Total Pageviews

1127061

Isu kalimah ALLAH oleh penganut kristian

nota pada 9/1/13 (di edit lagi pada 11hb 1 2013 selepas masih ramai tak faham yg saya maksudkan, siap wa lu wa lu dengan saya. amboiihhh. meh tunjuk identiti hang sat, nak tengok sifat, af'al dan nama si anon yg berani sangat tu)

Pada jam pertama, saya menerima 4-5 komen yang marah2 pada saya. tapi saya mahu anda baca dengan teliti perkataan yang saya BOLD kan di bawah ini. Dan saya tak ubah satu pun ayat saya itu. Agaknya, saya setuju ke tak pengunaan kalimah ALLAH kepada kristian secara total. Harus di ingat, zaman akan datang, nasrani berbondong2 memasuki Islam secara keseluruhnya. Hal ni di bangkitkan oleh kristian sendiri dan seolah2 mereka menghapuskan konsep trinity yang salah itu (tuhan bapak dan tuhan anak, sedangkan tuhan itu dzat maha esa). Sesungguhnya perangcangan ALLAH tetap hebat walau hebat mana pun perancangan musuh ALLAH.Seolah-olahnya umat islam sendiri tak yakin dengan perkataan ALLAH dan rasulnya. Jadi apa yang mahu saya katakan lagi pasal hal ini. Jangan terjerat dan jangan menjerat. Suatu ketika nanti, nasrani pasti berbondong masuki islam dan islam akan mendiami seluruh eropah dengan kalimah syahadah dan azan (yakni tanpa perang). Kenapa umat islam sekarang suka marah2 dan asyik2 mahu perang mengalirkan darah? itukah solusinya?!!!!!

agaknyer ramai tak faham 'reverse psychology' yang saya tulis. MAAF DARI SAYA yang menyebabkan kekeliruan anda.

saya tulis:
"Kristian leh pakai kalimah Allah dan menerima seluruh konsepnya dan ni akan membatalkan trinity sbg tuhan "

maknanya; terima kalimah syahadah, terima quran sebagai kalam ALLAH, terima nabi muhammad sebagai nabi ALLAH, terima nabi isa itu nabi ALLAH dan bukan anak ALLAH.
Dan semua itu akan menghapuskan konsep TRINITY secara keseluruhnya...

akhir kata;
dalam isu ni, saya tegaskan:
"kristian nak pakai nama ALLAH, BOLEH.. tp terima seluruh konsep ISLAM dalamnya dan ini akan membatalkan TRINITY dalam kristian... pendek kata;
kristian akan di ISLAMkan kalau nak pakai kalimah ALLAH (kerana kalimah ini harus di terima secara keseluruhnya, dari syahadah, 5 rukun imannya dan konsep iman-ihsan.

Bila terima kalimah ALLAH secara seluruhnya, maka ISLAMnya penganut kristian tu lantas di tinggalkan konsep TRINITY. T

TERIMA KALIMAH ALLAH kenalah terima seluruh FAHAMANnya !!!!

kristian nak pakai sgt kan?!!!
amik kalimah ALLAH bersama syahadah dan mengaku jesus itu adalah nabi ALLAH ISA a.s
dan Quran sebagai Kalam ALLAH.
AMik semua berkaitan ALLAH, jangan miss satu pun.
Nak sangat kalimah ALLAH, kan?!


senang kata:
ISLAM KAN LAH KAUM KRISTIAN ITU !!!!!

Berkata 'TIDAK' tidak akan menyelesaikan masalah. Kerana nasrani dan yahudi tak akan berhenti dari mendominasi. Jalan penyelesaiannya adalah; ISLAMkan nasrani itu.
Jika mereka tidak menerima kalimah syahadah, bermakna, mereka hanya 'cuit-cuit' sentiment semata-mata2. Berkata 'Tidak, Tak Boleh dan sebagainya' tidak akan menutup pintu nafsu dominasi dari kaum nasrani dan yahudi, melainkan atasi mereka dengan meresap masuk nasrani sebagai umat islam.

