Total Pageviews

KUASAI BARAT DENGAN TASBIH, TAKBIR DAN TAHMID

Di barat, spiritualist di jadikan business dan promoting cara hidup sihat. Maka wujudlah kedai menjual kristal, homopati, training yoga dan sebagainya. Cumanya, mereka jadikan hinduisme dan budhaaisme sebagai 'base'. Saya rasa, tika kedatangan pendakwah islam ke sini dulu, methodnya hampir sama, yakni PROMOTING. Adakah sudah tiba masanya, kita promoting islamic mysticism (Sufistic) ke barat?

Dalam Islam.. gaya dan style 'new age' @ enlightenment (sufism) dah lama ada. Cuma orang kita  tak perasan atau tidak amalkannya. Amalan itu adalah berzikir, solat dan memikir penciptaannya. Semua itu menuju pada 'ketenangan'. Apa yg ada dibarat banyak di tokok tambah mengikut hasil kajian mereka. Dan penambahan itu banyak di cilok dari agama buddha dan hindu. Kita patut tempis itu dan diganti dengan yg sedia ada dlm Islam.

Barat tidak tahu apa itu SUFI atau TASAUF ataupun islam yang lemah lembut. Pada mereka, mereka nampak muslim itu kasar dan gasar. Itu merupakan sifat orang arab, bukan islam. Barat hanya kenal nama seperti Avecenna (ibnu sina), Algazel dan sebagainya. Mereka kenal nama-nama itu kerana ilmu yang di bawa dan keadah rohani yang di terapkan dalam ilmu mereka.

sejak adam hingga ke lelaki terakhir sebelum kiamat, takkala dia percayakan ALLAH, bermakna dia adalah BERIMAN. ASbab itu, akhir hayat itu penting, samada kita dlm keadaan beriman atau tidak. husnul khatimah atau tidak. Agama itu adalah way of life. cara berkehidupan. Baik kehidupannya sebagaimana islam mengajar, muslim lah dia

sebab itulah, di barat, depa mulai promoting (mgkn tak sesuai termanya) melalui akhlak yang tenang. cuba perhatikan methdology mereka bawa, yakni sentiasa TENANG. di sebabkan manusia perlukan alatan utk percaya, maka di rekalah alatan seperti kristal, yoga, meditasi dan sebagainya.. itu semua alatan. method bertenang dlm islam pula cam zikir, solat, doa, dan sebagainya.

zikir adalah satu method 'bertenang'...
manusia mahu mencari ketenangan.. konsep zen etc itu hanyalah alatan atau base.di amerika, ada jemaah islam, berzikir ramai2 di tengah padang dengan alunan yang mengasyikkan.. akhirnya ada org kafir amerika, join sekali..tidakkah itu cara promoting dgn konsep TENANG dan AKHLAK?


Muslim harus mulai menerapkan suatu konsep SENTIASA BERTENANG, dan berakhlak mulia, sebab di barat, islam itu adalah kasar dan gasar.. itu adalah sifat org arab, bukan islam. Bahkan terlalu banyak video budaya arab, di sangka itu budaya islam. Bahkan ada muslim sendiri mengeji perbuatan itu dan di kaitkan dgn sufi dan sebagainya. Sedangkan itu ternyata suatu fitnah.
 
Jadi, org islam TIMUR kena gi promoting bahawa islam itu indah, tenang, dan akhlak mulia..Ya, org barat anggap islam itu ARAB. sebab tu, apa saja arab buat itu adalah islam, padahal salah sama sekali.. tengok la video org sebarkan kat facebook pasal 'zikir punggung' tu.. itu adalah budaya arab.. bukan islam..

Jadi, seseorang dari timur kena promoting dan counter tanggapan barat tntg islam.. biar depa cop kita sebagai ISLAM TIMUR YANG INDAH. sebab itulah, sy suka kaitkan benda ini dengan sufistic (malahan dah ada buat kajian sains tntg ni) dan budaya timur..


sufi tu bukanlah cabang lain dari islam. sufi tu keadah. tu yg saya malas nak tulis terma pelik2 kat sini. ha3.. apapun, mmg salah saya. maafkan saya.. sufi ni methodology berkaitan dgn pernafasan dan hati serta kekuatan minda. bukanlah promoting benda ajaib atau ghaib.. itu bukan tujuannya. ramai kita salah anggap sebab kita dah di taja dgn pelbagai cerita sensasi tntg sufi yg boleh buat benda ajaib.. itu adalah bukan... salah sama sekali.  

sufi ni sesuatu grouping yang praktik amalan pernafasan, dan latihan bersihkan jiwa/hati. zikir adalah salah satu method hariannya. solat adalah amalan wajib.
tarikat itu organisasi yang ada silibus pengajian. lain pengajian lain caranya. ada yg betul2 displin, ada yang lembut gemalai.. ijazah ni pula, 'cop sirim' tanda org tu join the group.  

basicnya adalah akhlak.. Sebab itu baginda saw diturunkan ditengah2 puak arab.,. AKHLAK yang mulia akan menjadi RAHMATAN LIL A'LAMIN... hanya dengan promot akhlak AL-AMIN sahaja membawa kepada orang2 kelilng menjadi tertarik dan ingin ikut baginda saw.. so, kita melayu yang telah dikenali dngan lemah gemalai sejak dahulu kala maka kembalikan lah akhlak itu kerana ia mampu menarik orang.. xperlu nak poyo tiru orang2 west or pak2 arab yang gasar.. kembalikan ADAB dan AKHLAK orang2 timur.

tak perlu pakai jubah atau serban (pakai lagi la bagus).. pakai pakaian bersih dan sopan..duduk di tempat tenang, dlm grouping.. pilih 1 leader..zikir lembut gemalai..
Umpama nabi daud dendangkan zikir dulu kala.. hingga berhenti manusia dari berurusan, henti burung dari terbang, angin pun turut nyayikan bersama.
 
 

 Ada yang bertanya 'nak amalkan zikir ni kena ijazah? alasannya takut panas dan takut khadam ayat damrping kita secara tak sedar'.

Maka, saya menjawabnya begini ' itu yg sy namakan sebagai 'islamic mysticism'..
dan mysticism ni ada saintis islam mengkajinya.. cuba di kaitkan dgn sains.
sesuatu mitos akan jadi fakta bila ada penemuan yang boleh di explain.
benda2 ni bukan taboo, tp perlu discover. sbb ilmu ALLAH tu maha luas.
yang menghijabkan manusia dgn tuhannya adalah manusia itu sendiri.
setapak berjalan kepadaNYA, 1000 tapak berlari DIA pada kita...
hubungan TUHAN-HAMBA tak pernah putus.. abadi.'


Sebagai contoh;
stiap makhluk bzikir kpd Allah taala dgn caranya sndiri.. bila hambaNya sebut nama Allah bergetar hati.. getaran >> frekuensi >> gelombang.

Apapun, Syahadah, solat, puasa, zakat, haji...apakah matlamatnya...bknkah semuanya mbawa kpd ingat kpd Allah..biarpun kesemuanya kita lakukan sehari2 tp tiada ingatan pd Allah nescaya sia2 lah ia...maka sentiasalah kita dlm kerugian.  Di sinilah sumber kekuatan ketenangan kebahagian abadi...tiada lagi gusar gundah gulana resah takut dlm diri sebaliknya keyakinan teguh berdiri...cukuplah Allah bg ku, tiada daya tiada upayaku melainkan dgn Mu Ya Allah Tuhan Yang Maha Tinggi lg Maha Agong...


Saya tinggalkan video nyayian zikir untuk para pembaca.
Wassalam   
   
Share this post :

+ comments + 7 comments

October 10, 2013 at 6:59 PM

Salam Jumaat Tuan SS,

Tersentuh hati bila baca penulisan kali ni. Amat kuat rasa kerinduan tu...

Bila bercakap mengenai barat ni, teringat pula tentang kiamat & matahari terbit dari barat.

Apakah matahari benar-benar terbit dari barat (bumi berpusing melawan arah)?

Atau pun cahaya hidayah yang bersinar terbitnya dari belah barat (Eropah & Amerika)? Ini salah satu tanda kemenangan Islam di muka bumi ni...

Bilangan saudara baru kita di belah sana pun amat menakutkan musuh Islam.

Wassalam.

Anonymous
October 11, 2013 at 8:18 AM

Matahari terbit di sebelah barat akan berlaku selepas dajal mati nabi isa turun yakjuk makjuk mati..taubat tidak akan diterima selepas matahari terbit di barat..

Anonymous
October 12, 2013 at 7:17 PM

matahari terbit dari barat memang benar2 akan berlaku.. dan tatkala itu berimanlah seluruhnya.. dan selepas itu keluarlah binatang untuk memberi TANDA..

Anonymous
October 15, 2013 at 2:57 AM

Saya suka blog anda..tapi lebih menarik saya cadangkan anda tulis tentang misteri U.F.O..anda pecahkan misteri u.f.o dengan mencari maklumat di Area51..Area51 tempat bersarangnya u.f.o..kalau anda dapat pecahkan misteri u.f.o dgn bukti2 di sana,mungkin anda akan dapat pecahkan misteri atlantis..

Anonymous
October 16, 2013 at 7:17 AM

Kalau method sufi dpt diamalkn, jgn kata u.f.o dan atlantis, lebih dari tu ko akan jumpa...

Anonymous
October 16, 2013 at 6:52 PM

betul betul betul

apalah sangat UFO, Area 51...

Anonymous
October 22, 2013 at 4:21 PM

Pemikiran strategik ADDP:

www.madahselokaaddp.blogspot

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger