Total Pageviews

2013 dan pasca 'kiamat'

salam tahun baru buat semua pembaca.

Hujung tahun lepas, kita semua menanti suatu debaran yang di tunggu oleh orang ramai yakni event 21/12/2012. Ramai yang menantikannya dengan pelbagai perspektif. Ada yang benar-benar mahu sesuatu berlaku, ada yang mahu kembali kepada kepercayaan bertuhan, ada yang sinis bahkan ada yang mahu ianya tidak berlaku agar boleh mereka melawak tentangnya.

Pada pendapat peribadi saya, saya lebih suka sesuatu berlaku dari pada dunia statik pada keadaan yang sama. Ianya sungguh memenatkan. Di malaysia, pergaduhan antara parti politik cukup memualkan bahkan lagi menghampiri PRU 13 ini. Kerajaan yang boleh di katakan sentiasa flip flop dengan keputusan dan kadang kalanya di kipas sepenuhnya oleh para penjaga periuk nasi, dan di tambah pula sentiment agama dan kaum yang kadang kala boleh di lihatnya, ianya adalah untuk survival politik.

Ditambah pula dengan pembangkang yang agresif menentang hinggakan semua perkara di bolehkan. Bahkan kadangkala agak 'over'. Semua ini menyebabkan saya letih dan sebolehnya tidak mahu ambil tahu pasal politik. Tapi, saya perlu juga memantau kerana tiap yang berlaku selepas pasca 2012 ini, ia akan membawa ke suatu masa depan yang belum pasti. Adakah lebih baik atau lebih teruk dari ini.

Jadi, event kaledar mayan itu di lihat sebagai paksi perubahan tapi ramai yang salah anggapnya sebagai masa untuk kiamat. Saya pun hairan dari mana frasa 'end of time' boleh jadi frasa 'hari kiamat'. Sedangkan maksud end of time itu adalah bermaksud, cukup satu putaran pada kalender itu dan ia akan mula dengan tahun yang baru yakni tahun 13.0.0.0 'baktun'.

Senang kata, kalender mayan itu telah tamat '31 dec' nya dan akan mulakan tahun barunya. Tapi, entah di mana silapnya, end of cycle itu menjadi end of time, kemudian time to doom. Dan ia terus melular sehinggakan jad kekacauan dan akhirnya jadi bahan ketawa dan sinis.

Jadi, percayalah, selepas ini manusia makin sinis terhadap perihal bencana bahkan kini minda manusia akan beranggapan bahawa semua bencana itu adalah natural disaster sedangkan terang bersuluh, bahawa bencana itu datang dari tangan manusia yang membuat kerosakan. Biarpun iya, ia adalah natural, tapi, kesan manusia menyebabkan ia berlaku.

Apapun, saya berharap 2013 ini akan memberi satu perspektif yang baru pada kita semua. Maaflah untuk kali ini, saya tiada isu untuk di bangkitkan. Cuma sekadar memberi pandangan setelah pasca isu kalender mayan baru-baru ini. Tersentak saya bila membuka quran dan situasi umat kini, sama seperti umat terdahalu bila di nyatakan tentang bencana, seperti contoh; umat terdahulu sinis bila bencana mahu datang kepada mereka, bahkan ada yang 'party' menunggu bencana itu datang. Dan kebanyakkannya, bencana datang dengan tiba-tiba.

Jadi, bukanlah saya mahukan bencana, tapi saya mahukan suatu perubahan yang mana umat manusia boleh bersatu dan meninggalkan dokma politik kotor, manipulasi ekonomi, rasis dan kemahuan dominasi agama.

Adakah benar, andai kata berlaku suatu bencana skala raksasa, mampukah manusia bersatu?
Atau manusia akan berperang sama sendiri untuk tujuan survival?

Saya tak mampu meramalnya andai itu terjadi, tapi andai terjadi, saya serahkan pada tuhan yang azali menentukannya. wassalam
Share this post :

+ comments + 3 comments

January 4, 2013 at 10:19 AM

salam

aku pun fikir bnde yg same tentng kelebihan penjahat zionis perihal 21 12 2012 itu. walaupun telah dibuktikan tidak kiamat tp kredit tetap ke mereka. kesan dari implikasi event hoax itu menjadi bahan jenaka sekarng bahkan rakyat tidak akan pecaye ape ape lagi tentang kiamat termasuk 'hampir nk kiamat' dan sewaktu denganye kerana aku pecaya plan sebenar zionis adalah untuk menidakkan event kiamat itu sendiri seolah olah mahu rakyat pikir kita bole mengelak kiamat secara tak langsung rakyat bertambah cinta duniawi dan memandang remeh akhirat yg dimana itu adalah tujuan sebenar kita.demi menyokong pendapat ini,tidak pelik lah kita sering digembar gemburkan tentang mencari 'bumi' baru setlah bumi sini hancur.

ingt kes olimpik? aku dapat hidu teknik jahat mereka menakutkan rakyat dengan isu bom di england smpikn stadium mereka kosong pada awal kejohanan tersebut dimana sebelum itu telah mereka memasukan kononnye klu dan mesej tersirat didalam beberapa cerita hollywood n contoh THE CRS 2 dimane cite itu tentang britain hampir diletupkan. seolah olah mereka sedang bermain game dengan pemikirn rakyat dengan meniru ala ala konspirasi 9/11 dulu.

sekadar pendapat aku yg dhaif.

Anonymous
January 4, 2013 at 7:33 PM

massalamma,

tujuan tepat seperti saudara katakan...utk mengalih kepada cinta duniawi dan manusia tidak percaya kepada kiamat.....tetapi ini adalah suatu permulaan kepada rancangan besar mereka....obama adalah puppet kulit hitam terakhir atas nama demokrasi....penyambung dinasti adalah china....kita akan memasuki suatu fasa yang amat menggerunkan tetapi tak usah takut hanya Allah saja yang menentukan..

Anonymous
January 6, 2013 at 9:05 PM

semua msibah tjadi apabila kita trlupa atau tidak bringat.. Dajjal keluar apabila sdah tdk dsbutkan.. mahdi zahir apabila mnusia sdah mgatakan tiada lg mahdi.. kiamat jg berlaku scara tiba2.. malah kmalangan pun waktu kita tdk bringat..

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger