Total Pageviews

STAR CHILDREN: WISH POWER

nusanaga

siapa kenal Muhdalena yakni 'samurai girl' yang mengamok di Putrajaya dulu? Admin bukan nak bercerita tentang dia, tapi bagi admin, dia adalah satu contoh STAR CHILDREN@INDIGO (mungkin) yang alami self-destruction. Ini terjadi kerana kemahuan untuk mengubah sistem dan dunia yang benar-benar menghimpit diri. Apapun, admin berharap sangat pembaca NUSANAGA tidak alami self-destruction.

Memang kita mahu mengubah dunia tapi bukan dengan cara kasar. Sedarlah diri bahawa kita benar-benar tidak punyai KUASA. kita tiada KUASA.

Tapi, kita punyai satu perkara yang kebiasaan orang lain tiada yakni WISH POWER. Jika anda seorang STAR CHILDREN yang benar (bukan mengaku-gaku), anda akan tahu 'senjata rahsia' ini.

Jadi, jika benar anda mahu mengubah dunia, ubahlah dengan cara begini:-
PEJAMKAN MATA ANDA, TARIK NAFAS DALAM-DALAM, TUMPU PADA MINDA, DAN BERKATA DALAM HATI, NYATAKAN PERMINTAAN ITU DENGAN EMOSI YANG KUAT:-

"DUNIA INI AKAN BERUBAH KEPADA KEBAIKAN DAN HAQ. DUNIA YANG SESUAI UNTUK AKU DAN SEMUA. DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK... DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK.. DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK"


Sentiasa berhati-hati dengan pemikiran dan kata-kata anda kerana ada masanya, kata itu masin. Ianya berlaku kerana spiritual level anda tinggi sedangkan anda tidak perasan perkara itu. Bila anda bermain dengan emosi (kebanyakkan star children alami distress kerana ketidaksuaian sistem pada diri), maka kadang kala anda meminta perkara yang negatif. Akibatnya, dunia akan menjadi lebih buruk.


Jadi, sila praktik pemikiran anda ke arah keharmonian. Kerana anda di cipta untuk hidup berharmoni. Anda bukan manusia yang suka kan perang atau pergaduhan. Anda sering lari dari pergaduhan, krisis atau persengketaan. Anda makhluk harmoni. Jadi gunakan spiritual dan minda anda ke arah harmoni.

Sentiasalah berniat untuk melihat dunia yang lebih baik. Sama-sama kita kumpul collective energy dan wish power ini ke arah dunia yang lebih baik. Jika anda benar-benar INDIGO, anda adalah pejuang keharmonian dan keadilan. Bukannya askar atau militari extremist yang mahu bunuh sana sini. Anda lah yang menjatuhkan foundation of system dengan wish power dan kecerdikan serta spiritual... Bukan dengan pedang, pisau, bom, senjata api atau kata-kata kesat..

Ubah diri anda, ubah pemikiran dan pinta dengan emosi yang kuat; aku mahu lihat dunia ini berubah baik.. dan aku turut berubah jadi hebat yang baik. Ada juga INDIGO yang hyper active dan juga antisocial. Tapi, kesamaan mereka adalah, mereka punyai pandangan dan abiliti dalam spiritual. Tapi, tak semua STAR CHILDREN ini punyai abiliti PSIKIK.

Yang menjadi masalah adalah, STAR CHILDREN yang anti-social dan memilih jalan untuk 'memusnahkan diri' kerana tidak tahu arah mana nak di tuju dalam hidup.