 


p/s: nampaknya umat islam suka melihat perkara ini dengan nafsu amarah. Jadi, jangan berharap islam bangkit dengan keadaan macam ni. Jadi di mana akhlak kita dan di mana slogan selalu di laung2kan mahu mengikut sunnah nabi sedangkan nabi muhammad menyempurnakan akhlak; tidak pula mahu di ikuti?! 

saya nak tengok berapa lama umat islam malaysia mahu melaung2kan isu ini sedangkan ulama dan umarak kita lebih suka ulas isu ini dengan kaitan politik, sedangkan isu ini KENA SELESAI DENGAN BERSATU COUNTER ATTACK PERMINTAAN JESUIT KRISTIAN OF SOUTH EAST ASIAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

DAP bangkitkan isu, PAS dan PKR menyetujuinya, UMNO membangkangnya dengan modal PRU 13.
Dan hasilnya, tak ada pun ulama dan umara' yang duduk semeja bulat untuk counter attack pemintaan ini sedangkan semua tahu nasrani dan yahudi sentiasa akan meminta2 dan khianati perjanjian. Saya minta solusi, bukannya amarah yang bermusim-musim. Tambahan pula, kalau isu ni di jadikan barang dagangan untuk modal PRU-13.


sekian

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini jawapan saya:

saya tengok isu ni saje di bangkitkan asbab hal politik. Isu ni da ada pada tahun 2009 dlu dan di bangkitkan sebagai senjata politik. Jahanam pada kedua2 puak.

Secara umumnya dzat bernama Allah itu adalah tuhan bg semua umat bahkan melipu
ti seluruh agama dgn pelbagai nama.

Tp bila pengikut agama mahu dominasi kalimah Allah. Maka hal ni jadi caca marba.

Kristian leh pakai kalimah Allah dan menerima seluruh konsepnya dan ni akan membatalkan trinity sbg tuhan yg di pekenalkan tika era konstatine

Dan umat islam kna paham, Allah tu dzat meliputi sagala, meliputi sluruh umat dan agama. Dan tidak boleh didominasikan atau dikhaskan sbb andai di khaskan, tak ubah kita umat islam ni mengadakan berhala bernama Allah yang tidak di lihat dan ianya lebih truk impaknya pd umat islam tu sendiri


Apa jawapan anda pula? 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tambahan (pada 9hb 1 2013; pukul 7 pm; Malaysia):-

isu ini akan beri keliru pada anak2 muda bila kristian gunakan kalimah ALLAH untuk ganti tuhan jesus dan sebagainya.
kita menolaknya
tapi kita boleh menerima jika benar pihak kristian mahukan kalimah itu di guna pakai, dengan bersyarat ketat,

hapuskan seluruh konsep trinity dan mengaku jesus itu nabi isa seorang nabi ALLAH anak maryam.
ni adalah give and take

 
Dan akan datang nasrani pasti berbondong memasuki islam dan eropah di 'jajah' dengan kalimah syahadah dan azan (maksud hadis)

 
dan saya yakin akan plan tu sedang berjalan. Dan isu ini tak lain tak bukan, jerat maut untuk mereka sendirisebab tu syarat harus di ketatkan sebab sejarah dah mengajar kita nasrani dan yahudi tak akn putus asa dan sentiasa khianati perjanjian.

tp yg saya kecewa adalah, bila isu ni di politikkan.
cuba tengok ulamak kita. mereka bangkitkan isu ni dengan kaitkannya dengan politik, bukannye nak cari jalan penyelesaian (seperti contoh, adakan perjanjian andai benar mereka nakkan kalimah ALLAH di guna pakai dgn syarat mengaku isa itu nabi ALLAH dan hapuskan konsep triniti, atau paling senang; ucap syahadah sebagai syarat utama).

sebab, selagi kita dok pertikai dan marah2 tnpa sebarang solusi, dan jadikan isu ni modal utk hentam menghentam. sebenarnya kita dah nampakkan kelemahan ketara kita; yakni; tak mahu ambil peluang untuk counter attack (sebab ulamak kita dah pecah dua tak tak sepakat bahkan lebih seronok hentam menghentam sesama sendiri dengan alasan parti dan politik). Kita boleh lihat; isu ni di ulas dan pastinya nama2 parti akan di sebut; sedangkan ia adalah masalah ummah. Tak bolehkah ulama ini bersatu hati; counter attack dengan pihak kristian sendiri dan bukannya menyerang parti politik sedangkan ia adalah dari pihak kristian sendiri.


Jadi; isu ni tak lain tak bukan modal politik
Dan jika tiada solusi bersama; kita akan lihat umat islam lebih bercerai berai lagi kerana isu ini hanyalah peluru untuk memecahkan umat kerana berlainan pendapat. Mereka hanya mencucuk kita dan kita semua melatah dengan mengangkat senjata sedangkan sepatutnya kita berdepan dengan daya pemikiran dan idea solusi yang mampu melumpuhkan mereka. 
Share this post :

+ comments + 26 comments

Anonymous
January 9, 2013 at 1:08 AM

Tak setuju dgn pandangan tuan. Kita dia malaysia berbeza dgn negara lain dr segi penggunaan konsep 'Allah'. Jangan samakan malaysia dgn negara lain. Kadang2 tuan bila kita ni terlebih bijak berfikir pun susah. Kekang sikit pemikiran tuan dan pelihara apa yg hak eklusif utk umat islam. Klu bg org kapir pki nama Allah pun bukan dia org nak msk islam....

Anonymous
January 9, 2013 at 1:09 AM

Satu pandangan yg bodoh... tahniah....

Anonymous
January 9, 2013 at 1:52 AM

Aku cadangkan lps ni ko ajar anak ko pasal islam jgn pakai nama Allah, ko pakai nama Yahweh atau genova. Ko kan setuju org kristian pakai nama allah, nama tuhan dia org yahweh atau genova... hahahaha kan sama tu.

Anonymous
January 9, 2013 at 1:57 AM

ini jawapan saya,

bermula sesuatu itu adalah dari yang satu(Esa). dari zat yang satu itu untuk semua bukti kebesaran nya. dari semua yang ada akan dikembali kan pada yang satu(Esa) yakni di hari akhir nanti.

akhir nya dari yang satu kepada yang satu. maka sesat mereka2 yang menyama kan zat Allah swt itu dgn sesuatu apa pun barang yang di ciptakan nya.

maka kalimah tunggal ini tidak bolih di beri kepada orang bukan islam kerana mereka akan bersangka sangkaan dengan kesesatan yang menyekutukan nya samada syirik jali atau syirik kahfi.

ada arti.

Anonymous
January 9, 2013 at 2:08 AM

“Dia adalah ALLAH, Tuhan yang Tunggal, ALLAH tempat meminta segala sesuatu, tidak memiliki anak dan tidak diberanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia”. (Al-Ikhlas : 1 - 4)

Agak2 paham tak maksud tafsir ayat kat atas....

Seekz
January 9, 2013 at 2:45 AM

Memang betul lah bila ada yang mengatakan "Hidup ni adalah perjuangan menegakkan kepercayaan".
Selagi orang tak ikut selagi tu akan cuba berjuang untuk ikut apa yang dia percaya.. Jika benar apa yg di perjuangkan tu.. Jika benar ada perasaan sayang pada semua makhluk.. tak payahlah sampai menghina makhluk ciptaan Tuhan.. Hibanyaa..

Anonymous
January 9, 2013 at 2:57 AM

saya setuju bahawa Allah adalah tuhan untuk sekelian manusia termasukah orang islam,kristian,hindu,buddha dll. Tetapi hanya Islam yg mengEsa-kan Allah. Jadi saya x setuju dgn pandangan saudara ttg penggunaan kalimah Allah oleh org Kristian. Sbb sy nampak ada agenda lain isu ini dibangkitkan. Mula2 penggunaan kalimah Allah dalam Bible, jika kita bersetuju dalam hal ni...tidak mustahil akn ada isu penggunaan kalimah Allah pada lambang salib, nauzubillah. Pada saya isu ni lebih kepada cubaan untuk memesongkan akidah umat islam di Malaysia.

Anonymous
January 9, 2013 at 3:08 AM

Lihat isu ini tanpa unsur politik terlebih dulu. cuba lihat pada agenda pihak yang menuntut pengginaan kalimah ini. Adakah tujiannya untuk mengimani Allah sepertimana kita sebagai mukmon. Atau hendak. memasukkan dakyah mereka agar kita terpedaua dan terjerumus mengikuti mereka? Begitu juga bila Pak lah membenarkan bible bahasa melayu dililuskan kdn, apa tujuan mereka ini? Apa pula alasan kdn (pak lah ketoka itu) membenarkanya.?Jadi ada dua pihak terbabit, yang menuntut mimgkom i.gin memperdaya dan membawa umat islam mengikit mereka, tp yang meluluskan tak nampak sebegitu tp lebih menjaga hati pelbagai kaum dan agama...senang cerita ada faktor. polotik agar tidak hilang u.di...

Anonymous
January 9, 2013 at 3:08 AM

isu ni adalah isu yg remeh..dan pendirian aku Allah adalah tuhan utk semua manusia dan agama islam..agama selain dari islam tidak lagi bertuhankan Allah.masalah penggunaan nama Allah utk agama selain islam tu aku serah pada alim ulamak yg muktabar tuk tentukan..kita org biasa ni bkn byk ilmu macam depa..

alih topik sket..

aku heran sungguh bila isu ni kluaq..masing2 bergaduh berebut nama Allah..tapi bila ada setengah umat islam dok bg bantuan/peruntukan bina tokong ..pebesaq gereja laa..hias kuil hindu batu cave utk jadi tarikan pelancong tadak pulak ulama2 politik ni gaduh pasai tu.umat2 islam msia pon macam redha ja.tadak bantahan sket pon.sedangkan menda2 ni memang sah dilarang oleh nabi kita muhammad saw..di mana integriti kita sebagai umat islam?di mana iman kita?di mana kalimah syahadah kita?

hairan bin ajaib demokrasi ni..

January 9, 2013 at 3:51 AM

kita bangkit bila ia di siarkan di media dengan ulasan berbau politik. saat tu lah kita bangkit, bangkit untuk menghentam.
Bukannya bangkit untuk cari solusi dan jalan penyelesaian.

saya tak lihat dari perspektif politik, tp sebab politiklah isu ni di bangkitkan. Jika bukan sebab politik, tak akan mungkin ulamak2 akan ulas perkara ni di media.

Senang kata, isu di malaysia adalah bermusim.
lepas abis isu ni, akan timbul isu lain, kemudian sejuk. timbul pulak isu lain..

senang kata masyarakt malaysia ni mudah marah secara bermusim dan hangat-hangat taik ayam sebenarnya

Anonymous
January 9, 2013 at 6:48 AM

Ko silap bro kalau ko kata macam tu. Bkn semua macam ko. Aq tak pernah kesah selama pembangkang buat. Tapi bila dah libatkan isu kalimah allah aq x boleh sabar. Terlampau jakun sangat ke nak undi org kapir sampai nak gadai kalimah allah. Kemaruk sangat ke nak sokong penjubur tu. Patut kita sama2 org islam bersatu pertahankan kalimah allah. Bukan sokong kapir salah guna kalimah allah.

Org kapir kat malaysia ngan indon jer kemaruk nak pakai kalimah allah, tempat lain takde pun kemaruk. Negara yg majoriti org kristian pun x nak pakai apahal kat malaysia sibuk nak pakai. Korang yg sokong ada akalkan.... pakai.

Ini isu akidah. Effect dia nanti kat cucu cicit korang.

Anonymous
January 9, 2013 at 1:30 PM

aku rasa aku dpt tangkap apa yg cuba disampaikan tuan rumah.

mcmni,due2 alasan dri due2 pihak betul belaka. Betulah ape yg disampaikan diatas, kalau betul nak pakai nama Allah, ucapkan syahadah sekali.itu syarat utama yg perlu ditetapkan.tapi kalau nk pakai mcm tu je nampak sgt ade agenda lain so jgn benarkan.Biar Allah tentukan sahaja, aku tak berani nak kate putus sebab kita sedang bermain nama dia, benda PALING BESAR wei. silap cakap bala timpa. Nauzubillah min zalik.

Malayu Sarawak
January 9, 2013 at 4:42 PM

Assalamualaikum,

Hamba ingin mengucapkan terima kasih kepada admin dan semua pengkomen dlm blog ini. Ini menandakan anda pun telah naik bertanggungjawab terhadap AGAMA ISLAM. Itu WAJIB!!!.

Sekarang Ummat Muhammad telah keliru. SIAPA SALAH SIAPA BENAR?

1) Allah SWT itu TUHAN SEKALIAN MANUSIA
- Alhamdulillah hirrobil alamin.(Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Maka semua manusia tuhannya hanya Allah SWT.

2) Namun, Mereka (Golongan Yahudi, Nasara, Pagan) Tidak Menyembah Tuhan Yang Maha ESA.
- Mereka telah menyekutukan Allah dgn sesuatu yang lain. (Patung ka,Dajjal ka, pokok ka dll..)

3) Mereka (NASARA), memakai lambang salib dimana2.
- Mereka menggunaka lambang salib di lehernya, dibuat tatoo, di baju dan sbgnya. Dikhuatiri mereka membuat tatoo Allah dibadannya, dibajunya hatta di lehernya. Masok jamban keluar jamban.

4) Generasi anak muda kita. Bagaimana.
- JIka anak2 muda org islam terlihat gambar patong jesus. Mereka akan bertanya kepada org nasara, itu apa? Maka anak nasara jawab apa? Itu Jesus atau *****. Mereka akan menyebutnya.


Kesimpulannya,

1) Kita seharusnya membincangkan perkara ini SECARA BERHEMAH bukannya MARAH2. Allah SWT suka kepada manusia yang suka menahan API KEMARAHANNYA. Dan mereka golongan yang mendapat RAHMATNYA.

2) Diminta jgn jadi spt di sesetengah di India Dan Di Indonesia, Merek berkahwin Islam Kristian tetapi masih mengekalkan agama mereka. Sbb BAGI MEREKA TUHAN MEREKA SAMA.

3) Tuhan Kita Semua ALLAH SWT. Namun Konsep iman itu perlu diketengahkan. Baca Al-Ikhlas. Allah Bersifat Satu Maha ESA. Kalau depa nak Guna nama Allah SWT. Ikutilah ajaran dan agama ALLAH.

SURUH DIORG UCAP LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADAR RASULULLAH.
Tiada Tuhan Selain ALLAH, Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH.

#Pss: CELAKA musuh Islam, PANJANG BENAR KO SENYUM!!!

Anonymous
January 9, 2013 at 11:05 PM

salam...

menarik juga hujah tuan rumah.. sudila jika tuan menjawab beberapa soalan ini:

1. kristian di eropah menuntut ka penggunaan kalimah Allah dalam bible dan adakah mereka masuk Islam secara beramai-ramai sekarang ini kerana nama Allah terdapat di dalam bible mereka?

2. seluruh eropah masuk Islam berbondong2 dan adakah di nusantara seluruh manusia masuk Islam berbondong-bondong juga selepas nama Allah boleh ditulis didalam bible?

3. timur tengah. bukankah penggunaan kalimah Allah dalam bible di timur tengah dan negara-negara Islam disana bermula hanya setelah penjajahan negara-negara Eropah ke atas mereka? atau bagaimana?

itu sahaja soalannya, terima kasih.

Allah Yang Maha Mulia, Maha Suci Dia dari segala sekutu, maka Dia sendiri akan menjaga nama Nya Yang Mulia.. Segala Puji bagi Nya Yang Maha Sempurna. Semoga laknat Allah atas mereka yang mahu mempermain-mainkan Dia Yang Maha Mulia.

Anonymous
January 10, 2013 at 12:27 AM

tidak boleh bagi kalimah Allah swt kepada bukan Islam kerana takder agama Islam selain bersanadkan kepada Nabi Muhammad saw. tiada lagi umat selain umat Nabi Muhammad saw.

Debu Capal
January 10, 2013 at 1:25 AM

Allah.

Yg maha esa,maha ghaib,maha nyata,maha gagah,maha aku...

'Dia' tuhan seru sekalian alam.

Alam lahud,jabarut,malakut,roh,rahim,
dunia,barzakh,akhirat...

Sekalian makhluk berhajat dan berkehendak kepadanya.

Malaikat,jin,manusia,haiwan,bulan,bintang,lautan,gunung,alam sekaliannya mengharap kepadanya.

Hambanya sekalian berhajat kepadanya.

Islam,yahudi,kristen,shinto,buddha
semuanya berhajat kepadanya.

Cumanya,perbezaan antara kita umat islam dan penganut anutan lain adalah...AKIDAH.

Allah the great one and only.

Anonymous
January 10, 2013 at 4:29 AM

Jadi bila dah berbeza akidah, kenapa mcm cibai nak bagi org kapir pakai kalimah allah....

Anonymous
January 10, 2013 at 7:51 AM

http://abatasa2.blogspot.com/2013/01/rebut-nama-allah-hanya-jesuit-yang-mahu.html

.
January 11, 2013 at 2:26 AM

2 anon January 10, 2013 4:29 AM

Mende laa bodoh bebeno ko nie?..
Masa mak ko terankan ko kuar dr cibai dia..lupa nak tekan ayat ke?
Lu nak suruh org kapir pakai kalimah cm pakai cross buat apa.mangkok?

Jawapannya simple..samakan akidah org kapir dng akidah ko.
Berteguh syahadah!
Mengtauhidkan ALLAH!
Kenal diri!

Dgn da'wah..tarbiyyah..sopan dan santun.

Kalau lu tanya cmner caranyer nak 'heart' touching dia org?

Senang jer gua jawap..tanyalah sama cibai!! mak lu.
1 lanchau! buat lu.

*lu nak discussion pn boley pakai bahasa kesat ka??
Bg pendapat bahasa cantek2 la beb..
Ape mak bapak lu tak ajar adab ka?


Lu kasar,wa kasar..
Lu halus,wa halus..
Gua Tada Hal Punya...


January 11, 2013 at 4:15 AM

agaknyer ramai tak faham yang saya tulis barang kali...

saya tulis:
"Kristian leh pakai kalimah Allah dan menerima seluruh konsepnya dan ni akan membatalkan trinity sbg tuhan "

terima kalimah ALLAH secara keseluruhnya. maknanya; terima kalimah syahadah, terima quran sebagai kalam ALLAH, terima nabi muhammad sebagai nabi ALLAH, terima nabi isa itu nabi ALLAH dan bukan anak ALLAH.
Dan semua itu akan menghapuskan konsep TRINITY secara keseluruhnya...

Apapun, saya minta maaf lah kalau tulisan saya sukar nak di terima oelh rakyat malaysia yang semuanya berdarah panas, berjiwa pendekar (meskipun ramai kata nak ikut akhlak nabi tp takat ni, sekadar kata je la... Ingatlah peristiwa fathulmakkah, nabi ampun ribuan penduduk makkah kerana nabi tahu bahawa anak cucu merekalah pertahankan islam nnt.)

apapun, saya melihat masa depan.
dan mgkn ni menyebabkan tulisan saya tidak di terima agaknya.

akhir kata;
dalam isu ni, saya tegaskan:
"kristian nak pakai nama ALLAH, BOLEH.. tp terima seluruh konsep ISLAM dalamnya dan ini akan membatalkan TRINITY dalam kristian... pendek kata;
kristian akan di ISLAMkan kalau nak pakai kalimah ALLAH"

harap sebelum komen apa-apa (walau dalam blog ni atau di mana2..
silalah baca dan fahami betul2 apa yang nak di perkatakan. dan rata2 yg komen semuanya menyorok identiti.. pendekarkah ini?
dimana yg kata berani utk tegakkan kalimah islam tadi, kalau identiti pun di sembunyikan?
bahkan hanya bila di mediakan, barulah nak berdakwah semusim?
sedangkan dakwah itu seluruh hidup kita?)

maaf dari saya

Anonymous
January 11, 2013 at 5:12 AM

Ko pun salah pafam bro. Isu dia simple jer, ko tunjuk sangat yg ko ni ilmiah sangat, konon nak buka kesedaran org pasal kalimah allah. Isu lain klu ko nak bincang org boleh terima, tp kalau isu kalimah allah ni sensitif bro, org sayangkan agama, sebab tu org marah. X payah buka utk perbincangan pasal isu ni, x payah nak tunjuk pandai, tak boleh pakai, tak boleh la.

Mungkin pengkomen2 bukan pnyabar orgnye, bkn penyabar ada bersebab. Kalau lah sampai masanya nak kena berjihad, aq rasa org mcm ni la yg akan pergi dulu. Permikir mcm ko aq rasa terkebelang sikit kot sebab semua nak kena bincang.

Ini isu kalimah allah bro, memang patut dia org marah sebab dia org sayangkan islam, ambil berat akidah anak cucu kita akan datang.

Esok g stadium merdeka tak? Sana ko boleh bukak forum bincang isu ni, pemikir macam ko ramai kat sana....

January 11, 2013 at 6:28 AM

Baiklah saya tak akan tunjuk pandai lagi dan berfikir tentang isu cmni lagi. Cukup sekadar post ringkas yang biasa2.

Maaf dari saya yang pengecut, poyo pandai dan keyboard warrior. Saya tak g stadium merdeka sebab jauh dan tak layak brada bincang isu ni sbb saya bukan ustaz, doktor madya, ulama atau pemegang sijil master@phd. hanya sekadar blogger.


Dan event 12113 esok telah ada perancangan yg kurang enak.

Wassalam

January 11, 2013 at 8:05 AM

teringat awal tahun 2012 dulu. sentiment hampir sama di mainkan..
masa tul isunya adalah gereja di serang oleh beberapa org melayu dan counter attack oleh kaum lain...
kat malaysia ni, kalu nak kuasai rakyatnya;
mainkanlah dan provok isu racis, agama, raja.. konpem akan dapat tindak balas yg cepat.
sedangkan sebenarnya; ada org mainkan isu2 ni utk kepentingan diri sendiri.
the best thing lagi ialah;
rakyat yg bertindak balas tadi tu, akan senyap selepas 1-3 bulan lepas isu tu di mainkan...
dan isu len plak di naikkan.
the step, the plan, the game is
go on and on...

EndEra
January 13, 2013 at 8:42 AM

Itu pasal sy dah beritahu, soal agama, bangsa dan negara amat sensitif dan dipermainkan oleh org-org yg menguasai dunia dari dahulu lagi, manusia yg dibawah semua berpusing bergaduh sesama sendiri, diaorg gelak jer tgk.

Untuk mengenali diri kita (samada manusia atau sebaliknya), mengenali Tuhan yg sebenarnya, juga mengenali siapa musuh manusia yg sebenarnya...3 perkara diatas kena tolak tepi dahulu.

P/s: tak sabar menanti berita gempa yg sebenar-benarnya yg akan mengejutkan seluruh umat manusia.... the moment will arrive

Anonymous
January 15, 2013 at 11:30 PM

Sabar Future Phenomenon....
kamu ingin berdakwah kan? ini halangan kamu..
saya faham apa yang kamu cuba sampaikan... jgn takut utk berkata walaupun ianya pahit.

Beri peluang pada PR. Kita akan nampak ISlam dan Melayu kembali bersatu. Insyaallah

Anonymous
February 13, 2013 at 2:16 PM

Emosi sgt pengomen2..smpai xdpt fhm btol2 mksud pnulis.ringkasannye kite islamkn org kafir TU DULU bru diorg bleh gune kalimah Allah swt.dgn kate laen klu diorg nk pkai kalimah Allah swt boleh,tp dgn syarat trime segala ajaran islam TERLEBIH DAHULU (msuk islam la).jd klu diorg btol nk pakai jugak,diorg akn study btol2 psl islam n insyaallah trbuke pintu hati secara ikhlas utk mnganut islam.wallahualam.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger