Total Pageviews

1127091

DAJAL, NEW WORLD dan NEW AGE



Salam,
terima kasih kerana memberi komen terhadap artikel lepas mengenai imej mahdi di bulan.
sebenarnya, sengaja saya letakkan kisah itu di blog ini.
sebenarnya, bulan adalah reflaksi diri kita. Apa yang kita nampak, itulah 'diri' kita.
Biarpun sama bulan yang di lihat, tapi akibat 'cahaya' bulan dan cahaya diri bertembung, maka terzahirlah apa yang di pandang itu adalah 'diri' kita. Andai baik benda yang kita lihat, baiklah sebenarnya dalaman kita. Andai tidak, itu mungkin tandanya cermin hati anda sedikit kabur. Apapun, maaf dari saya.

Ini ada sedikit 'buah tangan' dari fb saya untuk anda sekalian.
Ia mengenai Dajjal yang mana telah melahirkan New World. Perancangannya sungguh lama dan semata-mata untuk menzahirkan apa yang kita kecapi kini. Yang mana mereka menamakannya New World dan kita pula memanggilnya Modern World.

Tapi, tahukah kita, semakin lama, semakin canggih teknologi, semakin rapat kita mencintai duniawi?
Dan dengan itu, semakin jauh kita dengan natural state kita?

Dan semakin jauh itulah yang di kehendaki oleh para dajjal kecil agar kita sentiasa menjadi hamba pada para raja-raja yang tiada haq ini. Ini adalah antara janji iblis terhadap anak adam. Di mana berada anak adam, di situ berada iblis. Dan tahukah anda hakikat iblis mengenai apa?

Iblis adalah dari api yang tiada sujud. Sentiasa berdiri tidak tunduk. Dan Azazil adalah 'bapa' mereka. Azazil inilah yang menjadi abid, sembah sujud pada ALLAH hinggakan tiada tempat melainkan ada tanda sujudnya azazil. Azazil jugalah memegang keilmuan yang paling banyak sekali. Setapak di bawah tuhan. Sehinggalah pada satu saat, azazil tidak mengetahui SIR ALLAH, maka perancangan ALLAH, melempar AZAZIL ke bumi menjadi IBLIS dan tiap IBLIS, berlari-lari dalam tubuh badan anak adam. Ya, makin banyak kita ketahui, makin tinggi ego kita. Makin ego, makin kita hampiri Azazil.

Salah satu cara itu membasmi itu adalah, kembali ke maqam HAMBA yakni menjadi sebagaimana rasullullah. Yakni, NABI MUHAMMAD tidak MEMILIKI ILMU tapi beliau seorang yang berilmu. Baginda tidak mendabik dada dan sentiasa pulangkan ilmu itu pada ALLAH.

Rata-rata dari kita, berasa memiliki ilmu. Dan ijazah yang kita pegang menjadi bukti bahawa kita memiliki ilmu itu. Dan tahukah kita, berapa ramai yang menjadi 'iblis' kerana itu sahaja? Mereka berasa berilmu sedangkan ilmu itu milik ALLAH. Dan kita di pinjamkan sekadar seketika untuk mengetahui sesuatu.

Baiklah, pulang balik pada tajuk asal. Ini adalah copy paste saya dari Fb saya. Dan maafkan saya andai copy paste itu mengandungi short form dan sedikit sukar di fahami. Insyallah. Wassalam

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tiap corak di langit mmg menunjukkan sesuatu petunjuk. so, it rare utk org skrg mendalami ilmu falak. kalu org dulu, mmg bergantung pada bintang etc..
actually, skrg pun masih pakai lagi, sebab nak tau kedudukan sesuatu perkara cam cuaca, axis bumi, kelajuan cahaya etc, perlukan ilmu falak ni.

kalu kata dajjal dah muncul, mmg dah ada dah. cuma tak appear depan org ramai lagi jer.
tiap yg ghaib/kiasan mesti ada zahirnya.
kita skrg dok dlm pemikiran dajjal, dajjal zahir dah ada dan akan muncul atas sebab2 tertentu.

tp utk lagi deep down pasal benda ni...
dajjal itu sendiri adalah tiap batang tubuh manusia yg cinta dunia takut mati. fitnah dajjal sebenarnya adalah penyakit wahn (cinta dunia takut mati). sebab tu lah. makin lama, makin manusia perlukan duniawi (kereta, kaya, pekerjaan etc)

so, bukan saja 700000 dajjal kecil bahkan lebih byk lagi.
dajjal kerjanya spin all around utk tarik manusia agar tak terlepas dari berkehendakkan duniawi.

dajjal zahir plak sejak dulu lagi mmg dia dah ada. dan dah terlepas pun. sebab tu, new world dapat di jadikan.
asbab tu jugaklah,
civilization yg lama seperti malaka, othman empire, any sistem beraja akan di hapus musnahkan atau di kawal dgn sistem politik semata2.


utk twist new world dajjal dok ada skrg, just spin penyakit wahn tu
cinta dunia takut mati kepada
cinta mati takut dunia


tp berapa kerat yg berani wat gitu. of coz la semua org tak berani sebab lahir2 je, dah terjerat dgn duniawi ni.
so, in other hand, some group akan performs 'destroyed the new world to build another'
yg ni la korg gelarkan sebagai group of panji hitam, mahdi etc..
of coz, group ni akan di anggap sebagai terrorist, rebellion, menentang arus etc...

so, utk 'permudahkan' kerja kepada new age, world event harus berlaku.. sebab tu ler, perang armegeddon di lancarkan.
semuanya bersebab dan berasbab. bukan main2 taram jer

nak jadikan new world dok ada sekarang ni pun perlukan 2 siri perang dunia dan 2 bom atom...
ni kan pula new age..
lagi dahsyat boss
Share this post :

+ comments + 22 comments

April 25, 2012 at 1:21 AM

salam saudara.

post yang baik...tapi saya teringin sgt nak tahu satu perkara,mungkin ada sesiapa yang boleh tunjukkan saya,kerana say sgt2 jahil,satu ilmu dinyatakan,seribu kebodohan tersimpan...

bagaimana nak jadikan diri kita cinta mati dan takut dunia?

-Annur-

April 25, 2012 at 8:20 AM

jika pada saya,
ilmu tasauf itu jalan yg baik. tapi arah tujuannya kadang kala sukar untuk di terjemahkan. jalannya licin. jadi, kena berhati-hati. yang pasti, doa iftitah dalam solat itu kunci kepada 'cintai mati' itu.
wallahualam

.
April 25, 2012 at 7:36 PM

Salam saudaraku,

Nafas,nufus,ampas,tanapas jalan para sufi....
Syariat,tarikat,haikat,ma'rifat jalan para wali...
Zat,sifat,asma',afal jalan para sahabat...

Jalan yang berbeza,tetapi tujuannya sama belaka..........
Apa tujuannya??..Dia yang Maha Esa.

Welcome to the real world..
Permainan dan tipudaya akan ditinggalkan.

Sebagaimana ucapan kita bila sampai kedunia fana ini..
Yes ! Im the champion.
Begitu juga bila kita pulang nanti..
Yes! Im still the champion.

Dengan wajah ini kita datang...
dengan wajah ini juga kita pulang..

Love Ya.

Abu
April 26, 2012 at 10:24 AM

apa maksud saudara FP doa iftitah itu kunci cintai mati?

April 28, 2012 at 4:59 AM

Terjemaah Doa iftitah adalah mengenai apa yang seharusnya kita pegang sewaktu di dunia ni.

Solat bukanlah suatu pekerjaan semata2. Tapi punyai isi tersirat yang cukup2 besar andai mengetahuinya (dan paling penting sedar akannya)

Solat sebagaimana muhammad adalah nasihat dari ulama dulu kala. Katanya ia dari kata2 nabi sendiri. Tika isra mikraj, hanya ada Muhammad dan ALLAH sahaja tika penerimaan Solat.

Dan kerana itulah, solat perlu hanya ada kita dan ALLAH semata2.
ALLAH pula bukanlah berada di luar bahkan lebih dekat dengan urat merih (diri sendiri)

tak kala itu, hanya 'rasa' diri kita dan ALLAH sahaja (sebagaimana hadis mengatakan tntg IHSAN 'seperti nampak ALLAH tapi jika tidak nampak sesungguhnya ALLAH nampak kita' *maksudnya*)

Jadi, doa iftitah adalah ikrar kita sewaktu 'matikan' diri tika solat.

Itulah kunci mengenai mati.
Hidupku, mati ku, ibadahku hanya ALLAH semata-mata.
Yang mana tika solat itu,
kita sedang berdua-duaan dengan ALLAH yang lebih dekat dengan diri kita sendiri.

Dan mati itu adalah
'inna lillah wa inna ilaihi rajiun'
ALLAH lah tempat kembali
dan solat itu pra-mati
kerana kita telah pun 'matikan diri kita' untuk berdua-duaan dengan ALLAH,
untuk menyaksikan ikrar kita di dalam doa iftitah.

Andai mampu solat sedemikian,
alhamdulilah.
Dan lagi bagus, jika ia di amalkan selepas solat 24/7 sebagaimana 50 waktu yang di kurangi itu. Maka solatul daimlah kita.

SOlatul daim, 'mati' dunia, hidup utk ALLAH.

begitulah takrifannya.
Insyallah

Abu
April 29, 2012 at 3:50 AM

tu lah selama ni xtau terjemahannye dan asik pikir doa iftitah ni sunat je..
dh tau terjemahan barulah tau besar maknanya..

Anonymous
May 1, 2012 at 4:38 PM

assalamualaikum kpd semue

ya masa semakin tida, tiada yak sangka lagi.ironinya watak2 akhir zaman sudah nampak dlm 'samar samar'
cuma pelakon nye masih belum di Play kan lagi.kadang2 buat hamba terpikir, memang susah untuk mengetahui kebenaran sebenar benar nya dlm akhir zaman ini,zaman yg MENGGIGIT. memang benar sabda Rasullah itu. baik dari segi kehidupan harian sosial, termasuklah dlm arena politik,susah untuk menentukan pihak yg betul2 benar.apa yg pasti inilah zaman fitnah menfitnah.balik kepada mencari para pelakon akhir zaman.hamba budak biasa sahaja seperti kalian dan amat suka ilmu seni konspirasi dan agenda perihal akhir zaman,kita masih belum jumpa para pelakon nya. dan sy pasti bende ni akan berterusan.bayangkan lah seperti mana hadis mengatakan dajal akan ditinggal pengikutnyanya setelah mengaku nabi akhirnya tuhan.yg peliknya kenapa smpai ditahap situ barulah org ramai tahu? adakah dia memang tak berbuat jahat tipu muslihat langsung ketika itu ??bagi yg islam,adakah kita nampk dia sembahyang setiap masa tanpa tinggal? berzikir? dajal seperti tersgt bijak menipu dalm sedar/separuh sedar kpda pengikutnya.sedangkan yg alim pun kadang kadang terikut.apakah rahsia dia? adakah dia bermain kotor dlm 'permainan'?maksud hamba mcm nie,contoh ye, cip ciptaan bionano atau robot kecil tahap micro boleh control kehidupan manusia,dari segi kehendak,nafsu,perbuatan malah tingkah laku.apa yg hamba ingin tekan kn adakah kita dibodohkan dgn teknologi situ? ini teori dri hamba sahaja yg tak berapa mahir dlm ilmu agama. hamba bagi lagi klue yg amat menarik juga untuk dipikirkan tapi tidak bagus untuk dipecayai hehe, kalau lah jin itu alien , dan dua tiang menjadi STARGATE yg sebnar yg dicari cari oleh saintis kononnya adalah tempat kelua mereka,dan klcc menjadi salah satu simbol tmpt keluarnya, ok sekarang baca pasal ni pula, zulkarnain menutup pintu masuk' yakjuj makjuj menggunakan besi yg dilebur.kesimpulannya adakah mereka? maaf ye ayat hamba sesetengah tidak dpt tangkap.amek ungkapan ni - Yang faham dan tidak faham adalah ketentuan Allah juga.

Anonymous
May 1, 2012 at 5:07 PM

hamba sambung dari atas

-dan ingtlah iblis sudah give up dgn perkara2 yg besar oleh yg demikian mereka menyerang sekecil kecil zarah pula.

-ini bahasa melayu lama yg amat unik dan hamba rasa penuh rahsia ! cuma kita tak sedarinya.

tongkat ali
kacip fatimah
harta karun(Qarun?)
lubang cacing (wormhole)

-lain lain teori dari hamba

klcc stargate nusantara, singapore pangkalan yahudi disini.mcm mereka dah rancang dan buat persiadaan.

anuar betul dan akan "game" DAP musuh sebenar melayu / anuar ternyata salah isu moral dan penipu dan ditipu ?

us takan buat cite mengarut yg tidak 'benar' ,malah semakin berani menonjolnya/ kita tertipu dgn mereka mengada menambah perisa bagi menakutkan muslim.sebab ternyata org bukan islam siket tak amek port pasal hidden message mereka?

kenapa Malaysia negara islam terakhir yg berpontensi untuk mnjdi watak Kebangkitan Islam ?

hanya ada 4 negara yg setakat ni hamba tahu dan percaya ada misi wawasan 2020 indonesia,singapore Malaysia dan Israel.kenapa kita ?

-dan byk lagi tapi takpe cukup setakat ini

kesimpulannya, pikirlah sama2. hamba pun tga kaji jgk nie. mana tau kot2 terungkai' ke.

kalau ternyata salah tegur hamba.

Anonymous
May 6, 2012 at 3:54 AM

Assalamualaikum semua,

tulisan serta input-input yang sungguh menarik

bagi Nurrun Nur, munkin kah apabila kita penat dengan dunia, harta bukan tujuannya, cuba mencari keredhaan Yang Satu, Yang Kekal...

Cherio!!

May 6, 2012 at 4:22 AM

keren tuh posting nya

May 7, 2012 at 6:46 AM

salam sejahtera semua,
kepada anon 354,mungkin juga kan?tapi saya rasa kalau kita jadi takut dunia,bukankah dunia akan menghimpit2 dan terus menghimpit jiwa kita?jadi saya rasa,opposite kepada hadis cinta dunia,takut mati ialah,berani hidup,berani mati...bg sy prinsip mcm ni banyak pada manusia yang berhati sekeras besi je,yang pernah mengalami kepedihan demi kepedihan dalam menempuh hidup...sehinggakan nikmat dunia da tak terpandang lagi,apa yg ada dalam fikiran,adalah teruskan hidup,berani hadap apapun yg terjadi,walaupun perit,dan jika diuji dia juga berani untuk mati...kerana berpantang maut sebelum ajal...terima kasih anon,sy sokong kamu...harap2 ramai jiwa yang letih dengan dunia...dan tidak memandang harta sbg tujuan apalagi keinginan memuncak,yg penting kepuasan tuhan melihat persembahan dari kita...

May 8, 2012 at 7:33 AM

yg penting kepuasan tuhan melihat persembahan terbaik dari kita...:)

Anonymous
May 8, 2012 at 10:01 PM

knpa page ni xde iklan dinar dirham? haha

Anonymous
May 14, 2012 at 11:03 PM

mistiesfiles sudah kembali ! apakah tanda nya?hm

Anonymous
May 15, 2012 at 12:11 PM

http://wafatabadi.blogspot.com/2012/03/mereka-akan-sentiasa-berbalah.html

Dajal bermata satu, hanya SATU musuh BARAT masa ini selepas KOMUNIS iaitu ISLAM.

Matahari terbit dari BARAT. Dan BARAT lah sedang berkuasa sekarang ini, ibarat matahari itu KUASA. Dan KUASA dari BARAT.

Jadi KIAMAT Sudah Bermula!!!

Ayat 319

"Begitu insan yang terus leka tanpa menyedarinya,, dan kini dengan lekanya ia terus menanti kedatangan Imam Mahadi dan Nabi Isa, Dajal, Yakjud Makjud dan terus menanti matahari terbit dari sebelah barat,, sedangkan semuanya telah pun berlaku,,…"

http://wafatabadi.blogspot.com/2012/03/mereka-akan-sentiasa-berbalah.html

Anonymous
May 17, 2012 at 1:14 AM

Kepada melati, bahaya ikot ilmu dari blog wafatabadi. Banyk kekeliruan dan kekacauan.penulisnya seperti mau tunjuk pandai tp kurang pandai.menulis mengikut kehendak diri sendiri.saya tk berani nak kata sesat,cumu bahaya.keliru lagi mengelirukan.hamba rasa penulis blog itu sendiri keliru atau sengaja.tq

miss laila~
May 22, 2012 at 9:02 AM

salam sejahtera semua,

dan...saya rasa makna merindui mati adalah apabila kita da terlalu letih dengan dunia dan kepura2annya...dunia dan kesibukannya...dunia dan arus gilanya...maka...kita akan letih dan terdiam...terus terdiam...smpai satu masa nanti akan datang tangan2 yang ikhlas menjemput kita bangun dan bangun tanpa jatuh2 lagi...

Anonymous
May 22, 2012 at 12:03 PM

Salam,

Senang saja nak buang kes takut mati ni.

...mati sebelum mati...

..Itu saja. Tak da cara lain dah.

-Wak Admiral-

Anonymous
May 26, 2012 at 1:37 AM

Assalammualaikum,jika saudara berminat saya pernah terbaca tentang jadual kedatangan Dajjal ke bumi dari pendapat orang bukan Islam dengan menggunakan kaedah numerologi ni link dia, kupasan kajian dia memang amat menarik. http://adventofdeception.com/arrival-baal-underground-recuse-satan/

-Shenzy-

Anonymous
June 5, 2012 at 1:33 PM

aku sekarang tengah merasa fasa hilang fokus terhadap dunia, kurang minat bersosial selain dlm maya,seperti tak dpt 'feel' arus perdana sprti yg lain tp masih cuba ikut sebab xnk ketinggalan,cume 'feel' die hilang, persoalannya adakah aku paranoid? atau itu masalah aku sndri dn tk perlu nk pikir dlm2 pun atau mungkin maksud mati sebelum mati dlm konteks arus duniawi? kidy_91@yahoo.com

September 14, 2013 at 10:54 AM

ya setidaknya artikel ini menambah pengatahuan saya yang secuil

September 14, 2013 at 10:56 AM

pastinya kita harus banyak mengingat sang Khalik Allah.. SWT

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger