Beberapa hari lepas, dalam minggu ini, bagaikan explosi info meledak di Facebook. Bermula dengan beberapa informasi tentang peta Mormon yang mengatakan bahawa, tika zaman Nefilim (bangsa gergasi), 'land of promises' itu adalah di sini.
Saya pernah lihat beberapa peta yang di katakan 'site' atau calon kawasan yang di sebut dalam Mormonic, tapi, bila ia di keluarkan di Facebook, ia bagaikan mendapat perhatian luar biasa dan seterusnya menyebabkan beberapa pengkaji sejarah kecil, mulai mengeluarkan peti rahsia masing-masing.
'keyword' Seperti, Land Of Bountiful, Water of Mormon dan seumpamanya seolah-olah adalah perkara baru bagi pengkaji sejarah. Sememangnya ia jarang di dengari, kerana ia melibatkan istilah dan sejarah dari suatu cabang agama kristian/judaisme yakni MORMONISME.
Semua ini kemudiannya membawa kepada suatu teori 'route' JALAN PENARIKAN yang mana jika di Asia Tengah, ia di gelar 'spice route' dan di sini, kita mengunakan sungai dan denai hutan.
Jadi, tiap 'route' itu, sudah pasti ada RnR atau tempat perhentiannya. Jika ada, sudah pastilah ada 'tinggalan monumen/penempatan' di situ.
Seterusnya, gempak gempita mulai berlaku bila beberapa siri gambar di keluarkan dari seseorang. Dia mengatakan, dia mendapat kebenaran untuk mengeluarkan gambar itu untuk tatapan anak muda bumiputra yang mahu alter rahsianya terbuka luas.
Tetapi, ia kemudiannya di delete selepas beberapa jam. Puncanya, tidaklah kami tahu. Apapun, kami dapat menyimpan beberapa keping gambar untuk di buat kenangan. Bila di tanya sumbernya, lelaki itu berkata, ia mendapatnya dari seorang tua yang di gelar 'Wak Amza', seorang 'orang dalam kerajaan' yang mahu melihat alter melayu kembali di tanah tua ini.
Berikut adalah gambar kawasan itu yang di katakan berada di Utara Malaysia, besar kemungkinan Pulau atau kawasan gunung.
susunan batu kelihatan seperti kulit kura-kura |
sekitar kawasan 'batu kura-kura' itu. Kelihatan seperti suatu runtuhan monumen dan 'pintu' |
di katakan bahawa terdapat 'tulisan' di batuan ini, jika di amati, ia memang ada tapi tidak jelas |
gambar yang di zoom-in kan. Anda dapat lihat tulisan nya? |
koleksi gambar yang berjaya di 'cilok' sebelum di delete |
Tidak selesai dengan itu, ada rakan di Facebook, telah mengeluarkan siri gambarnya yang sebelum ini telah di delete. Mungkin kerana gambar 'batuan kura-kura hitam' itu memberi inspirasi untuk para pengkaji sejarah ini untuk menunjukkan bukti bergambarnya pada ahli Facebook yang lain?!
Berikut adalah koleksi gambar yang di katakan terdapat di suatu Pulau sekitar tengah Malaysia. Bukti berikut ini lebih hebat dan detail serta jelas berbanding gambar di atas.. Apakah benar Tanah Tuo ini menyimpan rahsia yang lebih hebat dari artikel ini?!
Add caption |
Gambar diatas adalah dari Pulau Nangka dan saya pernah keluarkan satu gambar batuan ini di Nusanaga beberapa ketika dulu. Dan saya kaitkannya dengan monumen YONAGUNI, Jepun. Ini kerana, di suatu sudut pada Yonaguni Piramid itu, terdapat 'design pattern' yang sama seperti gambar di atas. Andai ianya punyai kesamaan, usia batu ini adalah melebihi 10,000 tahun sebelum masihi.
Yonaguni, jepun |
design arkitek yang hampir sama |
batuan di tebuk di tengahnya sama seperti batuan di Pulau sekitar tengah Malaysia ini |
Seketika kemudian, kami di gemparkan pula dengan gambar menakjubkan di BROGA HILL / Bukit broga sekitar semenyih. Di katakan, di sana, mereka berjaya menangkap gambar UFO. Berikut adalah siri gambar UFO BROGA HILL:-
dapat lihat satu titik hitam di kanan gambar? |
gambar dari seseorang di Forum Cari |
Gambar dari suatu blog: Second Heaven nemu-iii.blogspot |
Minggu itu di akhiri dengan posting mengenai PETI AMAL yang di lelong di Eropah dengan harga melebihi usd2.2 juta. Jadi, beberapa anak muda berharap jutawan dan hartawan islam melayu mampu membawa balik artifak ini kerana ia di katakan berkaitan dengan SYEIKH AHMAD AL-BAGHDADI yang mana punyai hubungan misterius dengan BATU BERSURAT Terengganu.
PETI AMAL adalah nama gelaran yang di beri. Di peti ini, ia punyai siri lukisan unik yang di katakan menyimpan beberapa kod rahsia |
2 orang Lelaki berbusana Melayu lengkap bersampin & setanjak. Lelaki kanan sedang memegang burung sambil bersandar di sebuah 'batu' / sebilah Keris Penyalang. Lelaki sebelah kiri bermain gambus. |
2 orang Lelaki sedang duduk bersila mengadap satu sama lain, lengkap berbusana Melayu dan BERSELEMPANG. Ditengahnya ukiran NAGA BERSABUNG & BULAN SABIT. |
Apapun, jika mahu melihat kehebatan itu, adapun, silalah ke HIKMAH V yang di adakan di Masjid Makmur Losong Dato' Amar, Kuala Terengganu pada 5/6/2013.
Baiklah, terima kasih kerana membaca dan salam kerahsiaan terbuka pada semua. Wassalam
+ comments + 9 comments
batu batu tu mcm pernah tengok depan2... di utara semenanjung,..mcm kat gunung jerai...
Ya, mula2 saya tengok, terus saya kata 'ini kat jerai'..
tapi, empunya photo kata, bukan.
saya tak pasti, adakah dia sengaja divert/mengalih lokasi atau berkata benar.
Yang pasti, batuan tu, seperti cengkerang kura-kura.
hang dapat mana suma ni tuan tanah, aku yg dok cari nih tak jumpak2...
hang korek tang mana cuba habaq mai skit...
Anonymous HangTaow:
Pada gambar tersebut ada tulis nama empunya gambar. Jika di tanya, dari mana saya dapat, rasanya saya dah jelaskan kat artikel di atas. Saya ambil dari rakan-rakan dan share setakat yang di izinkan. Jika bertanya, ada tak gambar dari saya sendiri. Saya jawab tiada.
Saya sekadar share saja.
Salam tuan rumah..
Sila turun ke gunung bonsai di pulau tioman.
Banyak klu juga disana..
tapi kene turun sampai ke 'puncak'lah..
sobab kawan dah sampai dinu..
seminggu turun baru sampai ke puncak seminggu lagi turun ke kaki...
pergh..
Anonymous:
cam menarik tu tuan. boleh ceritakan lebih lanjut tntg gunung bonsai tu?
kenapa tuan kata begitu?
insyallah, jika ada masa, tenaga dan kewangan yg cukup, teringin juga nak pergi.
bukan pe, org tua kata, kebanyakkan tempat2 'hebat' dah terbenam dlm laut dan ada dah jadi bukit atau gunung di pulau2 tertentu..
salam
jalan penarikan itu sbg klue yg perlu dibongkar kepada umum kerana di sepanjang jln2 itu ade tamadun.
pic2 pulau tengah
OrgOrg
karaKURA=zero throne/sky throne
tensa zangetsu=heaven chain cutting the moon
heaven chain=rantai syurga=naga=pembelah bulan
Kalo rajin merayap keliling bukit melawati kuala sel. ditepi2 lereng smpi ke taman alam akan jumpa batu batuan yg sebegini...agak aneh juga...