Total Pageviews

APA ITU MALAYU, MELAYU DAN BANGSA MIM?




Mahu menjadi Malayu Sejati?
Malayu Sejati Tidak Boleh Berdolak Dalik
Malayu Sejati Tidak Boleh Mungkir Janji
Malayu Sejati Tidak Boleh Hasad Dengki
Malayu Sejati Tidak Boleh Berputus Asa
Malayu Sejati Tidak Boleh Berasa Takut

Malayu itu BENTUK PEMIKIRAN BERKETUHANAN DAN BUDAYA MEMERINTAH

alkisahnya, malayu itu adalah suatu bangsa 'root race' yakni suatu bangsa kuno yang mampu membina ketamadunan tinggi. kenapa mereka di namakan malayu (pada pandangan dari zaman kita)? Ini kerana malayu itu bermaksud "pemikiran berketuhanan yang memerintah".

Ya, mereka membina ketamadunan berasakan kefahaman mereka pada ketuhanan nan satu. Pada tika itu, tiada ritual, tiada ibadah dan tiada sengketa kerana semuanya tumpu pada pemikiran bertuhan nan esa. Tiap jiwa memiliki rasa itu dan dari rasa itu mereka mencipta bumi indah berasaskan gerak tari pada seni kejiwaaan bertuhan. Mereka tidak melihat cela pada diri yang lain. Mereka melihat pada diri sendiri. Dari situ mereka manesfestasi kepada rekaan dan ciptaan.


Sedikti demi sedikit, gerak rasa berketuhanan itu terpamer dengan kajian alam dan ciptaan perkara fizikal. Akhirnya, ia membina suatu ketamadunan yang sungguh hebat. Di katakan tika itu, terdapat 2 benua yang tinggi peradabannya yakni kumari kadam dan pentas sunda.

Sehinggalah suatu kejadian, meletus segala amarah alam, menenggelamkan seluruh benua. Yang tinggal hanya pulau-pulau kecil yang sebenarnya puncak gunung tertinggi benua-benua itu.


Siapa pula bangsa mim?
Bangsa mim itu hanyalah terma yang mana bersusur galur dari sisa-sisa insan MALAYU itu. Malayu itu singgah ke sana ke mari sehinggalah membawa ke tibet dan indo china. Kemudian dari arah lain pula, datang dari jazirah arab. Ada juga dari benua china. Semua bertumpu di sini ibarat jantung yang darah datang dari pelbagai penjuru.


Apa pula melayu?
Melayu adalah bangsa kecil yang telah hilang jati dirinya kerana proses asimilasi yang terjadi sejak dari zaman penjajahan. Malayu itu adalah suatu bentuk pemikiran berketuhanan dan budaya memerintah. Melayu yang memiliki 'pemikiran' tersebut di gelar MELAYU JATI. Walaupun dirinya telah bercampur baur dengan pelbagai genetik, andai dia bawa jati malayu atau pemikiran Malayu, maka, terlahirlah kehendak untuk berketuhanan dan rasa ingin memerintah dengan adat. Dengan segera, segala buruk cela orang lain cuba di hapus dari hati dan minda. Pandang dia hanya pada diri dan hati nan suci. Hidupnya demi dzat nan esa. Tak kiralah apa termanya, tetap ia tuju pada dzat nan agung itu jua. Melayu suka bergaduh kerana terma. Dan musnah melayu pun kerana melayu sendiri. Tiada lagi sudah jati malayu. Yang tinggal hanyalah melayu yang ingin bersama dengan arus modern yang sebenarnya sedikti demi sedikit memusnahkan diri dan ketamadunan. Itu pun mujur alam tidak tunjuk amarahnya sebenar. Berkat kasih sayang Nabi Muhammad, alam di redakan. Jika tidak, berulang kembalilah kisah benua nan hilang. Pupus manusia, tiada lagi insan. Kiamatlah jawabnya

Share this post :

+ comments + 2 comments

April 30, 2020 at 10:54 PM

Apa maksud kau melayu adalah bangsa yg hilang jati dirinya disebabkan oleh penjajah? Pahlawan dan orang2 melayu yg berjuang dan dan bertumpah darah itu hilang jati diri? Bodoh ya kau

May 2, 2020 at 11:13 PM

ada mcm tak kena dari sudut penulisan dlm masa yg merendah2 kan martabat melayu

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger