Total Pageviews

1129281

MATRIX: ulasan siri 2



salam kepada semua. Berikut adalah sambungan review untuk filem MATRIX pertama.
Pada siri yang lalu, saya mendedahkan tentang perihal NEO memulakan perjalanannya sehingga dia sedar akan sesuatu lantas, menukar Mr.Anderson kepada NEO the ONE.

Pemulaan perjalanannya bermula bila dia berfikir; apakah itu MATRIX?!
Dalam versi kita; soalan itu akan berbunyi begini:-
"apakah dunia ini" "kenapa kita hidup" "siapa kita" dan sebagainya.
Semua itu menjurus kepada perasaan 'bertuhan'.

Dalam versi MATRIX, NEO bertemu dengan TRINITY.
Dalam fikiran umum, ramai beranggapan TRINITY adalah konsep kristian. Ia adalah tidak berapa tepat.
TRINITY adalah konsep HEAR/dengar - SEE/melihat - SENSE/merasa.
Kerana itulah TRINITY 'jatuh cinta' pada NEO, kerana tanpa NEO, TRINITY kosong, hampa, sia-sia.
Jadi, untuk membalas cinta itu, maka NEO harus yakin pada TRINITY
(dibaca: Diri harus yakin pada pancarindera untuk mendapat yakin yang haq melalui jalan berfikir sehinggalah terbit di HATI, yakni perasaan CINTA/ISHQ/cinta-mencintai/rasa rindu... Hal ini banyak terjadi hinggalah Ar-rumi menulis bait-bait puisi cinta, bahkan arwah LOLOQ mencipta lirik cinta bertuhan yang di dendangkan oleh M.NASIR, hingga ke hari ini)

NEO mendapat YAKIN daripada TRINITY untuk temui MORPHEUS.
MORPHEUS dalam filem ini di anggap lagenda, manusia yang bertanggungjawab memberi 'kebenaran' kepada penghuni matrix untuk keluar dari matrix.
Boleh di katakan; MORPHEUS berwatak seorang PENASIHAT atau bahasa yang mungkin agak kontroversi; NABI atau RASUL.

Mr.Anderson (nama asal NEO) memerlukan YAKIN (dari TRINITY nya) untuk menerima ajakan MORPHEUS. Hanya dengan menyerah diri pada jalan MORPHEUS, dia akan di tunjukkan jalan untuk keluar dari MATRIX dan melihat sendiri, apa sebenarnya MATRIX.

Dari situlah, dia terlihat cerminan yakni projeksi dirinya di alam matrix yakni alam dunia. Di situ dia di tunjukkan bahawa, Mr.Anderson bukan jasad itu... Ia lebih dari itu.

Lantas, terjagalah NEO di dalam sarung bayinya selama ini. Di situ, dia terjaga dan memulakan jalan untuk fahami lebih lanjut kepada persoalan-soalan dirinya. Sudah tentu, jawapan yang di berikan melebihi had akalnya. Jawapan bukan bersandar pada akal.. bahkan melebihi hati...

Berikut adalah sambungan review:-

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

SCENE 4

Do not try and bend the spoon.
That's impossible.
Instead, only try|to realize the truth.
What truth?
There is no spoon.
There is no spoon?
Then you'll see that it is not the spoon|that bends. It is only yourself.
The Oracle will you see now.

Setelah dirinya tenang, NEO di bawa pula berjumpa ORACLE yang mana watak ORACLE adalah mengenai 'ramalan/signal' yang berkaitan dengan diri seseorang. ORACLE sebagai tempat meminta petunjuk untuk bergerak ke arah sesuatu misi. Jadi, siapakah ORACLE?

Pada pandagan saya yang tidak seberapa ini, ORACLE adalah pembawa kepada 'gerak geri pergerakkan dunia matrix dan luar matrix'. 

ORACLE menyatakan tugas sebenar dirinya dalam matrix kedua, yakni sebagai 'pembawa ketidakseimbangan dunia'. Bila ia tidak seimbang, maka barulah ada kehidupan. Saling berkehendak dan meminta antara satu sama lain.

ORACLE adalah 'MASA'.
MASA memberikan permainan, dan MASA lah beri KEHIDUPAN,
tanpa MASA, manusia itu MATI dan MATI itulah 'keseimbangan'.. statik.. kaku.. balance
Jadi, sudah kenalkan siapa the great ORACLE?!
"DEMI MASA, sesungguhnya INSAN itu sentiasa dalam kerugian"
RUGI kerana tidak mengenali MASA.
MASA itu PERGERAKKAN.
Pergerakkan itu bersandarkan sifat dan kelakuan.
Tanpa pergerakkan, sesuatu itu MATI.
Bahkan MATI itu juga sifat dan suatu kelakuan.
Jadi... apa yang lebih NAFI dari mati?
Jawapannya adalah AZALI.

SCENE 5

 You know what that means?
It's Latin.
Means, "Know thyself. "
I'll let you in on a little secret.
Being the One is just|like being in love.
No one can tell you you're in love.|You just know it. . .
. . .through and through.
Balls to bones.
Well. . .
I'd better have a look at you.
Open your mouth. Say, "Ah. "
Okay. . . .
Now I'm supposed to say,|"Hmm, that's interesting, but. . . . "
Then you say:
But what?
But you already know|what I'm going to tell you.
I'm not the One.
Sorry, kid.
You got the gift. . .
but it looks like|you're waiting for something.
What?
Your next life, maybe. Who knows?
That's the way these things go.
What's funny?
Morpheus.
He almost had me convinced.
I know.
Poor Morpheus.
Without him, we're lost.
What do you mean, "without him"?
Are you sure you want|to hear this?
Morpheus believes in you, Neo.
And no one, not you, not even me. . .
can convince him otherwise.
He believes it so blindly. . .
that he's going to sacrifice|his life to save yours.
What?
You're going to|have to make a choice.
In the one hand,|you'll have Morpheus' life.
And in the other hand,|you'll have your own.
One of you is going to die.
Which one will be up to you.
I'm sorry, kiddo. I really am.
You have a good soul.
And I hate giving|good people bad news.
Don't worry about it.
As soon as you|step outside that door. . .
you'll start feeling better.
You'll remember you don't believe|in any of this fate crap.
You're in control of your own life.
Remember?
Here. . .
take a cookie.
I promise, by the time|you're done eating it. . .
you'll feel right as rain.
What was said. . .
was for you. . .
and for you alone.


Pertemuan NEO dengan ORACLE menimbulkan keraguan pada diri NEO kerana dia percaya dari kata orang lain (yakni MORPHEUS), bahawa dialah THE ONE.

Jadi, ORACLE memberi tanda tanya pada NEO. Siapakah dirinya. Maka, ORACLE menunjukkan papan tanda padanya 'Know thyself'.. "KENAL DIRI"

Kenal diri bukannya boleh di buat-buat. Bukannya berasal dari cakap-cakap orang. Ia mesti di lakukan oleh diri sendiri untuk diri sendiri. Jadi, ORACLE memberi 'permainan' padanya.

Di suatu tangan, MORPHEUS akan mati dan di suatu tangan lagi, NEO akan mati.
Tapi di hujung video, ORACLE memberitahu 'fate is at your hand'
Permainan apakah ini?!

Jika takdir di tulis tapi di sebalik itu, di katakan takdir itu di tentukan oleh diri sendiri.
Jadi, yang mana satu benar?!

ORACLE yakni MASA memberi NEO suatu ujian untuk kenali dirinya agar dia MATI agar dia sedar SIAPA DIRINYA untuk membolehkan dia menjadi THE ONE.
Takdir telah pun tertulis, cuma rentak permainan itu berubah bentuk mengikut perspektif kehidupan.
DUNIA yakni MATRIX itu di mainkan oleh ORACLE yakni MASA agar akan sentiasa ada KEHIDUPAN kerana MATRIX adalah pentas 'gurauan dan permainan' untuk menguji, siapakah benar-benar ikhlas dalam perjuangan.

SCENE 6

Di akhir cerita, NEO menyelamatkan MORPHEUS dan membiarkan dirinya dalam ambang bahaya.
Kenapa NEO perlu menyelamatkan MORPHEUS?
Ini kerana; MORPHEUS lah asbab untuk manusia keluar dari matrix.

Di kaitkan dengan alam ini;
ajaran nabi , rasul dan wali ALLAH di perlukan untuk memulakan perjalanan.
tapi, di akhirnya, diri sendirilah yang harus berjalan.
Dan binasakan diri untuk mengenali siapa diri sebenarnya.
Demi memahami itu, MASA akan sentiasa bermain-main dengan kehidupan kita hinggalah tiada masa untuk kita kenali diri sendiri. Itulah tugas ORACLE, membantu untuk mengenal diri dengan memberi tipu daya dan gerak permainan sehinggakan 'agent-agent' (syak, was-was dan waham) tiba.

NEO harus mati untuk sedar diri.
Bila di liputi syak,was-was dan waham ( dibaca: agent-agent )
maka, saat itulah TRINITY akan berhubung dan beri yakin pada NEO.
TRINITY tidak sanggup berpisah dengan NEO, kerana tanpa NEO, dia binasa, sia-sia, hampa, kosong.
NEO di cium oleh keyakinan dari mendengar, dari melihat dan dari merasai...
NEO kembali 'hidup' kerana telah faham bahawa MATI itu juga adalah suatu permainan dalam MATRIX.
Ia bukan azali...

Kini, walaupun NEO di datangi senjata-senjata agent,
dia mampu tepis kerana,
telah faham, tahu dan kenal lah dia akan dirinya.


Ringkasan review siri 1 dan 2 dari filem MATRIX 1:-

Mr.Anderson hanyalah orang biasa yang sering tertanya-tanya tentang 'apa itu Matrix'...
Maka, dia perlukan jawapan lanjut, maka dia di hubungi oleh TRINITY
(dibaca: dia perlu bantuan deria dengar-melihat-merasa untuk mendatang suatu jalan padanya)

Kemudian, setelah yakin dia mahu dijalan ini, dia mendatangi MORPHEUS...
(dibaca: dia memerlukan bantuan dari kata-kata atau ajaran wise-man, rasul, nabi, wali untuk membuka jalan)

MORPHEUS hanya mampu menunjuk jalan, NEO sendirilah yang harus memahami matrix itu sendiri. Tapi sudah tentu, jawapan itu di luar akal kerana ia bukan perkerjaan akal lagi, bahkan hati.
(dibaca: Jalan yang bakal di tempuhi adalah di luar akal, adat dan akan di gelar bermacam-macam hal. Sukar untuk di percayai. Tapi, hal ini bukan kerja akal, ia adalah perkerjaan hati untuk timbulkan percaya/iman)

setelah NEO di tunjukkan jalan dan apa itu sebenarnya MATRIX. NEO mulai asyik dengan dunia barunya. Maka, banyak benda di pelajarinya hinggakan timbul rasa seronok dan mulai percaya kata-kata MORPHEUS, bahawa dialah NEO !!!
(dibaca: Dalam perjalanan mengenal diri, banyak ilmu kebatinan, ghaibah dan karamat akan di jumpai. Ia akan timbulkan asyik tapi itu bukanlah matlamatnya. Ia sekadar ilmu. Bukan misi. Dan jika terlampau asyik, diri akan mulai percayai, dialah seorang yang hebat, berkuasa, dan orang lain tidak 'suci' sepertinya...
AWAS pada ketika ini !!!)

NEO di bawa bertemu ORACLE bila dia bersedia. Maka, tika temui ORACLE, dia di beritahu supaya kenal diri. Di saat itu jugalah; ORACLE mengatakan antara dirinya dan MORPHEUS, salah seorang harus mati. Dan pilihan itu adalah 'di tangannya'. Bermaksud, dialah yang harus mati untuk mengenali dirinya, agar mendapat suatu kehidupan baru.. sebagai NEO THE ONE.
(di baca: Oracle adalah MASA yang sentiasa memberi kehidupan dalam duniawi. Tanpa masa, ia statik dan mati. Ketidakseimbangan itulah dunia ini sebagai tempat permainan untuk melihat sejauhmana seorang hamba itu benar-benar kenal dirinya dengan ikhas. 
Kenal diri bukan dari kata-kata orang lain. Kenali diri bukan sebab percaya kata-kata orang lain. Kenal diri harus dengan diri sendiri. Yakin berdiri. Diri itu harus menempuhi duniawi)

Akhirnya, NEO menyelamatkan MORPHEUS dengan bantuan TRINITY walaupun NEO teramat yakin untuk menyelamatkan MORPHEUS. Akibat dari itu, NEO mati kerana di kejar oleh AGENT bertiga. 
Dengan bantuan TRINITY jugalah, NEO bangkit bangun dan faham... Mati di matrix itu juga suatu sifat kelakuan..
(dibaca: TRINITY ini dibaca sebagai DERIA. Tanpa NEO, ia binasa. tiada, kosong. Kerana itulah, NEO perlu ada di sini TRINITY. Tapi, hingga ke suatu tahap, TRINITY terpaksa beralah jua. Itu berlaku dalam filem ketiga. Dengan TRINITY itulah telah berjanji mereka berdua, sentiasa BERSEMADI. Di saat itulah, mati bukan lagi penghalang kerana mati itu jua salah satu sifat kelakuan dalam MATRIX)
Dirinya yang sadar faham, MATRIX yang berlaku pada dirinya tika itu adalah projeksi dari Mr.Anderson. Dia mampu apa saja kerana matrix berlaku kerana dia. Tanpa dia, Matrix itu tidak akan berlaku.
(dibaca: RAHSIA itu di sebalik diri yang mati atau binasa. Binasa bukanlah membuang diri. Bahkan dengan diri itulah terhasilnya MELIHAT-MENDENGAR-MERASA untuk mencapai KEYAKINAN.
Matikan diri untuk sadar diri... melihat duniawi sebagai projeksi diri. Bila mati diri, matrix sekitar diri juga akan 'mati'... )

MATRIX is YOU...

MATRIX is YOU;
bukan bermaksud YOU is MATRIX secara keseluruhannya.

YOU tetap YOU;MATRIX tetap MATRIX
tetap pada kedudukannya. Tiada berubah.
 
Tapi, matrix perlukan you; dan you perlukan matrix.
Saling hendak menghendaki,selagi ada WUJUD dan HIDUP
Berpisah tiada
*hidup di alam ruh, alam rahim, alam dunia, alam barzah, alam akhirat, alam syurga neraka, infiniti...*

Insyallah, review ini akan bersambung untuk filem matrix reloaded, jika masa mengizinkan.
Maaf dari saya andai tulisan saya sukar untuk di fahami. Saya telah sedaya upaya untuk memberi faham kepada para pembaca. Jika ia tidak serasi dengan fahaman anda, maafkan saya. Tinggalkanlah review ini dan janganlah biarkan diri anda komen yang tidak baik. Kerana, tidak semua akan faham dan kefahaman itu sungguh subjektif. 

Mr.Anderson itu namanya jasad;
NEO itu namanya diri;
THE ONE itu rahsianya

Wassalam



Share this post :

+ comments + 26 comments

Anonymous
March 19, 2013 at 8:55 AM

persoalannya, bagaimana cara untuk mematikan diri?

March 19, 2013 at 10:12 AM

matrix is me?wowwww...

March 19, 2013 at 1:11 PM

matikan diri bukan lah bunuh diri..
tp ia lebih kepada penafian diri itu berkuasa melainkan ALLAH.
secara umumnya, ia mengenai nafi-isbat (nafi diri itu berkuasa dan isbat ALLAH lah punya kuasa).

mati diri / binasa diri = tiada kuasa akan aku melainkan ALLAH
begitulah secara umumnya.
wallahualam

tapi, mati diri bukan bermaksud membuang diri sehingga membuang dunia.. itu tidak matlamatnya.
Ia sekadar nafi dan isbatkan bhw berkuasa itu adalah ALLAH
dan hidup kita kerana ALLAH utk menjadi HAMBA-NYA di dunia ini dengan menjadi KHALIFAH melalui kenali diri sendiri. wallahualam

March 19, 2013 at 1:12 PM

MATRIX is YOU
bukan bermaksud YOU is MATRIX.
YOU tetap YOU
MATRIX tetap MATRIX

tapi, matrix perlukan you;
dan you perlukan matrix.
Saling hendak menghendaki,
selagi ada WUJUD dan HIDUP

Anonymous
March 19, 2013 at 9:26 PM

Dirinya yang sadar faham, MATRIX yang berlaku pada dirinya tika itu adalah projeksi dari Mr.Anderson. Dia mampu apa saja kerana matrix berlaku kerana dia. Tanpa dia, Matrix itu tidak akan berlaku.

Apa maksud anda dgn projeksi dari Mr. Anderson

wm

Pypyrod
March 20, 2013 at 3:38 AM

Bro,boley aku katakan???...
Tiada 'aku' maka tiadalah 'Allah'..
Kerana hanya 'aku'lah yg menyatakan nama 'Allah'..kerana 'aku'lah yg mentauhidkan 'Allah'..
Tiada 'aku'..tiadalah 'Allah'..
Tiada 'Allah'..tiadalah 'Matrix' ini..

March 20, 2013 at 4:43 AM

WM:
camna saya leh cakap yer. agak sukar nak di terjemahkan dalam bahasa.
begini;
matrix tu tetap ada dan berlaku pada setiap manusia yg hidup dalamnya.
tp, perkara yang berlaku sekitar mr.anderson adalah 'matrix khas' utk dirinya. Filem matrix ni kita melihat 'MATRIX' dari perspektif Mr.Anderson yang kemudiannya menjadi NEO dan akhirnya The ONE.. kemudian 'lebur' semula, kembali pada MATRIX.



Pypyrod:
teramat bahaya utk di kata sebegitu di sini. Di sini terlampau umum dan tidak mahu membawa kepada pergaduhan pula sebab ia kontroversi
(harap faham...siapa faham akan faham.)
secara umumnya, ALLAH itu adalah NAMA kepada dzat yang menjadi TUHAN kepada seluruh ALAM.
Orang tua2 kata:

Pypyrod
March 21, 2013 at 1:05 AM

Allrite bro.
Transparently.

March 21, 2013 at 8:30 PM

Kepada Anon March 19 at 8:55 AM persoalan bagaimana cara untuk mematikan diri?

Jawapan:Tidur..kerana mengenal kehidupan ataupun MATRIX perlukan otak di 'shutdown' dan hanya roh mahupun hati yang diperlukan untuk mengenal MATRIX..dan ia jalan yang sama untuk mengenalNya..

Apabila kalian mengenalNya, segala pengetahuan MATRIX akan diberikan olehNya..

Makanya, sekarang perlu bagi kita mencari 'MORPHEUS' yang masih hidup sekarang yang memegang tali wasilah daripada penghulu Nabi,iaitu daripada Muhammad saw..

sekian

March 22, 2013 at 1:00 AM

new information,

matrix 4 reborn dan matrix 5 akan dilancarkan pada tahun ini..

https://www.youtube.com/watch?v=GSkaENOgDpE

March 23, 2013 at 5:46 AM

link tu fan made trailer je tuan andi. saya tak rasa yang matrix akan di buat lagi.

ending filem matrix, oracle memberi harapan akan bertemu dengan NEO lagi. tp bukanlah neo dari mr.anderson.

Anonymous
March 23, 2013 at 5:48 AM

Assalam Aiz,
Cuma nak tanya disini siapa 'Keymaker ' walau watak dia sekejap saja namun peranan nya besar juga apabila dia membuka pintu untuk Neo berjumpa The architect...Boleh minta Tuan Blog rumus kan?

March 23, 2013 at 1:08 PM

siapa keymaker?
saya akan terangkannya dalam review Matrix Reloaded yang akan di publish pada 26hb 3 ini.

Keymaker ini sefaham saya;
'mereka yang punyai kunci yang boleh membuka mana-mana pintu'

pendek kata; key maker adalah penyimpan ilmu/data/jalan yang di sembunyikan.

Ia adalah terma untuk segolongan insan yang berkebolehan sedemikian.

Anonymous
March 24, 2013 at 1:47 PM

Salam

Bolehkah keymsker itu dianggap sbgai mursyid?

-ksiv-

March 25, 2013 at 6:39 AM

saya anggap keymaker ni sebagai pencetus suatu asbab.. lebih pada genelogi/keturunan...

mursyid ni guru yg mana dlm watak matrix, boleh lah di anggap MORPHEUS berperanan begitu.. tp sebetulnya, MORPHEUS adalah 'ilmu agama/tauhid'.

Orang tua2 berkata:
sebenar2 guru mursyid adalah DIRI SENDIRI. tp sebelum diri sendiri, kena berguru dengan guru yg bersanad. itu penting.. bila sebut sanad.. maka, ia punyai 'lineage' dari 'keymaker'... tp, diri sendiri jua lah jadi 'guru' dengan memberi pelajaran melalui pengalaman dan pandangan

wallahualam

Anonymous
March 26, 2013 at 4:41 AM

Terima kasih Aiz menjawab soalan saya itu.Pada pendapat saya yang doif ni di antara keymaker yang wujud pernah di dengar ialah 'Nenek Kebayan' dan juga Abu Nuwas (handal dlm koordinasi penomboran-Sumber Highlander07)watak Abu Nawas wujud dalam hikayat di 'Middle Earth'.
Dan selain itu soalan saya lagi Pihak Tuan sudi kiranya menjawab apa bezanya 'The Sources' dan juga The Architect?
Pada saya The Sources ialah Dzat di luar Matrix tapi mengapa NEO masih wujud walau di luar Matrix sedangkan sepatutnya Bila di 'luar Matrix tiada lagi Matrix'(Quote dari Mistisfiles)...Seperkara lagi The Architect ialah bila the Source bertajali di dalam Matrix umpama kes Nabi Musa melihat Api zahir di bukit Thursina....mohon betulkan sekiranya pemahaman saya ini tersasar....

Anonymous
March 26, 2013 at 5:02 AM

Ha terlupa pula tentang seperkara lagi,begini Tuan Blog memberi komen tentang 'Keymaker' adalah pencetus suatu asbab ianya lebih pada genaelogi/Keturunan maksud Tuan blog Keymaker ni adalah sama terma dengan 'Ayun Firdhani' yakni 'Ruh lama dalam Jasad Baru' ?

Dan juga bukan kah Oracle(Nur Fatimah) adalah another One yang tak pernah lupa sentiasa bermain Akal dengan The One(Nur Muhamad) yang telah lupa akan dirinya agar kembali mengingati Dirinya sebagai The One versi ke enam(ini diberitahu ole The Architect sendiri).

Nur Fatimah adalah pasangan Nur Muhamad berdasarkan konsep Nurzulumat tetapi mengapa The Oracle(another ONE) bekata pada Neo bahawa Neo dan Agent Smith adalah 'Satu' makna nya kembar pada diri NEO?Dimanakah letak duduknya The Another One (Oracle),NEO(The One)dan juga Agent Smith?

Apakah The Another One & The One pasangan di dalam Matrix Alam Mahut Bahut manakala Agent Smith dan Neo merupakan pasangan Matrix alam dunia@Jabarut ini?
Maaflah kalau soalan saya ini memeningkan Tuan Blog fahaman Nur Fatimah atau Another One ini saya telah terbaca posting Highlander07 thread 'Wujud Ilusi Hidup Infiniti'....

