Total Pageviews

ISU MINYAK 2013


salam..
saya akan cuba ulas isu ini tanpa melibatkan mana-mana parti politik tapi hanya sebagai pandangan rakyat biasa dan juga seorang peniaga.

Ramai yang akan kata 'ala..20sen saja'. Tahukah anda, dengan 20sen itulah segalanya akan naik harga sehingga 20% dari harga sebelum. Tapi ramai juga akan kata, kenaikkan itu berpunca dari peniaga. Tahukah anda bahawa peniaga punyai kadar kira-kira perbelanjaan. Setiap costing harus di ambil kira. Peniaga ada 'sales target' yang harus di capai. Bukan sengaja suka-suka menjual barang. Peniaga mempunyai sistem tersendiri.

Ramai juga berkata, kenaikkan ini berpunca dari perang Amerika dengan Syira. Tahukah anda, perang itu tidak menaikkan harga minyak pun bahkan kini ia sedang menurun. Hanya analisis sahaja mengatakan minyak naik kerana isu perang. Tidak sama sekali. Lihatlah fakta ini. Sila pergi ke http://www.bloomberg.com/energy/ dan semak lah harga. 

Ramai berkata, pemotongan itu bertujuan untuk kemajuan negara. Tahukah anda, bahawa semasa pembentangan budget setiap tahun, telah di atur dan salurkan tiap pembelanjaan itu ke area masing-masing. Jika pemotongan subsidi itu berlaku, rakyat berhak tahu, kemana ia pergi. Jika benar ia ditarik utk melaksanakan projek mega, kemana pula budget untuk itu yang pernah di bentangkan dalam belanjawan negara. Saya tidak mahu menyentuh hal kroni, tapi sedikit sebanyak, rakyat makin tertindas.

Ramai masih defend dan cuba berfikiran positif dgn mengalih pada kejahatan orang lain. Kenapa perlu alihkan isu? Ini isu yang melibatkan semua rakyat, bukannya hanya berlaku dalam sesuatu negeri atau golongan sahaja.


Ingat, minyak, gula, beras, minyak masak adalah raw material yg punyai chain effect terhadap benda lain.
Nak atau tak nak, ia sudah berlaku. Ia bukanlah kerana suka-suka menaikan atau menurunkan harga. Setiap sesuatu memerlukan kos. Produk tidak datang dari langit. Ia datang kerana adanya proses. Dan proses itu adalah KOS. Ingat juga, naik 20sen atau 10sen bermakna harga pasaran akan naik 10-20% dari jumlah asal.

Jika benar nak tolong rakyat, janganlah pula nak perkenalkan RON 92 yang semua dah tahu, RON 92 di tarik kerana ia memberi efek tidak sihat pada alam semulajadi dan menyebabkan kerosakkan enjin. 

  
Semua rakyat tepuk dahi dengan penjelasan para menteri yang seolah2 dah abis idea dan alasan nak di berikan pada rakyat.. Alasan yangs ama sehingga rakyat sudah boleh membuat lawak dengan kenyataan itu. Apa THINK TANK kementerian sedang lakukan?!

Budget berbillion yang di salurkan pada kempen tertentu, apa salahnya cut cost dan salurkan pada penurunan harga semasa. Hentikan lah perbuatan promote slogan ke sana sini. Ia melibatkan budget. Ingat, budget di ambil dari pendapatan negara. Pendapatan negara dari poket rakyat. Kalau benar nak tolong, kedai 1 malaysia itu sepatutnya menjadi gedung barangan dari barang penguna dan salurkan pada peruncit dengan harga murah. Bukannya bersaing dengan peruncit dan gedung2 besar. Sepatutnya 1 malaysia tolong rakyat bukannya bersaing sesama rakyat. 


Rakyat tak marah pada harga minyak yang naik, tapi rakyat marah pada chain effect yg berlaku sebab kadar pendapatan rakyat terlalu sedikit berbanding apa yang nak di tanggung. RAKYAT TIDAK MAMPU.

Ramai yg kata sila berjimat, hakikatnya, sejak dahulu lagi rakyat dah berjimat cermat. Ingat dulu zaman inflasi, di situlah rakyat dah mula sedar utk berjimat. kalu tidak, dah lama rakyat pakai keta mewah, makan hotel. makin maju zaman, makin meningkat juga aras keperluan rakyat. tapi, pendapatan sukar naik mengikut aras kenaikan keperluan rakyat.

Aras gaji semasa tak akan cukup dan rakyat terpaksa mencari perkerjaan kedua utk menampung kos keperluan dan kehendak. asbab itu jugalah kualiti kerja makin berkurangan, rakyat makin stress dan kadar jenayah makin tinggi. Jiwa pun tak tenteram. Part time job pun makin meningkat. Ramai masuk MLM, masuk investment tak sah. Kemudian ramai komplen kena tipu sana sini. Ini semuanya sebab nak menanggung kadar kos tersebut. Inilah chain effect itu.. bukan nya 'ala.. 20 sen je'. Ia lebih besar dari itu. Untuk melihat gambaran besar masalah ini, hanya perlu bersifat berperikemanusiaan dan berfikir sebagai manusia. Cukup-cukup lah mengiyakan sesuatu yang sebenarnya kita menipu diri sendiri. Mulut kata iya, tapi hati terasa rimas. Ia bukan masalah politik, tapi masalah survival.

jalan penyelesaian yg mungkin leh di ambil, kadar minyak naik, tetap ia naik. Tapi, sila cut budget dari mana2 dana tidak utama, salurkan kepada kenaikkan aras subsidi raw material seperti beras, minyak masak atau gula. Di situ, kadar harga makanan tak lah jadi makin tinggi. Kerana makanan itu adalah keperluan. Atau pun, beli barangan penguna secara pukal dan salurkan barangan dgn harga murah pada peruncit, dengan itu, ia dapat membendung kenaikkan harga drastik. Bukannya pergi buka kedai 1 malaysia, re-branding dan bersaing dgn peruncit yang tengah sesak nafas nak hidup.

Ingat, mereka di atas bukan dewa, tapi mereka adalah rakyat juga tapi di sebabkan mereka berkuasa dan kaya, mereka lupa diri. Yang di bawah takkan akan lupakan mereka kerana sebab di bawahlah mereka boleh naik ke atas. Jika mereka bertindak keras pada bawahan, nescaya hukum karma itu ada. tak kena pada diri mereka, kena pada anak cucu mereka. Tuhan bukan tidak adil.
Share this post :

+ comments + 16 comments

Anonymous
September 3, 2013 at 11:36 PM


Artikel yg sangat bagus....Tahniah.


Anonymous
September 4, 2013 at 1:03 AM

kapitalisme

Anonymous
September 4, 2013 at 4:21 AM

Salam maghrib...
tapi ape2 hal aku nak maki dulu...
SIPUT BABI betol org yg berdusta dan bermuka-muka..
Harga dunia turun..tiba2 kat dlm negara naik pulak dia.
Apo cerito sebenarnye yo?????????????

Anonymous
September 4, 2013 at 7:21 AM

Sy kira kenaikan kos minyak rm0.20/liter utk kegunaan kereta saya selama satu bulan. Bagi perjalanan lebih kurang 3000km sebulan, kos minyak tambahan yang perlu saya tanggung ialah rm80/bulan. Jika setahun rm960. Itu belum masuk kos tidak langsung lain yang naik. jika saya dapat brim pun habis utk kos tambahan minyak sahaja. Takde maknenya brim. Lebih baik kekalkan subsidi daripada nak tambah amaun brim.

Jika saya mahu sangka baik, saya akan berfikir bahawa ekonomi dunia menuju kehancuran dan langkah kerajaan menaikkan harga minyak ialah salah satu strategi utk sekurang kurangnya menyelamatkan Malaysia pada masa susah. Krisis '97-'99 nampak gayanya akan berulang dgn trend sekarang. Contoh paling dekat ialah Indonesia dan India yang sedang hilang nilai matawang mereka. Emerging market lain termasuk Malaysia sedang dijatuhkan. jadi tindakan kerajaan adalah langkah bijak. September ialah bulan merah. Purata Sepanjang 100 tahun juga menunjukkan september ialah bulan merah.

tetapi realitinya tak banyak orang sedar, semuanya berpunca dari bank bank global dan tempatan. Bank cuci tangan dan yang busuk hanya kerajaan. Sedangkan kedua duanya busuk bahkan bank lebih tersangat busuk dari kerajaan. pernah ke dengar orang salahkan bank sebab kenaikan harga barang? Kerajaan bn ke, pr ke, jika masih mahu guna sistam kapitalis seperti sekarang, takkan ke mana mana lah.. 2 x 5 , 5 x 2. Yang menderita rakyat juga

Anonymous
September 4, 2013 at 7:25 PM

semua maklum tentang kerajaan skarang, jadi kita andaikan PR yang memerintah..

expected outcome: PR akan melaksanakan langkah jimat cermat, memotong perbelanjaan tidak perlu, berbelanjan mengikut kemampuan, menghapuskan rasuah (0% rasuah), menghapuskan kronisme (0% kronisme) dan menampung semua ketirisan dengan mekanisme baru. Hasil dari penjimatan ini digunakan bagi menambah subsidi seterusnya menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan air dan memberi bantuan lain yang lebih banyak. Kesannya meringankan beban rakyat. Indah bukan?


tetapi sampai bila penjimatan dan pengurangan perbelanjaan ini dapat bertahan? perlu diingat pada suatu tahap ia akan menjadi "tepu". contoh: perbelanjaan US yang pada ketika ini sedang dalam penjimatan tetapi menjelang oktober 2013 mereka akan kehabisan cara untuk berjimat dan jika penyelesaian tidak dicapai, kerajaan US tidak akan mempunyai wang yang cukup untuk membayar bilnya (gaji pegawai kerajaan, bil-bil overhead, perbelanjaan dan sebagainya). sangat menghairankan negara yang paling advanced di dunia iaitu US mempunyai hutang yang paling banyak di dunia iaitu melebihi USD 16 Trillion.

jika kerajaan berbelanja secara berhemah, berjimat cermat, telus dan bebas dari kroni sekalipun, harga barang akan naik juga. ketika itu kenaikan adalah pasti. kita diera global. harga barang bukan kita yang kawal, bukan peniaga yang kawal tetapi hanya sebahagian orang di dunia yang kawal. Paling menonjol, the FED, JP Morgan, Goldman Sach. mereka ini mempunyai kuasa yang lebih dari sebuah kerajaan berdaulat.

sebab itulah pihak yang mencetuskan kegilaan ini perlu dihapuskan, dilenyapkan dan dibumihanguskan dari permukaan bumi. siapa lagi kalau bukan Bank-Bank besar Dunia, Bank-Bank Pusat dan segala tok nenek mereka. of course, permulaannya pastinya dalam negara sendiri dan akhirnya sampai kepada dunia.

tetapi kalau nak terus hidup macam sekarang pun ok juga.. kena tahan menderita sikit la sampai mati. hidup tak lama kan, 60, 70, 80 K.O lah...

Anonymous
September 4, 2013 at 8:53 PM

ini semua dunia.. dunia.. dunia.. cakap berdegar2 tapi tak lepas dari dunia..

September 4, 2013 at 10:19 PM

Aku suka dengan butiran dalam artikel ini.. Terimakasih..

Anonymous
September 5, 2013 at 6:06 AM

Aku nak tanya sikit. Siapa yang bertanggungjawab sebenarnya diatas kenaikan harga minyak dunia? Yahudi rothschild? Adakah ini UGUTAN oleh rothschild dan pelan tindakbalas kepada perjanjian TPPA yang bakal ditandatangani oleh Najib?adakah untuk mengagalkan agenda TPPA itu? Apa yang yahudi dan mahadir takut sangat kepada agenda TPPA itu? Hehehe

Anonymous
September 5, 2013 at 7:06 AM

Perjanjian TPPA sebenarnya adalah perjanjian di mana Jika ditandatangani oleh najib maka segala harta harta ( emas) bangsa melayu yang selama ini beku di luar negara akan cair dan akan menjatuhkan sistem kapitalis yang selama ini dipegang oleh yahudi rothschild. Oleh sebab itu mereka sangat terdesak dan sangat takut kepada perjanjian tppa kerana masa kejatuhan mereka akan tiba. Ingat kita di fasa terakhir akhir zaman, dimana fitnah dajjal dimana mana. Yang benar dikatakan batil, yang batil dikatakan benar. Oleh itu sokonglah DS Najib beserta segala transformasi 1Malaysia yang diperjuangkannya.. DS najib memperjuangkan hak dan kedaulatan negara dan bangsa melayu dibawah gagasan 1Malaysia. Dibawah gagasan ini hak hak dan kebajikan orang melayu dibela sepenuhnya berbanding pada zaman mahadir.. Pada zaman mahadir , hak hak dan kebajikan orang melayu tidak dibela sewajarnya kerana itu bangsa melayu mundur dari pelbagai sudut.. Boleh dikatakan mahadir adalah penindas dan pengkhianat orang melayu yang selama ini bertopengkan melayu dan orang melayu tidak sedar hal ini. Mahadir dan yahudi rothschild selama ini mempunyai misi dan matlamat yang licik dan jahat iaitu merampas dan merompak kekayaan orang melayu sehingga orang melayu mengemis di tanah air sendiri.. Jadi sokonglah DS najib dan TPPA kerana HAK BANGSA MELAYU akan dikembalikan dan hasilnya dapat dinikmati oleh bangsa melayu sedunia.. Salam

Anonymous
September 5, 2013 at 7:39 AM

Apa apa pun rungutan dan keluhan, kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang kita kecapi berbanding dengan negara negara lain, bersyukur adalah lebih baik daripada merungut. Mungkin ini ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana kita bersyukur kepadaNya. Sekurang kurangnya kita masih boleh berteduh, makan dan pakai cukup walaupun tidak semewah yang kita harapkan. Berbanding negara lain yang negara kucar kacir, rakyat menjadi pelarian, kehilangan tempat berteduh dan ahli keluarga dan cuba bandingkan betapa untungnya Kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini, masih mempunyai keluarga, adalah lebih baik merenung dan memikirkan nikmat apa yang telah Allah berikan kepada kita berbanding merungut sana sini.jadi berlapangkan dada dan sokonglah DS Najib dan agenda TPPA yang tujuannya untuk menjatuhkan yahudi rothschild dan mengembalikan semula HAK HAK orang melayu dan bangsa melayu akan diangkat kembali sebagai bangsa yang agung. Salam

Anonymous
September 6, 2013 at 3:28 AM

Sama la kita anon oii

.
September 8, 2013 at 6:02 AM

salam.
err..dimana think thank melayu??
ditahap mana pogress telah dijayakan?
moga negarabangsa dan agama ini hampiri saat gemilangnya.
melayu bakal menjadi adikuasa????
dengan izin yg maha esa jua adanya.

Anonymous
September 8, 2013 at 10:22 AM

hanya yg berhak dan punya anugerah shj yg boleh mencairkan harta bangsa melayu, berdarah raja lagi berdaulat. Raja yang berdaulat itu yg mesti dicari utk bangkit dan mengamankan dunia. Rasanya bukan daripada ahli politik tapi dari kalangan masyarakat marhain yg tak gila kuasa dan harta. Doakan kemunculan insan tersebut demi pembelaan semua umat.

Anonymous
September 8, 2013 at 10:45 AM

Marilah kita mendoakan kemunculan insan marhain ini. Selagi dia tidak muncul dunia akan terus menerima bencana. Dia bukan tokoh sultan yg ada pd waktu ini mahupun ahli politik hari ini atau tokoh agama yg ada apatah lagi terhegeh hegeh untuk mendakwa dirinya insan yg dicari cari atau terjerit jerit menyatakan akulah insan itu. Kita yg kena cari dan mendoakan kehadirannya jika mahu lihat dunia kembali aman.

Anonymous
September 30, 2013 at 5:36 AM

IM memerintah dari belakang tabir kerajaan rahsia dunia bukan malaysia saja malah satu dunia. Beliau milik dunia. Kelebihan kita dari negara negara lain pasal beliau mahu berpusat di malaysia. Pusatnya di putra jaya maknanya Putera Raja yang berjaya dalam tugasannya nanti? Hehe

Anonymous
November 9, 2013 at 4:04 AM

Harga nie sbnarnyer normal..kerajaan dah Bantu rakyat dgn subsidi..walaupon harga barangan dunia ni x naik..tp kerajaan kurang kan sibsidi kite nampk macam naik..tp barang kita dapat masih lagi murah dr Negara lain...

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger