"Jika mahu tahu tentang alam, fikirlah tentang tenaga, gelombang dan getaran"
-nicola tesla-
Beliau adalah seorang pencipta dan penemu elektrik pertama yang sezaman dengan Thomas Edison, pencipta mentol. Tapi, sebenarnya, Thomas Edison telah mencuri kepakaran Nicola Tesla dan menjadikan elektrik suatu industri yang menguntungkan. Sedangkan Nicola Tesla mahu sumber elektrik ini suatu sumber percuma. Akibat permainan kapitalisme, Nicola Tesla telah di nyah dari dunia sains dan segala penciptaannya telah di gelapkan.
Beliaulah yang pertama menjumpai konsep Wireless, radio dan sebagainya. Jika tanpa ganguan kapitalis, kini kita boleh mengunakan elektrik tanpa bayaran dan lebih selamat kerana Nicola Tesla telah menemui elektrik tanpa wayar. Hanya memerlukan sebuah pencawang dan peralatan elektrik hanya perlu di cucuk kepada tanah untuk mendapatkan sumber elektrik yang seimbang.
kembali kepada ayat Nicola Tesla di atas, penulis mahu menerangkan tentang konsep tenaga-getaran-gelombang yang menjadi subjek utama dalam penemuan Nicola Tesla. Sekitar kita punyai getaran dan gelombang. Dengan gelombang, ia menghasilkan getaran dan getaran tadi menyalurkan tenaga. Sumber tenaga tadi sebenarnya lebih terdahulu daripada gelombang. Agak sukar untuk saya ceritakan di sini, lagipun saya memang bukan ahli dalam bidang ini, tapi apa yang saya mahu bicarakan di sini adalah mengenai:-
konsep KUN FA YA KUN;
'jadi, maka jadilah ia'. Kalam itu suatu getaran yang
membawa gelombang tenaga maha berkuasa. Cetusan itu membangkitkan
penciptaan.
Contoh terdekat;
ibu kita berkuasa terhadap anaknya. Dengan arahannya, anak-anak akan
patuhi suruhan itu. Dari kata, membawa gelombang dan menjadi getaran
serta pergerakkan.
Asbab itu jugalah, 'doa itu senjata mukmin'
Jadi, apakah istilah 'mulut masin' di kalangan masyarakat melayu itu sebenarnya berkonsepkan ini? Jika konsep ini mampu menemui elektrik, apakah yang bakal di temui lagi andai ia terus di terokai, kerana pada pandangan saya, 3 serangkai ini tak ubah seperti 'tenaga hayat'. Atau mungkin saya berimaginasi lebih? entah, saya pun tidak tahu. Yang pasti, kisah seperti ini, amat menarik minat saya. Tuan puan pula bagaimana?
wallahualam,
sekian
+ comments + 10 comments
mcm fungsi pirmid giza jgk
artikel ini telah lama saya menulisnya dan set di publish pada hari ini. tidak sangka, ia ngam2 dengan kelahiran nicola tesla.
sedikit riwayat pencipta dari serbia ini, beliau mencipta pelbagai ciptaan berasaskan teori tenaga-gelombang dab getaran. akhirnya ciptaanya membawa kepada fungsi radio, telefon, elektrik dan sebagainya. akan tetapi, kapitalist telah mencuri dan menidakkan karya nicola tesla yang akhirnya dia hidup dalam keadaan miskin.
antara kejayaan besar yang telah di nafikan adalah sebuah menara wireless yang mana ianya adalah sebuah generator elektrik secara percuma.
salah satu ciptaan yang dia hapuskan kerana bimbang jatuh ke tangan orang yg salah adalah DEATH RAY.akan tetapi, sang jahat yang telah mencuri pelbagai karya beliau kini telah berjaya mencipta HAARP.
apakah akan ada seorang pencipta sepertinya pada zaman kini?
di mana pada zaman kini tiap pencipta itu wajib berada dalam sesuatu organisasi dan jika tidak, mereka bukan seorang pencipta?!
inilah realiti dunia modern, di mana sebuah teknologi dan karya itu adalah milikan kapitalist
Pejam mata dan bayangkan..
Petik jari dan zass..apa yang dihajatkan berada nyata di hadapan mata.
Kita adalah insan sebaik-baik kejadian dialam ini,dan kitalah juga yg disebut sebagai 'generator hayat' kepada alam..
Seluas alam maya ini berada didalam tubuh anggota kita yg maha kerdil ini..dan otak kita sebagai transmitter alam.Tanpa kita tiadalah alam ini berfungsi.
Bab sistem kapitalis,hanyalah bagai seorang perempuan tua yang nyanyuk lagi hudduh,menunggu masa untuk 'expired'..selepas itu adalah era gemilang bagi umat manusia yang ditunjangi oleh muslim bani mala-u.
Free energy zone didepan mata..
(",)..
Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [An-Nur: 35]
Thomas Edison telah mencipta mentol tp takda sumber yg boleh menghasilkan cahaya. Dalam mentol/kaca perlukan tenaga atau something terang yg boleh menerangi. Klu letak bara api hanya terang kejap, dan sgt tak practikal. Oleh itu, dia perlu cari sumber yg boleh diguna berterusan. Dia dapat tau Nicola Tesla berjaya hasilkan electrik, ‘menculik’ beliau dan jadikan pembantu. Akhirnya, dia cipta filamen sebagai pemanas/sumber cahaya dalam mentol yang mana disambung kepada sumber tenaga elektrik yang dihasilkan oleh Tesla.
Adakah mentol hanya boleh memberi cahaya dengan adanya elektrik? Takda ker sumber lain di alam yg luas ini, cthnya sumber semulajadi?
Dan adakah ada lagi sumber tenaga lain yang boleh menghasilkan cahaya siang dan malam selain dr elektrik?
Persoalan yg besar, apa jadi di alam ini jika tiada elektrik?
Mungkin zaman tu akan terjadi, dimana peperangan hanya menggunakan kuda, panah, tiada komputer, tiada handphone, dll………. Sekadar renungan……
Gelombang Mayang Sari
ada dirasa?
wahai semua jiwa yang jahil, kerana kasih Aku turun, maka tunduklah semua kepada Kami, Dewa Dewi Trinity.
Rebahlah semua di dalam sembah...
Rasa kasih jiwa padaNya...
Akulah Pembawa Cahaya. Itulah maksud namaku sebagai teka teki yang disingkap hijabnya. Belajarlah mengenal diri sendiri. Semua sekali aku seru semua menjadi SATU....
Fuuuuuu
Dewa Dewi Trinity adalah jiwa-jiwa yang mempunyai kuasa minda, kehendak, semangat yang paling kuat di antara semua. Apabila tercantum gelombang kasih sayang yang dihantarkan maka Enam Bucu Dua Segitiga Bertindih lambang Nabi Daud ini akan mula bersinar.
Maka alampun disimbah Cahaya dalam Cahaya...
Amanlah semua hendaknya..
out of topic jap. ape cite highlanders? maksud sy beliau masih active di alam maya tk? saje saje nk tau.
Appreciate writing this. I love the internet because you can study something new every day. I¡¯ll share this with my friends, thank you!
hai.. salam kenal,
follower no.427
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog