1)
Tenaga ajaib tersembunyi dalam mindaPercaya
atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak
akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak
berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu
melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada
hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya
apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari
ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin
cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi.
Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh
simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada
diri kita.”
2)
Berkomunikasi dengan minda ke mindaApabila
anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan
bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun
menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat
tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya
adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan
mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali
pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda
tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan
sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara
dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan
tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja
ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang
siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang
mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami
isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3)
Daya magnet dalam fikiran beremosiTahukah
anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik
kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya
tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang
sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan
terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan
akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang
yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan
tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya
pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4)
Mengawal minda untuk lebih berjayaTiada
siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin
marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika
anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak
akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi
laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau
pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan,
diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan
petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan
sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang
berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5)
Dua pemikiran dalam masa yang samaAnda
mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi
pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang
masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah
memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang
sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan
anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya.
Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih
pandai mengawal emosi.
6)
Minda teransang melalui solat dan doaSolat
itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia.
Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya
dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya
orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada
waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan
meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang
yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun
kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada
dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
p/s: berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan. Fikiran menjadi emosi. Emosi menjadi tindakan. Tindakan menjadi tabiat. Tabiat menjadi penentu kejayaan atau kegagalan kita. Jadi, bangsa melayu perlukan revolusi minda. Mengejar kemajuan dan nama tidak mendatangkan kebaikkan bahkan kita menuju kehancuran. Kita perlukan suatu anjakan paradigma yang positif.
kredit to:
http://albashir1.blogspot.com/
Comments