Search This Blog

BANGSA MIM - tak hilang didunia (siri extra 1)

Image
BANGSA MIM - fosil yang sentiasa wujud Takkala kita digasak dengan pelbagai cabaran pada masa kini bahkan ada yang bertanya kenapa melayu tiada tulisan sendiri. Dan bila kita tunjukkan tulisan jawi, mereka akan kata itu adalah tulisan arabic. Dan kini kita menulis dalam tulisan rumi yang datang dari latin. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2009 yang lalu, saya telah siarkan siri bangsa MIM (dan mencedok mengolah tanpa kreditkan karya asal ini. Tapi saya maafkan, cuma sy bmbg jika pengciplak itu di asak soalan, dia tak dapat jawap, dan marah kepada pembaca kerana dia sndiri tak tahu apa yang diceduknya. Disini saya risaukan hilangnya BERKAT ilmu padahal kita sedang berikan ilmu pada oranh lain. Tidakkah ini ironi?). Baiklah, secara kesimpulannya, bangsa mim adalah suatu jurai keturunan yang menetap di pentas sunda. Kemudian selepas berlaku banjir besar 20000 tahun lalu (mengikut model young dryas), penduduk pentas sunda terbahagi kepada 2 kelompok. 1. Yang berjaya melarik...

Gambar-gambar 'unik' Ketamadunan Tanah Tua

hasellusiby · May 24, 2013 · 1 minit bacaan
Salam

Beberapa hari lepas, dalam minggu ini, bagaikan explosi info meledak di Facebook. Bermula dengan beberapa informasi tentang peta Mormon yang mengatakan bahawa, tika zaman Nefilim (bangsa gergasi), 'land of promises' itu adalah di sini.

Saya pernah lihat beberapa peta yang di katakan 'site' atau calon kawasan yang di sebut dalam Mormonic, tapi, bila ia di keluarkan di Facebook, ia bagaikan mendapat perhatian luar biasa dan seterusnya menyebabkan beberapa pengkaji sejarah kecil, mulai mengeluarkan peti rahsia masing-masing.


'keyword' Seperti, Land Of Bountiful, Water of Mormon dan seumpamanya seolah-olah adalah perkara baru bagi pengkaji sejarah. Sememangnya ia jarang di dengari, kerana ia melibatkan istilah dan sejarah dari suatu cabang agama kristian/judaisme yakni MORMONISME.

Semua ini kemudiannya membawa kepada suatu teori 'route' JALAN PENARIKAN yang mana jika di Asia Tengah, ia di gelar 'spice route' dan di sini, kita mengunakan sungai dan denai hutan.

Jadi, tiap 'route' itu, sudah pasti ada RnR atau tempat perhentiannya. Jika ada, sudah pastilah ada 'tinggalan monumen/penempatan' di situ.

Seterusnya, gempak gempita mulai berlaku bila beberapa siri gambar di keluarkan dari seseorang. Dia mengatakan, dia mendapat kebenaran untuk mengeluarkan gambar itu untuk tatapan anak muda bumiputra yang mahu alter rahsianya terbuka luas.

Tetapi, ia kemudiannya di delete selepas beberapa jam. Puncanya, tidaklah kami tahu. Apapun, kami dapat menyimpan beberapa keping gambar untuk di buat kenangan. Bila di tanya sumbernya, lelaki itu berkata, ia mendapatnya dari seorang tua yang di gelar 'Wak Amza', seorang 'orang dalam kerajaan' yang mahu melihat alter melayu kembali di tanah tua ini.

Berikut adalah gambar kawasan itu yang di katakan berada di Utara Malaysia, besar kemungkinan Pulau atau kawasan gunung.
susunan batu kelihatan seperti kulit kura-kura
sekitar kawasan 'batu kura-kura' itu. Kelihatan seperti suatu runtuhan monumen dan 'pintu'
 
di katakan bahawa terdapat 'tulisan' di batuan ini, jika di amati, ia memang ada tapi tidak jelas
gambar yang di zoom-in kan. Anda dapat lihat tulisan nya?
koleksi gambar yang berjaya di 'cilok' sebelum di delete

Tidak selesai dengan itu, ada rakan di Facebook, telah mengeluarkan siri gambarnya yang sebelum ini telah di delete. Mungkin kerana gambar 'batuan kura-kura hitam' itu memberi inspirasi untuk para pengkaji sejarah ini untuk menunjukkan bukti bergambarnya pada ahli Facebook yang lain?!

Berikut adalah koleksi gambar yang di katakan terdapat di suatu Pulau sekitar tengah Malaysia. Bukti berikut ini lebih hebat dan detail serta jelas berbanding gambar di atas.. Apakah benar Tanah Tuo ini menyimpan rahsia yang lebih hebat dari artikel ini?!

Add caption


Gambar diatas adalah dari Pulau Nangka dan saya pernah keluarkan satu gambar batuan ini di Nusanaga beberapa ketika dulu. Dan saya kaitkannya dengan monumen YONAGUNI, Jepun. Ini kerana, di suatu sudut pada Yonaguni Piramid itu, terdapat 'design pattern' yang sama seperti gambar di atas. Andai ianya punyai kesamaan, usia batu ini adalah melebihi 10,000 tahun sebelum masihi.

Yonaguni, jepun
design arkitek yang hampir sama
batuan di tebuk di tengahnya sama seperti batuan di Pulau sekitar tengah Malaysia ini

Seketika kemudian, kami di gemparkan pula dengan gambar menakjubkan di BROGA HILL / Bukit broga sekitar semenyih. Di katakan, di sana, mereka berjaya menangkap gambar UFO. Berikut adalah siri gambar UFO BROGA HILL:-

dapat lihat satu titik hitam di kanan gambar?
gambar dari seseorang di Forum Cari
Gambar dari suatu blog: Second Heaven nemu-iii.blogspot

Minggu itu di akhiri dengan posting mengenai PETI AMAL yang di lelong di Eropah dengan harga melebihi usd2.2 juta. Jadi, beberapa anak muda berharap jutawan dan hartawan islam melayu mampu membawa balik artifak ini kerana ia di katakan berkaitan dengan SYEIKH AHMAD AL-BAGHDADI yang mana punyai hubungan misterius dengan BATU BERSURAT Terengganu.

PETI AMAL adalah nama gelaran yang di beri. Di peti ini, ia punyai siri lukisan unik yang di katakan menyimpan beberapa kod rahsia


2 orang Lelaki berbusana Melayu lengkap bersampin & setanjak. Lelaki kanan sedang memegang burung sambil bersandar di sebuah 'batu' / sebilah Keris Penyalang. Lelaki sebelah kiri bermain gambus.
2 orang Lelaki berbusana Melayu lengkap bersampin, setanjak, dan kufiah/serban. Lelaki kanan sedang bersilat / memegang Cogan Alam / memegang kalam bulu burung merak / menunjuk Peta. Lelaki kiri sedang memegang burung sambil duduk.
2 orang Lelaki sedang duduk bersila mengadap satu sama lain, lengkap berbusana Melayu dan BERSELEMPANG. Ditengahnya ukiran NAGA BERSABUNG & BULAN SABIT.
Jadi, akhir kata, apa lagi MELAYU inginkan? Bukti telah ada. Kenapa generasi kita kini lemah. Adakah lupa kita akan kesaktian diri sendiri. Melayu itu sakti kerana hebatnya pemikiran, ketamadunan, kebijaksanaan dan faham tauhid sebenar. Tanah Tua inilah buktinya. Kenapa kini, tiba-tiba ia 'meletup' dengan tidak sengaja. Adakah ia perbuatan ketidaksengajaan. Apapun, sudut pandangan itu adalah terpulang pada empunya diri masing-masing.

Apapun, jika mahu melihat kehebatan itu, adapun, silalah ke HIKMAH V yang di adakan di Masjid Makmur Losong Dato' Amar, Kuala Terengganu pada 5/6/2013.

Baiklah, terima kasih kerana membaca dan salam kerahsiaan terbuka pada semua. Wassalam

Comments

Anonymous said…
batu batu tu mcm pernah tengok depan2... di utara semenanjung,..mcm kat gunung jerai...
hasellusiby said…
Ya, mula2 saya tengok, terus saya kata 'ini kat jerai'..
tapi, empunya photo kata, bukan.
saya tak pasti, adakah dia sengaja divert/mengalih lokasi atau berkata benar.

Yang pasti, batuan tu, seperti cengkerang kura-kura.
HangTaow said…
hang dapat mana suma ni tuan tanah, aku yg dok cari nih tak jumpak2...
hang korek tang mana cuba habaq mai skit...
hasellusiby said…
Anonymous HangTaow:

Pada gambar tersebut ada tulis nama empunya gambar. Jika di tanya, dari mana saya dapat, rasanya saya dah jelaskan kat artikel di atas. Saya ambil dari rakan-rakan dan share setakat yang di izinkan. Jika bertanya, ada tak gambar dari saya sendiri. Saya jawab tiada.

Saya sekadar share saja.
Anonymous said…
Salam tuan rumah..
Sila turun ke gunung bonsai di pulau tioman.
Banyak klu juga disana..
tapi kene turun sampai ke 'puncak'lah..
sobab kawan dah sampai dinu..
seminggu turun baru sampai ke puncak seminggu lagi turun ke kaki...
pergh..
hasellusiby said…
Anonymous:

cam menarik tu tuan. boleh ceritakan lebih lanjut tntg gunung bonsai tu?

kenapa tuan kata begitu?
insyallah, jika ada masa, tenaga dan kewangan yg cukup, teringin juga nak pergi.

bukan pe, org tua kata, kebanyakkan tempat2 'hebat' dah terbenam dlm laut dan ada dah jadi bukit atau gunung di pulau2 tertentu..
Anonymous said…
salam

jalan penarikan itu sbg klue yg perlu dibongkar kepada umum kerana di sepanjang jln2 itu ade tamadun.

pic2 pulau tengah

OrgOrg
Anonymous said…
karaKURA=zero throne/sky throne

tensa zangetsu=heaven chain cutting the moon

heaven chain=rantai syurga=naga=pembelah bulan
Unknown said…
Kalo rajin merayap keliling bukit melawati kuala sel. ditepi2 lereng smpi ke taman alam akan jumpa batu batuan yg sebegini...agak aneh juga...