Jadi, STAR CHILDREN yang sudah remaja dan dewasa ini agak sukar untuk menyuaikan diri dengan kehidupan zaman sekarang dan kadang kala memilih jalan yang extreme.

jadi, adalah lebih baik, ada NGO yang cuba explore rentak mereka dan memberi mereka peluang untuk luahkan rasa dalam hati dengan cara yang elok.. sebab, ramai orang 'normal' akan perli mereka dan buat senda gurau pada kepelikan pemikiran mereka. akibatnya, kalau mereka tak musnahkan diri, mereka akan musnahkan keluarga atau masyarakat.. ini bukan suatu senda gurau sebenarnya.


tak semua indigo itu psikik dan tak semua punyai kefahaman spiritual. tapi, kebanyakkan mereka punyai masalah yang sama yakni 'tak sesuai dengan keadaan semasa'.

jadi ada anda mereka memilih untuk melawan dengan cara extreme dan ada yang cuba lupakan siapa diri mereka dengan cara salah seperti dadah, arak, sexsual. Ada juga yang tersekat dalam alam perkerjaan atau tidak berkerja dan dlm masa sama, mereka gelisah melihat diri mereka sendiri. kelompok ini biasanya akan memilih jalan politik kerena itulah 'bayang' yang dapat mereka luahkan isi hati mereka. sebab itu, ramai anak muda yang sokong pembangkang sedangkan mereka tak mahu lakukan itu, tapi mereka terpaksa kerana dah tiada organisasi lain yang dapat bantu mereka.. sedangkan pilihan itu pun salah juga sebenarnya.

Pendek kata, mereka ini suatu golongan bermasalah dan sedang cuba cari jalan untuk keluar. Apa yang pasti, mereka ini harus di bimbing pada kuasa minda mereka agar lebih positif dan kreatif. Kerana, itulah yang jadikan siapa mereka (spiritualist, creative, visionary)

jIka di lihat pattern 'riot/rebellion' sekitar tahun alaf baru ini, siapa dan kriteria bagaimanakah mereka? cubalah kaji...

Star children ini memberi dua pilihan kepada masyarakat dunia:-
1- ikuti rentak mereka dan mereka akan berikan dunia kebaikan
2- tentang mereka kerana mereka gila dan sewel, dan mereka akan berikan kekecohan pada keluarga, masyarakat dan negara.



Jadi, jika anda pejuang keharmonian, silalah gilapkan spiritual anda. Fahami diri dan mungkin abiliti psikik dan kuasa minda anda akan muncul dan akhirnya matang. Fahami keupayaan itu. MISI ANDA ADALAH UNTUK KEHARMONIAN DAN KEADILAN DUNIA. Mulai sekarang, explore kefahaman diri dan keupayaan diri. Gunakan kecerdikan anda itu dan gilapkan ia menjadi lebih utuh. SISTEM LAMA MAHU JADIKAN ANDA SEORANG DUNGU, MAKA BANYAK HALANGAN DI CIPTA.
Jadi, lepasi halangan itu dengan SENJATA RAHSIA anda yakni, SPIRITUAL, PSIKIK dan KECERDIKAN anda. Ketiga perkara ini akan memunculkan WISH POWER anda sehingga tiada apa yang dapat halang lagi. Tapi, pertama-tama sekali, anda harus betulkan niat dan pemikiran anda. ANDA PEJUANG KEHARMONIAN, bukan samurai yang membunuh. Tapi, anda tetapi manusia biasa, bukannya X-MAN
Share this post :

+ comments + 12 comments

Anonymous
June 20, 2014 at 2:36 AM

X-men tak semuanya jahat.. Ada 2 pihak, baik Dan jahat.. Mcm biasalah... Tapi, jgn takut bang... Saya tetap istiqamah DLM hal2 kebaikan shj... Mudah-mudahan, insya ALLAH

Anonymous
June 20, 2014 at 6:15 AM

btol jgk tuh.. mereka ade kelebihan yg tak terarah sebab tak tau nk gunekan kelebihan tu dimane.. pembimbing yg sudah mampu menguasai diri dan kelebihan itu yg mereka2 nih perlukan.. pada mase yg same mereka perlu menyesuaikan diri dalam persekitaran yg didiami, kerana bagaimana mahu mengubah sesuatu yg tak disukai kalo mereka tak cube utk meyesuaikan diri terlebih dahulu, langkah akan menjadi " sumbang" dlm mata masyarakat. misalnya kalo mahu mengubah sistem ekonomi masukla ke dlm bidang ekonomi, andai ianya politik masukla ke dlm bidang politik dan cubela mengubahnye dgn kebijaksanaan secare halus dan berkhemah. tapi sesungguhnye utk mengubah sesuatu bukanla semudah disangke, byk halangan yg harus ditempuhi.Dan kekuatan dalaman, daya tahan itu sgt diperlukan..andai gagal maka binase la diri.Maka dari itu hambe berpendapat, berjalan la secare sederhane dan salurkan kelebihan anda pada tempatnye agar membuahkan kebaikan.. sehingga sampai pada suatu waktu dimana kelebihan2 itu bole di aplikasikan secara nyata..tapi persoalnnya bilakah.. kita pon sudah sedia maklum dunia hari ini bagaimanakan?

.
June 20, 2014 at 6:15 AM

Akuku...

June 20, 2014 at 4:53 PM

HEHE SABTU SEPTUAGIST KATA TORAH COMEL2 AJE SEMUA ORG2 RAHIM RAHMAN ALLAH NIH..TINGGINYA SEJUK MCM AIRNYA DIPELUK OLEH ANGINNYA SAMPAI JANTUNG! ... <3 DOA & TENAGA. aku syg korang sungguh2..trus buat ek..apepun..TERUS!

June 20, 2014 at 9:23 PM

http://migdalgideon.blogspot.com/

ini blog muhdalena.... mungkin banyak yg boleh dikongsikan...

June 21, 2014 at 7:21 PM

Berdoalah......

June 21, 2014 at 7:25 PM

Kalian mampu mencatur dunia untuk jadi elok atau neraka......
Berdoalah di malam hari....
Nescaya doa kalian akan dipandang dan dimakbulkan....
Siapa lagi yang harus berdoa jika bukan kalian....
tanpa kepentingna
tanpa tuntutan
tanpa paksaan
yang penting adalah kebahagian sejagat....
AMIN

June 21, 2014 at 8:47 PM

Sistem lama mahu menjadikan anda dungu.Saya setuju bab tu.Kalau takde blog ni,kemungkinan sampai bila-bila pun saya tak tahu yang saya ni indigo.Muhdalena agak terburu-buru walaupun keberanian dah ada.Tuan pengelola boleh tak kongsi tentang astral travel,dalam facebook tuan saya ada komen dengan menggunakan nama Heartagram Our Love Sign.Assalamualaikum...

June 23, 2014 at 1:40 AM

saya indigo.
Saya mampu membaca semua graf saham naik dan turun market dengan tepat

June 23, 2014 at 5:19 AM

muhdalena aixa...muhdalena...benda kecik gini pun susah nak betulkan ke...self destruction...salah tu...spiritual dia berkembang umpama bunga...jgn semudah tu buat andaian....jaga bahasa kamu...

begitu kurang ajar sekali.

Anonymous
June 23, 2014 at 1:51 PM

Turun sedikit utk naik lebih tinggi, self destruction mungkin hanya istilah bg sesetengah org lain. Tapi saya merasakn is a more to internal conflict in order to getting something. Mereput jadi baja sebelum tumbuh lebih mekar dan berkembang. Tajamnya pisau slps diasah, proses mengasah itu mmg sakit...

October 13, 2019 at 10:51 AM

NYATAKAN PERMINTAAN ITU DENGAN EMOSI YANG KUAT:-

"DUNIA INI AKAN BERUBAH KEPADA KEBAIKAN DAN HAQ. DUNIA YANG SESUAI UNTUK AKU DAN SEMUA. DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK... DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK.. DUNIA INI AKAN BERUBAH BAIK"

Ini bkn pemikiran wahdatul wujud ke

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger