Kenapa Masa Rasa Makin Laju Bila Kita Dewasa? Ini Jawapan Sains
Penulis: Niskala salam. Masa kecil dulu, cuti sekolah hujung tahun terasa macam tak habis-habis. Sekarang, tiba-tiba sudah Oktober. Raya baru lepas, tahu-tahu sudah hampir raya lagi. Hampir semua orang dewasa pernah mengeluh perkara yang sama: masa makin laju. Persoalannya, betulkah masa yang laju, atau cara kita merasainya yang berubah? Episod ketiga siri XplorasiX cuba menjawab soalan ini, dan video penuhnya ada di bawah. Dalam tulisan ini saya susun semula apa yang kajian benar-benar temui, dan seperti biasa saya asingkan fakta, hipotesis dan pendapat. Fakta: teori lama yang kita semua percaya Pada tahun 1877, ahli falsafah Perancis Paul Janet mencadangkan satu idea yang mudah difahami. Bagi kanak-kanak berumur sepuluh tahun, setahun ialah satu persepuluh daripada seluruh hidupnya. Bagi orang berumur lima puluh tahun, setahun cuma satu perlima puluh. Jadi, makin tua kita, makin kecil "saiz" setahun berbanding hidup yang sudah dilalui. Idea ini dipanggil teori nisb...