March 26, 2013 at 7:12 AM

oh nenek kebayan...wuuu...hehe

March 26, 2013 at 11:18 AM

perihal keymaker ada di terangkan dalam matrix: ulasan siri 3.

saya tak pasti untuk terma2 dalam bahasa arab, tp saya terangkan dlm bahasa yang saya faham dan mudah utk di terangkan di sini

mengenai agent smith tu, saya ada juga terangkan dalam ulasan siri 3. agent smith juga adalah NEO versi kejahatan (sifat keakuan atau cintai dunia). perihal nur fatimah, ahmad semua itu saya tak pasti utk di letakkan dlm ulasan ini kerana takut ramai yg tidak memahaminya. insyallah, saya akan cuba ulasnya dlm siri lain.

mengenai apa beza the architect dan the source begini:-

the source adalah sumber yg menjadikan the matrix (bahan bina)
the architect pula, designer / pencipta dunia matrix
tp, kedua2 ni 'hampa' jika THE ONE tidak memberi 'PREMIER DATA' yang ada pada NEO untuk membina dunia matrix, kerana tugas THE ONE adalah mengumpul data kehidupan dan lebur dalam the source.. dengan itu, dapatlah the architect membina versi baru MATRIX

ni terjadi bila dlm MATRIX REVOLUTION, akhirnya NEO lebur (dan berjaya kalahkan SMITH). dengan itu, terbinalah MATRIX baru yg mengambil perjanjian baru dengan NEO (mr.ANderson)

Anonymous
March 26, 2013 at 10:26 PM

Mengikut pendapat saya, beza The One versi 6 (Neo) dgn yg lain2 adalah cinta kpd Trinity..sepatutnya Neo awal2 lagi dah kembali kpd The Source ketika bertemu dgn The Architect utk menyelamatkan rakyat Zion daripada menjadi mangsa korban keganasan..

Tapi begitulah,The Oracle ni adalah emak kpd matrik..& tidak lain tidak bukan adalah loh mahfuz yg padanya dah tertulis ketetapan..there is no choice..bapa kepada matrik adalah The Architect yg menyediakan alam matrik utk menjalankan plan berjalan mengikut ketetapan..

Sewaktu The Architect bertemu The Oracle di taman selepas Zion di'selamat'kan, teringat kata2 The Architect kpd The Oracle bahawa The Oracle ini telah 'bermain' dgn dangerous game..

Anonymous
March 27, 2013 at 7:47 AM

Dan Oracle Jawab I don't know but I believe....Oracle gamble atas pada dangerous Game tersebut

Anonymous
March 27, 2013 at 7:57 AM

Neo Versi KE-Enam dan Ke-Tujuh seterusnya akan terbina Matrix@Dunia baru....maka benarlah tentang Adam sebelum Adam serta Kiamat sebelum Kiamat?

Anonymous
March 27, 2013 at 7:37 PM

Akhir zaman selalu berulang2..menghantar kod2 utama utk proses upgrade the matrix..kembali kpd 'pengumpulan' semula utk mendpt perintah baru and then RESTART..

Anonymous
March 27, 2013 at 7:55 PM

Pendptku, The one bukan nur Muhammad..dia adalah Roh Muhammad..

Nur itu 'wavering & glowing'..sdgkan roh itu bercahaya tetap & lebih kemilau..

Roh itu adalah batin kpd roh pemerintah/roh sultan krn Nur itu pakaiannya..'pakaian' itu jika di'hampar'kan, ia adalah semesta jua..

Anonymous
March 27, 2013 at 8:44 PM

The Oracle 'tahu' kedudukannya di sisi The One..sbb tu dia percaya..& dia tak perlu maklumat utk tahu, krn dia pun dijadikan drp Nur muhammad..

Antara nur & roh, ia memerlukan penyaksian peringkat wahdah..

Kalau ambo sesat, mohon tunjuk jalan..

March 29, 2013 at 4:50 AM

terima kasih utk komen2 semua. insyallah, saya cuba compile kan semua komen dan pandangan di sini di siri ke 5.

ini kerana siri matrix ini adalah sudut pandangan saya, jadi saya mahu tahu tntg pandangan orang lain juga. filem matrix adalah dunia mr.anderson sehingga di jadi the one. bagaimana pula sudut pandangan morpheus, trinity dan sebagainya...

teringat kata orang2 tua.
masing2 punyai dunia masing2, jagalah dunia masing2 dengan sebaik-baiknya.

wallahualam

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger