Total Pageviews

GULA OH GULA



Salam,

Pada 25hb 10 2013 yang lepas, hari jumaat, telah bersidang ahli parlimen untuk sesi perbentangan BUDGET 2014. Bagi mereka yang peka dengan perubahan akan datang, mereka akan setia menonton budget itu walaupun ia suatu syarahan yang panjang lebar. Bahkan mungkin akan ada yang tertidur.

TIka zaman kita kecil-kecil dulu, kita pasti pernah melihat orang-orang dewasa setia di hadapan tv untuk mendengar sesi perbentangan itu. Mungkin kita kehairanan, apa yang bestnya perbentangan yang memboringkan itu.





Tapi, bila kita telah dewasa, kita pasti tahu, tiap perbentangan akan mengubah landskap ekonomi dan sosiol-politik negara. Bagi mereka yang peka, mereka akan cuba menganalisa apa yang telah di bentangkan. Bagi yang kurang peka, mereka tidak akan ambil tahu bahkan mereka menganggap, hidup harus di teruskan walaupun semakin hari semakin parah mereka berkerja siang malam untuk sesuap nasi.

Itulah kuasa BUDGET yang di bentangkan setiap tahun. Tapi, untuk kali ini, isu paling panas yang di bentangkan oleh Perdana menteri Najib Razak, adalah isu pemansuhan subsidi GULA.

Biarpun ia budget 2014, pemansuhan subsidi gula yang berkuat kuasa 26hb 10 suatu yang di anggap gila. Manakan tidak gila. Budget 2014 harus di laksanakan pada 2014, bukannya pada tahun 2013. Hanya suatu cadangan yang di persetujui oleh dewan sahaja yang akan di kuat kuasa serta merta. Jadi, perbentangan kali ini telah menjadi suatu perlaksanaan DE FACTO.

Apapun, pasti ada alasan di sebalik perlaksanaan itu. Tapi, dari sudut yang berlainan, kita boleh mengagak, bahawa ekonomi negara sudah di paras yang tenat. Jika tidak, masakan perlaksanaan cekik darah sebegini akan terjadi. Walau apa alasan yang di berikan, ternyata kita telah mengalami STROKE EKONOMI. Jadi, terpaksalah pelbagai alasan yang pelik-pelik yang kita akan dengar demi mengurangkan atau menghapuskan subsidi.

Ada yang beranggapan subsidi ini candu rakyat. Sebenarnya, ia adalah sokongan pada kuasa jual beli rakyat. Jika kuasa beli rakyat makin mengecil, bagaimana ekonomi kita boleh berpusing. Untuk mengharapkan dari pemotongan subsidi dan kenaikan cukai, ia tidak membantu. Bahkan ia menyebabkan impak domino efek yang lain. Kadar jenayah akan meninggi. Bahkan akan ada yang stress dan mengalami kemurungan akibat kerja dan tekanan masyarakat.

Jika ekonomi kita tak boleh pulih sebelum 2015, maka status negara maju 2020 akan tinggal harapan dan angan-angan. Dalam masa 5 tahun untuk memulihkan ekonomi dan menjadikan negara berpendapatan tinggi seolah-olah akan suatu misi terkejar-kejar. Bagaimana nak menjadi berpendapatan tinggi jika kuasa membeli makin merendah. Barang naik, tapi pendapatan makin berkurangan. Tidakkah ia suatu pusingan terbalik?

Walau apapun, saya berharap think tank di dalam parlimen boleh melakukan sesuatu. Saya tahu, bukanlah para menteri yang 24 jam berfikir dan melakukan research, melainkan ada 'budak' atau think thank di belakang para menteri itu.

Kena faham, menteri kerjanya adalah untuk melaksanakan suatu kajian. Tapi, yang melakukan kajian adalah think tank di belakang mereka. THINK TANK inilah yang akan SPY suara rakyat. Cumanya, suara rakyat ini akan di kaji kemudian akan di serahkan pada menteri itu. Jadi, menteri tadi akan meluluskan atau tidak. Seterusnya ia akan di bawa ke dewan parlimen untuk pesetujuan bersama. Dalam kes GULA ini, mungkin pemotongan itu adalah persetujuan sebulat suara para THINK TANK dan para MENTERI.

Walau apapun keadah yang di gunakan, saya percaya ia adalah untuk menutup dan membaikpulih ekonomi negara. Di harap kerajaan tidak lagi membazir dan cuba memusingkan kembali kuasa beli rakyat. Jangan sampai kejadian INFLASI berulang kembali dan ekonomi negara mengalami STROKE.

Apapun, ini sekadar pendapat mentah saya. Maaf jika ada fakta yang kurang tepat. Jika ada, silalah betulkan saya dengan bahasa yang sopan. Sekian terima kasih
Share this post :

+ comments + 7 comments

October 26, 2013 at 5:32 PM

bro... tak tahu betul ke tidak...

http://insanberdakwah.blogspot.com/2013/07/raja-gula-sudah-nampak-lemah.html

October 26, 2013 at 8:20 PM

lagi gula.....

http://cinakawkaw.blogspot.com/2013/10/bajet-2014-hingga-2018-no-more-to.html

Anonymous
October 27, 2013 at 2:54 AM

itu gula stok lama maa..
apa pasal semalam buka crita ..esok hari sudah jadi..
aiyya..
gua manyak sorok itu gula lagi manyak UNTONG!!!

KELAJAAN MELAYU GILA TERBILANG GEMILANG!!!

wakaka..

.
October 27, 2013 at 3:50 AM

releks lee beb.
baru kene uji begini dah berkokok!!
nih belum lagi berentap anak jantan dgn YAHUDI..
ape citer laa lu..
cuul meen.

Anonymous
October 27, 2013 at 7:48 AM

Pelik dan gila hari ini. Negara negara maju berpendapatan tinggi sungguh teruk ekonominya tetapi kita pula berangan angan mahu jadi negara berpendapatan tinggi. Dgn pendapatan tinggi, kos sara hidup juga tinggi. Natijahnya hanya yang kaya untung manakala rakyat kebanyakan hidup susah.

Nak jadi negara paling kaya dan berpendapatan tinggi perlu lah hutang paling banyak. Tak mengapa, hutang2 ini akan dibayar oleh anak cucu kita. US negara paling maju dan kuat dan kaya merupakan negara yang paling banyak hutang - lebih USD 17 Trillion. Jepun mempunya hutang lebih 200% daripada gdp nya. Negara berpendapatan tinggi lain di Eropah pun punya hutang yang banyak berbanding gdp.

Najib perlu berhutang lebih byk lg supaya cepat Malaysia jadi negara maju berpendapatan tinggi. Kalau taknak tambah hutang, jangan mimpi la boleh jadi negara maju. Jangan takut berhutang kerana anak cucu kita yang masih didalam kandungan atau yang belum wujud yang akan membayar hutang2 tersebut dengan susah payah mereka. Time tu orang yang berhutang pun dah mati.

Anonymous
October 27, 2013 at 5:51 PM

sembang akhir zaman.. bab dunia takmau lepaih..

Anonymous
November 1, 2013 at 8:37 AM

pemikiran strategik ADDP...
Silalah melawat www.madahselokaaddp.blogspot untuk berita terkini akhir zaman...

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger