatan dan keinginan 'selain Allah' mula pudar kerana 'imej' benda2 tu dah tak kelihatan lagi..

Menurut kajian perubatan:
Jika badan berpusing (spt teknik satu amalan Thoroqah di Turki)..pergerakan bendalir sinovial dalam telinga didapati boleh merangsang keupayaan otak yg tinggi. yg mungkin berkaitan dgn minda suprasedar ke arah makrifat...Ia juga menyebabkan peningkatan metabolisme badan ke arah keremajaan..

Jika badan melompat dan bergoncang didapati semua nodus2 badan yg menghasilkan antibodi akan kembali aktif dan ini meningkatkan sistem keimunan badan iaitu mampu mencegah penyakit dan memulihkan diri dari penyakit dihidapi..

Sebenarnya guru yg 'mencipta' gerak2 begini mendapat ilham atau discovery cara yg paling baik untuk mencepatkan dzuk/ekstasi..cuma Islam tak suka umat yg melampaui batas..
Pada tingkat nafsu al-ammarah..Bila AKU melihat cermin sakti maka imej aku yg terhasil nampak hodoh, kusam atau lebih teruk mcm babi, anjing, kuda (berdasarkan sifat2 nafsu yg ditunggang)..

Nafsu mutmainnah..
Maksudnya: Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah), kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba- Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku. (Al Fajr: 27-30)
ulasan :
Mengikut ilmu sufi nafs al-mutmainnah ini adalah satu makam di mana hati/qalb tkidak lagi berbolak balik di mana perbuatan dosa2 yg kecil pun ditinggalkan..


Satu penjelasan yg sangat lengkap dan padat..meliputi :
1. Apa itu cermin=hati=conciousness utk melihat kebesaran Ilahi (imej dlm cermin)
2. Cahaya Ilahi (bukan spt cahaya biasa) memancar Nur Al-Haq agar AKU dapat memandang AKU bukannya Aku
3.Bayi hati=bayi maani=Spiritual Foetus=Diri dalam=diri berkalimah ALLAH pada dahinya

Adasatu kisah seorang murid sufi diminta gurunya bersuluk untuk mencapai peningkatan kerohanian..malam tu ketika murid sedang khusyuk berwirid spt mana yg diajar ole guru tiba2 susuk wajah dan tubuh seekor babi kala jengking terpacul di hadapan murid..murid amat takut dan meneruskan juga wirid sampai subuh..Selepas dhuha diceritakan kpd guru..Si guru minta anak muridnya meneruskan juga suluk beliau..Setiap malam hal yang sama berlaku tetapi wajah dan tubuh haiwan lain juga muncul yakni babi, harimau, ular, biawak dan lain2 jenis binatang lagi..

Sampai satu ketika si murid telah hilang sabar kerana malam2 berikutnya semua haiwan tsbt  datang serentak silih berganti muncul..Beliaumeminta guru memberi suatu petua untk menghalang kejadian tsbt berlaku..Diberi oleh sang guru sebatang kapur..dipesan setiap kali kemunculan binatang2 tsbt dicalit di dahi binatang2 itu..
Seperti biasa ketika berwirid muncul binatang2 berkenaan..setiap kali seekor muncul dicalit pada dahi dan binatang itu ghaib..muncul lagi binatang lain hal yg sama berlaku sehinggalah tiada seekor binantang muncul..setelah habis berwirid si murid tidur dgn nyenyaknya...selepas dhuha  dengan gembira diceritakan murid akan kejayaannya..sang guru tersenyum sambil meminta si murid menatap wajah beliau dalam cermin muka..

Alangkah terkejutnya anak murid melihat pada dahi beliau penuh dengan calitan kapur...
Binatang2 tsbt adalah imej ditunjukkan oleh cermin sakti/hati simurid...

cermin
cermin=kesadaran @ hati sanubari@ fuad @ mcm2 lagi..
Cermin itu mcm satu mimpi..selagi dia tak tahu yg dia dlm mimpi maka selagi itulah dia jadi imej dalam cermin..
bila cermin dah berkilat atau dia sudah tahu bhwa dia dlm mimpi dan mampu keluar darinya maka 'keluarlah dia  dari mimpi atau terjaga..atau 'sirna'lah cermin..tak ada cermin lagi..

------------------------------------------------------------------------------------------------------

cerminan diri adalah sifat atau perangai kita sendiri. Samada sedar atau tidak. Ia akan reflek pada persekitaran kita. Andai kata orang bermasalah dengan kita; cuba duduk merenung sejenak dalam diri kita; sesungguhnya ia adalah refleksi dari diri kita. Senang kata begini;
kita bangun pagi dalam keadaan marah, samapi ke pejabat; boss marah kita, kita makin tension, kita marah orang lain atau tidak pun kucing melintas depan kita. semua kerja tak menjadi. Kita makin marah. Malamnya kita tidur, mimpi pun benda yang mengarut-mengarut. Tapi, bangun pagi keesokkannya, ia berlainan pula. Semua jalan lancar kerana kita bangun dengan keadaan tenang. Begitulah ringkasannya.

Mungkin kita adalah refleksi dari amarah orang, atau orang lain adalah refleksi dari amarah kita.
Saya pun begitu juga. Di kawasan saya ini ada orang tak begitu gemar dengan kami; tapi kami buat tak endah saja dan kami akhiri 'pengulangan amarah' ini dengan MAAF (kerana itulah peristiwa fathul makkah Nabi Muhammad tersangat penting, lebih-lebih lagi untuk zaman ini). Biarpun orang yang tidak menyukai kami bersama dengan perangai lamanya; tapi kami terasa tenang kerena kami telah berlepas diri dari 'ikatan' itu. Jadi, sejak dari itu; kami 'tak nampak' amarah dari dendam orang itu lagi. Jadi, cermin diri berkait rapat dengan nafsu yang di bawa. Dan nafsu itu akan efek hati kita dan hati kita reflek diri kita. Dari diri kita, ia reflek kepada persekitaran dan akhirnya membuahkan hasil dari sifat dan kelakuan kita.

Wallahualam
Share this post :

+ comments + 5 comments

Anonymous
February 19, 2013 at 4:05 AM

Aku...
Yg Maha 'AKU'..

Anonymous
February 23, 2013 at 8:54 AM

salam...

apa pn cra pnyembahan itu ianya sbnarnya bkn lh pnymbahan yg zahir itu ttpi hti nya lh yg sptutnya mnyembah.!!

krn itu pnyembhan shj tdk ckup...bkn pahala itu ada pd pnyembahan, krna penyembahan itu hnya alat utk hati yg mnyembah.!!
bla hti mmpu myembah,,baru lh tiada ketamakkn,,lalu di bawa ke khdupan harian..!!prlumbaan dan perebutan mngejar dunia itu
lah yg akn mmbawa kpd kejahatan...!!apa yg sy lihat agama yg dijadikan tuhan..!!sdgkn agama hnya alat utk mngenal tuhan..!!
jka tak knal tuhan bgaimana mhu mnjadi hambanya yg adil??ajaran apakah yg dibawa olh setiap agama shnggakn pbezaan yg
mnybabkn prsengketaan?dimanakah persamaan yg akn mmbawa penyatuan?

bg sy seorang raja yg begitu sempurna tdk mhu pn rakyatnya mnyembahnya..!!
apatah lg allah swt yg maha sempurna...!!sdah pasti apa yg diinginkannya sbnarnya adalah khidupan yg penuh adil..!!
agama sebagai alatnya....!!tp jka mnyembah pn tdk mmpu mnjadikan seorang hamba pasti ada silapnya pd cara mngenal itu..!!
ceritanya "mengenal tari dan manarikan tari"...!!ada yg knal tp trlalu "aYsik"..!!
ada pula yg manarikan tari tapi tdk mngenal tari..!!krna itu byk prgerakkan mensejahterakan bumi itu trhrnti ditengah jalan..!!
tdak perlu lh segala "kesaktian"..!!bla hti dah kenal pasti mampu membezakan mana cahaya, mna kgelapan..!!mna intan,,
dan mna kaca..!!

nabi2 diutus semata2 utk mnsejahterakn bumi yg pnuh dgn keduniaan pd ketika itu..!!nabi muhammad sndiri diutus pd ktika
kaabah tlah ada di kota mekah,,!!dan krna keduniaan pd ktka itu lah yg mnyebabkn mnusia mnjadi jahil..
kesejahteraan yg ingin dibawa itu lama kelamaan dijadikan agama utk mnjaga kesucian ajaran yg dibawa oleh utusannya..!!
islam itu berdiri ats nma kesejahteraan,,bkan kesejahteraan berdiri ats nma islam..

ada sstngah tu yg bgitu marah bila perkataan allah tu mahu dikongsi..apa ada pd huruf semata..?kalau pn dia nk cuit sentimen biarkn..!!
maka pd ketika itulah ibu bapa akn sibuk mngajar anak2 tentang agama krna tkut anak2 murtad..!!
sy mhu tnya tuan knp ada yg memeluk agama kristian??
adakah krn smpurnanya ajran yg dibawa,,?nikmat apakah yg dirsai shingga mahu menukar agama..?..tiada..!!
hanya lh krna agama itu lbih mmbawa kpd keduniaan..!!ianya krna kcintaan kpd dunia..!!bila dah pluk agama yg lbh bebas maka tdk trbataslah
bgi nya utk mngejar dunia dan merasai nikmat dunia..!!rmai manusia tdk thu apa itu erti sementara,,!!apa itu erti kepalsuan..!!krna itu mreka
BERLUMBA mngejarnya walau prjalanan seribu batu pn..!!budaya hedonisme itu adakah prmulaan bgi ajaran yg dibawa olh dajjal..!!
bdya hedonisme ni jga ckup kuat dikalangan org islam kita sndiri..!!

jd msalah disini bknlah krna cinta pd agama lain lalu mnyebabkn murtad..!!ttpi krn keduniaan itu..!!krn yg murtad hanyalah krn keduniaan..!!
msuhnya agama adalah keduniaan..!!bila ketamakkan merajai hati maka hilanglah kesejahteraan..!!

perbezaan antara agama hanya mmbawa persengketaan..!!cari lh persamaan utk mmbentuk pnyatuan..!!
perbezaan pasti mmbawa peperangan..percayalah,,bkan peperangan yg akn memenangkn islam..!!

jika ada yg kata hdup adalah tentang perlumbaan,,sy kta hdup adalah soal pengertian..!!

#maaflah panjang sikit....sja gatal tangan.....sy komen sekali isu2 lain yg dibangkitkn di blog tuan....salam..!!
..apa pn maaf sekali lagi..!!

February 24, 2013 at 4:27 AM

annur hulur salam perkenalan pada anon feb 23,8:54...pemikiran yg unik...semangat yg orang lain tak punya...annur tabik...

salam perkenalan sekali lagi,mohon sdr sambut...:)

February 24, 2013 at 8:28 AM

anon February 23, 2013 at 8:54 AM:

tak pa. teruskan saja komen. tak marah pun aihh. ha3. kita terbuka dalam menerima pendapat tapi dalam tu kita jaga akhlak kita.
masing2 punyai pemikiran berlainan dan kelainan itulah jadikan ILMU ITU KAYA. apapun, terima kasih kerana berkongsi pendapat bersama kami

Anonymous
February 26, 2013 at 3:17 AM

sesiapa yg banyak belajar dan membaca tentang ilmu konspirasi akhir zaman pasti mahu mencari jalan keluar apabila perasaan sesak menghantui jiwa...
jalan keluar......jalan keluar.....

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger